- Selamat tinggal Ramadhan dan selamat datang Syawal.
- Agak lama tidak bersiaran kerana Ramadhan kali ini cuba dilapangkan masa untuk mengimarahkannya; semoga ianya menjadi antara yang terbaik.
- Aidilfitri kali ini disambut dengan suasana yang sedikit berbeza kerana kemampuan ekonominya agak terhad. Dengan itu ia banyak mengajar bahawa sebelum ini banyak aidilfitri yang telah disambut agak berlebihan belanjanya.
- Aidilfitri tahun ini banyak sajian yang hanya dijamu dimata kerana masih lagi berpantang, mungkin aidilfitri dan masa terdahulu telah makan dengan secara melampau, atau dengan kata mudah pantang nampak.
- Aidilifitri yang masih lagi disambut ini telah mengubah sikap laku 'saudara seperut' yang agak nampak cuba ingin berjauhan kerana hanya mengikut hati dan rasa; menghampiri kebinasaan ikatan yang telah terjalin.
- Aidilfitri ini juga meguji bahawa cubaan dan rintangan berlaku sepanjang masa dan setiap halangan itu diberikan dalam lingkungan kemampuannya.
- Setiap ziarah dan kunjungan Aidilfitri kali ini mungkin yang terakhir dan seseorang itu hanya disempatkan sahaja supaya kemaafan dapat dipinta sesama insan.
- Hari ini dalam penantian dilapangan terbang menunggu kembali pulang Mak Ngah dan keluarga dari umrah; menerima berita sedih kehilangan seorang 'nenek' setelah sempat juga berhari raya; sakit dideritai begitu pantas. Sekali lagi dalam keluarga; kanser menjadi pembunuhnya.
- Akhirnya raya datang dan sememangnya kemeriahannya lebih untuk anak-anak sahaja.
Monday, September 20, 2010
Salam Aidil Fitri
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment