Monday, November 23, 2020

Madu Lebah Madu Kelulut

  1. Lebah mengeluarkan madu. 
  2. Kelulut. Pun mengeluarkan madu juga. Biarpun agak sedikit masam tetapi ada manfaatnya.
  3. Madu lebah lain; madu kelulut pun lain.
  4. Setelah beberapa detik air diminum terasa duri, nasi dimakan terasa sekam
  5. Kadang-kadang daripada cempedak baiklah nangka, daripada tidak baiklah ada itulah kata-kata orang lama.
  6. Lebih baik angkat kaki kerana diketahui guna-guna alu, sesudah menumbuk dicampakkan sahaja.
  7. Akhirnya kita kenal  air yang beriak tandanya air tak dalam. 
  8. Amat khuatir kita cakap makan berlauk-lauk akhirnya hanya bersambalkan lada.
  9. Wahai diri sendiri janganlah jadi seperti makan bubur panas-panas kerana semakin ramai orang semakin banyak niat.
  10. Sesungguhnya kehidupan ini adalah seumpama ya sepanjang hari, janji sepanjang jalan
  11. Lebih baik maju ke belakang daripada mundur kehadapan; disitulah kesopanan dan kesusilaan bermula.

No comments: