- Dunia Islam dan dunia barat mempunyai pandangan berbeza mengenai penyakit.
- Bagi Islam, sakit adalah kurniaan Allah yang diberikan kepada hamba yang dicintai.
- Rasulullah saw bersabda; " Allah tidak menimpakan musibah kepada orang mukim melainkan kerana salah satu daripada dua perkara.
- Pertamanya mungkin dia mempunyai dosa yang hanya diampunkan dengan memberi cubaan sakit tersebut.
- Keduanya, dengan musibah sakit itu; jika ianya dilalui dengan penuh sabar, tawakal dan redha kepada Allah, maka darjat seseorang itu akan dinaikkan.
- Dosa atas orang yang ikhlas menerima musibah sakit ini akan digugurkan, juga kesabaran menerimanya pula pasti mendapat pahala yang besar dari Allah.
- Pandanglah sakit dari sudut positif; ambil iktibar.
- Yang penting dalam hidup, jangan cari penyakit.
- Bagi kawan-kawan yang terlalu aktif bersukan tetapi masih lagi merokok; anda rasa anda sihat tapi sebenarnya?
- Sebaik-baik senaman adalah solat dan sebaik-baik diet adalah puasa.
Saturday, February 19, 2011
Sakit
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment