Terdengar hiruk pikuk hati menjerit-jerit untuk dicari jalan supaya keluar dengan segera daripada percikan amarah supaya api tersebut tidak besar membakar. Biar perlu melangkah bongkah-bongkah harapan bahawa membahas fikir adalah sebahagian dari cabaran untuk berenang melintasi lautan. Tidakkah tahu bahawa memang kail itu pendek, tetapi mengapa masih mahu juga lautan hendak didugal?
Benarlah kata-kata terdahulu bahawa ada peluang ketiga selepas yang satu dan pertama hanyut terhantuk kembali ke tebing. Tidak kerana tongkah yang bocor tapi kayuhan mulai semakin perlahan. Kiri dan kanan semakin tidak sekata kerana mengikut si kanan otot dan tenaganya lebih banyak mendayung usaha; maka apabila dahaga penat maka dia sahaja yang lebih patut meneguk air yang lebih waima air itu adalah air laut yang sangat masin serta percuma.
Datangnya senja yang membawa malam gelap setelah purnama merendah diri akan membuatkan penantian sore terasa begitu hampa. Menjelang subuh luka akal mesti diubati supaya apa yang baik jangan dicerca; apa yang buruk dijulang sorak. Nah, sampai masa terbitnya mentari pintu keluar mesti dicari agar tidak nanti papa kedana terjun melompat jendela.
Untuk hati yang masih lagi upaya, akal kata masanya sudah tiba. Guruh itu hanya banyak yang berdentum-dendam namun belum tentu hujan akan turun. Lalu, mengapa dibuang bekal ditempayan?
Selamat kembali tangan dan joran, kail itu memang tidak kesampaian. Mari keluar terus cepat sahaja menjala. Seperti beburung, kais pagi untuk makan pagi. Bangkitlah untuk cari pahala sedang kaya harta bisa menutup sungai-sungai di dalam taman di hari pembalasan. Mungkin dengan noda-noda kotor itu kelak, dosa pula akan dilibas; akhirnya dipanasi api neraka.
Published with Blogger-droid v1.7.4
No comments:
Post a Comment