- Berubahnya satu kebaikan kerana satu borang akuan.
- Tanpa diduga marah yang panjang itu telah memecahkan satu ikatan, menceraikan kasih sayang dan melupakan budi yang telah disemai.
- Nampaknya hatinya bertambah keras dan semakin hitam; tidak dapat lagi dipujuk rayu.
- Membiarkan amarah mengemudi hati akan membinasakan badan dan hanya satu detik hitam itu telah mengelapkan sebanyak kebaikan yang selama ini ditontoni.
- Melontar benci kepada sesiapa sahaja tanpa memperdulikan santun sepatutnya; lenyapnya kasih seperti kering peluh yang meninggalkan bau yang agak kurang selesa.
- Bukan kemahuan untuk membalas kembali semula nista tapi kegurisan luka yang panjang ini sukar untuk sembuh.
- Mungkin kali ini mendung akan berpanjangan, membawa awan berat yang akan menjatuhkan titis hujan yang bisa membanjirkan tanah kering itu.
- Tetapi percayalah tiada barangkali air dicincang akan terputus; bertemu juga bulu-bulu ayam yang tercalik merimbun cantik.
- Tidak sedikit pun sayang ini dibuang; wahai adikku. Kembalilah kepada kami dan ingatlah Allah sepanjang masa.
Thursday, September 30, 2010
Adik: Hanya Kerana Sekeping Borang Akuan
Monday, September 20, 2010
Salam Aidil Fitri
- Selamat tinggal Ramadhan dan selamat datang Syawal.
- Agak lama tidak bersiaran kerana Ramadhan kali ini cuba dilapangkan masa untuk mengimarahkannya; semoga ianya menjadi antara yang terbaik.
- Aidilfitri kali ini disambut dengan suasana yang sedikit berbeza kerana kemampuan ekonominya agak terhad. Dengan itu ia banyak mengajar bahawa sebelum ini banyak aidilfitri yang telah disambut agak berlebihan belanjanya.
- Aidilfitri tahun ini banyak sajian yang hanya dijamu dimata kerana masih lagi berpantang, mungkin aidilfitri dan masa terdahulu telah makan dengan secara melampau, atau dengan kata mudah pantang nampak.
- Aidilifitri yang masih lagi disambut ini telah mengubah sikap laku 'saudara seperut' yang agak nampak cuba ingin berjauhan kerana hanya mengikut hati dan rasa; menghampiri kebinasaan ikatan yang telah terjalin.
- Aidilfitri ini juga meguji bahawa cubaan dan rintangan berlaku sepanjang masa dan setiap halangan itu diberikan dalam lingkungan kemampuannya.
- Setiap ziarah dan kunjungan Aidilfitri kali ini mungkin yang terakhir dan seseorang itu hanya disempatkan sahaja supaya kemaafan dapat dipinta sesama insan.
- Hari ini dalam penantian dilapangan terbang menunggu kembali pulang Mak Ngah dan keluarga dari umrah; menerima berita sedih kehilangan seorang 'nenek' setelah sempat juga berhari raya; sakit dideritai begitu pantas. Sekali lagi dalam keluarga; kanser menjadi pembunuhnya.
- Akhirnya raya datang dan sememangnya kemeriahannya lebih untuk anak-anak sahaja.
Saturday, September 4, 2010
Pujuklah Hati
- Dikifarah dengan hilang sedikit nikmat kesihatan telah memberi peluang untuk memperbetulkan banyak kesilapan yang telah dilakukan.
- Secara matematiknya jika kepurataan umur 60 diambil kira, baki usia yang tinggal hanya kurang lebih tinggal 20 tahun sahaja.
- Begitu cepat 40 tahun yang lepas telah pun berlalu dan menjadi sejarah. Andainya ajal tiba pada masa itu dan berjumpa Ya Rabbi; apakah jawapan bisa diberi?
- Iktibarnya; ianya berlalu begitu sahaja kerana leka, lupa, jahil dan tewas kepada dunia.
- Juga hampir 40 tahun yang lalu telah menjadikan dunia yang dikejar semakin jauh dan tentunya akhirat yang pasti sudah tentu lagi menjauhkan diri.
- Banyak kefarduan yang telah dilalaikan kerana tidak memikirkan bahawa kematian itu adalah terlalu semakin hampir. Janji Allah adalah sungguh tepat; tidak dapat diawal atau dilambatkan.
- Ingatlah sesungguhnya tidak bererti yang uzur kesihatan akan menemui ajalnya dahulu; yang tegap sihat juga bisa mati ketika laju berlari jika ajalnya tiba.
- Timbang-timbangkan bahawa hari dan usia lepas adalah sesuatu yang semakin jauh pergi.
- Wahai taulan; pujuklah hati untuk kembali kepada Allah. Kita semakin kesuntukan masa.
- Ya Allah; Tuhan yang mencipta dan menjaga hati yang berbolak-balik, kau tetapkan hati kami setelah kau berikan petunjuk dan hidayahMu.
Subscribe to:
Posts (Atom)