- Mutakhir ini banyak yang telah berubah kerana disyaki masing-masing agak sibuk dengan urusan sendiri.
- Urusan kerja, keluarga, membesarkan anak-anak, kereta, hobi, futsal dan macam-macam lagi kesibukan yang sengaja atau tidak disengajakan.
- Kadang-kadang ada juga merasa agak tersisih kerana perubahan itu telah memberikan kesan keatas apa yang terjalin agak lama dahulu.
- Mungkin juga pengaruh orang rumah boleh menukar persepsi akan kejujuran seorang kawan; memberikan amaran agar suaminya menjadi lebih berjaga-jaga untuk bersahabat kerana ditakuti pengaruh jahat fikir isterinya. Berkemungkinan suaminya curang dan berpotensi kahwin lagi satu.
- Jahat manalah seorang suami bersama rakan-rakan berbanding ketidakpercayaan seorang isteri jika suami bersama rakan wanita sekerja yang seksi. Cih..memang dasar lelaki. Macamana pula dasar seorang perempuan?
- Kesibukan yang melampau ini telah mengubah hati lapang seorang kawan.
- Janganlah terlalu menyibukkan diri dengan benda-benda yang tidak memerlukan kesibukan tahap gaban.
- Kembali bersama rakan seperti masa-masa lampau.
Tuesday, December 14, 2010
Sibuk Sungguh
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment