Saturday, April 4, 2009

Julab

Kerana lama tidak update posting sebab nampaknya macam sibuk. Dah macam kejar tak dapat kendung keciciran. Tapi daya tahan kena tinggi kerana musafir ini menuju jalan seterusnya. Penat juga kerana masih ramai yang tidak tahu anggota-anggota itu perlu berfungsi sepatutnya supaya tidak hanya kaki ini yang berdiri, berlari, menari, berjalan dan semuanya sedangkan lainnya duduk bersimpuh menanti makan.

Ada hanya tangan yang hanya pandai menenun songket tapi badan itu juga perlu berbaju, bersongkok dan bersolek. Juga perlu mencuci najis yang sememangnya busuk.

Apabila sekali makan sirih itu sedap selamanya tagih untuk mengunyahnya. Biarpun tahu mulut berdarah, gigi punah dan lantai kotor.

Itukah burung kakak tua atau burung tiong yang dilatih pandai meniru tuannya memberi salam. Itukah gajah yang diajar menendang bola? Hanya jauhari yang mengenal manikam.

No comments: