- Berikan kami kegembiraan dan anda telah menjadikan kami lebih baik.
- Orang muda yang tidak pernah menangis adalah buas dan orang tua yang tidak pernah ketawa adalah bodoh.
- Kita tidak merasa teringin menghadiahkan sesuatu kepada seseorang ketika dia bergembira. Kita ingin melakukannya ketika dia sedang berduka.
- Tanyalah diri anda samada anda gembira atau tidak nescaya anda akan kehilangannya buat seketika.
- Kegembiraan yang berpanjangan adalah sesuatu yang membosankan; ia harus mempunyai naik dan turun.
- Kebahagian bukanlah destinasi. ia hanya satu cara hidup.
- Dunia ini adalah komedi bagi mereka yang berfikir mengenainya dan adalah tragedi bagi mereka yang melaluinya.
- Keperluan utama bagi kegembiraan ialah sesuatu untu dibuat, sesuatu untuk disayangi dan sesuatu untuk diharap.
- Cara terbaik untuk mengembirakan diri anda ialah dengan cuba mengembirakan orang lain.
- Apabila sesuatu pintu kebahagiaan tertutup, ada pintu lain terbuka; tetapi kerana kita sering memandang terlalu lama pada pintu yang tertutup itu, kita tidak dapat melihat pintu yang terbuka untuk kita.
- Tidak ada kedukaan yang lebih hebat selain daripada mengenang kesengsaraan kita sewaktu kita sedang bahagia.
- Kegembiraan adalah hadiah kepada badan, tetapi kedukaan adalah anugerah kepada fikiran.
Wednesday, December 22, 2010
Mutiara Kata (Part 4) - Kegembiraan & Kedukaan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment