Seorang utusan Raja Rom datang ke apda Mu'awiyah bin Abu Sufyan dengan membawa surat berisi beberapa soalan;
- Apakah yang tidak mempunyai kiblat?
- Siapa yang tidak berayah?
- Siapa yang tidak berkeluarga?
- Siapa kubur yang berjalan bersamanya?
- Apakah tiga perkara yang tidak dicipta dalam rahim?
- Apakah sesuatu itu?
- Apakah setengah sesuatu itu?
- Apakah bukan sesuatu itu?
- Kirimkan kepadaku di dalam botol ini benih daripada segala sesuatu.
Lalu Mu'awiyah mengirimkan surat itu keapda Ibn Abbas, faqih terbesar ketika itu untuk menjawab.
Yang tidak mempunyai kiblat ialah Ka'abah.
Yang tidak berayah ialah Isa bin Maryam.
Yang tidak mempunyai keluarga adalan Nabi Adam a.s.
Yang kuburnya berjalan bersamanya ialah Nabi Yunus a.s.
Tiga perkara yang tidak diciptakan dalam rahim adalah biri-biri Nabi Inrahim a.s.; unta betina Nabi Salleh a.s dan ular Nabi Musa a.s.
Sesuatu iti ialah seorang yang berakal dan menggunakan akalnya.
Setengah sesuatu itu ialah seseorang yang tidak memiliki akal, tetapi dia mengunakan pendapat orang yang tidak berakal.
Bukan daripada sesuatu itu ialah seseroang yang tidak memiliki akal yang boleh digunakan dan tidak meminta bantuan orang yang tidak berakal.
Ibn Abbas kemudiannya mengisi botol yang dikirimkan dengan air dan menulis : "Ini adalah benih daripada segala sesuatu"
Akhirnya Mu'awiyah mengirikan jawapan Ibn Abbas dan botol yang berisi air kepada Raja Rom yang apabila menerima kedua-duanya berasa amat terkejut dengan kebijaksanaan ilmuan Islam itu.
Moral cerita ini; carilah ilmu dan berdamping dengan orang alim yang pandai.
No comments:
Post a Comment