- Agak kesekian lamanya tidak menulis dan hari ini kembali semula ke papan kekunci bersama "Permukaan 4.0" yang baru.
- Menulis ini bukan hak seseeroang sasterawan atau wartawan. Menulis adalah terbuka kepada semua orang yang ingin mencoretkan nota hidupnya.
- Penulisan itu dibuat bukan kerana arah tujuan yang tertentu namun bukan sekadar mencoretkan sedikit pengkisahan hayat harian seseorang.
- Ada perkara yang berlaku perlu disimpan sebagai suatu coretan kerana dalam kejadian sesuatu peristiwa itu mesti ada iktibar yang perlu diambil contoh.
- Kembalinya menulis ini juga akan memaksa agar otak tidak terus menumpul. Apabila otak tumpul banyak buah fikir akal tidak dapat diketipkan untuk diterjemahkan menjadi suatu coretan hidup.
- Kebelakangan ini ada banyak peristiwa yang ada penceritaan untuk dikongsikan kerana apa yang berlaku sudah tertentu telah disusun rapi rencananya oleh Sang Pencipta.
- Watak, masa dan tempat terjadinya suatu peristiwa sekali imbas seumpama pernah terlintas dalam benak otak kita.
- Apakah yang telah berlaku itu telah ada lakon layarnya di dalam mimpi-mimpi yang kita pernah lalui sebelum ini.
- Dan akhirnya marilah kita berkongsi.
Friday, July 15, 2016
Projek Baharu
Tuesday, June 21, 2016
"Taubat Banduan Akhir" dari Ustaz Wadi Annuar
-banduan akhir ialah banduan yg melakukan jenayah yg berat mengalami proses kehakiman kadangkala 2 tahun, 3 tahun, 5 tahun dan akhirnya akan dihukum dgn hukuman gantung oleh Hakim.
-kalau hukuman gantung itu dibacakan pd hari Isnin, maka gantung hingga mati dilakukan oleh semua banduan akhir beragama Islam pd hari Jumaat.
-apabila seorg banduan akhir dihukum gantung sehingga mati, maka namanya diketika itu akan menjadi banduan akhir dan biliknya akan diasingkan.
-nama biliknya "Sel akhir".
-katankanlah Hakim jatuhkan hukuman hari Isnin, ketika itu baki kehidupan harinya ialah Selasa, Rabu & Khamis sahaja.
-waktu Hakim baca : "maka ini dijatuhkan hukuman gantung sampai mati yg akan dilaksanakan pd hari Jumaat ini diantara jam 6 pagi hingga jam 7 pagi."
-ianya mesti prosedurnya begitu.
-kalau hukumana dibaca hari Ahad, jumaat dijatuhkan hukuman.
-kalau Rabu, maka baki kehidupannya sehari sahaja lagi.
-org yg namanya banduan akhir ini, selesai Hakim membaca keputusan..,lutut dia dah tak boleh berdiri dah.
-sbb apa tuan²? Sbb dia masih boleh bernafas 3 hari sahaja. Dia hanya boleh bernafas 4 hari sahaja.
-air mata sudah berlinangan sejak dari Mahkamah lagi.
-Balik ke penjara, warden akan suruh asingkan barang² dan mesti dipindahkan ke sel belakang sekali seorg².
-sentiasa membaca Al-Quran.
-bila ustaz Agama yg pergi disitu, majlis percakapan & nasihat itu akan dipenuhi dgn tangisan air mata.
"Saya banyak dosa ustaz"
"Saya tinggalkan tanggungjawab saya."
"Saya tinggalkan tanggungjawab saya pada ibu & ayah saya ustaz".
-pergilah waktu mana pun, kita akan tengok banduan akhir ini berdiri di depan Allah... sembahyang.
-Solatnya panjang, zikirnya banyak. Quraannya banyak mengadu pd Allah SWT.
-kenapa? Sbb dia tahu umur dia lagi 3 hari, lagi 2 hari.
-malam itu kita nak tidur lagi tuan²? Tak tidur dah.
-manusia yg tahu ajal nya , dia dh tak boleh tidur dah tuan².
-sbb itu diantara rahmat Allah yg Besar adalah MERAHSIAKAN kematian kita supaya kita boleh makan, supaya kita boleh tidur, supaya kita boleh bermain dan sebagainya.
-kalau dia tahu lagi sebulan ajal nya, nescaya sebelum sebulan lagi dia dah tak akan bermain lagi.
-tapi Allah SWT merahsiakan kematian itu sebagai BUKTI dan RAHMAT Allah kpd saya dan kita semua.
-bandua akhir ini, walaupun dibuka rahsia kematian oleh Allah, maka dia jauh lebih beruntung drpd kita semua.
-sbb dia tau untuk bertaubat bila.
-dia boleh bertaubat , Alhamdulillah.
-majoriti manusia yg dibawa menghadap Allah TIDAK sempat bertaubat pd Allah SWT.
-tak tau bila nak mati.
"YaAllah aku berdosa dihadapan Mu yaAllah. Aku mengaku bahawa selama ini aku melakukan kesalahan kpdMu yaAllah! YaAllah ampunilah dosa aku yaAllah!!".
-maka datang drpd seluruh KEIKHLASAN dihimpunkan di dlm hatinya menghadap Allah. Untung dia.
-Esok pagi @ malam itu, banduan akhir ini akan diberi pilihan utk memilih makanan yg tidak melebihi lebih kurang RM 7.50 .
-dia diberi pilihan boleh pilih sama ada Char kuew teow kah, nasi ayam penyetkah, cucur udang kah maka dia akn diberikan pilihan boleh pilih.
-tuan² banduan akhir nak order apa? Kebanyakan banduan akhir TIDAK lagi akan memesan apa² makanan lagi. Dah tak lalu makan dah.
-sbb esok hari bila dia bangun, bukannya bangun pun bahkan malam itu adalah malam yg dia tak akan tidur.
-selalunya kes banduan akhir ini esok dia bangun selapas dia solat subuh, hukumannya MESTI diantara jam 6 hingga 7 pagi.
-walaupun harinya dia akan tahu, tetapi minit ke berapa, saat ke berapa nyawa dia akan keluar dia tak tahu.
-itu Rahsia Allah.
-ya ..benar. Dia disarungkan tali di lehernya pd jam 6.47pagi contohnya tapi dia tak tahu saat ke berapa dia akan kehabisan nyawa.
-Esok paginya, banduan akhir akan diberi peluang utk bercakap dgn ahli keluarganya.
-tuan² bagi peluang bercakap dgn ahli keluarga tak ada ungkapan yg akan keluar. Hanya peluk dan nangis, peluk dan nangis. Dah tak boleh bercakap dah.
-nak cakap apa pun dah tak boleh. Nak cakap apa lagi??.
-nak suruh jaga pokok bunga yg ayah tanam?
-Tak ada apa yg boleh dipesan diketika itu. Yg boleh keluar hanya 2 perkataan sahaja ;
"Maafkan ayah...Maafkan ayah".
-bila peluk isteri ,, "Maafkan abg, Maafkan abg". Itu sahaja.
-nak kemaafan sahaja disaat² akhir ini.
-Kemudian, dia akan dibawa ke situ lalu digantung.
Thursday, April 7, 2016
Ayah
Ada seorang anak lelaki bawa ayahnya yg kena stroke akibat angin ahmar ke kedai makan mamak yg terkenal utk makan tengahari.
Ayahnya teringin sangat nak makan nasi beriani kat kedai tu. Masa tu orang ramai dan meja makan pun rapat2. Setelah diduduk ayahnya elok elok, anak lelaki tu pun pesan makanan lauk2 kari.
Setelah makanan sampai, ayahnya mula menyuap sendiri.
Maklumlah pesakit angin ahmar, dlm keadaan terketar2 menyuap makanan, banyaklah remah yg jatuh di baju, seluar, malah di muka ayahnya yg kelihatan agak comot.
Kebanyakan orang dlm restoran tu semua pandang dan curi2 pandang, ada juga beberapa orang tunjuk muka geli dan jijik.
Namun begitu anak lelaki tu tetap bantu ayahnya suapkan makanan dan minunan tanpa menghiraukan pandangan orang sekeliling.
Setelah selesai makan dipapahkan ayahnya ke singki untuk dibersihkan, disabunkan tangan, lapkan muka, dibersihkan baju dan seluar ayahnya dari remah makanan seterusnya dipimpin ke kereta yg parking di hadapan restoran.
Setelah itu anak lelaki itu ke cashier utk jelaskan bayaran. Sebelum beredar, anak lelaki tersebut telah ditegur oleh seorang pakcik,
"Anak, tak ada barang yg tertinggal ke ?"
Jawab anak lelaki tu , "Ok semua pakcik, spec abah, ubat abah, handphone abah, towel kecil abah, tongkat abah, semua saya sudah bawak masuk kereta.. tak ada yg tinggal..."
Pakcik tu berkata lagi, " Ada, kau ada tinggalkan kesan di hati orang2 yg perhatikan kau. Pertama, kesan dihati orang2 yg sebaya dengan pakcik, adakah anak2 kami akan berbuat baik seperti yang kamu lakukan terhadap ayah kamu."
"Kedua, kamu telah tinggalkan kesan di hati anak2 muda yg sebaya kamu, mereka akan tanya diri sendiri, sanggupkah mereka buat dan melayan mak atau ayah yg sakit dan uzur sepertimana yg kamu lakukan ini."
"Pakcik lihat, pekerja2 restoran mamak pun turut terharu, malah ada yg kesat airmata teringatkan mak dan ayah barangkali. Pakcik sangat bangga dgn kamu semoga Allah memberi Rahmat kpd kamu.."
Sahut anak lelaki tu, " Ye ke pakcik.. Alhamdulillah, saya sayang abah saya... abah kena stroke... moga2 abah cepat sembuh..."
#########################
Kepada sahabat yang membaca dan masih mempunyai ayah, telefonlah ayah anda selepas membaca nukilan ini, tanyakan khabarnya, jika ada persengketaan lupakanlah dan mohon maaf kepada ayah. Jika ada kelapangan dan rezeki, baliklah kampung hujung minggu ini untuk hadiahkan kasih sayang kepada lelaki yang banyak berkorban untuk kita. Mungkin ini pertemuan akhir kita dengan ayah yang tersayang.
Untuk sahabat yang ayahnya sudah meninggal dunia, mari sama-sama kita imbau kembali, saat suka duka kita bersama ayah, dalam diam mulutnya ada rasa sayang yang tidak diucapkan, dalam bengis memarahi kita ada pengalaman yang ingin diajarkan dan dalam tidur malam akibat keletihan siangnya ada doa yang dititipkan. Sebahagaian kejayaan kita adalah kerana makbulnya doa lelaki hebat ini.
Buat arwah Abah, Arwah Pak Ngah dan Arwah Busu ...Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas kalian semua. Allah lebih menyayangi anda semua. Kita jumpa di jannah. Al Fatihah.
Saya sayang ayah saya dan ayah anda semua. Doa saya juga agar anak-anak saya menyayangi saya selamanya.
Tuesday, April 5, 2016
Manusia Dan Marah
Seorang Syeikh berjalan dengan para muridnya. Mereka melihat ada sebuah keluarga yang sedang bertengkar dan saling berteriak.
Syeikh tersebut berpaling kepada muridnya dan bertanya : "Mengapa orang saling berteriak jika mereka sedang marah?".
Salah seorang murid menjawab : "Karena kehilangan sabar sebab itulah mereka berteriak."
"Tetapi , mengapa harus berteriak kepada orang yang berada di sebelahnya?
Bukankah pesan yang ia sampaikan boleh diucapkan dengan perlahan saja?" Tanya Syeikh menguji murid2nya.
Muridnya pun saling memberikan jawapan, namun tidak satupun jawapan yang mereka sepakati.
Akhirnya Syeikh berkata : "Bila dua orang sedang marah, ketahuilah hati mereka saling berjauhan. Untuk dapat menempuh jarak yang jauh itu, mereka mesti berteriak agar perkataannya dapat didengar. Semakin marah, maka akan semakin kuat teriakannya. Karena jarak kedua hati semakin jauh".
"Begitu juga sebaliknya, di saat kedua insan saling jatuh cinta?" Tanya Syeikh.
"Mereka tidak saling berteriak antara yang satu dengan yang lain. Mereka berbicara lembut karena hati mereka berdekatan. Jarak antara ke 2 hati sangat dekat."
"Bila mereka semakin lagi saling mencintai, apa yang terjadi?", Mereka tidak lagi bicara. Mereka Hanya berbisik dan saling mendekat dalam kasih-sayang. Pada Akhirnya , mereka bahkan tidak perlu lagi berbisik. Mereka cukup hanya dengan saling memandang. Itu saja. Sedekat itulah dua insan yang saling mengasihi."
Syeikh memandang muridnya dan mengingatkan dengan lembut : "Jika terjadi pertengkaran di antara kalian, jangan biarkan hati kalian berjauhan. Jangan ucapkan perkataan yang membuat hati kian menjauh. Karena jika kita biarkan, satu hari jaraknya tidak akan lagi boleh ditempuh"!!
Hebatnya Anak Ini
***********************************
***********************************
***********************************
Tatkala aku mengeluh makanan tidak sedap, engkau masih berfikir mahu makan apa hari ini?
Jangan miskin akhlak
Jangan kurang ajar
Jangan terlebih biadab.
Saturday, April 2, 2016
Friday, April 1, 2016
Banyakkan Isttighfar
KISAH IMAM AHMAD, PENJUAL ROTI DAN ISTIGHFAR.
Suatu ketika Imam Ahmad bin Hanbal pergi bermusafir lalu apabila malam menjelma beliau singgah disebuah masjid dalam satu perkampungan bertujuan merehatkan badannya.
Namun penjaga masjid itu tidak mengenali Imam Ahmad. Penjaga masjid itu tidak membenarkan beliau berehat di masjid itu walaupun beberapa kali diminta dan dirayu oleh Imam Ahmad.
Imam Ahmad akur lalu beliau beredar dari masjid tersebut. Sampai di luar masjid Imam Ahmad bertembung dengan seorang penjual roti yg sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya.
Si penjual roti menegur Imam Ahmad dan mereka berbual seketika. Setelah mengetahui kisah Imam Ahmad tidak dibenarkan berehat di masjid, penjual roti itu lantas mengajak dan mempelawa Imam Ahmad untuk bermalam di rumahnya.
Sampai sahaja di rumah si penjual roti melayan Imam Ahmad selayaknya sebagai seorang tetamu. Dihidangnya makan dan minum dan berbual seketika tanpa dia mengetahui bahawa tetamunya itu seorang imam yg hebat iaitu Imam Ahmad bin Hanbal. Selepas itu si penjual roti menunjukkan tempat tidur utk Imam Ahmad berehat dan dia pun meminta diri kerana perlu menyiapkan rotinya yg akan dijual keesokan hari.
Imam Ahmad memerhatikan sahaja si penjual roti yg berhati mulia itu melaksanakan pekerjaannya dari awal hingga dia siap membakar rotinya. Suatu perkara yang menarik perhatian Imam Ahmad, sepanjang melakukan pekerjaan membuat roti itu si penjual roti tidak putus melafazkan istighfar di bibirnya. Sementara tangan si penjual roti ligat membuat kerja, bibirnya pula dibasahkan dengan istighfar tanpa henti dan tanpa jemu.
Lantas Imam Ahmad bertanya kepada si penjual roti:
"Aku melihat engkau melaksanakan pekerjaanmu sambil melafazkan istighfar tanpa henti. Apakah sudah lama engkau mengamalkan yang sedemikian? Apakah pula hasilnya yg engkau dapat?"
Jawab si penjual roti:
"Itulah amalanku (istighfar) telah sekian lama aku lakukan tanpa henti dan tanpa jemu."
"Dan faedah yg aku dapati daripada amalanku itu, tiada satu pun doa yg aku pohon kepada Allah melainkan akan diperkenankan oleh-NYA. Melainkan satu sahaja hajat dan doaku yg masih belum Allah berikan."
"Apakah hajatmu yg belum diperkenankan Allah itu?" tanya Imam Ahmad lagi.
Jawab si penjual roti:
"Aku sangat berhajat utk bertemu dengan imam yg hebat di zaman ini iaitu Imam Ahmad bin Hanbal."
Terkejut dan terkedu Imam Ahmad mendengar jawapan si penjual roti. Lantas beliau berkata:
"Rupanya ini semua perancangan Allah yg sgt hebat. Saya tidak dibenarkan berehat di masjid kerana untuk datang ke sini demi memenuhi doa dan permintaanmu."
"Apakah maksudmu wahai tetamu aku muliakan?" tanya si penjual roti dgn penuh kehairanan.
"Akulah Imam Ahmad bin Hanbal yg kau doa dan pohon pada Allah utk bertemu." jawab Imam Ahmad dengan linangan air mata.
Subhanallah...
❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud:
"Barangsiapa memperbanyak istighfar (mohon ampun kepada Allah), nescaya Allah menjadikan baginya pada setiap kesedihannya jalan keluar dan pada setiap kesempitan ada kelapangan dan Allah akan memberinya rezeki (yang halal) dari arah yang tiada disangka-sangka.”
(HR. Ahmad, Abu Dawud, dan Ibnu Majah)
Thursday, March 31, 2016
Wednesday, March 16, 2016
Asal usul Sekolah Tinggi Muar
SEKOLAH TINGGI MUAR ( 1902 )
#AnakJatiMuar
Sekolah Tinggi Muar telah dibuka pada tahun 1902.
C.P Frois menjadi Guru Besar pertama padas 1904.Nama asal Sekolah Tinggi Muar ialah Government English School.Bilangan pelajar ketika itu kira-kira 40 orang.Pada tahun 1905 sekolah ini berpindah lokasi di Jalan Abdullah.Kemudian pada tahun 1907 sekali lagi berpindah di Jalan Sulaiman.Setahun sebelum itu sekolah ini berpindah di tapak bangunan Pasar Sayur sekarang.Pada tahun 1910 sekolah ini berpindah di kawasan Tanjung Muar untuk sementara waktu.
Pada tahun 1914 bangunan baru siap dibina dan setahun berikutnya bangunan baru ini mula digunakan.Seterusnya pada tahun 1928 bangunan tambahan dua buah bangunan mengandungi 8 bilik siap dibina bagi menampung jumlah pelajar yang bertambah.Pada tahun yang sama lagu sekolah ini telah dicipta oleh Miss Belly Milne, Penguasa Sekolah Persediaan Inggeris (Prepatory School).
Pada tahun 1929 Lembaga Pengawas telah ditubuhkan iaitu yang dilantik dari setiap rumah pasukan.Pelajar-pelajar perempuan mula diterima masuk ke sekolah ini mulai tahun 1947 iaitu dari Sekolah Sultan Abu Bakar khusus untuk menyambung pelajaran di peringkat Senior Cambridge.Dua tahun kemudian asrama telah diasaskan oleh Guru Besarnya, Encik C. A. Scott.Ia terletak di kawasan sekolah.Pada tahun 1953 pihak sekolah telah memperkenalkan pakaian seragam untuk pelajar-pelajarnya iaitu seluar pendek biru berserta baju berwarna putih.Pengawas pula berseluar panjang putih dengan baju berwarna putih.
Bangunan Sekolah Persediaan (Prepatory School) telah diserahkan kepada Sekolah Tinggi pada tahun 1957.Walau bagaimanapun bangunan ini kemudian digunakan untuk Pusat Latihan Harian.Hanya pada tahun 1959 bangunan tersebut dapat digunakan oleh Sekolah Tinggi.
Pejabat Pelajaran kemudian menempatkan kelas-kelas menengah melayu di Bangunan Sekolah Persediaan sehingga tahun 1963.Sekolah ini telah dibimbing oleh Sekolah Tinggi.Bangunan Persediaan itu digunakan semula oleh Sekolah Tinggi pada tahun 1963 apabila kelas-kelas menengah melayu mendapat bangunan sendiri dengan nama Sekolah Dato' Sri Amar Diraja Muar.Bilangan penuntut Sekolah Tinggi ketika ini kira-kira lebih 1400 orang dan meningkat kepada 1800 pada tahun 1964.
Sekolah Tinggi juga berperanan sebagai Pusat Lanjutan Normal (Normal Classes) untuk melatih guru-guru sekolah Inggeris, (sebelum perang sehingga 1960).Apabila pihak kerajaan mengadakan rancangan Pusat Latihan Daerah (Regional Training Center), Sekolah Tinggi telah digunakan untuk tujuan tersebut.Pada tahun 1965 kemasukan pelajar-pelajar melebihi 2000 orang.
Pada tahun 1966 sekolah Tinggi dipecahkan kepada dua iaitu Sekolah Tinggi dan sekolah baru yang kemudian dikenali dengan nama Sekolah Sri Muar.Pada tahun 1969 Sekolah Tinggi mendapat bangunan baru untuk pelajar-pelajar Tingkatan Enam. Pada tahun 1974 kelas-kelas menengah rendah berpindah ke Sekolah Tinggi II di Jalan Junid.Pada tahun 1979 Sekolah Tinggi II berpisah dengan Sekolah Tinggi dengan nama baru Sekolah Menengah Jalan Junid.
Sekolah Tinggi Muar mendapat beberapa buah bangunan baru pada tahun-tahun 1990an.Blok-blok tersebut ialah Blok F(1990), Blok G(1990), Blok L(1991), Dewan(1991) dan Surau(1997).Blok F digunakan untuk kelas-kelas dan Blok G digunakan untuk pejabat pentadbiran, makmal, pusat sumber dan perpustakaan.Blok L pula digunakan untuk 15 buah bilik darjah.Pintu besar Sekolah Tinggi Muar siap dibina pada bulan April 1992.Blok B pula digunakan untuk bilik tayangan dan seminar.Blok E berfungsi sebagai bengkel Kemahiran Hidup dan Blok K merupakan kantin sekolah.Blok J pula merupakan pusat kokurikulum.Bangunan lama yang dibina pada tahun 1904 masih digunakan sehingga sekarang sebagai kelas-kelas Tingkatan 4, Enam Rendah dan kelas-kelas Rancangan Khas.
ii.TOKOH-TOKOH NEGARAWAN DAN KORPORAT YANG PERNAH MENUNTUT DI SEKOLAH
NAMA DAN JAWATAN YANG PERNAH ATAU SEDANG DISANDANG
1.YAB. Tan Sri Muhyiddin Bin Hj. Mohd Yassin
-Menteri Pertanian
2.YAB. Dato' Hj. Abd. Ghani Bin Othman
-Menteri Besar Johor
3.Y.B. Dato' Chua Jui Meng
-Menteri Kesihatan Malaysia
4.Y. Bhg. Tan Sri Jaafar Bin Hussein
-Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia
5.Y. Bhg. Tan Sri Arshad Bin Ayub
-Bekas Setiausaha Kementerian Perdagangan Malaysia
6.Y. Bhg. Dato Ali Bin Hashim,
-Pengurus Eksekutif Perbadanan Ekonomi Negeri Johor
(Executive Director, Johore Economi Development Corporation)
7.Y. Bhg. Dato' Sulaiman Bin Mohd Noor
-Bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Johor
8.Dr. Hong Hai
-Bekas Menteri Muda Kerajaan Singapore
9.Dr. Hamid Bin Arshad
-Bekas Pengarah Lembaga Penduduk & Perancang Keluarga Negara
10.Dr. V. Naidu
-Ketua Jabatan Perikanan & Pertubuhan Makanan & Pertanian Bangsa-bangsa Bersatu
11.Y. Bhg. Tan Sri Nasaruddin Bin Mohammad
-Bekas Ketua Setiasusaha Kementerian Perdagangan Dan Perindustrian
12.Y. Bhg. Datuk Jabid Bin Mohd Dom
-Bekas Ketua Pengarah Imigresen Malaysia
13.Y. Bhg. Tan Sri Taib Bin Haji Andak
-Bekas Ketua Pengarah Felda Dan Pengerusi Malayan Banking Berhad
14.Y. Bhg. Allahyaham Tan Sri Abdul Kadir Yusof
-Bekas Peguam Negara Kuala Lumpur
15.Justice Datuk Ali Bin Hassan
-Bekas Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
16.Datuk Abdullah Bin Ali
-Bekas Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia
17.Dr. Chiang Hai Ding
-Bekas Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia
18.Dr. Khalid Bin Sahan
-Bekas Pengarah Perubatan Kementerian Kesihatan Sabah
19.Datuk Abd. Aziz Bin Haji Shukur
-Bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Johor
20.Datuk Abdul Rahman Bin Ahmad
-Bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Johor
Ini adalah di antara beberapa nama dari ratusan nama pelajar Sekolah Tinggi yang dapat kami rakamkan di sini.Sebenarnya, bekas pelajar Sekolah Tinggi telah bertugas di segenap ceruk rantau negara ini dan menyandang berbagai-bagai jenis jawatan.
iii.SENARAI NAMA-NAMA PENGETUA
1.En C.P.Provis1904
2.En Palgar1905-1906
3.En Gray1913
4.En Hugh Mortimer1914-1915
5.En J.W.Moore1916-1920
6.En Huge Crombics1921
7.En F.L.Shaw1922-1922
8.En David Roper1922-1929
9.En J.M.Taylor1929-1940
Perang Dunia Kedua1942-1945
10.En C.D.Westwood1945-1946
11.En G.Woods1946-1948
12.Lt.Col.C.A.Scott1948-1949
13.En W.Gibson1950
14.En H.G.Clarke1951-1952
15.En. A. Will Lamson1952
16.En. G.F.Daniels1953-1956
17.En E.A.C. Balshaw1957
18.En D.P. Pereira1957-1973
19.En M.G.Parry1973-1978
20. Tn Sheikh Hussin b Ali1979-1981
21. Tn Hj Abdul Wahab bin Suradi1982-1996
22. Tn Hj Abas b Draman1996-1997
23. Cik Hjh.Aminah bt Hj Ahmad1998-1999
24. Pn Maznah bt Abu Bakar1999-2001
25. En. Jamian Ja'far2001
#SejarahMuar
sumber : http://www.highschoolmuar.com/sejarah.shtml
Wednesday, March 2, 2016
Buat Sang Isteri. Suamimu bukan malaikat
(Petikan drpd FB Coach Burhanuddin)
《 Perhatian ! Bacaan buat sang isteri 》
Suami Mu Bukan Malaikat !.
Hari itu hujan benar-benar lebat. Hari itu Amran balik lewat. Jam hampir jam 10 malam. Hujan mulai teduh, dia gagahkan juga meredah hujan. Dalam 10 minit perjalanan terpaksa juga dia berhenti mencari tempat teduh sebab hujan kembali lebat.
Dia berhenti di sebuah pondok perhentian bas. Dia nak call isteri dia kerana balik lambat. Tiba-tiba baru dia terperasan seorang ibu bersama seorang anak kecilnya.
Amran terfikir jika perempuan itulah isterinya bagaimana. Dia menyapa perempuan itu dan bertanya mengapa tidak pulang lagi. Perempuan itu nampak sangat murung.
Perempuan itu bertanya soalan yang sama pada Amran. " Mengapa tidak pulang lagi hingga malam. Adakah isterimu tak risau dan marah ?".
Amran menjawab " sebenar saya mahu pulang awal setiap hari. Anak saya 4 orang dan kecil lagi di rumah. Tetapi saya fikir masa depan mereka dibahu saya. Saya perlu bekerja lebih kuat untuk masa depan mereka ".
Perempuan itu tiba-tiba menanggis. Amran bertanya kenapa dia menanggis. Sambil menanggis perempuan itu berkata " boleh saya minta RM20 pada awak ? ". Dengan rasa bersalah dia menghulurkan duit itu. Mungkin dia lapar dan sekurang-kurangnya membeli makanan untuk anaknya.
Amran dah nak balik, hujan mulai teduh kembali. Dah lama sangat dia disitu. Sebelum dia pergi, perempuan itu minta jeketnya. Kata perempuan itu yang anaknya kesejukan. Amran berikan juga jeketnya pada perempuan itu. Kesihan dia tengok. Perempuan itu meminta number phone Amran. Amran memberi kad bisnesnya.
..
Sampai di rumah, Amran basah kuyup. Dia disambut isterinya. Baru Amran sedar yang phone nya ada di poket jeketnya. Dia call handphone nya. Ada berdering tetapi tak ada yang angkat. Dia sangat menyesal dan marah. Dia ditenangkan isterinya.
Amran menceritakan kejadian yang berlaku pada isterinya. Isterinya menyabarkannya. Amran tak tahan geram, habis semua phone dan perkara penting dalam phone nya gara-gara nak tolong orang yang tak tahu dari mana. Katanya.
.
.
Esoknya Amran ke pejabat seperti biasa ada juga dia berhenti di tempat semalam. Manalah tahu jeketnya ada di situ. Fikirnya habislah phonenya telah dijual perempuan itu.
Sampai di pejabat.
Diatas mejanya ada satu bungkusan besar bersama sejambak bunga. Dia tanya rakan pejabatnya, kebetulan rakan pejabatnya yang mengambil bungkusan itu. Bungkusan itu datangnya dari seorang wanita berkereta besar katanya.
Amran dengan cepat membuka bungkusan. Dilihatnya jeket, phone dan wang RM1000 ada didalam kotak itu. Amran terduduk kerana tersalah anggap. Asa cebisan kertas di dalamnya juga.
" Saudara.
Saya sangat berterima kasih dengan saudara. Saya pulangkan semua apa yang saya pinjam semalam.
Sebenarnya semalam saya mahu lari dari rumah. Saya mahu lari kerumah kakak saya. Saya mahu merajuk dengan suami saya yang setiap hari pulang lewat ke rumah.
Malangnya dalam perjalanan saya, beg tangan saya hilang. Saya tak ada duit dan phone. Tiba-tiba saya jumpa saudara.
Baru saya tersedar, sebenarnya saya bersalah berperasangka buruk pada suami saya sendiri. Dia setiap hari berkerja berhempas pulas hingga ke malam hari hanya untuk masa depan kami sekeluarga. Saudara telah menyedarkan saya dari lamunan. Saya punya suami yang bertanggungjawab.
Terima kasih. "
Amran tersenyum. Dia rasa puas. Pertolongan kecilnya telah memberi kesan besar.
Tip keluarga bahagia buat isteri.
1. Sayangilah suami mu seadanya dia.
2. Dia bukan perempuan. Dia tak pandai puji-pujian. Dia tak banyak cakap. Dia nampak serious tapi dia sangat sayangkan anda dan anak-anak.
3. Tak semua perkara dia cerita kat isteri. Sebabnya dia tak nak susahkan hati isteri. Dia tahu anda dah banyak bekorban untuknya.
4. Dia keluar dan balik lewat sebab dia cari rezeki. Dia tak pernah belot. Janganlah berperasaan tak tentu padanya. Penat dia cari rezeki setiap hari. Bukan senang cari duit sekarang. Semua barang mahal dan gaji rendah.
5. Orang tak tahu dalam otak suami banyak fikirannya. Walaupun dia nampak tak peduli je bila anda cakap dengan dia. Tapi dia simpan apa je yang anda cakap. Duit yuran belum bayar, mesin basuh rosak, ikan dah habis, kenapa tak bayar astro, kemana nak bawak anak-anak cuti sekolah. Depan anda dia nampak ego, tadi sebelum tidur dia menanggis sendiri. Dia nak isteri dan anak-anaknya bahagia.
Monday, February 15, 2016
Rezeki itu hak pakai bukan hak milik
Rupanya dia menutup kekurangannya tanpa perlu berkeluh kesah.
Aku melihat hidup teman-temanku tak ada duka dan kepedihan,
Rupanya dia pandai menutup dukanya dengan bersyukur dan redha.
Aku melihat hidup saudaraku tenang tanpa ujian,
Rupanya dia begitu menikmati badai hujan dlm kehidupannya.
Aku melihat hidup sahabatku begitu sempurna,
Rupanya dia berbahagia dengan apa yang dia ada.
Aku melihat hidup jiran tetanggaku sangat beruntung,
Ternyata dia selalu tunduk pada Allah untuk bergantung.
Setiap hari aku belajar memahami dan mengamati setiap hidup orang yang aku temui..
Ternyata aku yang kurang mensyukuri nikmat Allah..
Bahawa di satu sudut dunia lain masih ada yang belum beruntung memiliki apa yang aku ada saat ini.
Dan satu hal yang aku ketahui, bahawa Allah tak pernah mengurangkan ketetapan-Nya.
Hanya akulah yang masih saja mengkufuri nikmat suratan takdir Ilahi.
Maka aku merasa tidak perlu iri hati dengan rezeki orang lain.
Mungkin aku tak tahu dimana rezekiku. Tapi rezekiku tahu dimana diriku berada.
Dari lautan biru, bumi dan gunung, Allah telah memerintahkannya menuju kepadaku.
Allah menjamin rezekiku, sejak aku dalam kandungan ibuku lagi.
Amatlah keliru bila bertawakkal rezeki dimaknai dari hasil bekerja.
Kerana bekerja adalah ibadah, sedang rezeki itu urusan-Nya..
Melalaikan kebenaran dan gelisah dengan apa yang dijamin-Nya, adalah kekeliruan berganda..
Manusia membanting tulang, demi angka simpanan gaji, yang mungkin esok akan ditinggal mati.
Mereka lupa bahawa hakikat rezeki bukan apa yang tertulis dalam angka, tapi apa yang telah dinikmatinya.
Rezeki tak selalu terletak pada pekerjaan kita, Allah menaruh sekehendak-Nya.
Siti Hajar berulang alik dari Safa ke Marwah, tapi air Zam-zam muncul dari kaki anaknya, Ismail.
Ikhtiar itu perbuatan. Rezeki itu kejutan.
Dan yang tidak boleh dilupakan, setiap hakikat rezeki akan ditanya kelak, "Dari mana dan digunakan untuk apa"
Kerana rezeki hanyalah "hak pakai", bukan "hak milik"...
Halalnya dihisab dan haramnya diazab.
Maka, aku tidak boleh merasa iri pada rezeki orang lain.
Bila aku iri pada rezeki orang, sudah seharusnya juga iri pada takdir kematiannya.
Semakin Rebah
- Melihat kembali asap dapur itu begitu mengimbau kembali bahawa suatu masa dahulu kehidupan ini amat susah.
- Perjuangan generasi terdahulu untuk mendapatkan sedikit kesenangan yang dikecapi hari ini antara lainnya kerana betapa barakahnya rezeki mereka.
- Kesempitan hidup pada masa itu tidak sangat dibebani hutang yang ditanggung seperti masyarakat hari ini.
- Dahulu rumah dibina tanpa sebarang pinjaman bank. Ada duit baru boleh bina rumah.
- Tidak perlu berhutang keliling pinggang untuk bergaya menggunakan kereta. Jika mahu kemana-mana, naiki kenderaan awam ataupun perlu ada wang tunai menyewa kereta sapu.
- Tidak perlu berhutang untuk bergaya dengan kerusi kulit diruang tamu. lebih selesa duduk bersila di atas tikar mengkuang yang nenek anyam.
- Makan sekadar apa yang mampu; ulam dan sayuran jika rajin bercucuk tanam semuanya percuma.
- Tetapi keadaan ini berubah. Hidup semakin parah dan rebah kerana sekarang ini terlalu ramai yang berbelanja melebihi keupayaan pendapatan.
- Kehidupan menjadi sukar, serba kekurangan dan berbagai-bagai masalah timbul.
- Mungkin rezeki kita sekarang ini kehilangan barakahnya. Fikir dan bermuhasabahlah.
Friday, February 12, 2016
Gembirakan hati keluarga
[Petikan drp post Fb sahabat)
Isnin lepas, saya buat keputusan untuk balik ke Bangi awal pagi selasa. Isteri pun minta saya rehat secukupnya sebelum balik nanti. Saya pun tulislah dalam grup WhatsApp keluarga yang saya akan balik ke-esokkan harinya dan selang beberapa minit abang saya menjawab, “bolehlah masak lagi,”
Saya ok sahaja.
Dari Temerloh nak ke Mentakab, saya duk berkira-kira nak masak apa. Duit sudah tinggal RM30 di dalam dompet. Saya pun kenyit-kenyit mata ke orang rumah, dan dia pinjamkan RM100. Saya melenggang sahaja masuk ke pasar dan cari apa yang sesuai untuk dimakan bersama sekeluarga. Ya, kali ini tujuh-tujuh beradik balik. Campur tolak lebih kurang ada 20 orang tidak termasuk yang dalam perut. Kikikiki.
Sudah semalamnya makan rendang ayam, ikan patin tempoyak, udang masak lemak bagai, jadi saya pun belilah tulang lembu dalam empat kilo campur sedikit ekor dan dapatlah sedikit daging tak sampai satu kilo. Dalam kepala saya, adik-beradik saya tak adalah suka bebenor makan malam. Semua kaki TV dan kaki sembang kalau malam-malam buta ni. Jadi, duit yang ada tu bolehlah cukup-cukup. Alhamdulillah.
Dalam perjalanan balik ke rumah emak, isteri saya memberi penerangan luar biasa. Katanya macam tak cukup jumlah tulang dan daging yang saya beli. Dia kata kalau keluarga dia, itu memang tak cukup. Ok saya sudah tak keruan.
Sampai sahaja di rumah, saya buat-buat tak beli kentang. Ha ha ha, jadi pesanlah kata Abang yang kurang kacak dari saya belikan. Kemudiannya beliau belikan roti. Oh hoi, masa tu saya sudah berdebar-debar. Lain macam aura nak masak sup malam ini. Cukup ke idak ni?
Saya pun punggahlah periuk emak yang paling besar. Didihkan air. Siapkan semua bahan dan masukkan dalam periuk. Ya Tuhan, hanya ada ¼ sahaja isi di dalam periuk tersebut. Tambah dengan kentang pun masih nampak sedikit. Saya kool sahaja masak sampai siap, terkumat kamit baca selawat bagai, ha ha dalam hati ini duk berdoa yang penting semua dapat merasa seorang sedikit pun oklah.
Sambil tunggu sup masak, Abang saya ajak solat sama-sama. Kami pun solatlah Jemaah beramai-ramai. Waktu ini Tuhan sahajalah yang tahu saya berdoa bagaimana. Macam nak ambil keputusan SPM, setiap sujud saya duk mohon Ya Tuhan, cukupkanlah sup aku malam ini. Ha ha ha.
Siap sahaja masak, Abah saya ambil semangkuk besar. Menggunung tinggi. Katanya dia dah lama mengidam. Saya telan air liur. Anak-anak saudara yang dah besar panjang pun mengulang-ulang ambil. Isteri juga boleh tahan menambah-nambah, abang kakak yang dah berkahwin kemain kongsi mangkuk cicah roti sama-sama. Saya sudah berdebar-debar. Takkan nak sound yang tulang tu sikit je?
Kakak ipar saya yang berbadan dua juga ambil, bertambah-tambah. Makan pula dengan kicap cili, fuh meletup. Saya relak dan kool bertahan jangan ambil lagi. Konon-konon badi orang masak tak berapa lalu nak makan. Saya perhati sahaja semua dah ambil dan siap tanya semua dah makan ke belum.
Saya pun ke dapur. Ambil senduk dan ceduk. Eh kenapa banyak lagi? Saya pun tanya dua tiga kali pada semua orang, betul ke semua dah makan? Ya semua angguk.
Saya pun cakap dengan emak, satu-satunya yang duk tengok jumlah yang saya beli masa saya membasuh tulang dan daging tadi. “Kenapa banyak lagi eh mak? Macam pelik pulak, Kan semua orang ambil banyak-banyak.”
Emak jawab relak je macam tak ada apa-apa,
“Berkat,”
Saya pun terdiam. Hirup sup perlahan-lahan, jadi orang terakhir yang menjamah masakan sendiri. Tuhan tolong saya dengan cukup bergaya malam itu. Cukup sekadar memberi gembira kepada perut sekeluarga. Jika pada malam itu mereka tidak tahu cerita ini, hari ini mereka bakal tahu.
Saya tidaklah banyak wang ringgit nak bantu keluarga dengan menabur-nabur kekayaan, tetapi ada sedikit kemahiran memasak bolehlah untuk beri gembira emak abah melihat anak-anaknya berkumpul makan sama-sama.
Dalam dunia ni, kalau dapat kau kongsi kemahiran yang kau ada dengan adik beradik dan keluarga, itulah syurga yang kau dapat semasa kau hidup. Mereka ini adalah manusia yang pernah berkongsi rahim dalam perut emak. Mendapat segala zat dan makanan dari mulut emak dan kemudiannya dapat didikan dan asuhan dari tangan emak bapak kita sendiri. Itulah namanya adik beradik.
Walau Tuhan beri seribu kepelikan dan banyak perbezaan kita sesudah kita dewasa, adik beradik tetap adik beradik. Keluarga tetap keluarga.
Malam itu Tuhan tolong saya, mungkin sebab saya tolong emak gembirakan semua anak-anaknya.
Kawan-kawan,
Bila balik kampung, boleh sahaja kita tolong mana yang kita tahu. Jika hanya tahu masak air, boleh tengok-tengokkan air dalam peti ais, boleh juga perhatikan ada air panas ke tidak. Jika kita hanya tahu mengemas, boleh sahaja kita ringan-ringankan tulang mengemas sana sini. Semua itu akan jadi kesayangan dalam pandangan Tuhan.
Jika nampak ada pinggan di dalam singki belum berbasuh, lalu sekejap basuhlah sebentar.
Tolong emak, tolong bapak banyak-banyak. Tuhan pula akan tolong kita banyak-banyak. Tak secara cash, mungkin Tuhan akan beri kita anak-anak yang rajin, atau Tuhan beri kita rezeki yang kita tak sangka-sangka.
