- Selamat jalan kepada 2012. Dan Selamat Datang 2013.
- 2012 berlalu dengan amat pantas. Tidak ada banyak yang dikatakan sejarah besar yang berlaku.
- Ramai juga saudara dan sahabat yang telah dipanggil Illahi dan membuatkan terasa ianya adalah terlalu hampir.
- Keceriaan yang diraikan juga membuktikan hidup perlu ada kitaran; sekejap di atas dan sekejap di bawah; pagi duka petang akan gembira.
- Penggiliran ini perlu supaya resepi hidup itu akan menjadi sebati cipta rasanya; yang perlu ditingkatkan selari dengan umur yang semakin singkat adalah amalan beriman. Iman itu jangan diselang seli pagi alim dan petang menjadi kufur.
- Kepentingan untuk cuba memenuhkan separuh cawan yang kosong dan bukannya bermegah dengan separuh cawan yang penuh perlu menjadi satu stigma bagaimana tipisnya persediaan untuk hidup yang kekal itu.
- Terlalu bermanja dengan anak isteri dan seisi duniawi juga telah merengangkan talian hayat bersama pemilik dunia ini.
- Hari-hari yang berlalu ini adalah siaran langsung lakonan yang betul-betul hidup antara manusia dan penciptanya tanpa boleh diulang tayang.
- Carilah apakah masa itu terlalu berharga jika sehariannya diguna untuk berbicara yang dipanggil mesyuarat. Tidak pernah dicatatkan rekod hidup agar ada jalan-jalan mendekatkan diri dengan Tuhan.
Sunday, January 20, 2013
Zimoki Tuka Arikishi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment