- Sesungguhnya mencari rezeki sebagai seorang majikan merupakan satu amanah besar yang perlu ditunaikan dengan sebaik mungkin. Perjalanan sesebuah perniagaan itu memerlukan satu himpunan usaha dan tangkupan doa berterusan agar suburnya akan sentiasa berbaja.
- Banyak kesilapan berlaku sepatutnya menjadi sukatan lengkuk pembelajaran; terkadang nilainya adalah amat tinggi.
- Untuk berjaya ialah mesti melepasi kegagalan dan kegagalan adalah sebahagian dari kejayaan tetapi kejayaan bukan sebahagian dari kegagalan.
- Kejayaan bukanlah hanya sekadar satu pencapaian tetapi kejayaan ialah sejauh mana melepasi kegagalan.
- Perbezaan yang memerlukan satu revolusi mental perlu diterap bahawa tanggungjawab seseorang majikan sememangnya berat. Perlu ada satu unsuran kekhalifahan terdahulu dalam membentuk dan menjana sesebuah organisasi mengubah satu harapan menjadi impian.
- "Lead by example" keatas unsur-unsur yang baik dan bukan sebaliknya.
- Tidak kesampaian sebuah impian jika angan-angan sahaja yang pasti berlalu seperti titisan hujan yang ditiup bayu awan. Terasa dinginnya tapi tak dapat menadah air minuman tersebut. Disini majikan perlu lebih bergerak dari duduk. Perlu berlari jangan hanya berjalan laju. Kenapa pandangan kita terlalu sempit untuk melihat bahawa nikmat yang diberi ini bukan selamanya.?
- Selagi ada kudrat, pencarian ini terus menuju arahnya kadangkala jauh tersimpang ditiup angin kencang. Angin belakang akan membawa kita pantas ke hadapan; angin hadapan akan membuatkan kita perlu berlawan supaya perjalanan diteruskan walaupun penat.
Sunday, August 29, 2010
Selagi Berkudrat
Tuesday, August 24, 2010
IkutSukaAku - Isa: Malaikat Turun Di Kaabah... Terjawap.
Petikan dari : IkutSukaAku - Isa: Malaikat Turun Di Kaabah... Terjawap.
Setiap sesuatu itu jangan senang dipercayai.
Setiap sesuatu itu jangan senang dipercayai.
Monday, August 23, 2010
Buat Ayah-ayah Palestin
Tidak mustahil suatu hari mungkin boleh terjadi disini? Bermohonlah kepada Allah untuk memberikan kesejahteraan berpanjangan untuk negara tercinta sempena bulan kemerdekaan ini. Bolehkah kita menjadi ayah yang sanggup berkorban untuk agama dan keluarga? Biarpun pemikiran kita kembali terjajah; bersama-samalah kita memerdekakan semula agar ianya berpaksi kepada Allah.
(Terima kasih adijumat - pemilik asal klip)
(Terima kasih adijumat - pemilik asal klip)
Hayatilah ...........Kasih Ibu
Hayatilah. Sempena kedatangan Syawal. Ramadhan akan sentiasa mengingatkan kasih seorang ibu. Pulanglah anak menjenguk orang tua selagi mereka masih hidup. Dan sentiasa doakan ibu dan ayah samada mereka masih ada atau tidak.
YA ALLAH AMPUNI DOSAKU, DOSA KEDUA IBU BAPAKU, KASIHANILAH MEREKA SEBAGAIMANA MEREKA MENGASIHANIKU SEMASA AKU KECIL HINGGA DEWASA. RAHMATI DAN REDHAKAN MEREKA AGAR MENJADI ORANG-ORANG YANG BERTAQWA DAN AHLI SURGAMU.
(Terima kasih kepada pemilik asal klip. Dipanjangkan untuk manfaat semua.)
Saturday, August 21, 2010
Friday, August 20, 2010
Thursday, August 19, 2010
Cananglahnie: Pasangan pelajar ditahan kes buang janin di Hospital Melaka
Petikan dari : Cananglahnie: Pasangan pelajar ditahan kes buang janin di Hospital Melaka
Patut sekolah tu nak dibuat di Jasin Melaka.
Patut sekolah tu nak dibuat di Jasin Melaka.
Tuntutan
- Tuntutan dilakukan dalam pelbagai bentuk.
- Tuntutan dibuat bagi yang berhak untuk mendapatkan hak.
- Ada tuntutan dibuat oleh pihak pekerja kepada majikan, pihak pemiutang kepada penghutang, pihak subkontraktor kepada kontraktor utama dan berbagai lagi.
- Dalam urusan ini, ramai juga yang tidak memperjelaskan tuntutan-tuntutan tersebut kerana ada sebab-sebab yang nyata dan tidak nyata.
- Sebab-sebab nyata kerana ada tuntutan yang melampau; tidak boleh dikira sebagai tuntutan kerana telah dirangkumi hak-hak tersebut ditempat lain.
- Menjadi juga sebab nyata kerana pihak pembayar tiada kemampuan untuk memberi kembali hak yang setara dengan tuntutan yang dibuat.
- Paling ketara musabab yang nyata; tuntutan tidak dibayar ialah kerana pihak pembayar memang tidak ingin membayar tuntutan tersebut. Mereka-meraka ini begitu angkuh memperdagangkan hak orang lain untuk kepentingan sendiri. Lalu dihebahkah kejayaannya sedangkan ada hak-hak lain yang terabai.
- Sebab tidak nyata yang menyebabkan tuntutan tidak ditunaikan kerana ramai yang menganggap ia hanya perkara remeh temah sedang dia berboyan-boyan hanya mendapatkan haknya.
- Hak-hak yang sebetulnya tidak diperlakukan dengan sewajarnya kerana kepentingan tuntutan agama tidak dijaga.
- Tuntutan terpenting yang selalu dilupai dan tidak diberikan hak sebaiknya adalah tuntutan agama kerana ramai yang tidak tidak nampak pertukaran urusniaga yang dibuat. Sedangkan tuntutan ini tidak memerlukan modal dan borang tertentu untuk membuat proses tuntutan berjalan.
- Maka lengkapilah tuntutan agama pada hak yang sepatutnya.
Tuesday, August 17, 2010
Bersalah Kerana Tersalah
- Ramadhan ini kembali menghitung perjalanan yang bermula empat tahun yang lepas. Belum lagi terlalu jauh walau kenderaannya sudah menjadi kenderaan besar. Cuma agak fakir membeli minyak kenderaan tersebut membuatkan ianya lebih banyak berdiam diri sekarang.
- Akibat tersalah membuat keputusan kerana hasil andaian yang kurang tepat berdasarkan hanya dari apa yang nampak dimata bukan dihati. Cepat sangat masa itu.
- Jubah, kopiah dan tasbih menjadi alatan kecukupan satu watak yang nampak sempurna. Kemas dan putih kelihatannya. Lagi nampak berseri jika berwangi-wangian attar Arab.
- Rupanya hati yang hitam itu tidak dapat dilihat dan ini membuktikan bahawa ada juga benarnya cakap orang tua; jangan bersama berpakat dengan orang ******.
- Orang ****** nampak baik luarannya tapi hanya mereka yang dah kena pasti tahu. Dah banyak kali terkena.
- Ini bukan kisah talam dua muka tapi talam yang dah tidak boleh dikira mukanya.
- Lidah dan hati tidak sekata; lain yang diucap, lain yang dibuat dan niat tetap jahat.
- Sebaiknya jangan kita berburuk sangka.
- Akhirnya kerana tersalah yang pertama membuatkan keputusannya bersalah.
- Jalan keluarnya pasti kena keluar; jangan hendak ditunggu lagi.
- Setiap sesuatu itu pasti ada hikmahnya.
Monday, August 16, 2010
Pemegang Saham Terbesar
- Memiliki saham terbesar memberikan kelebihan kuasa berbanding pemegang saham minoriti; apalagi kepada pihak yang langsung tidak mempunyai saham.
- Kuasa perlu dilaksanakan dengan cara yang betul, realistik dan adil.
- Ada yang mahu berkuasa kerana status; juga ada yang mencari kuasa kerana pangkat dan tidak kurang yang gila kuasa kerana memang dia gila.
- Kembali kepada ciri-ciri perlaksanaan kuasa; Pertama perlu betul maksudnya benar; antara kebenaran yang perlu ada ialah tidak bercakap bohong. Ada yang suka berdusta kerana meluhurkan kebenaran adalah bohong kepada mereka. Ramai pemegang saham terbesar tidak pernah tidak berbohong.
- Ciri kedua perlu realistik; iaitu memerlukan pemikiran; ianya tidak datang secara tiba-tiba dan tidak akan menjadi realistik jika diambil kira 'hear say' atau 'copy cat' dari pemikir yang lain. Cuba gunakan akal kurniaan Tuhan yang membezakan manusia dengan makhluk lain.
- Ciri yang terakhir yang perlu ada kepada pemegang saham terbesar ialah adil. Setiap kehidupan perlu ada unsur-unsur keadilan. Sekali lagi keadilan adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya dan bukan kesemarataan yang dipraktikkan oleh sebuah parti yang dikatakan adil itu diperingkat nasional tetapi dicabangnya adil bahagi sama-sama.
- Semua orang layak untuk menjadi pemegang saham terbesar; tidak mengira umur, bangsa, latar pendidikan, rupa bentuk, baik sahsiah dan sebagainya.
- Ada orang tua, muda, bersijil SPM, PHD, segak, tinggi, gemuk, kurus, Melayu, Cina, India, Iban, imam, pembohong dan lain-lain.
- Adakah pemegang saham terbesar boleh berbuat apa sahaja? Bohong dan takabur; angkuh kepada yang lain kerana mengambil kira nilai saham yang terbesar tersebut.
- Yang memegang saham kecil itu boleh diperkotak-katikkan macam bola ping pong. Dipaksa mendengar kata dan ditegah dari berkata.
- Ada yang menggunakan proksi sebagai pemegang saham terbesar atas sebab-sebab yang disengajakan. Cuba menyembunyikan sesuatu?
- Carilah saham akhirat; sesungguhnya dunia ini hanya sementara sahaja.
Sunday, August 15, 2010
satulimatiga: Ekuiti Bumiputra nak dikurangkan apa lagi Kongres ...
Petikan darivsatulimatiga: Ekuiti Bumiputra nak dikurangkan apa lagi Kongres ...: "Membaca laporan ringkas Malaysiakini, 14 Ogos 2010 bertajuk Kongres Cina tuntut ekuiti Bumiputra dikurangkan (sini) menyebabkan penulis rasa..."
KALAU SEMUA MELAYU UMNO + PAS + PKR = ISLAM
SEKARANG MELAYU LEBIH ASSABIYAH DAN JAHILIAH DARI JAHILIAH ARAB DAHULU.
KALAU SEMUA MELAYU UMNO + PAS + PKR = ISLAM
SEKARANG MELAYU LEBIH ASSABIYAH DAN JAHILIAH DARI JAHILIAH ARAB DAHULU.
M . I . M: MERBAHAYA ! Kongres Ekonomi Cina Malaysia Bermain ...
Petikan dari M . I . M: MERBAHAYA ! Kongres Ekonomi Cina Malaysia Bermain ...: "Dr Novandri Hasan Basri Penulis tidak hairan dengan perkembangan terbaru mengenai resolusi Kongres Ekonomi Cina Malaysia yang menuntut ekui..."
Kaduk naik junjung
Kaduk naik junjung
ANAK MUAALLAF: AWAS PENGGUNA KREDIT KAD KETIKA MENGISI MINYAK...
Petikan dari ANAK MUAALLAF: AWAS PENGGUNA KREDIT KAD KETIKA MENGISI MINYAK...: "Subject: Do you use Credit Card for buying petrol? You may have read this. Do you press the 'clear' button after getting the receipt? Di..."
Berhati-hati sekarang macam-macam jadi kat 1Malaysia.
Berhati-hati sekarang macam-macam jadi kat 1Malaysia.
Sekolah khas pelajar hamil dibuka di Melaka
Petikan dari Malaysikini : Sekolah khas pelajar hamil dibuka di Melaka
Renung-renung dan kaitkan dengan peristiwa yang melanda pasar Ramadhan di Jasin. Tiada yang dijadikan tanpa bersebab.
Renung-renung dan kaitkan dengan peristiwa yang melanda pasar Ramadhan di Jasin. Tiada yang dijadikan tanpa bersebab.
Saturday, August 14, 2010
Friday, August 13, 2010
Tuesday, August 10, 2010
Menjelang Ramadhan 1425H Lepas
30 Syaaban beberapa tahun yang lalu;, sehari sebelum datangnya Ramadhan. Jam hampir menunjukkan pukul 8.00 pagi. Satu bujur kaku berbaring disudut rumah Atok. Segera aku membawa Atok keluar sekali mencari bilal wanita untuk menyempurnakan jenazah ibunda tersayang dikampung hujung itu. Lepas sahaja azan subuh jenazah ibunda dapat dibawa keluar dari rumah jenazah Hospital Muar. Ibunda pergi setelah hampir setahun lebih berjuang melawan kanser payudara yang disembunyikan deritanya dari kami agak lama. Dan tiga empat bulan terakhirnya selepas membuat pembedahan; ibunda hilang nikmat penglihatan. Hampir separuh badan tidak dapat bergerak kerana lumpuh. Agaknya kesan bius yang diberikan untuk tujuan pembedahan tersebut.
"Assalamualaikum mak; mak nampak sihat". Kataku cuba memujuk hati emak. Biarpun ketika itu sakitnya itu hanya dia yang tahu. Lama aku memujuk agar kanser payudaranya itu dibuang. "Mak ingat tak apa. Itu bisul raja. kata orang tua-tua." Emak cuba menolak cadangan aku agar pergi ke rumah sakit merawat kansernya. Aku tetap memujuk juga. "Emak, nanti kalau mak buat rawatan tu, saya akan nazar untuk kita buat korban lembu sekali. Lepas tu bila emak ada rezeki, boleh pergi haji dengan Pak Long" pujuk ku.
Emak ni dia seorang wanita yang memang gagah. Selepas ayah tiada; tanggungjawab sebagai ayah dan ibu ditanggung dengan penuh jaya. Membesarkan anak-anak dalam persekitaran yang amat susah. Susah dalam erti kata tidak dapat ditanggung oleh mata melihatnya. Hanya bahu yang memikul merasai beban dari banyak mulut yang hanya tahu berkata. Semua kerja dibuatnya, menjaga anak dan juga menjaga emaknya; ditatang seperti minyak yang penuh. "Itulah lepas emak kau tiada; Atok rasa terbiar." Pintas Atokku. Dulu arwah emak kau tu, waima nasi lauk telur goreng saja pun dia akan hantar makanan pada Atok. Ya lah Atok ini dah tua, makan pun seorang sahaja; banyak mana sangatlah makan orang tua ni. Antara curahan hati seorang Atok akan kehilangan kasih anaknya. Memang payah nak beza kaca dan permata apabila orang itu berada dalam kehidupan kita.
"Kenapa mak pergi bawa adik berubat tidak beritahu kita orang? Selagi saya ada, emak mesti memberitahu saya. Saya ini anak sulung. Emak kena merujuk kepada saya supaya sama-sama dapat kita buat keputusan" Panik aku dan adik-adik; emak hilang dengan adikku yang baru terlibat dalam kemalangan. Patah kaki adikku. Dari pagi sampai ke subuh esoknya. Rupanya dia pergi ke Perak. Setelah diberitahu oleh orang sekeliling dalam wad; ada tempat rawatan patah kaki di Perak; bergegas dia membawa adikku keluar dalam keadaan kaki yang patah. Serta merta dicari teksi untuk pergi mendapatkan ubat untuk anaknya. Itulah naluri ibu. Begitu memayahkan diri demi anaknya. Kita?
"Mak cik ni dah lama berhenti dari menyempurnakan jenazah wanita". Jawab seorang mak cik yang dahulunya pernah mengambil kefarduan kifayah tersebut. "Ingat cuba anak jumpa mak cik Timah"; sekarang dia jadi bilal wanita juga. Aku kurang kenal sangat orang kampung Atokku; banyak masa aku bersama nenek sebelah ayah berbanding dia. Jadi kalau nak mencari juga orang kampung Atok ni kena bawa dia sekali. Baru orang kampung kenal. Masa emak meninggal, jenazahnya dibawa balik ke rumah Atok; masa tu kami yatim; tiada orang ayah; dah ini jadi yatim piatu pulak; perlulah ada orang-orang tua dalam membantu kami mengendalikan urusan tersebut. Rumah Atok yang terbaik. Semua boleh berkumpul kat situ.
Ini pertama kali aku menjadi wali kepada adik perempuan ku yang akan bernikah pada hari ini. Lepas pemergian ayah; ini juga kali pertama pernikahan dibuat. Memang saat ini bagi ibu bapa satu saat yang penuh bermakna. Melepaskan amanah menjaga perilaku dan tingkah anak gadis kepada bakal suaminya. Sesungguhnya jasa yang dicurah oleh kedua orang tua ini langsung tidak terbalas oleh anak-anak biar duit dan emas ditaja setinggi gunung; seluas lautan.
"Untuk kali terakhir siapa yang nak pakaikan emak celak." Kata bilal wanita kepada kami adik-beradik sebelum kapan tersebut hendak disempurnakan. Adik perempuan aku bingkas bangun dan mengambil tugasan tersebut dengan penuh kesedihan. Selepas itu aku memulai barisan untuk mengucup dahi emak buat kali terakhir. Aku tahu kasihku kepada emak tidak sempurna . Andai emak merasa terluka aku akan sentiasa berdoa agar emak mengampunkan dosa ku kepadanya. Aku tidak dapat menjadi anak yang terbaik tapi aku telah mencuba. Kami redha; dariNya kamu datang dan kepadaNya kamu dikembalikan. Tapi kasih dan sayangmu berkekalan.
Selamat jalan syaaban dan tibanya ramadhan akan sentiasa mengimbau kenangan kasihmu ibu. Walaupun tiada lagi air tangan mu menyediakan sajian berbuka kami; tapi jamuan kasih yang kau berikan sungguh menyedapkan hati anak-anakmu. Kami masih lagi rindu kasihmu!

Saturday, August 7, 2010
Pemula
- Memulakan sesuatu bukan mudah seperti yang disangka.
- Ramai gemar menjadi makmum dari kehadapan menjadi imam.
- Ramai gentar lalu berlari ke belakang dari mara menjadi pemimpin tulen.
- Sekarang ramai pemimpin yang hilang ketulusannya.
- Biarpun nampak seperti raja diluaran berkokok siang dan malam akan tetapi rupanya hamba dalam kebatilan kepada pembuat dedak ayam.
- Benar nampak seperti pribumi tanah tapi umpama pendatang dalam merasai hasil negeri.
- Berbalik kepada asal niat hati, pemula bicara perlukan ayat pembuka yang berbunga supaya nampak seri kata.
- Pembuka negeri perlu jatidiri biar hanya suap ubi kayu keras kerana tidak semua menteri boleh menjadi peneroka.
- Kata dan perilaku susunan perlu sekata supaya setiap yang dimula dapat diakhiri dengan kejayaan yang berbeza-beza tafsiran juga matlamatnya.
- Ada dahulu yang diundi kini melompat untuk kaya dan bebas kata mereka.
- Ada yang masih disitu kerana masih lagi belum habis kebas milik rakyat semua.
- Tutur perlu jujur; hati perlu ikhlas.
- Buangkan hati yang dengki, semangat benci. angkuh kaki dan celupar mulut yang nista.
- Sekali lagi; benarlah jangan berbohong nanti bisa jadi pencuri.
- Carilah pemimpin tulen tidak takut bini.
Apa Erti Kekayaan Orang?
- Dalam dunia ini, ada orang yang mendapat nikmat kaya dunia, ada pula yang mendapat rasa ujian.
- Bagi yang miskin, jangan dipandang sangat kekayaan orang kaya kalau sekadar hanya menjadi kaya tapi kufur nikmat.
- Harta benda dunia ini bukanlah sangat kurniaan tetapi sekadar ujian. Menguji syukur dan terima kasih; takbur dan taqwa atau adakah nanti kaya itu bisa memanfaatkan orang lain.
- Berhati-hatilah; jangan mudah terpedaya dengan percikan dan gemerlipan palsu kesenangan itu.
- Juga jangan dianggap susah itu suatu beban. Bahkan ianya adalah ujian nikmat yang motivasinya lebih berharga.
- Sekali lagi dinyatakan untuk bersyukur itu perlu melihat kepada sesuatu yang kurang atau dibawah, rendah dan ketidakcukupan orang lain.
- Jangan dilihat bandingan kaya itu sesuatu yang lebih, tinggi dan banyaknya orang lain takut nanti kita sekadar hanya menjadi hamba duit.
- Pandang dari hati dan jangan pandang hanya cantik dimata.
- Khuatir nanti kita akhirat pun keciciran.
- Masih lagi Melayu kaya seperti dahulu; kaya sendiri dan susah betul kaya mereka memanfaatkan orang lain.
- Kelak ditanya kemanakah kekayaaan itu dibelanjakan sudah tentu jawabnya ini harta aku punya; aku cari.
Potong Barisan
- Siapa yang suka potong barisan?
- Traffic jam! Lihat. Siapa yang memandu macam lembu? Tidak menggunakan otak. Ingat bayar roadtax macam jalan tu kepunyaan ibu dan ayah mereka.
- Dengan penuh kesabaran kita boleh menunggu untuk mendapatkan giliran kita; tidak payah nak berebut tidak tentu pasal.
- Naik darah juga bila tiba-tiba disayurkan oleh pintasan secara tiba-tiba oleh binatang yang berlesen untuk memandu dijalanraya.
- Siapa yang tidak boleh menunggu dan beratur ? Lihat. Cheras, Sri Petaling, Kajang, Kelang, aah mana-mana kurang lebih sama. Selagi ada Yahudi mabuk ni.
- Ada orang cakap kat Pulau Pinang lagi teruk. Tapi kat mana-mana dia orang ini memang tidak boleh sabar.
- Sekarang mereka dah nak potong barisan yang besar itu. Barisan Nasional.
- Mulai bercakap mereka lebih pandai dan rajin. Kerana mereka negara ini maju. Mereka lebih bekerja keras. Mereka terbaik.
- Itulah apabila sudah hilang moral diangkat jadi pemimpin.
- Sudah cuba untuk menjolok sarang tebuan.
- Bekas Pelakon lucah itu semakin berani untuk 'memotong barisan' dan cuba menjadi wira Pornbender.
Friday, August 6, 2010
Thursday, August 5, 2010
Tuesday, August 3, 2010
Besar Sangatkah Datuk/Dato' tu?
- Geli geleman dengarnya. Nak muntah pun ada.
- Besar sangatkah datuk/dato' atau apa sahaja pangkat yang diberi oleh manusia itu.?
- Membongak tidak tentu pasal. Jangan diingat ramai yang gelarannya encik ini bertaraf lebih rendah dari anda.
- Anda bergelar datuk pun bukan bermakna anda itu maksum; juga dosa anda lagi bertimbun-timbun, Menipu rakyat jelata kerana anda datuk kononnya.
- Datuk itu ramai yang guna sebagai lesen untuk menipu; kuasa yang kononnya membolehkan penindasan dibuat keatas hak orang ramai.
- Pergi jahanam dengan pangkat anda.
- Juga jangan ingat berpangkat datuk itu kelebihan untuk potong barisan. Apa sahaja barisan yang perlu.
- Apa kata kalau datuk itu diguna untuk keluar barisan masuk bulatan.
- Ah....sama sahaja. Dalam bulatan pun ramai juga yang gila pangkat datuk. Bulatan ke? Barisan ke? Hati tidak membulat kerana Islam.
- Wahai datuk sekelian jagalah perangai anda. Anda bukan pun berjasa sangat kepada rakyat jelata. Mana jasa-jasa anda yang anda ingat banyak sangat tu?
- Kalau dah pembohong; pangkat datuk pun membohong juga. Lagi teruk pembohongannya dari orang yang bergelar Encik.
- Ingatlah. Ini final warning yang terakhir! Apabila anda mati, kapan pun tetap kain cotton putih bro!; tak adanya datuk-datuk ini apabila mati nanti dikapankan pakai kain linen yang golongan datuk-datuk ni pakai semasa hidup.
- Dahulu semasa bernafas, gayanya linen hand stiching lagi. Double cauff lagi.
- Bagus lagi bapak aku yang dapat jadi datuk kerana ada cucu. Ramai. Baru nak masuk 14 orang cucunya biarpun kini dia jauh disana.
Imam Muda; Iman Muda: Jasad Tua
- Imam Muda. Hebat. Terhebat. Semua orang berkata mengenainya. Sedikit wangian pandan itu berjaya menutup sedikit bau telur busuk bagi lain-lain rancangan mereka yang merosakkan.
- Hairan juga satu menuju puncak tetapi untuk yang ini dikatakan kemuncak.
- Ada yang kata mengambil iktibar untuk kembali bertaubat; berpegang kepada tali Allah setelah melihat program tersebut. Alhamdulillah.
- Ada yang berkata program tersebut serba sedikit juga sebuah program realiti. Cuma tiada kuasa penonton; tiada undi SMS.
- Bagus nanti orang cakap imam raja sms macam raja-raja sms yang lain. Payah. What the hack?
- Bangun ! Sedarlah! Bangkitlah ! Kembalilah kita kepada realiti diri sendiri.
- Cermin diri. Kita ini teruk. Teruk betul. IMAN MUDA; Jasad tua; kasihanilah teman akan diri kita yang rata-rata telah melebihi separuh dari umur janji.
- Benar; jodoh dan ajal di tangan Tuhan tapi sebab dan musabab penjodohan dan keajalan itu boleh berubah-ubah.
- Kenangilah nanti apa roh ini hendak menjawab sedangkan lama sudah soalan itu diketahui. Dan realitinya tiada apa-apa kejutan macam program yang tidak nak berapa 'real' itu.
- Tidak boleh diundi; tidak boleh diguna talian hayat kerana masing-masing akan bertanggungjawab untuk diri masing-masing.
- Ada juga iman yang tidak terbit atau lahir biarpun ajal mendatang.
- Marabbuka?
Angkuh; Hebatkah Kalau Tidak Bayar Hutang Orang
- Pelik bin ajaib apabila ada sebahagian daripada umat Melayu di negara Persekutuan Tanah Melayu ini sudah tidak sedar diri. Bukan cepat lupa diri tapi telalu mudah untuk melupakan diri orang lain. Keringat dan perbuatan orang-orang yang pernah bersusah memperkayakan mereka.
- Semua kejayaan yang dikatakan berjaya oleh mereka itu adalah sebenarnya palsu dan tiada ketelusannya. Berjaya dalam ertikata dan tafsiran jahil dan acuan najis mereka.
- Umat-umat busuk ini menggunakan jerit perih orang lain dalam hanya mengungguli kejayaan mereka sendiri. Mencapai kekaayan dengan penuh penipuan dan penindasan keatas hak orang lain.
- Berjaya hanya mendapat sedikit nikmat dunia seperti kafir laknat; guna kereta mewah, beli rumah banglo; bergelar Datuk.Mereka-mereka ini angkuh, sombong dan takabur.
- Israeal laknat itu pun angkuh juga. Israeal Tanah Melayu ini pun juga sudah angkuh. Dan mulai gelojoh kerana ada ramai orang bodoh cuba memperbodohkan orang lain.
- Sekadar angkuh pada manusia sudah lumrah; tapi mulai angkuh kepada Maha Pencipta.
- Lupa untuk membayar hutang keatas orang yang bersusah payah melangsaikan tanggungjawab mereka.
- Paksi hidup terlalu duniawi; berdoa untuk lebih kaya dunia dan bukan cari kerahmatan Allah.
- Takut hilang kaya dan nikmat dunia daripada mengelakkan kehilangan nikmat iman dan Islam.
- "Aku bukan mencari harta berkurun; kata mereka penuh dengan kefasikan." Betulkah?
Orang-orang terpilih; Dipilih dan Memilih
- Terpilih, dipilih dan memilih adalah tidak sama.
- Ada orang yang terpilih, ada orang yang dipilih; sedangkan ada juga yang memilih.
- Dalam sesuatu pemilihan, setengah orang itu dipilih berdasarkan kriteria-kriteria yang tertentu.
- Ada juga yang dipilih kerana secara tidak sengaja dia terpilih dalam pemilihan tersebut.
- Dalam negeri pilihan seperti Malaysia; ada orang yang terpilih kerana asas keturunan. Orang Melayu agak sinonim dan sensitif dengan nama keturunan.
- Perlukah memilih pemimpin yang menjadi anak kepada bekas pemimpin; menjadi menatu kepada pemimpin atau adik atau abang kepada kepimpinan.
- Adakah ini perjuangan tulen sedangkan warisan kepimpinan itu banyak yang hipokrit dan retorik?
- Buruk benar hasilnya dah macam Melayu Islam. Tawadukkah orang Melayu Islam ini sedangkan makanannya ayam cucuk?
- Berhati-hati dalam membuat pilihan.
Monday, August 2, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)