Thursday, September 18, 2008

Tidak Lagi Membeli Kasut Untuk Emak

Ramadhan ini adalah tahun keempat tanpa kehadiran emak. Masih teringat masa-masa lalu, bila sahaja Ramadhan tiba pasti hamba akan mengajak emak turun KL untuk berbelanja serba sedikit untuk persiapan raya. Membeli sepasang dua persalinan baju, kasut raya buat mak dan apa yang terlintas mak mahukan dalam kadar kemampuan yang ada pada masa itu. Ini serba sedikit cuba untuk mengembirakannya dikala ketika itu telah dirahsiakan barahnya yang ada.

Diriak wajahnya kelihatan terpancar wajah ceria sedangkan rupanya masa itu derita yang ditanggungnya disembunyikan sahaja. Anakmu masih tidak tahu pada masa itu akan derita emak dan silapnya kita ini; anak zaman sekarang secara puratanya memang kurang sangat nak ambil tahu akan keadaan orang tua kita semasa usianya masih ada. Kita selalu menganggap mereka itu sentiasa sihat. Maksudnya selagi dia boleh bangun sendiri, maka dia tidak sakit.

Mungkin kita juga terlalu lupa dalam kita asyik mengemudi hidup berkeluarga. Emak; tolong maafkan anakmu jika kelalaian  memberikan kasih kepadamu sepenuhnya sebagaimana emak menyayangi anakmu ini.

Kenangan emak bertanya pada anakmu ketika memilih kasut itu masih segar kerana rasanya walaupun harga kasut itu tidak seberapa tapi emak nampaknya terlalu gembira; dapat tukar kasut raya.

Emak, berapalah harga kasut raya itu jika nak dibandingkan dengan tapak kehidupan yang emak berikan pada anakmu ini. Sungguh pilu mengingatkan saat-saat akhir emak melepaskan nafas-nafas pendek itu, anakmu sempat berbisik ditelinga mak; katanya begini; "mak tolong ampunkan dosa saya zahir dan batin dari hujung rambut sampai kaki; tolong halalkan makan minum dan susu emak yang saya minum itu"; saat itu kelihatan mak mengerdipkan mata dan ada butir linangan air mengalir dari matamu.

Wahai emak, kini anakmu tidak lagi dapat membelikan emak kasut raya. Al Fatihah.

Fidyah

Hampir usia ini menjejaki lebih separuh masa kedua masa permainan sebenar jika diambil 60 itu noktahnya, baru kita sedar banyaknya kita ini Islam kerana diwarisi oleh kerana kita ini Melayu. Maknanya banyak yang sahaja menjadi ikutan dan saduran dari orang terdahulu tanpa kita tahu mengapa, kenapa, siapa dan bagaimana.

Umpamanya, apabila ramadhan muncul, pesta memenuhi surau bermula, katanya memeriahkan malam-malam ramadhan terutamanya disepuluh malam pertama, macam dah tak muat sangat surau-surau yang ada kat muka bumi ini. Berebut kerana nak dapat fadilat yang habis ditampal di sebahagian tempat akan ganjaran yang akan diterima mengikut malam-malam tertentu. Yang nyatanya itu bukan hadis sahih yang ada menerangkan perkara yang sebenarnya.

Malam sepuluh akhir, dah bergaung bunyi surau sebab dah kosong, sibuk semua membeli baju raya, kuih muih, songkok dan seumpamanya. Nasib baik ada raya. kalau tak gayanya tak berganti baju-baju tu semua. Orang sibuk rebut Lailatul Qadar kita sibuk Lailatul Kamdar, atau orang jumpa Laitul Qadar pasal bersungguh-sungguh mengimarahkan ramadan; kita ni ibadat ala-ala kadar juga.

Paling hebat pergi pasar ramadhan, tengok anak-anak gadis Melayu miskin; tak cukup duit pakai baju tutup aurat, sebab tu dedah sana; dedah sini atau macam tak tutup langsung pun ada; kenapa agaknya perkara ini berlaku?; tengok sekali tak sengaja tak apa; tengok kali kedua berdosa ganjarannya. Ini berlaku kerana ramai ambil konsep puasa yang hanya mengambil maknanya tidak makan dan minum sepanjang siang hari sahaja. Ini yang orang-orang tua dahulu ajar. Begitu juga dengan kaedah qada bagi menggantikan puasa yang ditinggalkan dengan sengaja oleh sebab-sebab tertentu. Ada yang kena qada, ada yang kena fidyah, ada yang kena qada dan fidyah sekali.

Satu malam digerakkan oleh Allah akan hamba pergi menunaikan solat terawih disatu surau yang kebetulannya ada tazkirah setiap malam selepas solat isyak dan sebelum solat terawih. Malam itu, seorang ustaz agak muda, menerangkan tentang bab fidyah.

Suka hamba berkongsi ilmu yang diberi kerana selama inipun hamba macam tak pernah nak ambil tahu pasal fidyah ini. Ustaz menerang contoh seorang Hamba Allah wanita berusia 36 tahun; mulai baligh berusia 12 tahun; tidak pernah puasa selama usia itu, hinggakan ramadhan ini mendapat hidayah untuk berpuasa. Puasa yang ditinggal tidak pernah diganti juga. Dalam kiraan yang dibuat fidyah yang kena akibat sengaja tidak berpuasa itu adalah kurang lebih RM 12 ribu. Masya Allah macam mana dengan kita; pernah terfikir untuk mengkaji akan puasa yang kita tinggalkan ?

Satu lagi fidyah itu dikira satu hari satu cupak beras dimana satu cupak bersamaan 657 gram (Selangor) 575 gram (WP KL) 800 gram (Penang). Ambil kadar biasa beras yang dimakan RM 28/ 10kg; 2.80/kg; 0.028/g = 1.89/cupak.

Dan pengiraan fidyah ini juga akan ada gandaannya bagi puasa yang tidak diqada dalam masa satu tahun dari ramadhan ke ramadhan yang lain.

Oleh itu untuk kepastian lebih tepat sama-samalah kita mencari ilmu ini kepada yang pakar.

Wednesday, September 10, 2008

Umpama Ayah Yang Payah

Umpama ayah yang payah;
Buat masa ini anak-anakmu gusar
Rumah ini hampir tenggelam
Bukan kerana bah
Bukan kerana bumbung yang bocor
Tapi sepertinya kau membuat seisi rumah ini seperti limbah
Disini kau mandi lalu kau simbah
Disitu kau cuci bajumu yang kotor lalu kau perahkan air bilasannya merata


Umpama ayah yang payah;
Lepas ibu meninggalkan anak-anaknya
Ibu tiri itu tidak mesra
Lebih manja dari anak-anak mecuri kasih bapak
Akhirnya anak merana dahaga kasih dan sayang ayah
Apalagi mendapat pedoman menyuluh hidup
Kerana kau ayah yang berat sebelah.

Umpama ayah yang payah;
Kau kata jiran tetangga perlu muhibah
Kau marah anakmu marah anjing liar itu cuba mengigit adikku
Kerana tetangga itu lebih segalanya
Biar anakmu kebuluran demi muhibahmu itu katamu ayah
Sememangnya kau ayah yang payah.

Saturday, August 30, 2008

Cuci Darah

Sepatutnya mencegah lebih baik dari merawat. Saat antibodi badan semakin merosot, mungkin kerana stress kerja, mungkin juga diri agak jauh dari paksinya kerana sibuk sangat nak mengejar dunia ini. Perlumbaan dan persaingan akibat fikiran yang dah berjaya dirosakkan sepertinya dunia ini kekal selamanya. Mencari kekayaan wang dan harta sedangkan iman semakin menjadi fakir. Dikejar dan dikumpul harta dunia ini tidak pernah akan cukup kerana kaya itu dinilai walau hilang sebuah pekerti.

Semakin ramai yang tidak ingat; mungkin buat-buat tidak ingat, mungkin memang lupa; mungkin memang pelupa atau mungkin memang dilupakan oleh orang yang ingat bahawa kaya dunia ini hanya sementara; kaya dunia ini adalah ujian dan bukannya rezeki. Setiap yang diberi Illahi adalah kurniaanNya sahaja. Tapi kita leka mengatakan bahawa semua itu hanya rezeki.

Sepertinya isteri yang baru kematian suami mengatakan bahawa dia kehilangan tempat bergantung; itu adalah salah kerana selagi iman itu tersemat disanubari pasti Illahi adalah segalanya. Kita berikrar dalam solat sesungguhnya mati dan hidup ini hanya untukNya tapi apakah perbuatan seterusnya begitu.

Dalam proses menyucikan hati ini darah-darah perlu dicuci agar ianya bersih membawa tenaga ke tubuh badan; agar iri dan dengki pergi mengikut liang-liang keluar yang ada.

Monday, August 11, 2008

Seri Manjung (bahagian 1)

Sesi kedua pengambilan ini biasanya mengumpulkan insan-insan yang berusia sedikit kerana beberapa faktor. Pertamaya kerana ada mungkin mereka-mereka itu mengambil langkah kehadapan untuk menjadi graduan awal sebelum masanya. Ada juga yang keciciran kerana sengaja atau tercicir kerana sebab-sebab lain. Biasanya ragam kemasukan separuh masa kedua dalam sesuatu tahun tidak begitu ramai tapi meriah sikit kerana tahap usia dan fikirannya agak lebih matang.

Mulainya aku juga rasa agak janggal kerana aku dikira agak tidak tua berbandung mereka-mereka itu yang tidak lagi muda. Tapi kita perlu bisa membiasakan diri dengan keadaan agar tidak menjadi langau dikalangan lalat, tidak menjadi itik dikumpulan ayam dan kiranya juga tidak menjadi lalang di helaian hijauan padi yang tunduk berisi.

Seri Manjung, walaupun hanya beberapa baris rumah kedai di tukar menjadi kelasrama (kelas dan asrama) dan mungkin juga kelas asmara (bagi yang cintan-cintun), tapi disini ada kelasnya tersendiri. Di sini ada istimewanya. Di sini ada kedai gandhi, disini ada wisma ganda disini ada abang navy (untuk siswi-siswi bercucuk tanam katanya)

Undang-undang dan peraturan manusia berbeza ikut tafsiran masing-masing. Disini jangan memakai jean biru kerana katanya itu bukan pakaian Melayu. Disini jangan sembunyi belakang pintu di hari jumaat, jawabnya bila kantoi kena jadi makmum kat surau siswi; atau katanya anta lagi.

Saturday, July 26, 2008

ABC Kehidupan (Dipetik dari Isu Hangat)

(Dipetik dari Isu Hangat)

A : Adil pada dirimu
B : Beranikan dirimu
C : Cekalkan hatimu
D : Derma selalu
E : Elakkan pertelingkahan sesama kite
F : Fikir sebelum bertindak terburu2
G : Gembira selalu
H : hormat orang tua
I : Ingat akan tuhan
J : Jangan berdusta
K : Kasih akan daku
L : Lemah lembut amalan semua
M : Makan makanan seimbang
N : Nafsu jangan dituruti
O : Oh ! pamerkan kesempurnaan dirimu
P : Pentingkan kesihatanmu
Q : Qualiti dalam kerjaya dan tugasmu
R : Rajin berusaha
T : Tanamkan sifat bekerjasama
U : Utamakan alam sekitar
V : Variasikan pengalamanmu
W : Wajibkan amalan membaca AlQuran
X : X-ray diri sendiri
Y : Yakin pada diri sendiri
Z : Zalim jangan sekali

Akhirnya Cahaya Mula Bersinar

Suatu kekusutan itu pasti akan terurai. Masa yang kelam pasti akan cerah umpama berlalunya awan mendung setelah hujan turun. Lebai atau renyai hujan pasti membawa titis-titis air basah dibumi. Ada yang bersuara marah kerana hujan itu turun bukan kemahuannya. Ada yang suka juga keran hujan itu membuatkan tadahan air disoyok atap itu dapat juga dipenuhi. Serba sikit dapat juga buat menyiram sekangkang kebun di belakang rumah. Pastinya hujan itu rahmat.

Sesunguhnya dalam kehidupan itu memerlukan sekumit kegelapan agar cahaya itu akan dihargai.

Monday, July 21, 2008

Jaminan seorang Penjamin



Sukarnya nak faham undang-undang belantara yang digunapakai oleh bank-bank kat 'negaraku' ini. Liabiliti seorang penjamin dah jadi sama berat macam peminjam. Kerana apa? Kerana orang-orang putih tu bukanlah sangat nak merdekakan 'negaraku' ini secara total. Tangunggan penjamin ini dalam erti kata sebenarnya adalah peminjam bersama; bezanya penjamin-penjamin ini seposen pun tak dapt duit pinjaman tersebut. Macam aku.

Disatu sudut lain juga sebenarnya bila seseorang itu menjadi penjamin, semestinya sudah tiada jaminan bahawa hidupnya akan bebas. kerana adat orang berhutang ni, sukar nak bayar lebih-lebih duti gomen, sepatutnya dulu semua tu jadi biasiswa tapi kerajaan 'negaraku' yang katanya mendapat kepercayaa rakyat ni; (mungkin setakat percaya kat rukun negara sahaja); tak lagi jadi biasiswa kerana dia tak dapat lagi membiaya siswa-siswi tersebut.

Nak belajar sekarang kena hutang kat PTPTN; pusat tempat pelajar tewas nafsu; nafsu nak pakai telefon 3G; nafsu nak beli moto skuter, nafsu nak puaskan nafsu (kurang lebih macam jadi pelakon filem lucah DIY; dia pengarah, dia pelakon, dia penerbit, dia tukang gambo dan sebagainya).

Thursday, July 17, 2008

Dari Rumah Berbandung Pergi Kebandung Minum Air Bandung




Istilah rumah berbandung maknanya setiap rumah adalah lot sudut, lot akhir dan mungkin juga lot terakhir sebelum kembali ke lot-lot kekal itu nanti. Ada orang bila tinggal rumah berbandung ini, semangatnya dah lain. Tak sama macam dulu kerana rumah berangkai yang lama dulu tak ada tanah tepian, boleh letak buaian besi petang-petang sambil minum air sirap bandung, setelah kepedasan makan mee bandung....atau mungkin kerana duduk rumah berbandung kena bercuti di bandung...kerana apa?

Kerana dulu kena bendung niat untuk ke bandung sebab ?

Ketika mengayuh basikal mendaki bukit bandung ini terasa amat berat nak dikerah tenaga yang ada kerana susahlah kalau hanya sebelah kaki sahaja yang mengayuh pedal kayuhan itu sebab ramai yang hanya suka membonceng sahaja dari mengayuh kerana mungkin basikal itu dia yang beli.

Wednesday, July 16, 2008

Tala al Badru by Mishary Rashid Al-Afasy

Sami Yusuf - Supplication

Daunku belum cukup lebar untuk mendapat baja


Akhirnya, memang terbuktilah bahawa disini; begitulah kejadiannya. Aku pohon yang kecil, rendang dan daunku belum cukup lebar. Mula belajar berbuah, walaupun baru dua tiga biji kiranya, tapi buah itu pun tetap manis rasanya sama seperti buah dari pokok-pokok yang berdaun lebar juga.

Tapi petani-petani itu membuat perkiraannya kalau nak dibaja perlu daunnya lebar, perlu akarnya enam kaki ranjang menjalar kebumi, atau baja itu hanya diberi beli tuan tanah kata mesti kasi itu subsidi.

Aku pohon yang berdaun kecil juga mahu satu hari nanti bisa orang berteduh dibawah pepohonku kiranya hujan turun tak sempat lari; kiranya panas menjemur membakar kulit yang murni.

Aku pohon yang berdaun kecil tidak kurang juga mengharap agar bisa bunga-bunga itu lekat lebih baik jika baja itu dapat ditaburi juga seperti daun-daun yang lebar itu.

Semoga suatu hari nanti, bila daun ini juga akan lebar, barulah tuan tanah pandang, baru petani sayang.

Saturday, July 12, 2008

Abah; dulu, kini dan nanti


Abah;
Tidak sempat kau lihat; PM ku dulu buat KLCC
Tidak sempat kau pijak; PM ku dulu siapkan KLIA
Tidak sempat kau pandu; PM ku dulu buat kereta milo
Tidak sempat kau pesona; PM ku dulu bina Putrajaya.

Abah;
Untungnya engkau; PM ku kini tak buat apa
Untungnya engkau; PM ku kini lena sahaja
Untungnya engkau; PM ku kini mudah lupa

Abah;
Apa kata kau; PM ku nanti gilakah betina
Apa kata kau; PM ku nanti sakitkah tibi (takut bini)
Apa kata kau; PM ku nanti bolehkah bersila berzikir

Abah; dulu, kini dan nanti;
akan tetap ku ulangi
kepada anakku dan cucumu
ini tanah kita yang punya

Datang Bekerja Kuat Lepak (DBKL)

Mana satu yang bagus? Kerja gomen ke? Kerja private? Bukan Private Investigation ? Nak jadi macam bala! Dapat bala. Dulu orang keja gomen sebab nak pencen. Cikgu Husin cakap bagus kerja gomen, contohnya sojar, cikgu, polis. Mamat dan kawan-kawan pun sibuklah tulis dalam kad rekod kerja-kerja yang Cikgu Husin cakap. Pasal budak-budak dulu memang hormat dengan cikgu silap-silap tua bawak matipun dipanggil cikgu...

Tapi sekarang ini terbalik pulak; cikgu sungguh-sungguh hormat kat murid; supaya apa? Supaya kehormatannya tidak hilang kerana anak murid sekarang lebih teruk dari orang dusun.

Dahulu masa aku sekolah paling jahatpun budak tuang kelas, hisap rokok sorok-sorok (itupun budak lelaki aja); budak pompuan ni memang baik; ohhh siapa bilang gadis melayu tak menawan?

Tapi sekarang ini terbalik pulak; budak lelaki dah hisap rokok macam Pak Abu tukang kebun yang hisap rokok pucuk masa waktu rehat; yang dah tak terperanjatnya budak pompuan juga dah kurang lebih macam ekzos enjin diesel; berkepol-kepol asap; katanya ini baru best....akhirnya perutnya yang maju...sorok dalam baju; emak dapat cucu tanpa menantu.

Dahulu masa aku belajar; tak payah sangat tuisyen-tuisyen ni kerana satu memang tak ada upaya; dua; pasal cikgu belajar sepenuh hati.

Tapi sekarang ini terbalik pulak; kalau tak ada tuisyen nahas; sebab sekarang cikgu mengajar ikut hati kerana nak kejar gaji lebih supaya dapat beli rumah semi-d; atau boleh tukar kereta 5000cc; kerana apa?

Aku bukan hanya pandai jual pisang goreng

Akan aku pastikan bahawa aku dan bangsaku yang tidak bermata sepet ini bukan hanya pandai jual pisang goreng. Sudah semestinya aku juga seperti kamu memang pandai makan pisang goreng yang Pak Mat, Mak Jah atau Abang Seman jual kat tepi jalan itu. Kerana apa tepi jalan? Kenapa bukan dalam kedai? Mana pergi badan yang nak tolong Pak Mat tu. dah tak MARA lagi ke? Dah undur ke? kenapa dulu masa kau kasi duit kau yang berboyon-boyon kat katanya Datuk Seri tu tak kau kisah sangat. Tak ade pun bisnesnya tahan sampai sekarang. Hai...tengoklah Pak Mat tu dah 30 tahun jual pisang goreng kat tepi pejabat pos tu...ini namanya daya ketahanan yang kuat, tak payah pakai viagra macam Datuk Seri tu.....orang-orang sains cakap ED...erection disfunction......tapi bahasa bisnes bangsat maksukkan; enjut duit....kerana title Datotulah collecteral businessnya. tak ada working paper but 'paper' notes biru setebal 2 inci tu yang working for them.

Aku nak cakap kat simata kecil dan berbadan pendek tu; Hai Simata Sepet! Aku tuan punya tanah ni bukan bodoh dan leka seperti datuk nenek moyang aku dulu. Aku memang mudah lupa; bahawa ketua dan juakku anggap kau wira; kau cerdik, aku diherdik katanya apa yang aku tahu...tapi simata besar seperti aku ini juga yang kata begitu padahal dia juga tak tahu....atau sengaja tak nak tahu pasal aku tak ambil tahu pasal dia....opppsss; pasal poket dia.

Aku nak cakap juga kat simata sepet dan berbadan pendek tu yang aku ini boleh buat sama atau lebih dari apa yang kau buat kerana aku tuan punya tanah ini...Aku tidak tipu seperti kau tipu kerana kau memang penipu. Lu punya atokpun lu tipu; itu sabab lu kasi itu sembahyang pakai itu limau plastik...

Aku nak cakap lagi kat simata sepet dan berbadan pendek itu, kerja kuat-kuat mati tak bawa duit. Work smart not work hard. Always believe your business partner; kadang-kadang kita bisa menjadi rakan yang baik bukan rakan kongsi yang baik; Terkadang juga kita hanya rakan kongsi yang baik dan bukan rakan yang baik; harap maklum.