Friday, September 1, 2017
Ar-Rahman
Kegigihan lelaki ini naik LRT untuk membeli ikan di pasar Chowkit membuatkan saya terdiam.
Duduk di sebelah saya ialah seorang lelaki dalam lingkungan 40an. Saya dah mula perasan beliau sejak menunggu di stesen Bandaraya lagi. Berjalan seorang diri dan memegang beberapa bungkusan plastik dengan erat.
Sepanjang jalan di dalam LRT, semua orang diam. Sibuk dengan hal masing-masing. Tiba-tiba sahaja beliau menegur saya,
Saya memandang beliau dan senyum. Angguk-angguk.
" Thailand dengan Vietnam ni depa memang dah berlatih tengah hujan. Depa pandai main ", beliau menambah.
Saya cuba ubah topik perbualan.
" Mai dari mana tadi bang ? Nak balik mana ni ? ", soal saya kepada beliau dalam loghat utara.
" Pi Chowkit tadi. Kak hang suruh pi cari ikan sardin sekilo dua habuan nak buat laksa. Esok lusa kan raya. Saudara nak mai rumah "
" Nak balik Alam Sutera ni. Sana ikan mahai. Di Chowkit 3 kilo baru sepuluh ringgit. Modai LRT tak sampai 5 ringgit pi balik ", beliau menambah.
" Lani semua kena jimat dik oi. Jauh sikit pun takpalah. Ada LRT ni kita senanglah sikit nak pi mana-mana "
" Dari Stesen Bandaraya pi Chowkit naik bas percuma tu ja. Tak gaduh nak jalan kaki dah. Mudah sangat aih "
Saya masih diam. Beliau bingkas bangun untuk turun di stesen berikutnya. Kami berpisah di situ. Di Stesen Alam Sutera.
Nikmat apa lagi yang kita mahu dustakan ? Di saat kita pening kepala berfikir mahu makan di mana sekejap lagi, rupanya ada saudara kita yang sanggup berjalan jauh dengan LRT demi sekilo dua ikan sardin yang murah.
Dan sekurang-kurangnya kejadian tadi membuatkan kita semua berfikir tentang nikmat Tuhan. Begitu banyak di depan mata hingga mungkin kita tidak pernah menyedarinya.
Kredit: Ikram Al-Banjari
Saudagar Jalanan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment