- Kejayaan datang dalam berbagai-bagai bentuk.
- Untuk calon peperiksaan; kejayaan adalah memperolehi keputusan yang cemerlang. Straight 'A' untuk semua subjek.
- Untuk yang bertemuduga; kejayaan itu apabla berjaya diterima bekerja dan dapat melaporkan diri bekerja ditempat yang ditemuduga tersebut.
- Untuk calon suami; kejayaan adalah apabila berakad nikah untuk mengambil amanah yang besar untuk menjaga seorang perempuan yang selama ini dipelihara oleh ayah gadis tersebut. Kejayaan ini datang dengan satu tanggungjawab yang sungguh berat.
- Untuk suami dan isteri; menerima berita gembira apabila sang isteri berbadan dua adalah sebahagian daripada kejayaan. Ini juga kejayaan yang memerlukan lebih banyak DUIT agar anak yang lahir nanti menjadi anak yang soleh atau solehah.
- Dan bukan semua kejayaan akan datang sekelip mata.
- Pasti akan terjadinya kegagalan. Gagal. Sedikit sahaja lagi.
- Bukan rezeki kita.
- Nasib tidak menyebelahi kita.
- Itulah antara beberapa ungkapan apabila kita tidak berjaya mencapai apa yang dihajati.
- Sebenarnya apabila kejayaan itu tidak dicapai, fikir dan renunglah tentang DUIT.
- Pertamanya DOA; adakah kita sudah berdoa kepada Allah untuk memohon kejayaan tersebut. Hanya dengan redha dan kudratNya sahaja kita akan berjaya. Allah Maha Mengetahui dan Maha Adil. Allah mendatangkan kejayaan dalam pelbagai bentuk.
- Keduanya USAHA; renung-renungkanlah akan usaha kita. Tiada kejayaan yang dicapai tanpa usaha. Ada setengah orang cakap jangan kerja kuat tapi kerja dengan cerdik. Sebenarmya kita perlu rajin bekerja. Kerajinan pasti akan membuahkan kejayaan.
- Faktor ketiga IKHTIAR; untuk difikirkan dalam mengukur kejayaan kita adalah sejauh mana kita telah berikhtiar untuk berjaya. Ikhtiar perlu disokong oleh sikap-sikap murni yang dapat melonjakkan lagi motivasi untuk mencapai kejayaan tersebut.
- Ada orang kuat berusaha tetapi ikhtiarnya kurang kerana dia berusaha dengan cara membuta tuli sahaja. Ingat jangan beramal tanpa ilmu dan jangan berilmu tanpa diamalkan ilmu tersebut.
- Akhir sekali TAWAKAL; setelah usaha secara bersungguh dengan berbagai ikhtiar dan disulami dengan doa yang mengunung tinggi kepada Sang Pencipta, kita perlu tanamkan untuk bertawakal kepada Allah. Berserahlah kepada Allah. Insya Allah kita akan mengecapi kejayaan.
- Kejayaan sebenarnya adalah menjadi anak yang soleh agar dapat mendoakan kedua orang tuanya.
- Kejayaan terbaik adalah tidak kedekut untuk bersedekah kerana apa yang kita punya bukanlah milik kita.
- Dan kejayaan paling hakiki adalah berjaya masuk ke syurga dengan redha Allah.
- Kepada yang masih belum berjaya, bersabarlah. Ingatlah setiap near miss itu ada hikmahnya.
Sunday, April 9, 2017
Near Miss
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment