- Alhamdulillah masih lagi dapat kita berkongsi buah fikir yang tidak seberapa ini. Karat. Kotor. Tetapi kadang-kadang suci dalam debu juga.
- Sekali lagi coretan-coretan kata yang dibuat salah satunya adalah sebagai aspirasi dan eksperasi keatas permasalahan yang sedang dihadapi.
- Nampaknya sekali lagi belum rezeki; usaha telah dibuat, berdoa, sedang berdoa dan akan terus berdoa.
- Hanya padamu aku berserah; sesungguhnya rezeki adalah ketentuanMu.
- Aku juga akan terus beristiqamah untuk terus mencuba dan ini bukanlah noktahnya untuk berhenti disini setelah beberapa percubaan alau juga gagal.
- Perlu juga bermuhasabah bahawa apa yang berlaku mungkin kifarah atas lalai dan mungkar yang telah berlaku. Zalimnya kami ini sebagai hambaMu Ya Allah. Hinanya kami yang sentiasa bersangka buruk pada Mu.
- Ya Allah kau luruskanlah hati kami yang sentiasa cuai dan cuba untuk melupakanMu setelah kau berikan petunjuk dan hidayat kepada kami.
- Engkau Maha Mengetahui apa yang elok untuk kami dan sesuatu itu berlaku dengan kehendak dan kuasaMu.
- Pencarian akan terus diusahakan.
Blogged with the Flock Browser
No comments:
Post a Comment