- Hujan panas yang turun di tengahari hanya menaikkan haba jalan panas itu.
- Bila buah fikir dirincis tanpa fikir yang panjang, dangkalnya bunyi keluar berkata.
- Apabila ada yang bersangka buruk memikirkan orang mencuri siapa yang sebenarnya pencuri?
- Kembali membuat hal kerana merasakan ada pihak yang sudah dapat lebih sedangkan dia katanya kurang.
- Terpetarinya 'gentlemen agreement' kerana atas dasar saling percayai mempercayai, sudah kenal hati budi dan seumpamanya.
- Tiba-tiba ikatan itu cuba dilanggar oleh hati-hati orang yang busuk. Hanya fikir yang bukan-bukan. Mengikut kata hasad dengki bertingkat.
- Jangan ditumbuk dada yang remuk itu kerana mungkin ia boleh mengakibatkan maut. Luka tidak semestinya berdarah. Lari sudah pasti berpeluh.
- Akibat nanti, berhuma padi bertuai lalang cuma kerana terlalu percaya kepada khabar.
- Jangan jadi seperti kaduk; khuatir nanti gulanya sedap nasi yang mentah; mungkin juga nasi yang tanak gulai yang punah.
- Ingatlah jika biduk yang pecah nahkodanya mati; pasti sudah anak buah bercerai-berai.
- Selama kelamaan biawak tetap lidah bercabang.
Friday, February 25, 2011
Buat Hal
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment