Wednesday, November 4, 2009

1828


Rahsia ini baru hendak dibongkar. Mengapa 1828? Cina cakap sekali kaya dan kaya seterusnya. Ini macam simbolik dan motivasi. Untuk diusahakan supaya dapat dicapai. Bagi aku; aku meletakkan nilai itu seperti mencari dunia untuk mencari akhirat; hidup lagi menghidupkan.

Lapan itu juga adalah seperti perjalanan hidup kita. Kadang-kadang bulat itu diatas; kadang-kadang bulat itu dibawah; tapi nilainya sama. Begitu juga bila dibawa kepada kehidupan kita ini; sesuatu kehilangan itu pada kita satu kesedihan tapi padaNya ia sebuah rahmat. Dan adakalanya kita ingat kesenangan itu rahmat sedangkan padaNya itu ujian dan beban.

Kenapa 1 dan 2? Itu sudah semesti turutan. Nilai itu tidak boleh diletak kepada sifar. Sifar itu jumud. 1 dan 2 memberikan implikasi bahawa setiap sesuatu itu tidak boleh dipintas. Tiada tua tiada yang muda. Tiada susah tiada senangnya. Sesuatu kesenangan yang dicari dari satu kesusahan adalah lebih hebat dari sebanyak mana kemewahan yang diberi. Susah menjadi senang satu tranformasi kehidupan; senang menjadi susah adalah balasan orang yang leka.

Apabila gabungan 1828 itu termaktub; ia memberi amaran bahawa setelah mendapat susah/senang; bentuk dan sifatnya sama; langsung tidak mengubah bila senang jadi riak dan takabur; bila susah hampa dan putus asa. DUIT. Doa Usaha Ikhtiar dan Tawakkal.

Ubahlah DUNHILL; dunia umpama neraka hidup ibarat layang layang; itu cakap orang yang tidak beriman. Mengapa mungkin dibiarkan kehidupan itu terumbang-ambing sedang pedoman dan petunjuk telah diberi. Carilah 1828 itu seterusnya.

No comments: