Rasa hormat pada sesiapa sahaja amat penting kerana kita tidak tahu bahawa suatu hari orang yangdiherdik itu adalah orang penting dalam kita berurusan untuk mendapatkan keputusan. Jangan menjadi orang yang meludah ke langit dan akhirnya air ludahan itu jatuh ke muka sendiri. Kerap sunnguh ramai orang yang berburuk sangka dengan orang lain kerana begitu merasakan dirinya sempurna.
Kesempurnaan bukan setakat datang kerana selalu dilatih. Kesempurnaan datang dengan keikhlasan dan restu orang sekeliling. Jangan cuba memaksa orang untuk memenerima kesempurnaan kita kerana dalam mencari sempurna itu menunjukkan ruang kekurangan diri kita.
Yang banyak belum tentu cukup dan yang kurang kadangkala mencukupi. Pandanglah yang di bawah untuk merasai kesyukuran. Jika langit itu cuba diukur, kita terus merasa masih lagi rendah. Janganlah bergantung harap kepada manusia.
No comments:
Post a Comment