Thursday, April 7, 2016

Ayah

Ada seorang anak lelaki bawa ayahnya yg kena stroke akibat angin ahmar  ke kedai makan mamak yg terkenal utk makan tengahari.

Ayahnya teringin sangat nak makan nasi beriani kat kedai tu. Masa tu orang ramai dan meja makan pun rapat2. Setelah diduduk ayahnya elok elok, anak lelaki tu pun pesan makanan lauk2 kari.

Setelah makanan sampai, ayahnya mula menyuap sendiri.

Maklumlah pesakit angin ahmar, dlm keadaan terketar2 menyuap makanan, banyaklah remah yg jatuh di baju, seluar, malah di muka ayahnya yg kelihatan agak comot.

Kebanyakan orang dlm restoran tu semua pandang dan curi2 pandang, ada juga beberapa orang tunjuk muka geli dan jijik.

Namun begitu anak lelaki tu tetap bantu ayahnya suapkan makanan dan minunan tanpa menghiraukan pandangan orang sekeliling.

Setelah selesai  makan dipapahkan ayahnya ke singki untuk dibersihkan, disabunkan tangan, lapkan muka, dibersihkan baju dan seluar ayahnya dari remah makanan seterusnya dipimpin ke kereta yg parking di hadapan restoran.

Setelah itu anak lelaki itu ke cashier utk jelaskan bayaran. Sebelum beredar, anak lelaki tersebut telah ditegur oleh seorang pakcik,
"Anak, tak ada barang yg tertinggal ke ?"

Jawab anak lelaki tu , "Ok semua pakcik, spec abah, ubat abah, handphone abah,  towel kecil abah, tongkat abah, semua saya sudah bawak masuk kereta.. tak ada yg tinggal..."

Pakcik tu berkata lagi, " Ada, kau ada tinggalkan kesan di hati orang2 yg perhatikan kau. Pertama, kesan dihati orang2 yg sebaya dengan pakcik, adakah anak2 kami akan berbuat baik seperti yang kamu lakukan terhadap ayah kamu."

"Kedua, kamu  telah tinggalkan kesan di hati anak2 muda yg sebaya kamu, mereka akan tanya diri sendiri, sanggupkah mereka buat dan melayan  mak atau ayah yg sakit dan uzur sepertimana yg kamu lakukan ini."

"Pakcik lihat, pekerja2 restoran  mamak pun turut terharu, malah ada yg kesat airmata teringatkan mak dan ayah barangkali. Pakcik sangat bangga dgn kamu semoga Allah memberi Rahmat kpd kamu.."

Sahut anak lelaki tu, " Ye ke pakcik.. Alhamdulillah, saya sayang abah saya... abah kena stroke... moga2 abah cepat  sembuh..."

#########################

Kepada sahabat yang membaca dan masih mempunyai ayah, telefonlah ayah anda selepas membaca nukilan ini, tanyakan khabarnya, jika ada persengketaan lupakanlah dan mohon maaf kepada ayah. Jika ada kelapangan dan rezeki, baliklah kampung hujung minggu ini untuk hadiahkan kasih sayang kepada lelaki yang banyak berkorban untuk kita. Mungkin ini pertemuan akhir kita dengan ayah yang tersayang.

Untuk sahabat yang ayahnya sudah meninggal dunia, mari sama-sama kita imbau kembali, saat suka duka kita bersama ayah, dalam diam mulutnya ada rasa sayang yang tidak diucapkan, dalam bengis memarahi kita ada pengalaman yang ingin diajarkan dan dalam tidur malam akibat keletihan siangnya ada doa yang dititipkan. Sebahagaian kejayaan kita adalah kerana makbulnya doa lelaki hebat ini.

Buat arwah Abah, Arwah Pak Ngah dan Arwah Busu ...Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas kalian semua. Allah lebih menyayangi anda semua. Kita jumpa di jannah. Al Fatihah.

Saya sayang ayah saya dan ayah anda semua. Doa saya juga agar anak-anak saya menyayangi saya selamanya.

1 comment:

MalayJessyJames said...

Aminnn... Aminn.. Ya Rabbal alamin