Wednesday, December 27, 2017

Penawar Kanser Guna Al Quran

Amy merupakan bekas pesakit Thyroid Cancer Stage 1. Alhamdulillah disahkan clear cancer pada bulan 03/2017 atas izin Allah S.W.T selepas bertarung selama hampir 2 tahun. Sememangnya benar dan terus amalkan. Semoga bermanfaat buat sahabat handai yg melaluinya. PENAWAR KANSER dengan surah Al-Fil. Setiap kali lepas sembahyang baca Surah Al Fatihah - 1 kali Surah Al Ikhlas - 3 kali Selawat ke atas Nabi - 3 kali Surah Al Fil - 21 kali Memang setiap orang tahu, "Setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati." Tahukah anda ada satu surah dari Al-Quran untuk menghancurkan sel-sel kanser? Sebenarnya ini adalah ilmu yang ingin dikongsikan melalui tulisan Saudara Raflis Sabirin. Semoga Allah memberi ganjaran setimpal atas ilmu yang dikongsikan. Penulis telah berkongsi pengalaman beliau merawat kanser selama 27 tahun dengan menggunakan ayat-ayat Al-Quran, terutama dari Surah al-Fil. S U R A H A L - F I L أَلَمْ تَرَ كَيْفَ فَعَلَ رَبُّكَ بِأَصْحَابِ الْفِيلِ (1) أَلَمْ يَجْعَلْ كَيْدَهُمْ فِي تَضْلِيلٍ (2) وَأَرْسَلَ عَلَيْهِمْ طَيْرًا أَبَابِيلَ (3) تَرْمِيهِم بِحِجَارَةٍ مِّن سِجِّيلٍ (4) فَجَعَلَهُمْ كَعَصْفٍ مَّأْكُولٍ (5)} [الفيل : 1-5] Alamtarakai fafa'alarabbuka bi asha bilfil (1) Alam yaj 'al kaidahum fitadhlil (2) Waarsala 'alaihim toiran ababil (3) Tarmihim bihija ratim minsijjil (4) Faja'alahum ka asyfim makkul (5) Maksudnya: Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Robb-mu telah melakukan kepada angkatan tentera Gajah? (Yang dipimpin oleh pembawa Gajah, yang hendak meruntuhkan Kaabah)(1) Bukankah Robb-mu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka?(2) Dan Allah telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasuk-pasukan! (3) Yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras! (4) Lalu Allah menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat! (5) ------------------------- Cara menghancurkan dan melenyapkan kanser 1. Selepas solat lima waktu, bacalah Surah al-Fatihah sekali, diikuti Surah Al-Ikhlas tiga kali, selawat ke atas Nabi tiga kali lalu teruskan membaca Surah al-Fil 21 kali. 2. Setiap kali baca Surah Al-Fil, hendaklah tiup dan hembuskan pada tempat penyakit kanser tersebut. 3. Setiap kali menghembuskan nafas itu, hendaklah ingat maksud dalam hati, supaya Allah hancur lenyapkan penyakit kanser tersebut..! (Sebagaimana hancur dan lenyapnya pasukan tentera bergajah seperti dalam ayat terakhir Surah Al-Fil itu) *** Lakukan 21 kali baca dan tiup. Buatlah selama 21 hari selepas solat lima waktu. *** Dan sekiranya penyakit kanser itu berada dalam organ badan seperti di dalam usus, limpa, buah pinggang dan di dalam kepala, maka caranya seperti tersebut di atas itu juga. *** Cuma tambahannya hendaklah tarik nafas perlahan-lahan seakan-akan kita memasukkan amalan surah itu ke dalam tubuh badan, terutamanya ke tempat kanser tersebut. ***Lakukan tarik nafas tersebut sehingga 21 kali juga selama 21 hari setiap lepas solat lima waktu. #PS: Dr H pesan "Lakukan dengan penuh keyakinan dan sabar. Perlu diingat, yang menyembuhkan ialah Allah swt". Ayat Al-Quran tersebut hanya sebagai asbab atau wasilah untuk mencapai maksud. Tolong sebarkan ilmu ini semoga dapat dimanfaatkan. Aminnn.

Sunday, December 17, 2017

Tribute Buat Lt Kol Baharul Razi

  1. Innalilah dan Al Fatihah buat mantan pengarahku; Allahyarham Lt Kol Baharul Razi.
  2. Untuk orang yang kurang mengenalinya pasti akan menganggap arwah seorang yang garang, perus dan barak.
  3. Dua jam pertama adalah detik sukar bagi semua pada setiap pagi Isnin hingga Jumaat terutamanya pagi Isnin.
  4. Hendak alam keadaan beransur kendur apabila kerja-kerja menghalau nyamuk berjalan,  apabila sahaja dipanggil sahabatku Cha untuk sama-sama berjemaah menghalau nyamuk itu, tahap bara marahnya menjadi sejuk. Dan selepas itu keadaan menjadi seperti sediakala.
  5. Membuat keputusan tegas adalah gaya kepimpinannya. Apabila sahaja menerima memo 'See Me' atau 'Discuss' cukup sudah mengerikan.
  6. Allahyarham seperti seorang guru bahasa, seawalnya jika sesiapa yang merangkakan surat untuknya, apa yang betul hanya tajuk dan tarikh surat sahaja. Yang lain-lainnya dibulat dengan merah menandakan ada yang salah.
  7. Frasa klise beliau adalah " Kau sembang ajelah" sentiasa menjadi kenangan yang abadi.
  8. Allahyarham Lt Kol Baharul Razi, anda seorang ketua yang hebat seperti kata pepatah tegang berjela-jela, kendur berdenting-denting.
  9. Jasa, tunjuk ajar dan pengalaman bersama Allahyarham telah banyak membantu mendewasakan kita. 
  10. Sungguh mudah beliau pergi, sakitnya tidak lama dideritai dan dirahsiakan dikhalayak ramai.
  11. Beliau seorang yang luhur hati dan memilih baik terjatuh terletak daripada jatuh terhempas.
  12. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan bersama-sama orang yang bertaqwa.
  13. Selayaknya tuan pergi dihormati.

Saturday, December 16, 2017

Ijab dan Qabul Sahabatku

  1. Detik 10 Disember 2017 tarikh penyatuan sahabatku bersama pasangannya.
  2. Pernikahan yang menghalalkan acara-acara perkebunan dan pertanian untuk diusahakan oleh beliau dalam menyemai benih-benih zuriat agar Insya Allah lahirlah putera/puteri yang yang soleh/solehah.
  3. Alhamdulillah majlis Ijab dan Qabul ini berjalan dengan penuh lancar, beberapa bulan yang lalu aku mengetuai rombongan merisik pasangannya.
  4. Sahabatku ini adalah seorang lelaki yang baik, penyayang dan bertanggungjawab.
  5. Disaat aku diberikan peluang untuk memberikan ucapan tahniah dalam majils tersebut, aku hanya menyatakan bahawa dua perkara yang aku dan dia mempunyai kesamaannya. 
  6. Pertamanya aku pernah duduk serumah dengannya, jadi aku amat tahu hati budinya.
  7. Keduanya, aku dan dia sama-sama menyokong pasukan Arsenal, biarpun tidak menjadi juara apa yang paling utama kami tidak sokong MU.
  8. Duhai sahabatku,  jagailah pernikahanmu kali ini seperti rimbun-rimbun ditutuh, semak-semak disiangi.
  9. Doaku semoga pernikahan ini akan berkekalan hingga ke jannah.

Sunday, November 19, 2017

Carilah Tuhan

Kredit : Fb Ustaz Hasnan Fan Club

Seorang Ustaz ke Barber Shop untuk gunting rambutnya. Ketika rambutnya sedang digunting, si tukang gunting rambut bertanyakan 1 soalan kpd si Ustaz.

BARBER: Saya nak tanya 1 soalan.

USTAZ: Ya, silakan.

BARBER: Benarkah Tuhan itu wujud?

USTAZ: Mestilah wujud. Kalau Tuhan tak wujud, pastinya kita pun tak wujud di dunia ni.

BARBER: Kalau betul Tuhan itu wujud, knp ketika manusia dlm kesusahan Tuhan tak bantu. Kalau betul Tuhan itu wujud, semestinya takkan ada manusia dlm kesusahan di dunia ini.

USTAZ: "Diam dan tersenyum sambil menggelengkan kepala".

BARBER: Knp Ustaz diam??

USTAZ: Kamu gunting rambut saya bagi siap dulu, dan saya akan jawab soalan tu selepas semua selesai.

Si tukang gunting ni pun dgn segera siapkan rambut Ustaz itu kerana ingin tahu apa jawapan Ustaz itu. Akhirnya siap.

BARBER: Ok dah siap Ustaz. Apa jawapannya Ustaz?

USTAZ: Berapa harga?

Barber: RM10 sahaja. (masih menunggu jwpn)

USTAZ: "Ustaz keluarkan dompet sambil tersenyum tanpa sebarang kata".

Setelah membayar Ustaz terus keluar dari kedai. Si tukang gunting terdiam melihat tindakan Ustaz yg agak pelik. Tiba² Ustaz masuk kembali ke kedai tersebut dgn membawa seseorang. Orang itu adalah pengemis jalanan (gambar).

USTAZ: Kamu tengok dia ni. Benarkah wujud Tukang Gunting Rambut dlm dunia ni??

BARBER: Mestilah wujud. Saya ni kan tukang gunting.

USTAZ: Kalau betul wujud tukang gunting, takkan ada manusia yg rambut tidak terurus seperti ini. Kalau betul wujud tukang gunting mesti rambutnya terurus.

BARBER: Dia yg tak pernah mencari tukang gunting, mestilah rambutnya tak terurus.

USTAZ: Jadi, itulah jawapan saya utk soalan kamu tadi.

BARBER: "Terdiam seketika".

USTAZ: Manusia yg tidak mencari Tuhan, sombong dgn Tuhan. Tuhan itu sentiasa ada dgn kita. Kalau kita mencari Tuhan, pasti hidup kita terurus seperti yg rambut yg dijaga.

BARBER: "Terus terdiam dan terkedu mendengar jawapan Ustaz itu dlm keadaan menitis air mata".

Moral of the story, hidup kita semua bergantung pertolongan dari Allah. Jgn sesekali kamu anggap kamu boleh hidup tanpa bantuan Allah. Sebenarnya Allah tidak memerlukan manusia. Tetapi manusia yang memerlukan Allah.

Wednesday, October 25, 2017

Ulang Dan Ulangan

  1. Persis suatu pemahaman yang baik adalah bergantung kepada tahap inteligensi akal seseorang.
  2. Mungkin ianya berbeza-beza berdasarkan kepada tahap kecergasan minda ataupun dayafikir semulajadi yang ada pada seseorang.
  3. Ada yang sungguh lemah dan berulangkali perlu diperjelaskan agar pemahamam kepada sesuatu perkara itu menjadi lebih baik, daripada tak tahu kepada tahu, tahu kepada lebih tahu dan sebaiknya.
  4. Tetapi, persoalannnya jika berulangkali diberitahu dan masih juga tidak faham ianya akan menjurus kepada dua persoalan.
  5. Pertamanya samada yang memberikan penerangan itu juga sebenarnya tidak ada pemahaman yang baik kepada sesuatu subjek yang diterangkan.
  6. Atau keduanya orang yang menerima peneranganan itu sebenarnya mempunyai masalah. Masalah apa ye? Then ask yourself to explain. It's not me.
  7. Walau bagaimanapun apa yang menjadi lebih parah apabila ada orang yang tidak faham dan buat-buat faham. Inilah masalahnya kerana tafsiran orang yang sebegini akan melencong kepada perkara yang sebenarnya. As simple all munafiqun people are like this. Again, ask yourself, if it is applicable to you.
  8. Actually, keintelektualan perlu disandarkan kepada pencapaian kertas akademik. That all Yang Arif. I have no further question.

Tuesday, October 24, 2017

Umpan Dan Pancing

  1. Ada orang suka memancing tetapi tidak mempunyai joran.
  2. Ada orang tidak suka memancing tetapi ada joran sendiri. 
  3. Ada orang ada joran, suka memancing tetapi tiada umpan.
  4. Ada pula ada joran tidak suka memancing tetapi mempunyai umpan. 
  5. Dan ada juga dia hanya ada umpan.
  6. Nah begitulah resamnya pelbagai orang. Sempurna itu berbeza-beza daripada sudut pandangan. 
  7. Dalam hidup joran itu nafsu dan nikmat dunia itu umpannya.
  8. Bagi si pemancing siang dan malam joran itu mesti dilontarkan ke dalam air. Sebilang masa joran mesti bekerja; dapat atau tidak ikan bukan tujuan utama. 
  9. Apa yang utama kail mesti ada dalam air. Biarlah anak-anak itu lapar dan bini sampai hilang sabar. Demi joran itu bini sering ditipu. Kerja lebih masa katanya. Sedar-sedar sedang berasap-asapan setia memasang joran pergi memancing rupanya.  
  10. Jika umpan dimakan adalah rezeki untuk si pemancing. Boleh dibawa pulang untuk hibur si isteri yang sedang berduka menunggu hingga ke petang mana hilangnya si abang. Jika hampa belaka alasan keluar bekerja menjadi agenda utama untuk selamatkan diri.

Gelak Sundal Vs Intel Outside

  1. Why him?
  2. Sebab aku rasa somebody are behind the scenes.
  3. And again it is terrible.
  4. Menyampah betul rasanya.
  5. Betulkah apa yang dipilih dan dilantik ini?
  6. Benarlah akhir zaman ramai yang tidak sepatutnya berada ditempatnya.
  7. Inikah yang dinamakan mengambil tanggungjawab sekadar mengangkat tanda tangan telunjuk?
  8. Again and again have to explain, why the RAM is so kecik or the processor is never process. Then it's supposed intel outside. Be careful.
  9. Apakah dengan bergelak sundal itu maknanya sudah cukup lawaknya?
  10. Oh alangkah ruginya bagi mereka-mereka yang tahu bahawa ada yang diangkat itu sebenarnya tidak tahu apa.
  11. Dan akhirnya sama-sama bergelak ketawa kecil bersama yang menangis.
  12. Oh sundalnya gelak itu.

19 OKtober datang lagi

  1. Alhamdulillah diberikan peluang oleh Maha Pencipta bertemu lagi 19 Oktober pada tahun 2017 ini  untuk yang kali ke 45.
  2. Buat arwah Mak, terima kasih kerana mengandung dan bertarung nyawa melahirkanku. Biasanya semasa Arwah Mak ada, aku pasti akan menelefon mak untuk melafazkan ucapan terima kasih ini berulang kali setiap 19 Oktober.
  3. Sejak Mak pergi; tiada lagi ucapan sebegitu yang dilafazkan tetapi dalam ingatan ini pasti berterusan melahirkan rasa terima kasih buat mak kerana menjadi seorang ibu yang paling hebat. Menjadi yang terbaik dalam yang terbaik. Kasih sayang Mak tiada tolok gantinya.
  4. Pengorbanan dan jerit payah mak semoga Allah membalasi syurga buatmu seorang srikandi hebat. Sememangnya sedikit pun tidak terbalas Mak akan susu dan jasamu itu. Apalah daya anakmu ini amat lemah Mak.
  5. Allah memberikan hanya sedikit masa untuk menjaga dan berbudi kepada Mak kerana Allah mengambil semula Mak di saat kami mulai berkongsi sebutir kemanisan dalam kehidupan.
  6. Allah menguji Mak dengan sakit kanser yang kesudahan penghujungnya seperti sudah dijangka.
  7. Mak melalui sakit itu dengan penuh derita. Kering sudah air mata Mak menahan sakit. Hilang sudah jerih Mak melawan sakit yang amat sangat itu sebagaimana gugurnya satu persatu rambut Mak selepas selesainya kimoterapi untuk melawan sel-sel kanser Mak.
  8. Pernah saya bersenda dengan Mak, Mak comellah sekarang; yang mana sebenarnya pada masa itu muka Mak mulai bengkak dan sakit.
  9. Disaat sakit yang amat sangat itu, Mak juga kehilangan penglihatan untuk melihat dunia sekelilingnya, menyaksikan bagaimana anak-anaknya memanjangkan sebuah kehidupan yang penuh dengan kisah-kisah airmata ini.
  10. Kami berpegang bahawa Allah menguji umatNya setakat mana yang hambaNya itu mampu menanggungnya.
  11. Mak hanya mampu mendengari suara anak-anak dan cucu-cucu yang baru bermanja dengan neneknya. Tetapi suratannya telah tertulis begitu Mak. Kami redha pada semua yang terjadi kerana Allah Maha Mengetahui akan sesuatu yang terjadi itu.
  12. Ya Allah Engkau gantilah kesakitan yang kau berikan kepada arwah Mak dengan meningkatkan darjatnya untuk mendapat redhaMu.
  13. Sesungguhnya hanya Engkau Maha Pengasih Dan Penyayang, dengan redhaMu kau jemputlah arwah Mak untuk menjadi penghuni syurgaMu.
  14. Buat adik-adik yang telah bersusah payah bersengkang mata menjaga arwah Mak, terima kasih banyak-banyak. Semoga Allah membalasnya dengan pahala dan memberikan kita dengan penghidupan yang lebih baik.
  15. Insya Allah generasi kamu yang akan datang akan menjaga kamu dengan baik sepertimana yang kamu telah lakukan yang terbaik buat emak.
  16. Akhirnya kehidupan ini perlu diteruskan dengan sifat kasih sayang; walaupun secara zahirnya kamu tidak nampak bagaimana kasih sayang itu dihulurkan kepada kamu.
  17. Saya sayang anda semua; untuk sesiapa sahaja yang mengenali diri ini tidak kira rakan sekelas, rakan sekerja, sahabat-sahabat handai, saudara mara dan sesiapa sahaja yang mengenali diri ini, terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada rencah hidupku. Semoga Allah melindungi dan memberikan rahmatNya kepada kita semua.
  18. HABLUM MINALLAH WA HABLUM MINANNAS (jaga hubungan dengan Allah dan jagalah hubungan sesama manusia).

Wednesday, September 6, 2017

Hak Orang Lain Dalam Rezeki Kita

Seusai mengemas kesemua barang- barang yang akan dibawa pulang ke Negeri Kenyalang, tiba2 aku didampingi oleh isteri tercinta. Senyum2 malu dengan menampakkan wajah yang sedikit gelisah. Aku hanya perhatikan gerak geri dan bersedia mendengar apa jua tutur katanya.

Abang, ada tak duit seringgit ( RM 1 )? Balasku ada.Nak buat apa sayang? Ku lihatnya makin kelu. Nampak berkaca diruangan kelopak matanya. Tergagap-gagap apabila suara dilontarkan. Abang, sayang faham abang banyak berhabis sebulan dua ni. Membeli tiket ulang alik ke kampung halaman. Lumrah anak rantau. Terkadang melupakan untuk hal diri sendiri. Tapi sayang tiada punya niat lain. Sayang nak bersihkan rezeki abang. Sayang nak selamatkan abang dari murka Allah. Maafkan sayang, ujarnya perlahan.

Kalau abang ada seringgit (RM 1) , abang hadiahkan kepada sayang.Anggaplah ia sebagai nafkah pemberian abang kepada sayang. Allah, sesungguhnya aku terkedu Ya Allah.Air mataku mula berlinangan. Mungkin kita suami terlupa, atau memang keadaan kita yang mendesak.

Ya Allah, Kau anugerahkan kepadaku seorang wanita yang mulia hatinya. Demi Mu Ya Allah, aku akan berusaha tidak akan menyakiti hatinya.

Maafkan saya atas perkongsian ini. Tampak simple.Hanya nafkah. Walaupun isteri kita berkerja. Itu hak mereka. Hakikat yang lebih besar ialah rahmat Allah untuk kita dalam berumahtangga.Moga dengan kita berbuat baik kepada isteri, rahmat Allah akan mencurah2 dalam hubungan kita.Aamiin.

Dalam rezeki kita, tersimpan hak orang lain.Walau hanya seringgit !

Kredit to FB Wan Kamarul

Sunday, September 3, 2017

Hilangnya kasih ibu

Kadang-kadang masa cuti sekolah masa saya balik asrama.. Saya kerja di kedai makan Abang Leman.. Jadi pelayan.. Banyak saya belajar dengan Abang Leman.. Macam mana nak letak timun.. Kat mana letak telur.. Sangat detail.. Fuhh.. Cara dia tegur sikit pun tak buat pekerja-pekerjanya kecil hati… Susah nak jumpa tokey kedai makan macam Abang Leman…

Kedai makan dia sekarang D’semak Mersing… Ramai orang datang makan malam di sini.. Saya ingat lagi Abang Leman bagi saya gaji rm15 sehari.. Banyak sangat saya rasa.. Yelaa saya orang susah.. Mak ayah saya orang susah.. Saya balik kerja malam pukul 12.. Kadang-kadang pukul 1..

Apa pun saya suka kerja kat sini.. Sebab Abang Leman tak pernah halang saya solat kat masjid.. Solat jemaah.. Setiap waktu solat kat masjid..

Balik je rumah.. Kadang-kadang mak tak tido lagi.. Mak akan tanya.. “Dah solat Isyak?” Dah mak.. Kat masjid Alhamdulillah.. Saya pun keluarkan duit rm15 ringgit tadi dan bagi mak saya rm10.. Saya amik rm5.. Mak marah.. Tak yah mengada-ngada.. Adik kerja penat-penat..

Adik belanja laa.. Saya pun jawab..”Mak amik laa.. Tak tau bila lagi adik boleh bagi mak duit ke tak nanti.. Ambil je besok adik kerja lagi..” Saya terus bagi kat tangan mak saya.. Saya tau walaupun mak kata tak nak tapi saya tau dia sangat perlukan.. Saya rasa berkat hidup saya sekarang..

Disebabkan saya belajar bagi duit kat mak ketika saya belajar di asrama dulu.. Masa saya kerja kedai makan dulu.. Sebab tu saya belajar… Jangan sesekali sayang nak bagi duit kat mak ayah.. Pasti Allah melimpah ruahkan rezeki kita..

Sekarang saya baru terfikir.. Adakah kena buat baik berjasa pada mak ayah bila kita dah gaji besar-besar? Dah besar dah bekerjaya baru nak bagi duit kat mak? Tak sebenarnya.. Kena buat baik setiap masa dan apa jua keadaan..

2008 saat yang paling menyedihkan hidup saya.. Mak saya meninggal dunia setelah 14 tahun bertarung dalam sakit buah pinggang.. Yang penting mak saya senyum bila dapat tau yang saya dapat sambung belajar di matrikulasi Tangkak, Johor.. Mak tau anak dia tak pandai mana.. Nakal..

Tapi saya rasa benda yang paling gembirakan hati mak saya bila saya buat usaha dakwah kerja-kerja agama..

Saya selalu berbual ngan abang saya nombor 4.. “Teh.. Bestnya kalau mak masih ada sekarang.. Boleh bawak mak jalan-jalan dngan kereta kita.. Jalan-jalan luar negara.. Kita boleh bawak ayah je sekarang.. Takpelah teh kita buat yg terbaik untuk ayah kita sementara ayah masih ada.”

Bila ditinggalkan mak.. Rindunya nak kena rotan dengan batang paip getah dalam bilik air ngan mak.. Rindunya nak kena cili mulut.. Rindunya nak kena sebat sebab liat bangun subuh.. Rindunya nak tengok mak sign report kad sekolah.. Rindunya nak dengar nasihat mak.. YaAllah sayunya dan sebaknya hati ni bila terkenang peristiwa-peristiwa bersama mak.. Wahai anak-anak.. Satu hari nanti kita akan rasa kehilangan setelah pemergian mereka..

Sebab tu bila saya buat program motivasi mana-mana seluruh Malaysia.. Bila dengar cikgu kata “Ustaz.. Mereka tak hormat mak ayah mereka.. Tengking mak ayah mereka depan saya ustaz..” Saya rasa sebak sangat.. Sampai hati seorang anak buat mak macam tu..

Kadang-kadang bukan budak-budak sekolah je.. Orang yang dah bekerja pun kadang-kadang tinggikan suara dengan mak ayah.. Saya pernah dengar sorang ustaz bagitau saya “Halil.. Siapa pun kita nanti.. Kita motivator ke.. Kita pengarah ke.. Orang kaya ke.. Ingat.. Depan mak ayah kita kita seolah-olah lembu.. Buat apa sahaja yg dia suruh.. Rendahkan diri ketika bercakap dengan mereka..”

– Sumber : BaniViral

Friday, September 1, 2017

Ar-Rahman

Kegigihan lelaki ini naik LRT untuk membeli ikan di pasar Chowkit membuatkan saya terdiam. Duduk di sebelah saya ialah seorang lelaki dalam lingkungan 40an. Saya dah mula perasan beliau sejak menunggu di stesen Bandaraya lagi. Berjalan seorang diri dan memegang beberapa bungkusan plastik dengan erat. Sepanjang jalan di dalam LRT, semua orang diam. Sibuk dengan hal masing-masing. Tiba-tiba sahaja beliau menegur saya, Saya memandang beliau dan senyum. Angguk-angguk. " Thailand dengan Vietnam ni depa memang dah berlatih tengah hujan. Depa pandai main ", beliau menambah. Saya cuba ubah topik perbualan. " Mai dari mana tadi bang ? Nak balik mana ni ? ", soal saya kepada beliau dalam loghat utara. " Pi Chowkit tadi. Kak hang suruh pi cari ikan sardin sekilo dua habuan nak buat laksa. Esok lusa kan raya. Saudara nak mai rumah " " Nak balik Alam Sutera ni. Sana ikan mahai. Di Chowkit 3 kilo baru sepuluh ringgit. Modai LRT tak sampai 5 ringgit pi balik ", beliau menambah. " Lani semua kena jimat dik oi. Jauh sikit pun takpalah. Ada LRT ni kita senanglah sikit nak pi mana-mana " " Dari Stesen Bandaraya pi Chowkit naik bas percuma tu ja. Tak gaduh nak jalan kaki dah. Mudah sangat aih " Saya masih diam. Beliau bingkas bangun untuk turun di stesen berikutnya. Kami berpisah di situ. Di Stesen Alam Sutera. Nikmat apa lagi yang kita mahu dustakan ? Di saat kita pening kepala berfikir mahu makan di mana sekejap lagi, rupanya ada saudara kita yang sanggup berjalan jauh dengan LRT demi sekilo dua ikan sardin yang murah. Dan sekurang-kurangnya kejadian tadi membuatkan kita semua berfikir tentang nikmat Tuhan. Begitu banyak di depan mata hingga mungkin kita tidak pernah menyedarinya. Kredit: Ikram Al-Banjari Saudagar Jalanan

Thursday, August 17, 2017

Perniagaan yang menguntungkan

Wahai anak Adam! Kalian tidak lain hanyalah kumpulan hari semata-mata, setiap satu hari berlalu begitu sahaja maka sebahagian daripada diri kalian pun berlalu pergi.

Wahai anak ADam, juallah duniamu untuk akhiratmu, nescaya kamu untung dikedua-duanya, dan janganlah janganlah kamu jual akhiratmu untuk duniamu, kerana kamu akn rugi kefua-duanya. SInggah  di dunia ini sebentar, sedangkan tinggal di akhirat sana sangatlah panjang.

Begitulah petikan kata-kata Imam Hassan al-Basri

Tuesday, August 15, 2017

Berpada-pada dalam berfikir

Hidup jangan terlalu berfikiran kompleks.

Seorang Ayah yang tidak berpendidikan tinggi bersama dengan seorang anaknya yg terpelajar pergi berkemah di suatu tempat.

Mereka mendirikan kemah, lalu pada waktu malam keduanya tertidur.

Beberapa jam kemudian si ayah membangunkan anaknya.

Ayah :
cuba kau tenguk di langit, apa yg kau nampak.?

Anak :
sya melihat jutaan bintang, pak.

Ayah :
Jadi apakah maksud tu berjuta bintang.?

Anak :
secara astronomi, ia memberitahu kita bahawa terdapat jutaan galaksi, bintang dan planet di alam semesta..

Si ayah lalu menampar anaknya dengan kuat, lalu berkata,
"Banggang!  maksudnya, kita punya kemah sudah kena curi.!!"

Moral :
Jika terlalu berfikiran kompleks, hidup kita akan haru-biru.

Saturday, July 22, 2017

Dia bidadariku

Petikan drp FB Ustaz Ebit Liew

Tadi masa jalan dekat wangsa maju. Masa parking di sebelah saya ada sebuah kereta Audi baru parking. Saya tengah sibuk urus anak-anak turun dari kereta. Pemandu Audi tu tengok saya. Ikut jer saya bersama isterinya dan seorang anaknya...
Sampai masuk jerr dalam pasar raya. Dia terus salam saya. Ustaz Ebit lew kan? Yer saya. Selamat hari raya...

Ya Allah ustaz. Saya peminat ustaz no 1. Bidadari saya pun sama....saya mula kenal ustaz setahun yang lepas. Dulu saya kasar, keras dan tiada perasaan. Saya cuma tahu kerja jer siang malam. Isteri saya suri rumah. Dia stress tak pernah bawa jalan-jalan. Sebenarnya duit pun tak pernah cukup. Sehinggalah hutang makin banyak. Duit tak cukup walau kerja siang malam...

Saya mula dengar ceramah ustaz. Isteri saya beli buku ustaz. Dia baca isterikuBidadari. Dia hadiahkan. Saya baca sebab saya dengar cd ustaz. Dulu-dulu masa remaja saya ada belajar usaha dakwah. Solat berjemaah tapi semua dah tinggal...bila dengar ustaz ceramah, saya rindu semua tu semula. Rindu sangat ketenangan..

Syukur ustaz. Saya mula panggil isteri saya Bidadari sayang. Wahai bidadariku..saya solat berjemaah semula. Tak tinggal solat. Macam mana-mana pun mesti saya solar berjemaah. Buat amalan baca Hadis di rumah. Saya mula belajar semula usaha dakwah.

Semuanya berubah ustaz. Saya syukur sangat pada Allah...
Perniagaan saya menjadi. Tak sangka-sangka semuanya..Syukur pada Allah. Paling penting berkat cukup dan saya semakin belajar kasih sayang..ustaz bagi bunga pada bidadari... Saya bagi bunga pada bidadari saya... Ustaz masak. Saya mula belajar masak di rumah. Ustaz suruh buang sampah, saya buat. Ustaz lipat kain pun saya ikut.. ustaz kata buat baik pada mak ayah. Belanja mertua pun saya buat..
Ada sekali tu projek tu saya patut tak dapat dah. Saya sedih juga. Takdir Allah, saya beri hadiah pada mak ayah mertua, projek tu terus dapat...

Betul ustaz solat dan kasih sayang benar-benar ubah hidup saya. Allah beri semuanya. Terima kasih Allah. Segala puji Milik Allah....

Allah sayang abang dan isteri. Allah sayang..Dia peluk saya.
Saya sebak dan syukur kerana itulah niat saya masa tulis buku isterikuBidadari. Paling kurang setiap orang mula melihat pasangannya sebagai bidadari. Dan ingin menjadikan pasangannya bidadari syurga..buat wanita pula supaya mereka sedar mereka teramat istimewa dan mulia kerana merekalah bidadari di dunia dan akhirat. Menjadi bidadari paling mulia dan tinggi dalam syurga yang teramat sangat indahnya dan cantiknya-oleh ust Ebit Lew

Tuesday, July 18, 2017

Terhijabnya Hidayah

Seorang pemuda mengadu kepada Imam Hasan Al Basri:

"Aku telah melakukan maksiat kepada Allah dan aku banyak dosa. Tapi sungguh pun demikian, Allah melimpahkan kekayaan dunia kepadaku. Aku tidak ada banyak masalah dalam hidup".

Lalu Imam Hasan al Basri bertanya kepadanya: "Apakah kamu bangun di malam hari untuk qiyamullail?"

Pemuda itu menjawab: "Tidak."

Hasan al Basri: "Cukuplah itu sebagai hukuman bagimu, kamu terhalang untuk bermunajat kepada Allah..!"

Sunday, June 18, 2017

Hadis-hadis Pilihan - Hadis 1 Apakah itu Iman?

Saidina Abu Ummah (R.A) meriwayatkan Rasulullah SAW telah ditanya oleh seorang lelaki, "Wahai Rasulullah, apakah itu iman? " Baginda bersabda, "Apabila kamu bergembira terhadap amalan baik kamu dan bersedih atas amalan buruk kamu maka kamu ialah seorang yang beriman."

BICARA IMAN UNTUK TENANG - Malam Al Qadar

Sayangnya, kita lebih terfokus melihat tanda-tanda mendapat Al Qadar pada alam, pada pokok, air dan lain-lain yang berada di luar diri.

Sedangkan tanda mendapat Al Qadar itu ada pada diri sendiri.

Bukankah mereka yang bertemu dengan malam Al Qadar amat bertuah kerana doa, taubat dan hajatnya “diangkat” oleh para malaikat lalu dimakbulkan Allah?

Jadi, jika seseorang mendapat Al Qadar tentu jiwanya lebih tenang, akhlaknya menjadi lebih baik dan ibadahnya (sama ada habluminallah dan habluminannas) bertambah lebat dan hebat.

Malam Al Qadar ialah malam yang paling sibuk laluan ke langit dunia (umpama trafik jam) kerana turunnya pelbagai malaikat yang tidak kira banyaknya. Meriah sungguh sampai terbit fajar.

Malaikat turun secara luar biasa banyaknya itu termasuklah yang paling tinggi pangkatnya di kalangan mereka – malaikat Jibrail.

Masing-masing ada tugasnya. Pelbagai urusan dilaksanakan oleh mereka.

Salah satu urusan ialah “bertamu dalam hati” orang Islam yang bersih hatinya. Sekali bertamu tetapi kesannya berpanjangan. Impaknya, hati orang yang pernah menjadi tempat singgah malaikat akan berubah.

Bisikan para malaikat mula mengambil tempat yang khusus dan menjadi begitu dominan dalam kehidupan seseorang itu.

Mulai detik itu bisikan kebaikan (dari malaikat) akan mengatasi bisikan kejahatan (dari syaitan) dalam hati orang tersebut.

Ya, hidup ini sebenarnya kita lalui antara dua bisikan. Pertama, bisikan “hati kecil” yang suci dan baik. Kedua, bisikan “hati besar” yang kotor dan jahat.

Bisikan ini sentiasa berperang dalam hati. Justeru, hati hakikatnya adalah wadah rebutan antara malaikat dan syaitan. Antara ilham dan waswas.

Siapa yang menang, dialah yang akan menakluki hati dan terarahlah hati itu ke arah yang dikehendaki oleh “penakluknya”.

Firman Allah:“Dan beruntunglah orang yang membersihkan dan merugilah orang yang mengotorinya.” (Surah al-Syams 91: 9-10)

Orang yang mendapat malam Al Qadar sungguh bertuah. Hasil mujahadah, doa, taubatnya pada malam berkenaan, malaikat terus bertamu dan mendominasi hatinya.

Sejak malam itu suara hati kecilnya akan sentiasa mengatasi hati besarnya.

Mujahadahnya akan terbantu.

Perjalanannya menuju Allah akan lebih terpimpin dan terjamin.

Hatinya menjadi pusat kesucian dan kebaikan… maka lahirlah yang baik-baik sahaja pada tindakan dan percakapan.

Mahmudahnya menenggelamkan mazmumah.

Itulah hati orang yang telah mendapat malam Al Qadar.

Orang lain mungkin tidak perasan pada awalnya. Ia hanya dapat dirasai oleh orang yang mengalaminya.

Rasa tenang, bahagia, lapang dan sejuk.

Kemudian sedikit demi sedikit orang lain mula ketara… Ah, dia sudah berubah. Ah, indahnya perilakunya.

Subhanallah, dia telah berubah. Apa yang ada dalam hatinya mula terserlah.

Dan itulah tanda-tanda malam Al Qadar tahun itu yang paling ketara dan terasa, bukan pada alam dan jagat raya tetapi pada diri manusia makhluk yang sempurna.

Semoga malam-malam berbaki ini, kita akan menambah pecutan amal. Tidak kiralah sama ada Al Qadar telah berlalu atau masih menanti detik untuk bertamu.

Kita tidak akan menunggu tetapi kita akan memburu.

Kita akan terus memburu sekalipun malam ganjil telah tamat dan Ramadhan sudah berakhir.

Sampai bila? Sampai bila-bila. Kerana bagi mukmin yang cintakan Allah, seolah-olah setiap malam adalah ‘malam Al Qadar’.

Al Qadar boleh datang, boleh pergi… tetapi Penciptanya sentiasa ada… sampai bila-bila. Semoga kita mati, setelah bertemu malam Al Qadar ini  atau dalam perjalanan menuju malam Al Qadar nanti…

Persediaan menemuinya bukan dibuat  semalaman, seharian, mingguan atau bulanan.

Tetapi seluruh hayat kita adalah persediaan untuk “menemuinya”. Mengapa?

Kerana perjuangan membersihkan hati adalah perjuangan sepanjang hayat.

Qalbun Salim (hati sejahtera) itu adalah cita-cita abadi kita!

Ya Allah, untuk mengatakan cinta, aku takut berdusta. Untuk mengatakan tidak, aku takut derhaka. Aku hanya insan hina, yang sedang jatuh bangun di jalan berliku menuju-Mu. Bantulah aku... kasihanilah aku Ya Allah..

Friday, June 2, 2017

Siapa Lukman Hakim

Diriwayatkan satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur'an adalah Lukman Al Hakim. Kenapa, tak lain, disebabkan kehidupannya penuh hikmah. Suatu hari dia menasihati anaknya tentang hakikat hidup.

"Anakku, jika makanan telah memenuhi perutmu, maka akan matilah pemikiran da kebijaksanaanmu. Semua anggota badanmu akan malas untuk melakukan ibadah, dan hilang pulalah ketulusan dan kebersihan hati. Padahal hanya dengan hati bersih manusia bisa menikmati kelazatan berzikir."

"Anakku, kalau sejak kecil engkau rajin belajar dan menuntut ilmu. Dewasa kelak engkau akan memetik buahnya dan menikmatinya."

"Anakku, ikutlah engkau pada orang-orang yang sedang mengusung jenazah, jangan kau ikut orang-orang yang hendak pergi ke pesta pernikahan. Ini kerana jenazah akan mengingatkan engkau pada kehidupan yang akan datang. Sedangkan pesta pernikahan akan membangkitkan nafsu duniamu."

"Anakku, aku sudah pernah memikul batu-batu besar, aku juga sudah mengangkat besi-besi berat. Tapi tidak pernah kurasakan sesuatu yang lebih berat daripada tangan yang buruk perangainya."

"Anakku, aku sudah merasakan semua benda yang pahit. Tapi tidak pernah kurasakan yang lebih pahit dari kemiskinan dan kehinaan."

"Anakku, aku sudah mengalami penderitaan dan bermacam kesusahan. Tetapi aku belum pernah merasakan penderitaan yang lebih susah daripada menanggung hutang."

"Anakku, sepanjang hidupku aku berpegang pada lapan wasiat para nabi. Kalimat itu adalah:

1. Jika kau beribadah pada Allah, jagalah fikiranmu baik-baik.
2. Jika kau berada di rumah orang lain, maka jagalah pandanganmu.
3. Jika kau berada di tengah-tengah majlis, jagalah lidahmu.
4. Jika kau hadir dalam jamuan makan, jagalah perangaimu.
5. Ingatlah Allah selalu.
6. Ingatlah maut yang akan menjemputmu
7. Lupakan budi baik yang kau kerjakan pada orang lain.
8. Lupakan semua kesalahan orang lain terhadapmu.

Tuesday, May 30, 2017

Resipi Taufu Fa

Mudah je buat dia, tak rumit pun! Boleh la buat, kalau nak berniaga pun blh! Share la!

Bahan-Bahan
1. 300 gm kacang soya
2. 2.5 liter air
3. 2 helai daun pandan
4. 2 sudu tepung jagung
5. 1 sudu teh serbuk GDL (glucono delta lactone)

BAHAN UNTUK AIR GULA:
1. Secawan gula
2. 2 cawan air
3. Sehelai daun pandan

Cara-cara Menyediakan
1. Rendam kacang soya selama 5 - 6 jam.

2. Kisar kacang soya tersebut menggunakan pengisar makanan.

3. Kemudian, tapis hasil kisaran menggunakan penapis.

4. Ambil satu bekas atau periuk, dan masukkan 2 cawan air soya yang dikisar tadi.

5. Kemudian, masukkan 2 sudu tepung jagung dan 1 sudu teh serbuk GDL - (Bancuhan A)

6. Seterusnya, lebihan air soya yang dikisar tadi dimasak bersama 2 helai pandan dalam periuk dengan api yang besar, dan digaul sentiasa. MESTI digaul sentiasa supaya air kacang soya tak berkerak.

7. Kacau sehingga ia membuih ke atas dan tutup api. (Bancuhan B)

8. Setelah itu, kembali kepada bancuhan A dan kacau supaya sebati.

9. Kemudian, tuangkan bancuhan B ke dalam bancuhan A. JANGAN DIKACAU!

10. Buang buih yang terdapat di atas air soya yang bakal menjadi tau fu fah itu. Tunggu selama sejam untuk tau fu fah mengeras.

11. Sambil menunggu tau fu fah mengeras, masak air gula.

.
.

CARA MENYEDIAKAN AIR GULA :

1. Didihkan secawan gula pasir bersama 2 cawan air.

2. Masukkan sehelai daun pandan yang disimpul. Boleh juga gunakan gula merah atau gula melaka.

3. Hidangkan Tau fu fah bersama air gula.

PERINGATAN :
Sediakan 2 periuk yang berasingan :
*1 untuk masak air soya, satu lagi tempat untuk mengeraskan tau fu fah

Siap!

Wednesday, May 24, 2017

Sejarah Awal Air Asia

SIAPA YANG MULA-MULA TERLIBAT?
Saya dan Kamaruddin berdua pada mulanya, Kamaruddin saya kenal melalui Roslan Aziz, dulu saya bekerja dalam industri hiburan, bila saya balik (dari England) tidak ada musik tempatan, hanya ‘Mat Saleh musik’.

Kami mulakan musik tempatan, dengan Jamal Abdillah, Salem, dan Zainal Abidin, saya kenal dengan Roslan Aziz dan Roslan perkenalkan saya dengan Kamarudin.
Sampai satu hari saya jemu berkerja dengan orang asing, saya terfikir hendak buka syarikat penerbangan, dan Kamarudin adalah orang yang tidak ketawa dengan idea saya.

Dia orang yang terlibat dengan dunia kewangan. Jadi saya beritahu, boleh pergi cari RM20 juta, kita perlukan.

KENAPA PILIH SYARIKAT PENERBANGAN?
Bila saya bersekolah di England, ayah saya hantar saya ke sana ketika berusia 12 tahun, tidak ada siapa yang menunggu di lapangan terbang, saya perlu menaiki bas ke sekolah itu, saya lakukan sendiri. Dan bayangkan ketika itu, bila saya sampai ke lapangan terbang, semua orang berkulit putih… kah kah kah (ketawa).

Ketika itu tidak ada telefon bimbit, perlu guna telefon awam, saya telefon emak tanya, boleh saya balik masa cuti penggal, emak saya kata, tidak boleh kerana (tiket penerbangan) terlalu mahal.

Dari saat itulah, saya terfikir, satu hari perlu buat penerbangan murah, perkara itu sentiasa ada dalam fikiran saya.
Ibu saya ketika muda memulakan perniagaan Tupperware di Malaysia, banyak staf saya kini adalah bekas pekerja ibu saya.
Saya selalu ikut dia terbang ke sana-sini untuk perniagaannya, jadi konsep penerbangan tambang murah ini sentiasa bermain di fikiran.

Bila saya berhenti dari Warner Music, saya duduk di bar dan lihat iklan Easyjet (syarikat penerbangan murah England) dan saya terfikir wow, idea ini bagus.
Kemudian saya pergi ke lapangan terbang Luton, sunguh mempersonakan, boleh terbang ke Barcelona tambah lapan pound, ke Paris 10 pound.

Saya jumpa Kamarudin dan beritahu hendak buka syarikat penerbangan, dia tak kata ‘idea bodoh’ atau seumpamanya, dia kata okay.
Kami jumpa, saya terangkan kepadanya, dia kata, okay, saya join, dan kemudian tanya, apakah saya nak gunakan duit saya sendiri, saya kata ya, dia kata okay, saya setuju kita bahagi 50-50, saya kata ini idea saya bagilah saya 51, dia kata okay. Selesai.

Kemudian saya ajak Aziz Bakar sertai kami, kami bertiga dengan modal RM 1 juta, (Aziz tak letak duit). Kami mula duduk bersama, dan mula buat bisnes plan.
Ia agak mengejutkan sebab kami semua tidak ada pengalaman dalam dunia penerbangan. Kami dapat dari internet.

Kemudian, kami jumpa dengan Datuk Pahamin (Ab Rajab) (bekas Ketua Pengarah Jabatah Pengangkutan Jalan) kami pernah berkerjasama hapuskan cetak rompak ketika saya masih dalam industri hiburan.

Kami jumpa (bertiga) dan makan roti canai, kemudian Aziz buka cerita, “eh macam mana kita hendak dapat lesen penerbangan? “ Kami semua saling berpandangan, “Yalah macam mana hendak dapat lesan penerbangan..” sudah tentu tak boleh dibeli di kedai… kah kah kah (ketawa)
Kemudian Kamaruddin kata “Kita perlukan sokongan politik,” sekali lagi kami saling berpandangan… kami tak kenal siapapun… kah kah kah

Kami kemudian pergi jumpa Datuk Pahamin, terangkan kepadanya, dia suka idea itu dan setuju, dia ada pengalaman dalam Kementerian Pengangkutan, bila timbul soal lesen, dia kata, kita perlu berjumpa Perdana Menteri Dr Mahathir.
Jun 2001, kami bertiga saya, Aziz dan Pahamin, Kamarudin tidak dapat sertai.

Saya sampai awal, ketika sampai, pagar pun belum buka, tidak lama kemudian, bila boleh masuk, kami duduk menunggu sampai ada orang datang, mereka kenal Aziz, dan tanya “Jumpa PM sebab cetak rompak ke?” kah kah kah
Semua orang kenal kami sebagai orang dalam industri hiburan, tapi Aziz kata “Tidak kami mahu buka syarikat penerbangan,” “semua ketawa” kah kah kah.

Semasa kami menunggu, ada pegawai PM beritahu, hari ini bukanlah hari yang baik untuk bertemu PM, saya tanya mengapa, katanya, temujanji pertama PM hari itu adalah dengan pembangkang.

Ia berhubung isu sakit belakang Anwar Ibrahim yang dipenjara ketika itu, yang hadir jumpa PM termasuk ketua pembangkang Datuk Fadzil Noor.
Saya diam, kemudian diberitahu, temujanji kedua PM hari itu adalah dengan MAS, wah lengkap, mula-mula pembangkang kemudian dengan MAS, kamu bayangkan…kah kah kah (ketawa)

Saya terfikir hendak tulis semula CV dan pergi ke BMG Music… hahaha
Ketika beliau masuk ke pejabat PM, luas sungguh, Dr Mahathir kamu tahulah, dia serius orangnya dan terus berkata, “I’m sick, make it fast,”.

Saya terfikir, mula-mula pembangkang, kemudian MAS dan kini PM kata dia tidak sihat. Hahaha, lengkap.
Saya fikir habislah, saya tidak bercakap soal cadangan kami lagi, sebaliknya, sebagai orang dari industri hiburan, saya beri PM satu CD album terbaru SM Salim dan Siti Nurhaliza, rakaman terakhir saya, saya tahu PM peminat SM Salim.

Bila hilang kekok, baru saya bentangkan cadangan saya, Dr Mahathir tidak kata apa-apa, dia hanya senyum sikit bila saya bergurau tentang Singapura, tetapi akhirnya, kami semua terkejut, kerana PM tahu semuanya tentang penerbangan tambang murah.

PM kata dia suka lihat kesungguhan kami, walaupun latar belakang kami bukan dari industri penerbangan, tapi kami menunjukkan kesunguhan, dan dia yakin akan berjaya.

PM akhirnya kata, “Saya tidak ada masalah dengan idea kamu…” kami semua teruja dengan komen dia untuk setengah minit, dan kemudianya dia kata “Tapi… kamu kena ambil alih syarikat penerbangan yang ada, ada dua syarikat penerbangan yang gagal, kamu kena ambil alih yang sudah ada…”

Pertemuan berakhir, kami keluar dan berfikir, duit ada sejuta sahaja, macam mana hendak beli syarikat penerbangan, tapi saya positif.

Kami pergi ke Pelangi Air, anak syarikat milik kerajaan Terengganu, tapi kami dapati sukar untuk baik pulih syarikat itu.

Entah bagaimana, satu hari saya sedang bermain golf saya terlihat kawan lama DRB Hicom, saya teringat tentang Air Asia kepunyaan mereka, saya tanya kepadanya, dia soal semua, “kamu mahu membelinya? Esok pun boleh…kami tidak mahukannya”

Kemudian kami atur pertemuan dengan pihak pengurusan tertinggi DRB Hicom, konsisten, mereka mahu jualnya, mereka tanya saya berapa saya hendak beli, saya bergurau RM1, ya kata mereka esok kamu boleh ambil alih.
(Nota: Ketika itu Air Asia ada hutang sebayang RM40 juta, dengan dua pesawat dan 254 kakitangan)

Kami setuju dan tandatangan perjanjian pada 8 september 2001, 10 tahun dulu.
Kami tiada modal, saya dan Kamaruddin cagarkan rumah kami pada bank untuk cari modal.
DRB Hicom banyak membantu kami diperingkat permulaan, saya perlu nyatakannya.

Kami syarikat penerbangan berlandaskan syariah sebenarnya. Kami satu-satunya penerbangan yang tidak menjual alkohol di rantau ini.
(Ahmad Faizul) ini antara paling awal sertai kami. Dia buat macam-macam tugas, pengurus kabin crew dan lain-lain. Dia dari MAS, sekarang dia jaga komunikasi saya.
Dia bacth yang ke lapan, satu sampai tujuh staf asal ketika bersama DRB Hicom lagi, dia yang ke lapan, dan kini kami ada 127 bacth dalam masa sepuluh tahun.

Saya ingin tekankan bahawa, kami syarikat 1Malaysia dari awal lagi, dan kami juga syarikat bumiputera, ini bukan Ali-baba, Kamaruddin, Aziz Bakar dan Datuk Pahamin adalah pemegang saham yang aktif dan kami kawan.

Kalau kamu lihat Pengurus Kanan Air Asia kamu dapati ramai bumiputera, tapi tidak pernah terfikirkannya, dan kami tidak bercakap soal kaum di sini, semua dinilai kerana merit masing-masing.

Majoriti staf adalah bumiputera. Pembahagian tugasnya mudah, Kamarudin jaga kewangan dan korporat, Aziz Bakar jaga PR, dan saya jaga marketing dan operasi.

LALUAN PENERBANGAN PERTAMA AIRASIA?
Memula-mula saya dapat laluan ke Langkawi, kemudian dapat Pulau Pinang dan selepas dua tahun kami beroperasi semuanya jadi lebih mudah. Pada kami orang ramai, rakyat yang banyak membantu kami.

Kerana sebelum itu sukar untuk menggunakan perkhidmatan penerbangan (mahal). Orang ramai yang berjuang untuk kami. Sebenarnya orang pertama yang membantu kami dari segi media adalah Rocky Bru (Ahtirudin Atan) dan NST.

Dia adalah editor Malay Mail, saya duduk dengan beliau, dan beliau banyak membantu, juga Utusan dan Berita Harian, Datuk Manja Ismail. Aziz Bakar kenal mereka ini semua.

BAGAIMANA ANDA MEMBINA AIRASIA?
Kami membina jenama, tidak ada syarikat Malaysia yang melabur seperti kami, kami taja MU, pengadil, Formula 1, LA Rangers, kamu tidak boleh pergi dari 200,000 penumpang kepada 30 juta penumpang tanpa melabur.

MAS perlu membina jenamanya.Taja golf atau apa saja, Emirates ada di mana-mana. Kamu potong kos di sana sini, dan akhirnya kamu tiada keuntungan, tiada gunanya.
Syarikat Malaysia kurang pentingkan pembangunan jenama, kami sebaliknya, saya ke Liga Perdana Inggeris, bentangkan kepada mereka mengapa perlu menyokong syarikat Malaysia.
Ini kerana rakyat Malaysia sudah menonton Liga Perdana Inggeris sejak 60 tahun dulu.

Membina jenama adalah amat penting pada syarikat yang ingin berkembang, ketika kami menaja MU, saya dan Kamarudin ke Old Trafford, kami tidak menonton perlawanan, kami menonton papan iklan… hahaha wow Air Asia.. haha.

Kami bawa pasukan MU dalam penerbangan kami. Itulah kali pertama semua pemain hendak ikut serta dalam program bersama penaja, kerana apa? Kerana ada 25 gadis cantik (kabin krew Air Asia) yang melayan mereka sepanjang penerbangan… hahaha

Sumber: Agendadaily & malaysianreview

Korban Si Suami

(Adabtasi Dari sebuah kisah benar)

Hari ini aku harus berterus-terang. Luahkan segalanya pada suami.

Aku nak minta dia lepaskan aku. Ceraikan.

Ding!

Mesej masuk di Whatsapp.

“Awak jangan risau. Saya janji akan bahagiakan awak. Kuatkan hati, kuatkan tekad. Tak guna hidup bersama kalau dah tak cinta.”

Mesej dari pemuda yang sudah 6 bulan ku kenali. Tua dua tahun dariku. Bermula kenal dari Instagram bisnes tudungku. Dia tawarkan diri untuk jadi jurugambar professional. Kerja sebenarnya, arkitek di sebuah syarikat ternama. Hasil dari gambar-gambar cantik yang diambilnya, bisnes tudung makin bertambah maju. Dalam masa 4 bulan, sudah mampu bayar deposit kereta baru.

Dari hanya bisnes, akhirnya hubungan kami jadi rapat. Suamiku langsung tiada syak wasangka. Sangkanya cuma rakan perniagaan. Suami sendiri kenal pemuda itu. Malah, dia sendiri yang hantar dan ambilku ke studio untuk photoshoot.

Dalam diam, pemuda itu meluahkan rasa cintanya padaku. Aku pada mulanya berat untuk menerima. Status ‘isteri orang’. Namun, lama-kelamaan aku mengakui punya rasa yang sama dengannya. Cinta tidak bertepuk sebelah tangan. Katanya, dia kagum dengan kecantikan dan kelembutanku. Matang dalam berfikir, bijak dalam bisnes.

Bernikah seawal umur 21. Hayat perkahwinanku dah menginjak tangga lima tahun. Dikurniakan seorang cahaya mata lelaki. Suamiku kerjanya biasa saja. Seorang despatch. Itulah kerjanya sejak awal bernikah sampai sekarang. Kadang-kadang kerjanya itu sampai ke petang. Kadang sampai ke malam andai ada masalah. Semua kiriman dan surat perlu sampai tepat pada masa.

Suamiku itu umumnya baik. Tapi, selalu kami bertengkar juga. Masalah dia terlalu sibuk. Tiada masa untuk anak dan keluarga. Balik lewat petang, dah sangat penat. Nak buat overtime lagi. Katanya nak cari duit lebih, nak beli rumah. Tak mahu lagi menyewa. Tiga empat bulan ni, dia struggle untuk tujuan tu. Banyak kali dia balik rumah, aku dah tertidur pun. Aku pula cuma suri rumah yang ada bisnes tudung di internet. Akhir-akhir ni, pendapatanku lebih lumayan berbanding suami. Minggu lepas kami bergaduh besar. Dia sangka aku nak menunjuk-nunjuk aku lagi lebih darinya; nak tunjuk aku dah ada duit, so aku nak belikan segalanya dalam rumah. Hatta kepada kereta pun. Dia rasa kecil hati tak pasal-pasal. Malas aku nak bertekak. Tension bila niat baik disalahfahami. Pertengkaran berlanjutan.

Bila aku stress, aku adukan masalah pada pemuda si jantung hati. Dia sangat memahami. Malah, mampu menenangkan aku. Aku rasa damai di sampingnya.

Malam ni aku tekad. Aku nak bercerai.

Aku tunggu dia balik kerja. Lambat sangat sampai aku tertidur.

Bila bangun, dia tak ada di sebelah. Aku tengok motornya dah ada di parkir.

Aku melangkah ke bilik anak. Nampak pintu sedikit terbuka. Ternampak kelibat suamiku di dalam. Aku mematikan langkah sekadar di luar pintu. Aku menantinya keluar dulu dari bilik anak. Tak mahu anak terdengar nanti. Berdiri di sisi dinding bilik anak. Telingaku terdengar anak dan ayah sedang berbual. Menangkap jelas segala tutur kata.

“Ayah, kenapa ayah asyik cerita pasal Nabi Muhammad saja?”

Si ayah tersenyum menjawab,

“Sebab ayah nak anak ayah ni tiru Nabi. Tak ada cerita yang terbaik selain cerita Nabi. Buku cerita lain hanya berkisar tentang fantasi, fairytales. Sedangkan tu semua tak wujud. Khayalan. Namun, Nabi kita wujud di realiti. Malah, menanti umatnya di akhirat kelak. Hero kamu bukan ayah, bukan watak-watak komik cerita fantasi. Hero kamu adalah Nabi Muhammad. Bukan sekadar bedtime stories.

Ayah tak tahu banyak, jadi ayah bacakan saja dari buku Biografi Nabi Muhammad ni. Dulu, ayah belajar setakat STPM saja. Ayah tak pandai. Ayah orang miskin.

Tak ada siapa pun ceritakan tentang Nabi secara terperinci pada ayah. Atok pun tak pernah. Jadi, ayah tak nak kamu jadi macam ayah. Ayah nak kamu jadi dewasa untuk jadi seperti Rasulullah. Berjaya di dunia dan akhirat. Andai suatu hari kamu tak berjaya di dunia sekalipun, kamu miskin sekalipun. Harapnya kamu tak miskin agama. Pegang kuat apa yang ayah cakap ni, ya?”

Si anak mengangguk. Senyum.

“Malam ni, ayah nak pesan apa-apa sebelum saya tidur?”

Si ayah menjawab ringkas,

“Ada. Ada seorang ustaz kata, kita kena berinteraksi pujuk anggota badan kita sendiri. Motivasi anggota badan supaya tak buat benda-benda tak elok.”

“Macam mana tu, ayah?”

“Misalnya, ambil masa seminit dua, sambil gosok tangan, cakap pada tangan, ‘Hei tangan, hari ini jangan buat maksiat tahu. Allah nampak.’ ‘Hai kaki, hari ni kita melangkah ke masjid ya.’ Usap mata pula dan kata, ‘Wahai mata, hari ni nak melihat yang baik-baik saja. Nak tundukkan pandangan.’ Beritahu dengan seluruh anggota badan yang selalu buat benda tak baik, ‘hari ini, kena takut pada Allah. Jangan buat maksiat, okay?’.”

Si anaknya tersenyum.

“Jadi, saya kena beritahu mata saya, ‘Wahai mata, hari ni jangan tengok kartun banyak sangat. Tengoklah Al-Quran!’”

“Pandainya anak ayah!”

Si ayah mencium dahi anaknya.

“Dah, tidur ya? Baca doa tidur sama-sama. Allahumma Bismika Ahya Wa Amut. Ya Allah, dengan nama-Mu aku hidup dan aku mati. Amin… Baiklah. Jumpa malam esok pula.”

Si ayah bangun dan nak keluar bilik. Tiba-tiba tangan si ayah digapai si anak. Menangguh langkahnya.

“Ayah sayang saya tak?”

Ayahnya tersenyum.

“Sayang sangat.”

“Sayang umi tak?”

Ayahnya tersenyum lagi.

“Sayang. Lebih dari kamu tahu.

Saat ayah tiada apa-apa dalam hidup, umimu itu sanggup terima ayah jadi suaminya. Baik kan hati ummi?

Sayang ayah pada umi, sampai menutup mata. Sampai akhirat sana.”

Anaknya tersenyum lebar sampai terlelap.

**
Suamiku melangkah keluar bilik.

Langkahnya terhenti.

Aku menanti di luar bilik. Basah sudah pipi ini dengan air mata. Mengalir tanpa henti. Sungguh hati ini terusik sangat dalam. Aku tak tahu pun suamiku itu setiap malam berada di sisi anak bercerita tentang Rasulullah s.a.w.. Selama ini, ku sangka suami itu langsung tidak peduli.

Sungguh, aku khilaf!

Ku capai tangan suami. Ku salami tangan kasar itu.

“Awak ok ke?”

Suami kaget seketika.

“Maafkan saya, abang. Maafkan saya. Selama ini, saya curang dengan abang. Saya isteri derhaka. Maafkan saya. Ampunkan saya, bang.”

Suami mengusap ubun-ubun kepalaku.

“Abang dah lama tahu… Abang maafkan..”

Suamiku itu senyum. Tapi, ternyata ada hambar di wajahnya.

“Awak cinta lelaki cameraman tu? Kalau awak cinta dia dan dah tak cinta abang, abang rela korbankan kebahagiaan abang demi melihat awak bahagia.”

Kerana terpaksa, dia relakan. Rela lepaskanku. Bagai nak luruh jantungku ketika itu. Menggigil tangan. Seram sejuk. Aku yang tadi rasa diri kuat nak minta cerai, sekarang dah kaku terus. Tak berdaya. Dalam terketar-ketar, ku kuatkan hati. Sebak mencengkam rasa. Air mata tak daya diseka.

“Tak nak…tak nak..Saya nak abang seorang je…Nak ke Syurga dengan abang…bawa anak kita sama..”

Lantas suamiku itu tersenyum. Kali ini riaknya ikhlas riang.

Tumpah air mata lelakinya di hadapanku.

“Jangan ulang lagi…Hargai abang..boleh?”

Ringkas saja tuturnya dalam sebak bicara sama.

Rupa-rupanya dia naik angin dan bertengkar bukan kerana aku ada duit banyak, ada duit lebih. Tak, dia marah dan sakit hati bila dapat tahu tentang aku dan pemuda itu. Disembunyikan sedaya boleh.

Aku mengangguk mengiyakan.

“Tak kisah suami awak ni miskin? Tak kerja best?”

“Tulusly, tak kisah!”

***
Mesej Whatsapp masuk. DP pemuda kacak. Si cameraman merangkap arkitek.

“Macam mana? Dah selesai?”

Aku membalas ringkas mesej itu.

“Maaf. Saya putuskan untuk memilih setia. Kita selesai di sini. Lepas ni, suami saya sendiri yang akan jadi cameraman.”

Mesej masuk lagi.

“Tapi..tapi…kita kan sama-sama menyintai! Dah janji sehidup semati!”

Aku terus tekan uninstall Whatsapp. Buang sim. Patahkan.

Depan suami.

Dalam hati, enggan lagi melukai. Insan yang lama setia di sisi.

Enggan kerana indahnya mahligai harapan yang belum jadi kenyataan, setia sanggup ku korbankan..

Sunday, May 14, 2017

Sihat Seperti Ungku Aziz

Siapa tidak kenal Professor Diraja Ungku Aziz? Seorang intelektual Melayu yang tidak perlu untuk diperkenalkan lagi. Tidak perlu juga menyenaraikan sumbangannya terhadap negara yang terlalu banyak. Anda boleh membaca buku-buku di pasaran yang menceritakan tentang sumbangannya terhadap dunia pendidikan, ekonomi, persuratan Melayu dan banyak lagi.

Bukan itu sahaja, orang yang dikenali sebagai Pak Ungku ini sangat terkenal dengan disiplin dan rutin hariannya. Pak Ungku bukanlah jenis orang yang bercakap di atas angin, beliau buat apa yang beliau cakap, bukan cakap dulu tapi tak buat-buat. Oleh itu, saya berasa teruja untuk berkongsi kepada anda semua tentang tips yang saya kutip daripada Pak Ungku sendiri ketika ceramahnya di Universiti Malaya.

1. Tidur 6 atau 7 jam sehari

Pak Ungku mencadangkan agar kita tidur selama 6 hingga 7 jam sehari. Kalau orang muda-muda yang sihat 5 jam pun mencukupi. Dan disiplin diri kita untuk melupakan segala apa yang berlaku sebelum masuk tidur. Sumbat segala permasalahan hidup ke bawah karpet.

2. Tidur selama 30 minit pada waktu tengah hari

Waktu tengah hari semua orang harus tidur sekurang-kurangnya selama 30 minit. Tak payah pilih waktu yang sesuai untuk tidur pada tengah hari ini, asalkan kita boleh curi masa untuk tidur sebentar pada waktu tengah hari itu sudah memadai. Masa yang sesuai antara pukul 12 hingga 3 petang. Kemudian Pak Ungku menyuruh kita tidur selepas makan tengah hari dengan keadaan berbaring, sepertimana kita tidur pada waktu malam. Tapi jangan tidur lama sangat hingga 2 atau 3 jam, itu tidak sihat untuk badan.

Tidur pada waktu tengah hari ini penting untuk ‘repair’ kembali sistem badan kita lalu membuatkan kita lebih cergas pada waktu petang. Rutin tidur sebentar pada waktu tengah hari ini memerlukan disiplin dan menuntut kebiasaan kita. Ini kerana bila kita tidur, selalunya isu-isu lain akan mengganggu kita. Kata Pak Ungku, jangan mempedulikan apa sahaja yang berlaku ketika tidur. Masa tidur adalah masa tidur, jangan ingat benda-benda lain atau mempedulikan apa yang berlaku di sekitar kita.

3. Makan bawang mentah
Antara aspek pemakanan yang menjadi rutin Pak Ungku ialah memakan bawang mentah.

4. Jangan makan terlalu banyak ‘fast food’

Pak Ungku melarang kita makan fast food seperti Burgers kerana bahan-bahan yang ada di dalamnya mempunyai racun yang banyak. Nak makan sekali sekala boleh.

5. Jangan minum air Cola-Cola

Kata Pak Ungku buang tabiat minum air Cola-Cola kerana padanya terdapat terlalu banyak gula yang memberi racun kepada badan

6. Amalkan pemakanan ‘fit for life’

Falsafah pemakanan Pak Ungku ialah makanlah bahan yang hidup, jangan makan bahan yang telah mati. Umpamanya sayur dan ulam, semuanya mesti dimakan hidup-hidup. Kalau kita masak, goreng serta rebus sayur dan ulam itu bermakna bahan itu telah mati. Maka, lebih baik makan sayur dan ulam yang masih segar, bukan yang telah dimasak. Kecuali daging.

7. Jangan borak kosong

Borak kosong itu merugikan dan membazir masa. Kalau orang Islam berdosa jika kita membuang masa begitu.

8. Masa giat dan masa rehat

Masa harus dibahagikan kepada dua, iaitu bahagian giat(aktif) dan rehat(pasif). Masa aktif digunakan untuk kita melakukan pelbagai aktiviti. Masa pasif digunakan untuk kita fikirkan apa yang telah kita buat, dan kita fikirkan apa yang kita akan buat. Jadi kita mesti sedar bila masa kita gunakan minda kita untuk melaksanakan pelbagai kegiatan dan bila masa kita gunakan untuk bersantai-santai. Ini terpulang kepada kreativiti masing-masing.

9. Jangan pedulikan tekanan orang

Bila ada orang marah kita tak tentu pasal. Jangan ambil kemarahan tersebut untuk difikirkan sehingga menyebabkan stress. Anggap saja orang yang marah itu gila.

10. Selalu perhatikan baki wang

Kena tengok selalu baki wang yang ada di poket kita. Untuk mengelakkan masalah kewangan pada masa yang akan datang. Sebab orang yang tak ada duit selalu stress.

11. Amalkan senaman tiga kali seminggu

Buat jadual tiga kali seminggu untuk buat senaman. Tak kira jogging atau bermain permainan seperti badminton dan sebagainya.

12. Senaman Minda

Minda kita harus bersenam juga. Senaman minda boleh dilakukan seperti bermain permainan Sodoku dan Chess atau Dam Haji pun boleh. Ini baik untuk kesihatan minda

13. Jangan main computer games

Buang tabiat suka bermain computer games. Ianya boleh menyebabkan seseorang ketagih dan menghabiskan masa terlalu lama di hadapan komputer. Gunakan komputer sebagai hamba kepada kita. Bukan kita yang menjadi hamba kepada komputer.

14. Amalkan budaya membaca

Pak Ungku seorang yang banyak membaca. Beliau membaca 5 surat khabar sehari. Dengan banyak membaca, ia akan mengasah minda dan pemikiran kita. Kita juga boleh membaca buku-buku yang membantu perkembangan minda dan pemikiran kita.

15. Kita mesti berfikir, berfikir dan berfikir

Bila kita melakukan sesuatu, kita harus berfikir terlebih dahulu. Supaya apa yang kita fikir sesuai dengan keputusan yang kita mahu capai. Ini mengelakkan kita daripada berangan-angan.

16. Banyakkan diskusi

Berbincanglah perkara yang bagus dengan rakan-rakan anda. Ini menggalakkan minda kita berfikir secara kreatif dan kritis. Supaya kita mendapat idea-idea baru yang ,mungkin tidak pernah difikirkan oleh orang lain sebelum ini.

Inilah senarai tips yang diberikan oleh Pak Ungku. Semoga bermanfaat buat kita semua. Akhir sekali, Pak Ungku ada belanja pantun buat renungan kita semua;

Sampan kotak hilir mudik 
Dayung patah galang sebatang 
Ikhtiar tidak datang bergolek 
Akal tidak datang melayang

Tuesday, May 9, 2017

Oh Ibu

Petikan daripada fb Pakar dairi hati

uatu hari seorang bayi dipersiapkan untuk dilahirkan ke dunia. Namun, sebelum ditiupkan kerahim ibu, roh bayi tersebut bertanya kepada Allah SWT:
.
Bayi: "Ya Allah, malaikat memberitahu ku bahawa Engkau akan mengirimkan aku ke dunia esok? Benar ke Ya Allah?”
.
Allah SWT: "Iya, benar"
.
Bayi: "Tapi Allah, aku masih lagi tidak tahu cara hidup di sana? aku masih lemah dan kecil lg”
.
Allah SWT: "Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia yang akan menjaga dan mengasihimu"
.
Bayi: "Tetapi di Syurga ini aku sudah bahagia, apa yang aku lakukan sekarang menyanyi dan ketawa sudah cukup membahagiakan ku.”
.
Allah SWT: "Jangan risau, Malaikatmu akan menyanyi dan senyum untukmu setiap hari dan kamu akan merasai kasih cintanya dan lebih berbahagia.”
.
Bayi: "Apakah yang dapat ku lakukan apabila aku ingin mengadu kepadamu?''
.
Allah SWT: "Malaikatmu akan mengajar bagaimana cara kamu berdo’a."
.
Bayi: "Aku dengar di bumi banyak orang jahat, siapa yang akan melindungi ku?"
.
Allah SWT: “Malaikatmu akan melindungi mu dengan sepenuh jiwanya."
.
Bayi: " Tapi aku akan bersedih kerana tidak dapat melihat Engkau lagi"
.
Allah SWT: "Malaikatmu akan ceritakan kepadamu tentang aku dan ajarkan bagaimana kamu boleh kembali kepadaku walaupun sesungguhnya aku selalu berada disisimu."
Saat itu Syurga begitu tenang
.
Bayi: “Ya Allah jika aku harus pergi sekarang bolehkah engkau memberitahuku siapakah nama malaikat dirumah baruku nanti?”
Allah SWT: "Kamu boleh memanggil nama malaikat itu…
"IBU"
.
Hargailah Ibu yang menyayangimu dan selalu menitiskan airmatanya ketika kamu pergi .
Ingatlah kamu ketika Ibu rela tidur tanpa selimut demi melihatmu tidur nyenyak dengan dua selimut membalut tubuhmu.
Ingatlah kamu ketika jemari ibu mengusap lembut kepalamu
Dan ingatlah kamu ketika air mata menitis dari mata ibumu ketika dia melihatmu terbaring sakit
Sesekali jenguklah ibu yang selalu menanti kepulanganmu di rumah tempat kamu dilahirkan
Kembalilah... mohon maaf pada Ibumu yang selalu rindu akan senyumanmu.
.
Jangan biarkan kamu kehilangan saat-saat yang akan kamu rindukan dimasa hadapan ,ketika ibu telah tiada.
Tak ada lagi di depan pintu yang menyambut kita ...tidak ada lagi senyuman indah tanda bahagia .
Yang ada hanyalah bilik kosong tiada penghuninya , yang ada hanyalah baju yang di gantung di almarinya .
Tidak ada lagi dan tidak akan ada lagi yang akan menitiskan airmata mendoakanmu di setiap hembusan nafasnya .
Pulang dan kembalilah segera ...
.
Peluklah Ibu yang selalu menyayangimu.
Ciumlah kaki ibu yang selalu merindukanmu .berikanlah yang terbaik di akhir hayatnya.

Monday, May 8, 2017

Ingati Akan Ibu

Petikan daripasa FB Ustaz Hasnan Fan Club

Beberapa tahun lepas saya menurunkan Mak di depan hospital dan berjanji supaya Mak telefon bila dah semua urusan selesai,Mak menghadiri pemeriksaan biasa bulanan di Hospital Balik Pulau,saya pulang kerumah dan menunggu Mak telefon bila dah siap nanti.

Dalam perjalanan pulang kerumah, saya tiba tiba terkenang suatu ketika dulu ketika saya demam,Mak menggengam erat tangan saya berjalan dari rumah menunggu bas untuk ke hospital,sesekali saya didukung kerana tak kuat berjalan,diatas bas saya baring di ribaan Mak sambil Mak mengusap kepala dan sesekali mengucup dahi saya,di hospital juga ketika menunggu rawatan saya sentiasa didalam pelukan Mak,selesai rawatan,sekali lagi dalam perjalanan ke stesen bas saya didukung,sempat dibawa ke kedai dan Mak cakap 'adik nak beli apa apa ke' sampai dirumah saya dipujuk untuk makan ubat,dipujuk dan disuap makan kerana tak lalu makan akibat demam.

Habis saja kenangan itu berlalu difikiran saya segera terus berpatah balik ke hospital,'hujan lebat didalam kereta' sampai di hospital terus saya mendapatkan Mak yang sedang termanggu keseorangan menunggu urusan rawatan,saya sembunyikan airmata saya yang ditahan supaya tidak mengalir dihadapan Mak,saya memegang tangan Mak membawa masuk bilik doktor,mendengar penjelasan doktor berkaitan tahap kesihatan Mak, mendengar nasihat doktor supaya memantau pemakanan Mak,saya memegang tangan Mak ke farmasi dan menunggu untuk mengambil ubat,selesai semuanya saya memegang tangan Mak menuju ke kereta,membuka pintu kereta untuk Mak dan saya tanya 'Mak ada nak beli apa apa ke',
YA ALLAH,ampunilah aku yang sedikit terlalai dari menyantuni pembuka pintu syurga untuk ku ini.

Saya sekarang di IJN Kuala Lumpur, menunggu untuk berjumpa doktor,rawatan susulan.
Saya menulis rasa hati ini bila melihat di sini ramai Mak Ayah yang keseorangan terkial kial bertanya arah sambil menunjukkan kad mereka,
bayangkan disini ada blok A,blok B dan sangat luas,ada yang bertanya arah cafe untuk makan setelah semalaman berpuasa untuk mengambil darah,beratur ramai untuk mengambil dan membayar harga makanan dan sebagainya,saya juga melihat pasangan Mak Ayah lewat 70 an yang saling membantu berpimpin,berjalan perlahan mengatur langkah dan sesekali berhenti penat, mungkin mereka tidak mempunyai anak TETAPI sangat rugi lah seandainya mereka mempunyai anak anak dan anak anak mereka terlepas pandang ruang kasih sayang yang sepatutnya mereka penuhi ini.

Alhamdulillah,setakat ini saya gagah kesana sini berjalan laju di hospital,namun seandainya saya berada ditahap Mak saya dan Mak Mak Ayah Ayah yang saya lihat di IJN ini,saya akan rasa selesa,bangga,terharu dan harapkan ada anak bersama saya sekurang kurangnya sebagai 'SEMANGAT'.

Anak anak sekelian,saya yakin apa yang saya rasa ini dirasai oleh Mak Ayah kita semua.
Hayati lah firman ALLAH ini untuk kebaikan bersama dunia dan akhirat-

وَقَضَى رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِنْدَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُلْ لَهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُلْ لَهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا

وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُلْ رَبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا .

Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya.Jika salah satu seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu,maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada kepada keduanya perkataan ‘ah’ dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.Dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah, 'Wahai Tuhanku,sayangilah keduanya sebagaimana mereka berdua telah menyayangi aku di waktu kecil'.
Al Isra' 23 & 24

Syed Mohamad Nazli Bin Syed Ahmad
Institut Jantung Negara IJN,
Kuala Lumpur,
4-5-2016.

Friday, May 5, 2017

Rahmat Disebalik Musibah

Tazkirah Ebit Lew

Baru ini saya sedang parking di depan rumah ayah mertua. Tiba-tiba ada sebiji kereta depan mata saya di bawa laju-laju dan bergesel dengan kereta saya. Dia terus pergi laju-laju. Saya tengok calar dari depan sampai belakang. Terkejut juga, saya cuma doa Ya Allah pasti ada rahmatmu. Ada kebaikan nak datang ni. Rahmat Allah..

Malam yang sama sedang saya di surau. Ada sebuah kereta budak-budak muda pasang lagu kuat-kuat langgar kereta saya lagi. Bertambah colour pada kereta saya. Saya cepat-cepat solat taubat dan beri sedekah. Ya Allah maafkan saya. Salah saya. Rahmat Allah. Pasti ada rahmat ni..kebaikan nak datang..

Esok pagi semasa nak ke pejabat. Semasa di traffic light ada sebuah kereta laju meluru langgar belakang kereta saya. Sepanjang saya bawa kereta ini kali kedua orang langgar belakang kereta saya. Saya tengok boleh tahan teruk kedua-dua kereta. Saya termenung sekejap sebab bertubi-tubi pulak rasa. Terus sangka pasti ada rahmat besar Allah nak bagi..

Saya kata pada akak pakai sexy tadi. Dia panik dan cuba terangkan. Saya kata akak nak tahu yang sebenarnya? Semua yang berlaku dalam dunia ini telah ditakdirkan Allah. Hari ini dan waktu ini akak langgar belakang kereta saya. Dia terkejut. Saya senyum jer. Buat apa nak marah. Allah dah tulis..

Saya tolong dia uruskan keretanya. Lepas tu dia ambil nombor telefon saya dan tanya saya kerja apa. Saya kata saya buat training motivasi..

Esoknya dia call saya. Dia ajak ke pejabat bincang pasal kursus untuk kakitangan di tempat kerjanya. Dia antara bos utama. Ramai orang presentation. Saya salah seorang datang..saya datang seorang jer..dia tak kenal saya pun. Tak pernah langsung tahu..

Takdir Allah saya dapat 6 siri program teambuilding untuk organisasi tu. 3hari 2malam. Saya belajar satu perkara di sebalik susah dan musibah ada rahmat Allah nak bagi. Rahmat dapat buat dakwah pada sebuah pejabat yang tak pernah ambil training islamic. Sebelum ni katanya semua non muslim punya training. U paling murah dan saya terkejut bila kereta u teruk tapi u senyum dan kata ini semua takdir Allah.

Siapa tahu rupanya Allah simpan kegembiraan disebalik semua kesedihan yang kita lalui.

Adik beradik kita yang paling nakal akhirnya menjadi anak yang paling baik dan banyak khidmat buat ibubapanya..

Pelajar yang direndahkan dan dipandang rendah tiba-tiba jadi paling berguna buat masyarakat..

Orang yang lambat kahwin dan tiada anak akhirnya paling bahagia dan gembira sampai akhir usia..

Orang paling gengster akhirnya orang paling banyak menangis depan Allah..

Buat dakwah tapi sentiasa dihina dan direndahkan dan mungkin disalahfahami tetapi tiba-tiba menjadi orang yang kata-katanya diingati dan jadi asbab hidayah. Semua ulama yang soleh dulu pernah masuk penjara kerana kebenaran..

Kematian orang paling disayangi supaya dia diberi rehat dan Allah ingin kita belajar erti kehidupan agar menjadi lebih bermakna..

Belajarlah melihat disebalik kesusahan ini Allah sediakan rahmat yang besar..

Jika Allah ingin beri kebaikan pada seseorang,Allah mula beri musibah. Tidak ada orang akan gagal di dunia dan akhirat melainkan orang yan berputus asa dari rahmat Allah. Ubat bagi segalanya sangka baik pada Allah

Jom share dengan kawan2.