Saturday, December 11, 2010

may - ku dalam dilema

Pelangi Jingga - Crossfire

Aku Dan Kenangan ( The Brain Connection)

Unwanted : Masih Ada Rindu (HQ Audio)

Helter Skelter : Melissa (HQ Audio)

masa-simpul mati keindahan suci

DESIRE - Bias Cinta

FRU - Di Hari Mindaku Terbuka

Tali Gantung

TALI GANTUNG 
(petikan dari blog surat-surat dari jalanduku) terima kasih.

Tali gantung yang diimport ini diperbuat dari jenis jut yang paling bagus dan dibalut dengan kulit lembut supaya tidak mencederakan kulit banduan yang akan digantung.

Setiap satu berharga di antara RM4,000 satu hingga RM5,000.

Tali gantung ini semasa diterima daripada ejen
pembekalnya akan diuji ketahanannya dengan menggantungkan patung seberat lebih 90 kilo selama 72 jam.

Setiap tali gantung ini mempunyai nombor siri dan ia diklasifikasikan sebagai senjata dan disimpan di dalam peti besi.

'Setiap tali gantung kita terima ada perkiraannya.
Kita tak boleh poie terus dan pasang, ada cara-cara yang kita kena ikut. Kita ada empat jenis tali dan kita pilih mengikut berat banduan,' jelas Samuel.

Di antara ciri utama tali gantung ialah tembaga
pembunuh yang berfungsi untuk mematahkan tengkok banduan.

APABILA RAYUAN DITOLAK

Di Penjara Kajang umpamanya banduan yang dijatuhi hukuman gantung dikenali sebagai banduan akhir dan ditempatkan di Blok Abadi
sehingga hukuman dilaksanakan.

Mereka ini menghabiskan hampir 23 jam sehari sendirian di sel mereka dan hanya boleh meninggalkan sel atas kelulusan pegawai yang
bertugas.

Banduan akhir mungkin terpaksa menunggu bertahun-tahun sehingga habis keseluruhan proses rayuan yang membabitkanMahkamah Rayuan, Mahkamah Persekutuan dan Jemaah Pengampunan Negeri.

Sekiranya rayuan kepada Badan Pengampunan ini juga ditolak, Mahkamah Persekutuan akan mengeluarkan waran untuk melaksanakan hukuman di mana di dalam waran itu akan disebut nama banduan, nombor kad pengenalannya serta masa hukuman akan dijalankan iaitu di antara5.30 pagi hingga 6.30 pagi.

'Kita diberi satu jam untuk laksanakan hukuman. Untuk banduan beragama Islam biasanya kita akan jalankan hukuman gantung ini pada hari Jumaat, selepas solat subuh. Bagi yang bukan Islam, waktunya lebih kurang sama, cuma harinya boleh berbeza,' kata Samuel.

Selepas waran dikeluarkan, banduan akhir akan dibawa berjumpa dengan pengarah penjara yang akan memaklumkan tentang pelaksanaan hukuman gantung selepas segala proses rayuan terakhir ditolak.

'Biasanya banduan akhir ini akan tahu apabila dia dibawa keluar dengan tangan bergari dan ada kawalan ketat, dia tahu keesokan harinya sesuatu yang buruk akan berlaku (dia akan digantung),' kata Samuel.

Semasa banduan akhir berada di bilik pengarah ini, kaum keluarganya yang biasanya sudah dimaklumkan seminggu lebih awal sudah menunggu di luar penjara untuk 'perjumpaan terakhir.'

Lazimnya suasana sedih dan pilu akan menyelubungi setiap perjumpaan terakhir ini.

Banduan juga diberi pilihan untuk 'hidangan terakhir' bernilai RM7.50.

HARI PENGGANTUNGAN

Menurut Samuel, kebanyakan banduan akhir yang menjalani hukuman gantung 'poie dengan rela' setelah menunggu begitu lamo untuk hukuman dilaksanakan.

'Mereka yang rajin sembahyang, tak kira agama,
menunggu dengan tenang dan sudah bersedia. Ada beberapa orang sahaja yang menjadi agresif sehingga ke saat-saat terakhir.

'Ada sesetengah banduan puas hati dan beritahu saya nasib mereka lebih baik dari saya kerana mereka tahu bila mereka akan mati. Bila kita buka pintu untuk bawa mereka keluar ke bilik gantung, ada yang salam dengan kita dan ucap terima kasih. Mereka kata mereka dah tak tahan lagi menunggu,' katanya.

Di hari mereka diberitahu hukuman gantung akan dijalankan, mereka akan meminta pena dan kertas untuk nota terakhir.

'Jangan ikut tabiat buruk ayah' antara kata-kata
terakhir seorang banduan untuk anak-anaknya, yang masih Samuel ingat.

Banduan juga boleh memilih pakaian apa yang hendak dipakainya pada hari hukuman.

'Ada banduan beragama Islam hanya mahu pakai kemeja T dan seluar sembahyangnya. Ada yang memilih kot dan tali leher. Ada yang pakai kasut berharga RM300. Mati penuh gaya . Banduan itu kata dengan jenaka,' cerita Samuel.

Hukuman gantung pula hanya dijalankan selepas semua pihak termasuk pengarah dan doktor berpuas hati dengan keadaan banduan pada hari hukuman akan dilaksanakan.

BILA PINTU PERANGKAP RENGGANG


Pintu perangkap di bilik gantung di mana banduan akhir berdiri akan secara automatik renggang sepenuhnya bila 'gear'ditarik.

Di bawah lantai pintu perangkap ada ruang kosong dengan ketinggian 5.18 meter.

Bunyi pintu perangkap yang terbuka dengan kuatnya memecah kesunyian suasana penjara.

Menurut Samuel, proses menggantung dari masa banduan dibawa keluar dari bilik menanti ke bilik gantung dan pengarah memberi isyarat
kepada tukang gantung untuk menarik 'gear' yang akan antaranya membuka pintu perangkap hanya mengambil masa kira-kira 15 saat.

Semuanya perlu dibuat dengan lancar dan menurut Samuel, kematian berlaku dalam masa di antara 30 saat hingga satu minit dan banduan
akan diturunkan dan diletak di atas troli selepas
setengah jam dibiar tergantung.

'Saya sering mengingatkan pembantu-pembantu saya supaya menghormati jenazah kerana dia sudah menjalani hukuman. Kalau kita hormat pada dia, semuanya tak ada masalah.

'Bagi saya pula, kebiasaannya saya akan pandang muka jenazah ini dan letakkan tangan saya di atas dadanya. Ini petua yang diberi oleh bos- bos saya dulu,' kata Samuel.

Menjalankan tugas khas ini memberikan banyak keinsafan kepada Samuel.

Friday, December 10, 2010

Maal Hijrah

  1. 1431H berlalu. Yang lepas jangan dikenang. Yang dihadapan moga-moga diberikan kemudahan oleh Allah SWT. Semoga dipermudahkan segala urusan.
  2. Hari-hari akhir dalam tahun hijrah 1431, kena demam yang agak panjang. Satu keluarga dari ayah, anak-anak dan ibu juga juga kena demam.
  3. Mungkin diberikan kifarah atas kesalahan-kesalahan kecil yang dilakukan kerana terlalu leka melupai Tuhan pemilik sekelian alam ini.
  4. Terlantar, berbaring sahaja dalam rumah. Dikuatkan untuk bangun dalam beberapa hari lepas dalam bersama-sama menyertai acara keluarga; menghantar rombongan adik lelaki bernikah.
  5. Dan untuk kali keduanya dalam tahun ini; adik lelaki melangsungkan majlis perkahwinan hanya disebelah pihak perempuan atas beberapa sebab.
  6. Pertamamya bajet mereka hanya lepas untuk membayar wang hantaran, mas kahwin. barang hantaran iringan dan sedikit duit kocek. Tidak lebih dari itu. Juga tidak dapat dibantu kerana faham-faham keadaan masing-masing.
  7. Keduanya setelah bergelar anak yatim piatu; tiada siapa yang hendak menguruskan majlis perkahwinan tersebut andainya hendak juga dibuat dirumah lelaki.
  8. Adik-beradik ini semua ada komitment, tidak sama macam ibu dan ayah; akan buat apa sahaja untuk anak-anak.
  9. Syukur, berjaya majlis perkahwinan adik; berjalan dengan penuh lancar, hari yang panas dan tidak hujan. Sungguh dipermudahkan oleh Allah dan semoga perkahwinannya akan bahagia, direstui dan diredhai Allah.
  10. Nah, sekarang datang 1432H, Ya Marhaban .

Wednesday, December 1, 2010

Celaka Punya Sepet

  1. Memang celaka sepet itu.
  2. Tidak habis-habis menyusahkan orang. Jangan ingat engkau boleh hidup tanpa bangsa yang malas ini.
  3. Jangan kau ingat, sekarang kau dapat membeli segala-galanya.
  4. Engkau yang merosakkan si pemalas ini semua bukan kerana kau rajin sangat bekerja; bukan kerana kau lebih cerdik tetapi kau menipu.
  5. Tuhan batu kau pun kau tipu,
  6. Tidak dapat dikongsi milik yang orang-orang yang semakin layu di bumi sendiri kerana kedajalan sesepet ini.
  7. Bangkitlah bangsa yang layu ini. 

Kata Laluan Yang Dikunci

  1. Matlamat tidak menghalalkan cara.
  2. Hati yang terlalu busuk itu sungguh menjijikkan. 
  3. Mengapa marahkan nyamuk bukan setakat kelambu bahkan habis rumah yang hendak dibakar.
  4. Kadangkala setiap gerak yang dibuat tidak memberikan manfaat sejagat. Hanya melepaskan marah yang berbuku dihati. Puas hati sendiri.
  5. Kata laluan yang dikunci sebenarnya mendatangkan lebih banyak masalah.
  6. Jika selesa bersendiri lebih baik memiliki perniagaan tunggal. Aku bos, aku kuli.
  7. Cuba belajar hormati orang lain.
  8. Belajarlah bercakap dand berkomunikasi. Dengan jujur, terang dan ihklas.
  9. Sudah tidak dapat diubah lagi dan mungkin hanya setakat ini sahaja.
  10. Adakah suratan akan berakhir begini?

Real Madrid Kalah 5-0 Tapi Yang Ini 55-0


LONDON - Kelab bola sepak Britain yang selalu kalah dengan jaringan besar, Madron FC menunjukkan sedikit peningkatan apabila ia hanya kalah 22-0 pada Sabtu lalu selepas mencipta sejarah tewas 55-0 pada minggu lalu, lapor sebuah akhbar semalam.

Walaupun terdapat peningkatan, cuma penjaga gol, Gavin Hall dan tujuh lagi pemain sahaja yang bersetuju untuk merakamkan gambar berpasukan manakala tiga lagi tidak mahu kerana terlalu malu.

Kelab itu kalah kesemua 11 perlawanan dengan memberikan 227 gol kepada pihak lawan namun ia bukannya pasukan tercorot dalam Liga Cornish Mining kerana terdapat beberapa kelab lain yang dipotong mata. - Agensi


Source: Kelab bola sepak paling bangang di dunia? - MiLo SuaM http://milosuam.blogspot.com/2010/11/kelab-bola-sepak-paling-bangang-di.html#ixzz16oizxoug