Thursday, March 5, 2020

Marhaen Kembali

Aku dah kata ini semua sementara. Yang berkuasa itu apabila ada ditampuk pemerintahan; bongkak. Masa kau berada di atas, kau melihat kami di bawah ini amat kecil sahaja. Kau mula membandingi tahap keatasan engkau tidak separas dengan kami yang di bawah ini. Tuturmu takabur perbuatanmu kufur. Inilah yang dinamakan binawe orang atasan.

Habis semua janji kau tabur dan cuba menghasut kami untuk percaya seminggu akan berubah daripada tujuh menjadi lapan hari. Dan hari kelapan itu rupanya hari puaka yang memakan kembali ego diri kamu-kamu yang pernah berada di atas itu.

Wahaii orang yang berbual memalingkan muka; ingatlah satu masa apabila kau kembali menjadi marhaen biasa; kau akan tahu dahulu apa yang kau ada cuma sementara.

Dan apabila kau kembali menjadi marhaen menu sarapanmu biasa-biasa sahaja.

No comments: