Nampak gayanya aku kena kembali menulis untuk mencairkan otak yang membeku ini. Selepas terkurung hampir berbulan-bulan ini; penggunaan otak adalah sangat minima kerana kehidupan mutakhir ini dunia yang kurang memerlukan pemikiran. Hari demi hari dimomokkan dengan angka-angka yang sentiasa berubah; kerana pemanupilasinya adalah orang yang tidak berotak.
Umur pun sudah hampir lima dekad dan aku sahaja yang tahu betapa senyapnya kali ini kerana mereka semua hampir lupa. Lupa ini serba sedikit menghakis ingatan aku kepada mereka.
Aku mengenali mana kaca dan mana permata......