- Dalam melangkaui ujian yang diberikan kadangkala apa sahaja yang datang di depan mata seperti tiada apa-apa yang berlaku. Susah itu sebenarnya hanya sedikit. Rupa-rupanya ramai yang merasai susah itu lebih susah daripada kesusahan kita.
- Dalam keadaan menempuhi ujian ini, keadaan kebiasaan akan menjengkalkan segala kekusutan untuk cuba dirungkaikan.
- Makan, minum, hiburan, sedap pandangan mata dan sebagainya hanya berlalu begitu sahaja.
- Kerana dah tidak ada ertinya lagi. Maknanya putus asa? Hampa? Kecewa?
- Tidak. Bukan satu pun seperti yang dinyatakan diatas. Sebenarnya tiada ertinya untuk memberikan pengertiannya kerana memang ianya tiada mempunyai apa-apa erti.
- Yang sebenarnya hilang tumpuan/fokus kerana memikirkan ada sesuatu yang lebih besar, lebih utama, lebih berbahaya dan lebih dalam serba serbi.
- Bolehlah baki langkah-langkah longlai ini akan dapat diteruskan lagi?
- Pasti setiap kesulitan itu ada kemudahan.
Thursday, May 13, 2010
Tak Ada Ertinya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment