- Detik 10 Disember 2017 tarikh penyatuan sahabatku bersama pasangannya.
- Pernikahan yang menghalalkan acara-acara perkebunan dan pertanian untuk diusahakan oleh beliau dalam menyemai benih-benih zuriat agar Insya Allah lahirlah putera/puteri yang yang soleh/solehah.
- Alhamdulillah majlis Ijab dan Qabul ini berjalan dengan penuh lancar, beberapa bulan yang lalu aku mengetuai rombongan merisik pasangannya.
- Sahabatku ini adalah seorang lelaki yang baik, penyayang dan bertanggungjawab.
- Disaat aku diberikan peluang untuk memberikan ucapan tahniah dalam majils tersebut, aku hanya menyatakan bahawa dua perkara yang aku dan dia mempunyai kesamaannya.
- Pertamanya aku pernah duduk serumah dengannya, jadi aku amat tahu hati budinya.
- Keduanya, aku dan dia sama-sama menyokong pasukan Arsenal, biarpun tidak menjadi juara apa yang paling utama kami tidak sokong MU.
- Duhai sahabatku, jagailah pernikahanmu kali ini seperti rimbun-rimbun ditutuh, semak-semak disiangi.
- Doaku semoga pernikahan ini akan berkekalan hingga ke jannah.
Saturday, December 16, 2017
Ijab dan Qabul Sahabatku
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment