Wednesday, September 6, 2017

Hak Orang Lain Dalam Rezeki Kita

Seusai mengemas kesemua barang- barang yang akan dibawa pulang ke Negeri Kenyalang, tiba2 aku didampingi oleh isteri tercinta. Senyum2 malu dengan menampakkan wajah yang sedikit gelisah. Aku hanya perhatikan gerak geri dan bersedia mendengar apa jua tutur katanya.

Abang, ada tak duit seringgit ( RM 1 )? Balasku ada.Nak buat apa sayang? Ku lihatnya makin kelu. Nampak berkaca diruangan kelopak matanya. Tergagap-gagap apabila suara dilontarkan. Abang, sayang faham abang banyak berhabis sebulan dua ni. Membeli tiket ulang alik ke kampung halaman. Lumrah anak rantau. Terkadang melupakan untuk hal diri sendiri. Tapi sayang tiada punya niat lain. Sayang nak bersihkan rezeki abang. Sayang nak selamatkan abang dari murka Allah. Maafkan sayang, ujarnya perlahan.

Kalau abang ada seringgit (RM 1) , abang hadiahkan kepada sayang.Anggaplah ia sebagai nafkah pemberian abang kepada sayang. Allah, sesungguhnya aku terkedu Ya Allah.Air mataku mula berlinangan. Mungkin kita suami terlupa, atau memang keadaan kita yang mendesak.

Ya Allah, Kau anugerahkan kepadaku seorang wanita yang mulia hatinya. Demi Mu Ya Allah, aku akan berusaha tidak akan menyakiti hatinya.

Maafkan saya atas perkongsian ini. Tampak simple.Hanya nafkah. Walaupun isteri kita berkerja. Itu hak mereka. Hakikat yang lebih besar ialah rahmat Allah untuk kita dalam berumahtangga.Moga dengan kita berbuat baik kepada isteri, rahmat Allah akan mencurah2 dalam hubungan kita.Aamiin.

Dalam rezeki kita, tersimpan hak orang lain.Walau hanya seringgit !

Kredit to FB Wan Kamarul

Sunday, September 3, 2017

Hilangnya kasih ibu

Kadang-kadang masa cuti sekolah masa saya balik asrama.. Saya kerja di kedai makan Abang Leman.. Jadi pelayan.. Banyak saya belajar dengan Abang Leman.. Macam mana nak letak timun.. Kat mana letak telur.. Sangat detail.. Fuhh.. Cara dia tegur sikit pun tak buat pekerja-pekerjanya kecil hati… Susah nak jumpa tokey kedai makan macam Abang Leman…

Kedai makan dia sekarang D’semak Mersing… Ramai orang datang makan malam di sini.. Saya ingat lagi Abang Leman bagi saya gaji rm15 sehari.. Banyak sangat saya rasa.. Yelaa saya orang susah.. Mak ayah saya orang susah.. Saya balik kerja malam pukul 12.. Kadang-kadang pukul 1..

Apa pun saya suka kerja kat sini.. Sebab Abang Leman tak pernah halang saya solat kat masjid.. Solat jemaah.. Setiap waktu solat kat masjid..

Balik je rumah.. Kadang-kadang mak tak tido lagi.. Mak akan tanya.. “Dah solat Isyak?” Dah mak.. Kat masjid Alhamdulillah.. Saya pun keluarkan duit rm15 ringgit tadi dan bagi mak saya rm10.. Saya amik rm5.. Mak marah.. Tak yah mengada-ngada.. Adik kerja penat-penat..

Adik belanja laa.. Saya pun jawab..”Mak amik laa.. Tak tau bila lagi adik boleh bagi mak duit ke tak nanti.. Ambil je besok adik kerja lagi..” Saya terus bagi kat tangan mak saya.. Saya tau walaupun mak kata tak nak tapi saya tau dia sangat perlukan.. Saya rasa berkat hidup saya sekarang..

Disebabkan saya belajar bagi duit kat mak ketika saya belajar di asrama dulu.. Masa saya kerja kedai makan dulu.. Sebab tu saya belajar… Jangan sesekali sayang nak bagi duit kat mak ayah.. Pasti Allah melimpah ruahkan rezeki kita..

Sekarang saya baru terfikir.. Adakah kena buat baik berjasa pada mak ayah bila kita dah gaji besar-besar? Dah besar dah bekerjaya baru nak bagi duit kat mak? Tak sebenarnya.. Kena buat baik setiap masa dan apa jua keadaan..

2008 saat yang paling menyedihkan hidup saya.. Mak saya meninggal dunia setelah 14 tahun bertarung dalam sakit buah pinggang.. Yang penting mak saya senyum bila dapat tau yang saya dapat sambung belajar di matrikulasi Tangkak, Johor.. Mak tau anak dia tak pandai mana.. Nakal..

Tapi saya rasa benda yang paling gembirakan hati mak saya bila saya buat usaha dakwah kerja-kerja agama..

Saya selalu berbual ngan abang saya nombor 4.. “Teh.. Bestnya kalau mak masih ada sekarang.. Boleh bawak mak jalan-jalan dngan kereta kita.. Jalan-jalan luar negara.. Kita boleh bawak ayah je sekarang.. Takpelah teh kita buat yg terbaik untuk ayah kita sementara ayah masih ada.”

Bila ditinggalkan mak.. Rindunya nak kena rotan dengan batang paip getah dalam bilik air ngan mak.. Rindunya nak kena cili mulut.. Rindunya nak kena sebat sebab liat bangun subuh.. Rindunya nak tengok mak sign report kad sekolah.. Rindunya nak dengar nasihat mak.. YaAllah sayunya dan sebaknya hati ni bila terkenang peristiwa-peristiwa bersama mak.. Wahai anak-anak.. Satu hari nanti kita akan rasa kehilangan setelah pemergian mereka..

Sebab tu bila saya buat program motivasi mana-mana seluruh Malaysia.. Bila dengar cikgu kata “Ustaz.. Mereka tak hormat mak ayah mereka.. Tengking mak ayah mereka depan saya ustaz..” Saya rasa sebak sangat.. Sampai hati seorang anak buat mak macam tu..

Kadang-kadang bukan budak-budak sekolah je.. Orang yang dah bekerja pun kadang-kadang tinggikan suara dengan mak ayah.. Saya pernah dengar sorang ustaz bagitau saya “Halil.. Siapa pun kita nanti.. Kita motivator ke.. Kita pengarah ke.. Orang kaya ke.. Ingat.. Depan mak ayah kita kita seolah-olah lembu.. Buat apa sahaja yg dia suruh.. Rendahkan diri ketika bercakap dengan mereka..”

– Sumber : BaniViral

Friday, September 1, 2017

Ar-Rahman

Kegigihan lelaki ini naik LRT untuk membeli ikan di pasar Chowkit membuatkan saya terdiam. Duduk di sebelah saya ialah seorang lelaki dalam lingkungan 40an. Saya dah mula perasan beliau sejak menunggu di stesen Bandaraya lagi. Berjalan seorang diri dan memegang beberapa bungkusan plastik dengan erat. Sepanjang jalan di dalam LRT, semua orang diam. Sibuk dengan hal masing-masing. Tiba-tiba sahaja beliau menegur saya, Saya memandang beliau dan senyum. Angguk-angguk. " Thailand dengan Vietnam ni depa memang dah berlatih tengah hujan. Depa pandai main ", beliau menambah. Saya cuba ubah topik perbualan. " Mai dari mana tadi bang ? Nak balik mana ni ? ", soal saya kepada beliau dalam loghat utara. " Pi Chowkit tadi. Kak hang suruh pi cari ikan sardin sekilo dua habuan nak buat laksa. Esok lusa kan raya. Saudara nak mai rumah " " Nak balik Alam Sutera ni. Sana ikan mahai. Di Chowkit 3 kilo baru sepuluh ringgit. Modai LRT tak sampai 5 ringgit pi balik ", beliau menambah. " Lani semua kena jimat dik oi. Jauh sikit pun takpalah. Ada LRT ni kita senanglah sikit nak pi mana-mana " " Dari Stesen Bandaraya pi Chowkit naik bas percuma tu ja. Tak gaduh nak jalan kaki dah. Mudah sangat aih " Saya masih diam. Beliau bingkas bangun untuk turun di stesen berikutnya. Kami berpisah di situ. Di Stesen Alam Sutera. Nikmat apa lagi yang kita mahu dustakan ? Di saat kita pening kepala berfikir mahu makan di mana sekejap lagi, rupanya ada saudara kita yang sanggup berjalan jauh dengan LRT demi sekilo dua ikan sardin yang murah. Dan sekurang-kurangnya kejadian tadi membuatkan kita semua berfikir tentang nikmat Tuhan. Begitu banyak di depan mata hingga mungkin kita tidak pernah menyedarinya. Kredit: Ikram Al-Banjari Saudagar Jalanan