- Dalam melaksanakan tugas perlu ada keutamaan dan bukan main hentam sembarono sahaja.
- Melaksanankan kerja juga jangan semata kerana mahu menjadi popular dan kesukaan ramai sedangkan akhirnya diri dan unit sendiri yang merana.
- Jangan terlalu menjual nama ketua kerana umpan itu lama kelamaan tidak akan menjadi.
- Berpijaklah pada bumi yang nyata dan realitinya jangan semua dikuti kerana pada pandangan mata sendiri kita memberikan yang terbaik. Akhirnya selesai sahaja tugasan ianya akan berlalu begitu sahaja.
- Jangan berfikir anda telah melakukan lebih daripada orang lain tetapi sebenarmya anda melampui dalam melakukan kerja tersebut.
- Menjadi seorang ketua bukan setakat hanya memberikan arahan kepada orang bawahan tetapi melaksanakan kerja secara bersama,
- Jangan merasakan anda lebih tua anda mempunyai pengalaman yang lebih baik, kadang-kadang anda melakukan perkara yang tidak sepatutnya.
- Anda dibayar untuk menjadi ketua, maka jadilah ketua dengan sepatutnya. Anda perlu membuat keputusan dan bukan mengajak orang lain membuat keputusan untuk anda.
- Berpadan-padanlah dalam melaksanankan tugasan dan jangan memarahi orang lain kerana perkara yang kecil.
- Anda fikir and hebat rupanya itu adalah dari pandangan anda sahaja.
- Moral of the story; jangan merepek.
Sunday, November 27, 2016
Kerana Satu Suis Lampu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment