Thursday, September 30, 2010

Adik: Hanya Kerana Sekeping Borang Akuan

  1. Berubahnya satu kebaikan kerana satu borang akuan.
  2. Tanpa diduga marah yang panjang itu telah memecahkan satu ikatan, menceraikan kasih sayang dan melupakan budi yang telah disemai.
  3. Nampaknya hatinya bertambah keras dan semakin hitam; tidak dapat lagi dipujuk rayu.
  4. Membiarkan amarah mengemudi hati akan membinasakan badan dan hanya satu detik hitam itu telah mengelapkan sebanyak kebaikan yang selama ini ditontoni.
  5. Melontar benci kepada sesiapa sahaja tanpa memperdulikan santun sepatutnya; lenyapnya kasih seperti kering peluh yang meninggalkan bau yang agak kurang selesa.
  6. Bukan kemahuan untuk membalas kembali semula nista tapi kegurisan luka yang panjang ini sukar untuk sembuh.
  7. Mungkin kali ini mendung akan berpanjangan, membawa awan berat yang akan menjatuhkan titis hujan yang bisa membanjirkan tanah kering itu.
  8. Tetapi percayalah tiada barangkali air dicincang akan terputus; bertemu juga bulu-bulu ayam yang tercalik merimbun cantik.
  9. Tidak sedikit pun sayang ini dibuang; wahai adikku. Kembalilah kepada kami dan ingatlah Allah sepanjang masa.


No comments: