- 1431H berlalu. Yang lepas jangan dikenang. Yang dihadapan moga-moga diberikan kemudahan oleh Allah SWT. Semoga dipermudahkan segala urusan.
- Hari-hari akhir dalam tahun hijrah 1431, kena demam yang agak panjang. Satu keluarga dari ayah, anak-anak dan ibu juga juga kena demam.
- Mungkin diberikan kifarah atas kesalahan-kesalahan kecil yang dilakukan kerana terlalu leka melupai Tuhan pemilik sekelian alam ini.
- Terlantar, berbaring sahaja dalam rumah. Dikuatkan untuk bangun dalam beberapa hari lepas dalam bersama-sama menyertai acara keluarga; menghantar rombongan adik lelaki bernikah.
- Dan untuk kali keduanya dalam tahun ini; adik lelaki melangsungkan majlis perkahwinan hanya disebelah pihak perempuan atas beberapa sebab.
- Pertamamya bajet mereka hanya lepas untuk membayar wang hantaran, mas kahwin. barang hantaran iringan dan sedikit duit kocek. Tidak lebih dari itu. Juga tidak dapat dibantu kerana faham-faham keadaan masing-masing.
- Keduanya setelah bergelar anak yatim piatu; tiada siapa yang hendak menguruskan majlis perkahwinan tersebut andainya hendak juga dibuat dirumah lelaki.
- Adik-beradik ini semua ada komitment, tidak sama macam ibu dan ayah; akan buat apa sahaja untuk anak-anak.
- Syukur, berjaya majlis perkahwinan adik; berjalan dengan penuh lancar, hari yang panas dan tidak hujan. Sungguh dipermudahkan oleh Allah dan semoga perkahwinannya akan bahagia, direstui dan diredhai Allah.
- Nah, sekarang datang 1432H, Ya Marhaban .
Friday, December 10, 2010
Maal Hijrah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment