- Hari ini satu pelajaran beza sahabat dan kawan. Kawan hanya kongsi gembira; sahabat susah dan senang bersama.
- Hidup ini ada pusingannya. Sesungguhnya Allah itu Maha Adil. Turutan dan giliran itu telah tertulis.
- Ada beberapa gantiannya perlu diusahakan dan janganlah hanya buat tidak kisah untuk mencari peluang semata-mata kerana menganggapnya takdir.
- Ada takdir yang berubah-berubah dan Allah juga telah memberikan ketetapan ada beberapa takdir yang tetap; sepertimana ajal maut.
- Saat kematian seseorang itu telah ditentukan tanpa boleh dicepat dan dilewatkan oleh sesiapa; waima jika seseorang itu bernafas menggunakan alat bantuan pernafasan.
- Walau bagaimanapun; takdir rezeki itu berubah-ubah; mengikut usaha dan pencarian. Adakah menunggu sahaja dikira usaha?
- Susah itu pasti akan senang kalau diusahakan dan jangan tidak berbuat apa-apa dan hanya bertanya adakah peluang kita?
- Peluang itu bukan takdir tapi perlu dicari; dan ianya tidak akan datang bergolek seperti Islam yang diwarisi Melayu Islam katanya.
- Islamkah kalau sekadar nama berbin atau berbinti tapi hati ibarat mati. Mata ibarat buta.
- Perlukah kita bertanya kenapa orang Asia begini dan orang Arab begitu; berapa bagus sangat Islam akan orang Arab itu; sedangkan Islamnya mudah. Mereka tidak perlu mentafsirkan Al Quran; mereka terjemah dan amalkan. Melayu Islam itu terpaksa tafsir, terjemah Al Quran tetapi tidak amalkannya. Sama seperti sebahagian kecil Nasrani dan Yahudi; baca, tafsir, terjemah dan tidak amalkan Al Quran.
- Sememangnya bila kita senang kita mudah lupa pada yang susah dan kita langsung tidak muhasabah akan kesusahan lepas.
- Hari ini kita berada diatas dan tidak selamanya kita diatas; begitu juga hari ini kita dibawah dan bukan selamanya kita dibawah.
- Kita susah bukan kita tidak senang tetapi belum senang.
- Ingatlah apabila ada keperluan memberi bantuan bila adaanya kesusahan; Allah akan gandakan nilai bantuan yang diberi. Kalau bukan didunia tetapi akhirat.
- Sensugguhnya lihatlah perniagaan dari aspek Islam dan berniagalah dengan penuh hati keislaman.
- Pasti setiap kesulitan itu akan ada kemudahannya.
Blogged with the Flock Browser
No comments:
Post a Comment