- Dengan izin, ungkapan 'sense of belonging' dalam keadaan yang genting dan sukar adakah ianya semakin menebal atau pudar?
- Berkata dengan kepercayaan yang diberi atas dasar 'face value' (dengan izin) juga satu aspek yang perlu diambil kira.
- Berbincang tentang 'pride & glory' (dengan izin) perlu dikupas supaya adil dalam memberikan intepretasi supaya ianya diletakkan pada tempat yang betul kerana sekali lagi keadilan itu bukan samarata tapi meletakkan sesuatu pada tempat yang betul.
- Betulkah parti keadilan itu? Atau salahkah parti keadilan itu?
- Siapa yang khianat siapa? Atau mereka ini semua mengkhianati rakyat yang mengundi mereka? Bebas manalah orang -orang yang mengatakan mereka bebas sedangkan setelah pengundian mereka tersebut bebas membuat keputusan mereka menjadi orang bebas? Oopps...bukan bebas tapi bebal.
- Sekali lagi inikah dikatakan sikap kepunyaan undi itu hak mak bapak mereka; mana nilai pengundi yang memangkah kertas undi tersebut?
- Orang-orang yang bebas ini sebenarnya tidak mempunyai akal, maruah dan segalanya. Bebaskan undi rakyat keatas orang-orang bebas yang khianat keatas undi rakyat.
- Dalam masa yang sama adilkah juga jika hak semuanya sama, semuanya satu, keranamu Malaysia?
- Hak dan undi rakyat telah dilelong dan dijudikan oleh mereka-mereka yang bebas.
- Adakala perlu tidak berterus-terang mungkin akan dapat menyelamatkan keadaan tetapi bukan dengan melakukan pembohongan kerana bohong itu sampah dan tidak berfakta. Bertutur tanpa buah fikir adalah satu cabang pembohongan yang paling ketara kerana cakap itu percuma dan tidak dikenakan bayaran. Hanya dikira dosa dan pahala.
- Habis tu macam mana 'pemerintah' yang berbohong?
- Sememangnya pemerintah itu sebenarnya pembohongan kerana mereka-mereka ini tidak selayaknya menjadi pemerintah. Dalam bentuk yang lain mereka-mereka ini diperintah oleh pemerintah yang lain. Bolehkah disini dikatakan isteri itu juga pemerintah?
- Apabila ada satu bayang-bayang; objek yang sebenar itu akan nampak hilang dan seterusnya mempercayai bahawa bayangan itu lebih besar, panjang dan hebat. Hilang dan memakan realiti objek tersebut kerana bayangan itu hitam, hitam dan lama-kelamaan akan menghilang bila mentari mulai menangis dan berkedipkan sinar panasnya.
- Semakin diikut semakin jauh, semakin dikejar semakin hilang bayang; awas jangan terlalu mengikut bayangan ; nanti gila bayang.
- Bayangan tidak berfikir, bayangan tidak bersuara dan mulutnya tidak sopan berkata.
- Masih ada lagikah 'sense of belonging'?
Blogged with the Flock Browser
No comments:
Post a Comment