Wednesday, February 2, 2011

Bala

  1. Nah sekarang kebetulan banjir sedang melanda Johor dan Melaka.
  2. Ada suara-suara yang mengatakan berlakunya bah kali ini kerana bala turun dari Allah.
  3. Mengapa suka kita melihat musibah yang berlaku dengan terlalu meletakkan mudarat ini hanya sebagai suatu bentuk hukuman semata-mata.
  4. Lihatlah dari pandangan positif bahawa sesuatu itu berlaku untuk dijadikan pengajaran dan peringatan.
  5. Bala itu berlaku dengan keadaan yang tidak mengira baik buruk seseorang; rendah juga tawaduk umat ditempat tersebut.
  6. Memang agama dan politik tidak dapat dipisahkan tetapi minda kita terserang untuk memutuskan hukuman atas dasar kepartian.
  7. Kembalilah kita menilai tindak-tanduk yang telah kita ambil dalam menguruskan alam persekitaran; pembangunan yang melampau telah memberikan kemusnahan eko-sistem yang sebelum ini menjadi alat penahan banjir.
  8. Bukit-bukau juga telah rakus diratakan; kadar serapan air oleh pokok hijau juga berkurangan digantikan dengan dinding-dinding perumahan baru.
  9. Sama-sama kita bermuhasabah dan kembalilah kepada Allah.
  10. Jangan mudah meletakkan hukuman keatas sesuatu yang sama-sama melanda kita.

1 comment:

Penditakainsingkat said...

Salam Bro.

Memang betul dan saya sangat setuju.

Fenomena alam adalah sistem Ilahi.
Kita dan semua makhluk di dalammnya tertakluk dengan sistem tanpa dapat mengubahnya walau sedikit sekalipun.

Sebab itu Allah anugerahkan otak sebagai menunjukkan kuasa Allah ke atas manusia.

Melalui minda Allah memberi sebesar-besar kuasanya untuk dimanfaat oleh manusia.

Dan manusia yang berjaya adalah yang berfikir, merancang dan bertindak dalam ruang lingkup dan keredhoaan kalamNya.