(Petikan drp FB Abd Ghani Haron)
PERJALANAN JAUH DEMI AYAM MASAK KICAP UNTUK ANAK
Telefon isteri saya berdering pada pagi hari Ahad yg lalu.Saya mendengar isteri berbual dengan seseorang yg saya rasa anak saya yg bongsu yg bersekolah di sekolah berasrama penuh di Arau, Perlis.Betul dugaan saya ,jika anak bongsu yg telefon,mesti meminta emaknya datang menziarahnya,nak makan itu ini.Kali ini ayam masak kicap dan mee goreng air tangan emaknya.Di asrama pun ada ayam masak kicap tapi tidak sama dg ayam masak kicap emak.Ikut program saya nak bersedekah gulai kepala ikan salmon kpd kengkawan jemaah solat di surau hari itu juga kerana saya tercerita bahawa gulai kepala ikan salmon sangat sedap,dah di beli 10 biji di Mydin.Ditambah pula dg permintaan anak.
Naluri ibu yg tidak mahu mengecewakan anak,direngkuhnya juga permintaan anak walau bukan sikit kerja nak menggulai 10 biji kepala salmon yg hampir 10 kg itu.Saya kurang sihat kerana baru keluar hospital hanya melihat kelibat tubuh yg ligat didapur.
Bila jarum berhimpun waktu tengahari,semuanya siap,saya lihat isteri saya kelam kabut bersiap dg beg jinjing yg ada ayam masak kicap,mee, nasi dan air minuman, memandu kereta keluar dari rumah menuju setesen keretapi kerana saya tidak mahu dia memandu seorang diri.Keretapi ETS jam 12.58 dari Sg Petani menuju Padang Besar melalui Arau, mengambil masa 40 minit utk tiba disana.Dari setesen keretapi,dia menyewa teksi ke sekolah tempat anak saya belajar,dan tercapailah tujuan bertemu anak,memberi ia makan,memerhati ia makan,melayan sehabis hati di pondok rehat pelajar.Tanya itu ini,membelek sana sini.Sejam kemudian,menaiki teksi semula ke setesen keretapi untuk menaiki komuter untuk balik dan tiba dirumah sebelum maghrib. Malam itu,tertidur awal di ruang depan keletihan,tetapi saya tahu,hatinya puas.
Saya menulis bukan nak bercerita hebatnya isteri saya,tetapi hebatnya naluri keibuan,hebatnya permintaan seorang anak.Hanya kerana sebaris kata seorang anak,hanya kerana seorang anak nak makan ayam masak kicap emak , seorang ibu merempuh perjalanan begitu jauh, berkereta,berkeretapi,berteksi bahkan jika perlu berperahu.Jika anda seorang anak,jomlah kita mengimbau betapa ibu kita berkorban seluruh hidup,seluruh keselesaan, kerehatannya demi diri kita sejak kita lahir ke dunia.Apa yg saya cerita ini baru setitik dari pengorbanan seorang ibu,bahkan mungkin ibu anda lebih gigih dan besar pengorbanannnya kpd anda.Jomlah pejam mata mengenang mereka,jasa mereka.Lupakanlah sedikit gurisan hati yg terasa jika ada,limpahkanlah doa buat dia,rafakkan sembah keampunan kpd Allah untuk dia,ibu anda.Jika ibu anda masih ada,penuhilah harapannya segigih dia memenuhi harapan kita,jangan hanya meminta harapan kita dipenuhi.
Jika anda seorang ibu,atau bakal ibu,bersiaplah untuk berkorban demi anak kerana itu ketentuan Allah pada seorang ibu.Jadikanlah memenuhi permintaan anak sebagai satu nikmat hidup insan bergelar ibu,jadikan usaha membahagiakan anak sebagai misi dlm hidup yg tidak diminta balas melainkan mengharap redo dari Allah,moga berbahagialah mereka yg bergelar ibu di syurga.
Wahai insan bergelar anak,jangan biar ibumu berkerut muka walau segaris cuma dari tutur katamu, jangan tertitis air matanya kerana pedih menahan tingkahlakumu. Orakkan senyuman pada wajah tua itu,kerana sebuah senyuman seorang ibu itu tanda redonya dan redo seorang ibu akan membawa redo Allah,membawa kita ke jannah.
No comments:
Post a Comment