Wednesday, October 29, 2008

Wahab Shairani Jamaludin

Dimana kau saudara Wahab? Kami semua sekarang sedang menjalankan oeprasi menjejaki saudara.

Raya dan Makan

Raya ini letih sikit pasal kain seluar dan baju pasti mengecut. Tak bagus betul kain sekarang. Masa puasa, melondeh habis. Nampak alor. Sebab tu DBKL tukar nama Jalan Alor. Katanya macam lucah. Tapi macamana Alor Gajah. Besar tu beb!

Hampir setiap minggu ada 'open house'. Bagus juga. Boleh jumpa kawan-kawan lama. Macam-macam juadah yang disajikan. Senak juga kalau pi semua rumah nak melantak semua tu. Rasanya perut ni dah habis memeri.

Kesian kau perut. Ramadan dulu pun bukanlah rileks sangat pasal makan malam lagi teruk. Janganlah cuba tipu...kurang-kuran beli juadah puasa tiga jenis, air 2 jenis, dan berjenis-jenis lagi.

Monday, October 13, 2008

Tutur Kata Orang Kampung

Berikut ingin dikongsikan beberapa patah perkataan pelik yang pernah didengar dan diucapkan.


1. Camak

2. Onggis Pelam

3. Jilhab

4. Petong Pelam

5. Gatah Ayam

6. Lece

7. Gobok Baju

8. Tenggek Air

9. Nyuluh

10. Andang

11. Tanak Nasi

12. Nyabit Sawit

13. Noreh Getah

14. Banting Padi

15. Nyiang Ikan

16. Rewang

Thursday, October 9, 2008

Reunion - 15 tahun

Kejam celik dah 15 tahun menjadi graduan ITM. Dan selamanya tidak mungking menjadi UITM. Kerana semangatnya berbeza, rohaninya tak sama. Siswa-siswi sekarang hanya ada kuatiti tapi kualiti .....tepuk dada tanya selera. Juga pensyarah sekarang ajar ikut buku bukan ikut hati. Mengajar dengan jiwa yang kosong.

Untuk mengumpulkan orang-orang dewasa ni bukan senang. Lebih-lebih mak budak kerana bila dah jadi bini orang ni kena dengar cakap suami. Kalau tak derhaka namanya. Keluar kena mintak izin dahulu....Itu prinsip dan hukumnya.

Rata-rata sekarang umur ramai yang dah start dengan angka 4...Angka 3 terlalu mencemburui kita..Anakpun ramai yang dah 3-4 orang, ada juga anak yang dah darjah 4. Belum ada yang berbini empat...

Dalam persahabatan yang terjalin selama umur budak tingkatan tiga itu; ada yang masih sayang akan ikatan persahabatan itu dan ada juga yang hanya menjadikannya sebagai satu kenangan.

Tuesday, October 7, 2008

Photo Lama

Posted by Picasa

Bila sudah sampai jodoh

Jodoh memang tidak boleh dijangka. Ianya adalah satu rahsia Tuhan. Jangan ada yang terperanjat jika dijodohkan dengan sepupu sendiri. Ada yang bertemu jodoh dengan jiran belakang rumah. seperti aku. Dahulunya ayah aku akan menjadi tabiatnya dipagi raya menjadi orang yang pertama ke rumah atok Aina. Ziarah aidilfitiri katanya. Berulang tahun demi tahun seperti ada tarikan bahawa rupanya disitulah ada satu rahsia yang tidak terungkai oleh akal manusia.

Setelah ayah tiada, aku pula yang mengambil tugas tersebut. Setiap pagi raya pasti ke sana. Bezanya tidak lagi di pagi hari menjadi orang yang pertama. Aku telah menjadualkan selagi diizinkan pasti aku akan menunaikan solat sunat aidilfitiri di masjid Kesang. Ini kerana sebahagian dari masa aku membesar sebelum menjadi 'besar' banyak kejadian yang terjadi di kampung ini.

Aidilfitiri ini juga sekali lagi aku sebagai pengganti ayah dan ibu kepada adik-adikku menjadi kapten dalam menrencanakan satu lagi ikatan pertunangan seorang lagi adikku. Alhamdulillah; apabila ada sahaja niat yang baik pasti Tuhan makbulkan. apabila ada rezeki kurniaanNya yang banyak bertebaran di atas bumi ini semestinya ia bukan milik kita. Ianya mesti dikongsi dengan cara-cara yang diredhaNya.

Acara tersebut telah membuktikan bahawa ikatan kekeluargaan adalah amat penting dalam kita bersama-sama menempuh ranjau kehidupan. Adik-beradik, ipar-duai, bapak saudara, emak saudara dan jiran tetangga bersama-sama bersatu hati, bersatu tenaga berkumpul mencurah serba sedikit keringat agar majlis dapat berjaya.

Apalagi...pupuklah ukhwah persaudaraan yang berterusan.

Kawan-kawan HSM

Aidilfitri ini datang lagi setelah ramadan berlalu. Mungkinkah ini ramadan terakhir? Jumpa lagi ke ramadan tahun hadapan? Insya Allah dengan perkenannya semoga ramadah yang lalu adalah yang terbaik pernah dihadapi dan yang akan datang akan menjadi lagi baik.

Aidilfitri ini adalah medan pertemuan ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat taulan. Mengapa kita tidak berjumpa, beramah-mesra di hari-hari lain, masih menunggu kedatangan aidilfitri untuk merapatkan kita. Seperti biasa janji yang disemai mesti dikota, bertemu dengan rakan-rakan sekolah dahulu. Ada yang terakhirnya berjumpa saat habis menduduki peperiksaan dahulu, ada yang baru 5-6 tahun berjumpa, ada yang 1-2 bulan baru duduk minum sekali.

Terperanjat! Kerana ada yang berubah bentuk, ada yang berubah cara tapi hati tetap sama; masih utuh semangat persahabatan lalu. Sememangnya persahabatan itu satu talian yang penting dalam membentuk kehidupan kita.

Saat-saat yang berharga itu dipenuhi dengan gelak ketawa, gurau senda dan cerita-cerita lampau yang bisa diiambau. Kenangan dan pengalaman lalu masih lagi segar dalam ingatan seperti baru sahaja ia berlaku.