Saturday, August 15, 2009

Masih Lagi

Tali yang hampir putus

Memang benar jika boleh jangan dibuat benda ini. Yang nyata pahit itu menjadi rasa yang manis kerana tekak sudah rekah. Lambat rasanya pendakian ini kerana menara itu nampaknya amat tinggi bila dilihat dari tengah. Apa lagi kalau dapat dipandang dari bawah. Sayup.

Rugi jika kiranya turun kembali setelah malam hilang gelapnya menjadi siang; baru merasakan ini bukan kerja biasa. Bukan semua bisa menjadi pendaki yang terus mendaki, mendaki dan mendaki kerana ramai yang gagal meneruskan perjalanan itu .

Hampir terjatuh apabila ada kerikil-kerikil kecil dan besar terbang memercik seumpama dipahat.

Wednesday, August 12, 2009

Padang bola (2)

Aku risau
Melihat kapten bolaku
Memberi penalti percuma kepada lawan
Dipegang erat bola itu dikotak D
Seperti bermain bola baling

Aku sedih
Ketika dia menyuruh penjaga golku berpeluk tubuh
Ketika tendangan diambil pihak lawan
Jangan tangkap katanya
Biarkan sahaja; katanya kita ini pemurah
Kita ini adil
Sedangkan semasa itu kita sudah
ketinggalan
bukan satu bukan dua
Hampir kesemuanya.

Pasukan bola kita lemah
Kerana kita saling bermarah
Kata yang depan; yang belakang pakai seluar pendek
Kata yang belakang; yang depan pakai seluar panjang
Kita asyik bertelagah
Kita semakin layu
Bukankah itu sukukata nama kita
Bila kita semakin ramah
Kita semakin terpapah

Sebenar-benarnya
Pasukan lawan itu yang lemah
Tapi mereka nampak kuat dan gagah
Kerana mereka suka pecah dan perintah
Juga kerana ada orang kita yang berjualbeli
Untuk laba untung sendiri

Kita asyik kalah
Kita bukan main bola
Kita kena dipermainkan
Kita juga mempermainkan
Had, masa dan kuasa
Yang seketika diberi ini
Supaya kita terus lawan musuh
Jangan lawan sesama sendiri.

Bukan kita tidak pandai bermain
Bukan kita tidak kuat berlari
Bukan kita goyah
Tapi kita suka kita gaduh
Kita suka kita kelahi
Tepuk tangan bila kita kalah

Kita caci sesama kita
Kita puji sipendek
yang berambut pendek
yang berkaki pendek
yang berakal pendek
yang berbatang pendek

Ayuh...kita tutup padang ini
Kita bela padang ini
Kita jaga rumput dan kekuncup
Jangan asyik melekat dikasut kita
Ini padang..padang kita
Mereka hanya punya bola itu sahaja.

Dulu 70 sekarang 180

Betapa peritnya sekarang ini dibumi tanah air yang hendak hendak disatu setelah dihadarikan. Diam tak diam dalam katanya terkawal dah lebih 2000 kes; tapi peratus yang terkorban masih rendah belum sampai 100% lagi jika dibandingkan negara-negara jiran kita adalah yang terbaik dlam rekod diari harian yang meninggal dunia; kerana apa? Kerana rakyat didahulukan pencapaian diutamankan; sebab tu rakyat biasa kalau demam sikit2 tak payah pi hospital; biar 'orang-orang besar' sahaja yang boleh pi screening; treatment dan sewaktu dengannya.

Saingan sekarang makin sempit. Dulu isi tender jalau 40 orang dah kira ramai dah. Sekarang 40 orang tu baru suku sahaja dari senarai kehadiran yang berminat nak beli tender. Kerana apa? Kerana semakin ramai kontraktor? Semakin sedikit kerja? Semakin ramai ketua bahagian? Semakin ramai ahli teknikal? Atau semakin ramai ali baba? Atau semakin ramai ahli babi?

Kalau kata cakap tak serupa bikin; siapa yang jadi teladannya kalau bukan ayah kepada anak-anak? Ketua kepada rakyat? Ketua kepada menteri? Ketua kepada segala setiausaha? Imam kepada makmum? Pelik sekarang ramai yang imam telanjang iman cuba jadi ketua kepada pemakmum belakang sedangkan mamkum itu ada yang katanya hafiz.

Pelik tapi benar hafiz sekarang hanya yang hafal sahaja bunyinya bukan amalkan apa yang tersirat kerana objektifnya di buat begitu. Memodalkan insan untuk berniaga. Opppss...inikah berniaga manusia juga namannya? Siapa makan cili dia makan cililah takkan pulak rasa epal?

Anak-anak sekarang berebut nak score 30A daripada hanya menjdai manusia yang hanya ada 1A seperti orang-orang dahulu. Orang bahuru ini sekarang memang pelik; biar tak jadi orang katanya janji berwang. Akhirnya perangai macam beruang; berzina pandai; dapat anak suka sahaja dibuang. Kerana apa? Kerana mak ayah banyak hutang? Hutang duit? Hutang budi? Hutang undi?

Kenapa perlu sama rata; keadilan itu bukanlah kesamarataan tetapi meletakkan sesuatu pada tempatnya. Mungkinkah kena pakai sari boleh sambut Deepavali? Tunggu maa undi baru tahu siapa khianat siapa?

Monday, July 20, 2009

Kuali Pudar

Agak kenyang juga makan gunakan kuali hitam itu yang dahulunya agak berkilat. Tapi kerana jeraga-jeraga kotor yang melekat telah membuatkan masa memasak agak lebih lama. Juga kurang dibasuh kerana nak cepat mengejar masa; lambat bangun atau sahaja kelisa nak susahkan hati. Mungkin nanti akan ada orang yang akan gosok kuali itu supaya berkilat. Dan ada juga yang hanya menanti di meja makan; ada orang lain yang akan pergi ke pasar, menyiang ikan, menghidup bara, mengoreng, menyaji dan akhirnya kalau boleh meyuap sekali kerana ikut hati mati; ikut rasa binasa; ikut nafsu neraka.

Kuali itu semakin pudar kerana gas masak hendak kosong. Tidak mampu lagi untuk membeli isian baru kerana hari sudah semakin senja. Kuali itu ada cupingnya sudah tinggal satu kerana yang satu lagi sudah rosak dimakan tikus besi.

Multilayer

Kerana lantai itu tidak cantik diarahkan agar dibuat sekali lagi sedangkan harga yang buruk itu tidak diambil kira. Pernah satu masa dikatakan lantai tempat letak kereta itu lebih baik dan cantik. Tapi kini rupanya taukeh tauhu dan taugeh lagi banyak duit. Baru siputih itu diam, tak dikejar bagi beruk sudah kudung kerana akhirnya segalanya adalah tidak percuma. Sekarang siputih itu sudah melupakan bahawa dia sudah cukup melampau.Ingat ini tanah siapa?

Sekarang tempat kerja siputih itu kurang sisawo matang kerana nak pergi berniaga satu dunia katanya. Megah dan takbur. Perlu diingat hutang mesti dibayar.Orang yang buat kerja dah memang macam pengemis.

Siputih sudah tidak berani berkata bisa. Siputih sudah membisu kerana tuan punya syarikatnya suka berbincang dan bermesyuarat. Hari demi hari tahu-tahu sudah hampir tiga purnama. Akhirnya memang syairkat siputih itu tidak berduit. Gaya sahaja lebih. Duduk tempat tinggi. Bertahi leher tapi tidak mampu membeli stokin dan seluar dalam kerana apa yang penting nama rupa dan gaya.

Siputih sudah lupa ini tanah siapa???

Thursday, June 18, 2009

Pulau Besar Kg Gajah

Semakin mengantuk. Hampir sudah kurang lebih pukul 3 pagi. Tak siap-siap jadual kerja. Esok pagi sudah ada mesyuarat. Berhempas pulas dua tiga manusia itu cuba menyiapkan kerja. Ya..lah ini yang dinamakan bekerja.

Bang...pekena kopi sikit sambil memendekkan umur dengan asap nikotin itu. Ada yang cuba membunuh diri dengan asap london, paris dan new york. Ada yang lagi hebat sedut asap gudang . Tak mahu mengalah. Kenapa bukan gudang gula tapi gudang garam pula yang dipilih nama.

Kedengaran dengusan penat. Khuatir dan tertekan. Takut tidak sempat siap tugasan yang diberi.

Hari penyatuan semakin hampir. Persiapan tidak lagi sempurna. Kerja, kerja dan kerja. Siang, malam, senja, subuh dan siang kembali. Tak siap lagi kerja.

Boss, macam mana ni. Dah dekat pukul dua setengah ini. Ada budget tak? Berapa nak turun? Berapa kos kita? Margin? Okey turun tiga belas percent. Tapi jangan lupa apa yang kita kena cover.

Orait, menurut perintah. Macam biasa. Bundarkan ke numbur keramat; lagi best kalau projek kat Datok Keramat. Dewan Datok Keramat. Sebuah banguna empat segi yang tinggi. Tempat orang kenduri. Tempat orang menari. Berlari .

Jomlah kita sambung balik. Kalau pakai formula ni; ingat dua bulan siap kerja kat rantaian ini. Takut hujan. Hujan bukan dalam kawalan kita. Main hujan lainlah. Ada pilihan juga. Sungguh hairan juga macam mana budak sekarang tidak boleh dibenar main hujan. Tak lasak. Takut demam katanya.

Ingat nak beli barang-barang hantaran kat sini. Terlanjur jalan-jalan. Poket juga tebal sikit. dapat duit kutu. Hukum yang dibuat-buat; kena ganjil dulangnya. Dan paling best; hairan; ajaib dan tertanya-tanya, kenapa sebelah perempuan kena lebih dari sebelah lelaki. Lima perlu dibalas tujuh, sembilan, sebelas dan seterusnya. Mana punya hukum? Jangan mati anak biar mati adat.

Dibelakang dewan Dato Keramat ada rahsia bagi orang desa bekerja di kota. Mengajar bahawa rakan taulan melebihi saudara. Kongsi cerita, kongsi ketawa; hampir dijumpa kawan menangis bukan setakat sama gembira. Jumaat ini kita cuti. Cuba kira, dua minggu lepas dah pergi.

Tuan Pengerusi, macam mana bayaran kemajuan kami. Kemajuan kerja perkara nombor tiga puluh. Ingat, pihak pemborong kena korek dua meter. Jangan tipu. Rupanya pemborong dah jadi pembohong.

Kiambang Tidak Bertaut


Sudah semakin hampir suapan itu
Kunyah sudah lama menanti
Haruman serai dan daun limau purut sudah lama menyengit
Tapak sudah mula mengorak
Memang benar mendung jangan disangka hujan
Petir dan kilat mainan langit

Kira sudah habis
Menjangkau sembilan menlangkah sepuluh
Lapan juga yang dicari untung
Bibit cinta adanya tidak perlu berbunga
Janji akar kukuh
Cengkam hati hampir mati

Ibarat kiambang tidak bertaut
Dikala air pasang tidak pula hujan
Walau gelita langit semua menunggu
Akhirnya kiambang tidak bertaut
Anak-anak ikan menari-nari
Mencari nafas baru

Juang ini bukan kalah
Hikmahnya takut semakin jauh
Ketika menunggu turunnya air
Sekadar dengar guruh bergetir
Oh..rupanya dekat semakin jauh
Air mengalir dari sungai gering

RestuNya semakin lupa
Menyinsing hati sekadar sahaja
Bingkaian hidup tidak berwarna
Itulah hikmah bagi yang semakin lupa

Wednesday, June 3, 2009

Runtuh

Sekali lagi kita macam terperanjat kerana ada bumbung seekor lagi gajah putih itu runtuh. Kenyataan biasa yang didengar nasib baik, memalukan dan ini tentu ada unsur berlakunya keturasan kerana adanya ketirisan. Beberapa hari sebelum itu berlaku keruntuhan bagi bangunan yang hendak diruntuhkan sepertinya orang yang mati sebelum hendak diberhentikan.
Puh...kecoh sana-sini macam inilah berakhirnya dunia ini.

Bisingkah kita bila akhlak anak-anak muda kita runtuh? Menangis kah kita rumahtangga uamt-umat kita runtuh? Malukah kita iman pembesar kita runtuh?

Lihatlah kita ini seperti pemusnah yang tidak membina penghidupan kita dilandasan yang betul kerana keruntuhan ini telah lama berlaku. Kenapa tiada pilihan ? Kerana dahulu masa orang itu berada diluar gelanggang katanya tahi itu sememangnya busuk tetapi apabila keluar barisan dan masuk bulatan, sama aje. Macam ikut roundabout dan simpang berlampu isyarat. Semunya traffic jam kerana orang sudah tidak lagi mengikut undang-undang. Ada yang beli lesen terbang kerana ada orang yang jual.

Kadang-kadang kita pening kerana tiada keadilan tidak kira dari mana-mana pihak termasuk sebuah keadilan yang tidak adil. Sekali lagi dingatkan keadilan itu bukan kesamarataan, bukan keterbukaan dan apa sahaja proses penyamaaan. Keadilan adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya.

Sepertinya, Pak Mat yang memerdekakan negara ini perlu diberikan keistimewaan kerana ini tanah tumpahnya. Tidaklah seperti proses mengindustrikan sebuah idustri seumpama bapa yang tidak bersedia menerima anak walaupun dia tahu kerana hubungan yang terlanjur itu teman wanitanya sudah menanti hari bersalin. Siapa yang untung? sudah tentu ah long yang menyewakan bilik hotel sewaan jam itu.

Cut-Off

Cut-off merupakan satu proses saringan untuk membuat sesuatu keputusan agar pihak yang berada dalam linngkungan kesemarataan dapat dipertimbangkan untuk dipilih. Proses saringan ini begitu penting kerana disini segalanya bermula bagi satu pencarian kerana dalam zaman kelembapan ini ramai orang besar yang menjadi penipu. Besar itu apa maksudnya? Perat besar ke? Besar itu salah satunya ialah orang yang mendapat pangkat datuk sekurang-kurangnya.

Kerana pangkat datuk ini, orang-orang tersebut telah lupa bahawa sesungguhnya rezeki telah ditentukan tetapi mesti dicari. Tapi datuk in telah sembunyikan hak bagi orang yang berhak. Jangan aniaya sesama manusia kerana antara doa orang-orang yang makbul adalah orang yang teraniaya seperti seorang datuk yang pernah lebam matanya.

Kenapa gentar dan gemuruh bertemu dengan si datuk ini kerana mereka ini bukanlah terlalu istimewa dan terpilih kerana kehebatan tertentu tetapi kerana hebat yang dibuat-buat atau hasil dari kehebatan orang lain.

Wednesday, May 13, 2009

Slip Dish

Menghampiri usia seperti asyar ke maghrib ini telah memberikan pentunjuk bahawa baki yang tinggal sudah kurang dari suku untuk dihabiskan. Dalam kesibukan kononya mencari dunia untuk mencari akhirat sebenarnya memalsukan akujanji bahawa sesungguhnya mati dan hidupku hanya untukMu seperti yang dilafazkan sewajibnya lima kali sehari atau kurang atau paling kurang seminggu sekali bagi kawasan-kawasan yang berkenaan yang sewaktu dengannya Jika itu pun tidak dapat dikumpul, apa nak dikata.Lagi-lagi bagi yang telah menjangkau seusia isyak nak ke tahajjud.

Sakit di usia begini banyak hikmah rupanya. Seperti indikator di satu dashboard kereta yang memberitahu bahawa banyak benda rosak yang perlu diganti dan dibaiki.Juga sebagai amaran anda sudah terlampau dan sudahpun melampaui batas.

Sihat yang berterusan mungkin bagus kerana penjagaan yang baik dari peringkat awal. Mungkin juga sistem indilator telah rosak atau tidak berfungsi sehingga lupa bahawa semuanya menanti masa sahaja.

Kebas tangan, pedih dada dan slip dish ada hikmahnya. Sesiapa yang sedang merasainya bersyukurkah bahawa sistem amaran berjalan baik untuk kembali ke pangkal jalan.

Janganlah yang dikejar tidak terkejar yang terkendong keciciran.

Besar

Sesungguhnya besar itu satu persepsi yang berbeza-beza mengikut keadaan, tempat, orang dan faktor berkaitan yang lain.Besar boleh menjadi kebaikan dan besar juga boleh menjadi keburukan.Besar ini sebenarnya mempunyai sifat yang hidup kerana impaknya boleh merubah sesuatu.

Ironinya besar yang baik seperti rumah besar, kereta besar, guru besar, bos besar, untung besar, besar hati, perut besar (hamil),orang besar.

Sebaliknya besar yang jahat ialah dosa besar, cakap besar, besar kepala, membesarkan perut.

Ada juga besar yang mempunyai sifat dua-dua baik seperti membesarkan anu untuk mendapatkan anu yang besar.

Begitu juga besar boleh berubah menjadi sebaliknya seperti orang besar yang besar kepala.

Lalu adalah menjadi pilihan mana satu besar yang hendak dipilih.atau sekadar menjadi yang kecil yang selalunya mempunyai sifat secara kepurataan yang tidak baik seperti kecil hati, anu yang kecil, gaji kecil, rumah kecil,

Akan tetapi jangan keliru kerana ada kecil yang berharga seperti kereta kecil mini cooper. Ada kecil yang lebih baik seperti dosa kecil. Selainnya kecil lebih kurang baik dari besar.

And of the day THINK BIG to get bigger house, bigger car and not because to be big need to get bigger sin.

Monday, May 11, 2009

Padang Bola Tok Guru

Serdak sebuah cadangan
Membina satu padang bola
Untuk Tok Guru
Ia bukan sekadar sebuah padang
Ia bukan sejinjit sebuah harapan
Disini bakal disemai benih iman.
Agar sentiasa diingat sebuah ketentuan.
Sebuah padang untuk Tok Guru
Membuai satu perkenalan
Ada busuknya selonggok pandan
Dek kerana malas menjadi gembala
Lembu orang dikira dia yang empunya.

Memori padang untuk tok guru
Mengajar bahawa umpan yang dimakan mengena ikan
Tapi terkail ular air yang bisa
Sifat cuba membelit dan mematuk bisa
Tapi ini pengail lama
Walau joran baru di beli semalam
Asalkan sahaja ular
Pasti akan dibunuh sahaja
Bak kata pepatah
Jika jumpa ular dan sidia
Sekarang ini baik bunuh kedua-dua
Jangan lagi dok nak buat pilihan
Kerana kita hanya tinggal kuasa.

beginikah ummah berniaga?

Terlalu pelik melihat gelagat scammer yang banyak menganggap hanya dirinya yang pandai, bagus dan hebat. Tidak seperti insan lain yang nampak macam haprak bukan senang nak senang dan juga bukan senang nak scam orang. Jangan dok jaja kesucian Islam kononnya semua yang dibuat itu ubtuk umat. Jangan jadi bajingan duit kerana duit itu bukan segala.orang yang guna ppsmi cakap money is not the issue. Sebab apa? Sebab we do not have the money.menjual muka dan maruah yang darjatnya bangsat kerana dikejar yuran proses murah. Macam juga orang yang kemaruk beli title datuk kerana nak status. Cis inikah berniaga untuk ummah katanya. Baik tengok si sepet itu berniaga untuk semua. Akhirnya hanya satu sahaja yang benar satu ISLAM. Mana ada satu untuk negara atau satu untuk bangsa. Itu hanya retorik murahan.

Tuesday, April 7, 2009

1511

Kesekian kalinya penjajah ini kembali. Anakku jangan biarkan penjajah ini macam kaduk naik junjung. Sebelum dia fikir nak pijakmu..pijaklah mereka dahulu kerana kita ini hebat sebenarnya. Kerana kehebatan itu simata kecil dan kulit kelabu itu cemburu.

Kita akan sentiasa dan selamanya menjadi raja. It is our homeground. Ayway pastikan keatasan ini ni berpada dan kena pada harga kerana akhirnya air suam itu akan tawas rasanya.wahai orang berkulit merah dan berhidung tinggi dahulu kau datang menjajah datuk nenek ku yang lesu bukan bermakna kau kuat juga tidak bermakna moyangku lemah . Tetapi bisa menjadi sejarah dan keazaman untuk aku membalas penjajahan tersebut sekarang. Jika gagal anak dan cucuku akan memarang mu kemudian agar nafas kau yang tercungap itu selesai begitu sahaja.

Saturday, April 4, 2009

Julab

Kerana lama tidak update posting sebab nampaknya macam sibuk. Dah macam kejar tak dapat kendung keciciran. Tapi daya tahan kena tinggi kerana musafir ini menuju jalan seterusnya. Penat juga kerana masih ramai yang tidak tahu anggota-anggota itu perlu berfungsi sepatutnya supaya tidak hanya kaki ini yang berdiri, berlari, menari, berjalan dan semuanya sedangkan lainnya duduk bersimpuh menanti makan.

Ada hanya tangan yang hanya pandai menenun songket tapi badan itu juga perlu berbaju, bersongkok dan bersolek. Juga perlu mencuci najis yang sememangnya busuk.

Apabila sekali makan sirih itu sedap selamanya tagih untuk mengunyahnya. Biarpun tahu mulut berdarah, gigi punah dan lantai kotor.

Itukah burung kakak tua atau burung tiong yang dilatih pandai meniru tuannya memberi salam. Itukah gajah yang diajar menendang bola? Hanya jauhari yang mengenal manikam.