Monday, December 10, 2012

Senarai Bahan vs Senarai Hidup





Kerjaya ukur bahan bukanlah secara teknikalnya satu bidang yang kompleks. Bukan juga bidang yang memerlukan aspek kesenian. Buat orang-orang lama sekadar perlu salah satu kepujian subjek sains dan matematik moden. Tak payah bersusah nak ada kemahiran subjek matematik tambahan.

Diajari untuk menyukat dan menyaring kuantiti bahan binaan yang ada dalam pelan-pelan senibina arkitek. Lukisan itu dilukis dengan berbagai ciri kesenian, falsafah kehidupan, motif dan abstrak yang kadangkala sifar nilainya. Juga senarai bahan disukat untuk kerja kejuruteraan dari pelan jurutera yang menitikberatkan keselamatan, kekuatan dan teknologi terkini dimana ada masanya atap rumbia itu adalah lebih baik gunanya. Dalam aspek ini, semua pengukuran perlu tertakluk kepada kitab piawai yang mesti dipatuhi; SMM.

Begitu akur dan taksubnya semua pengukur mematuhi peraturan ini; tiada seorang yang ingkar. Wow, hebatnya pematuhan ini.

Kemudian kesemua pengukuran itu akan diasingkan dan dijilidkan mengikut turutan bidang kerja. Begitu teratur dan tertib hasilnya supaya matlamatnya senarai bahan itu secara menyeluruhnya dapat memberikan keterangan, memberikan imiginasi gambaran dan seterusnya mengaturcara dengan matlamat kerja itu boleh dihargakan dengan saksama, wajar dan munasabah.

Dalam membuat perbandingan setelah senarai bahan itu dihargakan terdapat perbezaaan antara sesama pengharga. Kerana apa? Marginal keuntungan? Kos pentadbiran? Harga bahan? Atau senarai bahan yang tidak lengkap. Tafsiran maklumat yang berbeza?
Ambillah aliran kerja penyediaan senarai bahan itu untuk diapplikasikan dalam hidup seharian. Al-Quran adalah kitab agong yang perlu dijadikan piawaian hidup. Dibaca, ditafsir dan diamalkan sepenuhnya. Rasulullah SAW adalah model hebat yang mesti diteladani.

Kembalilah menyediakan senarai hidup yang mengikut ajaran Al-Quran dan Sunnah Nabi SAW. Supaya kita berada dilandasan yang betul untuk dinilaikan dengan ganjaran pahala agar dengan rahmat Allah kita akan ke syurga.

Published with Blogger-droid v2.0.9

No comments: