Monday, January 31, 2011
Friday, January 28, 2011
Friday, January 21, 2011
Ingatan Allah untuk Orang Yang Berumur Empat Puluh Tahun
Mengambil iktibar, Firman Allah dalam Surah Al-Ahqaf ayat 15; maksudnya.
“Kami peintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah pula. Mengandungnya sampai menyusuinya selama tiga puluh bulan, sehingga apabila dia dewasa dan umurnya sampai empat puluh tahun dia berdoa : "Ya Allah tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang Engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan memberi kebaikan kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk kepada orang-orang yang berserah diri".
Thursday, January 20, 2011
40 Hadis Akhir Zaman - Hadis 13
Hadis 13 - Orang yang Baik Berkurangan dan Bertambahnya Orang Jahat
Diriwayatkan oleh Thabrani :-
Daripada Aisyah r.a. berkata "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda; " Tidak akan berlaku hari qiamat sehingga anak seseorang menjadi punca kemarahan (bagi ibu bapanya dan hujan akan menjadi panas (berkurangnya hujan dan cuaca menjadi panas) dan akan bertambah ramai orang yang tercela dan akan berkurang orang yang baik, dan anak-anak menjadi berani melawan orang-orang tua dan orang yang jahat berani melawan orang-orang baik".
Lihatlah apa yang disabdakan oleh Rasulullah ini telah berlaku dengan banyaknya dalam kehidupan masyarakat hari ini. Anak-anak telah menjadi terlalu melampaui batas; ibu bapa telah dijadikan tempat melepaskan kemarahan. Orang tua dipukul, ditengking, diherdik, dimaki dan berbagai lagi.
Dimana nilai-nilai baik seorang anak? Juga dari anak-anak yang derhaka ini melahirkan pula orang-orang jahat. Semakin hari orang jahat lebih ramai daripada orang baik.
Oleh itu sama-sama kita berdoa supaya Allah akan memberi perlindungan kepada kita dan anak cucu kita supaya mereka akan sentiasa mendapat hidayah Allah. Tanpa hidayah dan rahmatNya siapalah kita ini?
Kejam Celik Kejam Celik
Kejam celik kejam celik dah masuk empat tahun si cute ni.
Kejam celik kejam celik bapanya pula akan mengakhiri umur yang depannya tiga pada tahun ini.
Kejam celik kejam celik tahun hadapan usia bapa budak ini akan dimulai dengan angka empat.
Kejam celik kejam celik rasanya kuota empat tidak akan terpakai dan berakhir sahaja begitunya.
Syukur kepada Allah; yang satu ini ada pun adalah yang terbaik.
Kejam celik kejam celik rambut semakin putih; sedangkan pemutihan hati akan memakan masa.
Kejam celik kejam celik kaya dunia pasti tidak dapat dipenuhi kerana ia tidak akan pernah cukup; melangkahlah untuk mencukupi bekalan akhirat.
DAN SEBENARNYA; kita tidak punyai pilihan selain kembali kepada Allah; memohon ampun dan rahmatNya untuk masuk hanya ke syurga dan bukannya neraka jahanam.
Sunday, January 16, 2011
40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman - Hadis 12
Hadis 12 - Sifat Amanah Akan Hilang Sedikit Demi Sedikit
Diriwayatkan oleh Bukhari Muslim
Daripada Huzifah bin Al-Yaman r.a. katanya; Rasulullah SAW pernah memberitahu kami dua buah hadis (mengenai dua kejadian yang berlaku). Yang pertama sudah saya lihat ; sedangkan yang kedua saya sedang menanti-nantikannya. Rasulullah SAW memberitahu bahawasanya amanat itu turun ke lubuk hati orang-orang yang tertentu. Kemudian turunlah Al-Quran. Maka orang-orang itu lalu mengetahuinya melalui Sunnah. Selanjutnya Rasulullah SAW menceritakan kepada kami tentang hilangnya amanah. lalu beliau bersabda, "Seseorang itu tidur sekali tidur, lalu diambillah amanah itu dari hatinya, kemudian tertingallah bekasnya seperti bekas ringan sahaja. Kemudian ia tertidur pula, lalu diambillah amanah itu dari dalam hatinya, maka tinggallah bekasnya seperti lepuh di tangan (mengelembung di tangan dari bekas bekerja berat seperti menggunakan kapak atau cangkul). Jadi seperti bara api yang kau gilingkan dengan kakimu, kemudian mengelembunglah ia dan engkau melihat ia meninggi, padahal tidak ada apa-apa". Di ketika Rasulullah SAW menceritakan hadis ini baginda mengambil sebiji batu kerikil dan seterusnya mengilingkannya dengan kakinya.
"Kemudian berpagi-pagi (jadilah) orang ramai yang berjual beli, maka hampir sahaja tiada seorang pun yang suka menunaikan amanah, sampai dikatakan orang bahawasanya di kalangan bani fulan (dikampung tertentu) itu ada seorang yang sangat baik memegang amanah, sangat terpercaya dan orang ramai mengatakan, "Alangkah tekunnya dalam bekerja, alangkah indahnya pekerjaannya, alangkah pula cerdik otaknya, Padahal di dalam hatinya sudah tiada lagi keimanan sekali pun hanya seberat timbangan biji sawi."
"Maka sesungguhnya telah sampai masanya, saya pun tidak memperdulikan manakah diantara kamu semua yang saya hendak bermubaya'ah (berjual beli). Jikalau ia seorang Islam, maka agamanyalah yang akan mengembalikan kepada ku (maksudnya agamanyalah yang dapat menahannya dari khianat). Dan jikalau ia seorang nasrani atau yahudi, maka pihak yang bertugaslah yang akan mengembalikannya kepada ku (maksudnya jia dia seorang nasrani atau yahudi maka orang yang memegang kekuasaan/pemerintahanlah yang dapat membantu aku untuk mendapatkan semua hak-hak ku daripadanya.) Ada pun pada hari ini maka saya tidak pernah berjual beli dengan kamu semua kecuali dengan fulan dan fulan (orang-orang tertentu sahaja).
Hadis ini menerangkan bahawa sifat amanah akan hilang sedikit demi sedikit dari kalangan kaum muslimin sehingga orang yang jujur menjaga amanah dikatakan khianat amanah.
Dewasa ini ramai yang telah curang atas amanah yang diberikan kepercayaan kepadanya kerana adanya kepentingan peribadi. Tanyalah pemimpin politik sekarang. Tanya juga ketua-ketua syarikat berkaitan kerajaan akan khianat mereka terhadapa amanah yang telah diberikan.
Mohon perlindung dari Allah supaya kita diberikan perlindungan daripada sikap khianat amanah ini.
Saturday, January 15, 2011
Pesan Untuk Remaja 01 - Waktu itu Kehidupan
Sebahagian daripada nasihat Rasulullah SAW kepada umatnya:-
Adalah dikira sebagai tanda berpalingnya Allah daripada hamba apabila ia mengerjakan perkara yang tidak berfaedah. Dan seandainya ada satu saat sahaja daripada umurnya yang telah digunakannya pada barang yang bukan tujuan hidupnya untuk beribabadat kepada Allah maka layaklah bahawa penyesalannya yang panjang pada hari kiamat dan siapa yang umurnya lebih daripada empat puluh tahun sedangkan kebaikannya belum dapat melebihi kejahatannya maka layaklah ia mempersiapkan dirinya untuk memasuki api neraka.
Monday, January 10, 2011
Saturday, January 8, 2011
Sorok
- Mutakhir ini bekalan barang makanan tidak cukup kerana ada yang kata harganya nak naik.
- Ada yang kata pembekal tidak mengeluarkan bekalan yang secukupnya.
- Juga tidak kurang yang membuat fakta pihak pemborong atau peruncit sengaja menyorokkan barang supaya harga akan naik; mengikut teori mudah ekonomi bekalan kurang permintaan tinggi; harga kan naik.
- Fakta terpenting ialah kedua-dua pihak pemerintah atau kerajaan tidak bagus kerana mereka sorok perkara sebenar kepada rakyat.
- Apa yang diberitahu kepada rakyat adalah sesuatu yang telah dimanupulasi. Ada yang telah dikosmetikan supaya nampak yang baik-baik sahaja.
- Ingatlah bila pilihanraya nanti, rakyat akan sorok undi.
Thursday, January 6, 2011
Tips Sihat Mengikut Sunnah 5 - Jagalah Pergerakan Anggota & Sendi
Pergerakan anggota-anggota badan dan sendi-sendinya perlu dikawal supaya ianya tidak berada dalam keadaan yang tidak ergonomik untuk masa yang lama. Ia boleh memberikan kerosakan kepada sendi. Juga dalam waktu yang sama anggota badan boleh terkehel, tulang boleh patah, tulang retak dan lain-lain gangguan kepada anggota badan.
Pergerakan yang tidak terbatas itu juga boleh membuatkan gerakan yang berlebihan akan merosakkan otot, rawan dan lebih seriusnya ianya boleh merosakkan saraf. Apabila kerosakan terus menerus berlaku, ianya boleh mengakibatkan pembengkakan jantung. Lalu gangguan ini akan menyebabkan ketidaklancaran sistem pernafasan.
Dengan sebab itulah pergerakan dalam solat merupakan satu aktiviti senaman terbaik bagi membentuk serta memberikan latihan gerakan, bukaan dan tekanan yang baik untuk anggota badan dan sendi.
Wednesday, January 5, 2011
Man Jadda Wajada
- Man Jadda Wajada; Sesiapa yang bersungguh-sungguh pasti berjaya.
- Membuka satu lembaran baru supaya usaha perlu diteruskan dengan lebih gigih.
- 2010 telah memberikan satu pengajaran penting bahawa kesihatan itu tidak ternilai. Kesihatan itu tidak oleh dibeli walau mempunyai wang berjuta ringgit.
- Ia juga mengajar betapa dalam saat diuji berapa ramai sahabat dan taulan yang berkongsi susah.
- Sakit bukan sesuatu yang diminta, dikehendaki dan didoakan.
- Sayugianya dalam sakit samada kesihatan atau ekonominya; pasti terlihat rakan-rakan mulai menyisihkan akrab.
- 2010 juga mengajar bahawa jangan bergantung kepada mahkluk kerana sesungguhNya hanya kepada Allah sahaja kita berharap.
- DUIT; doa, usaha, ikhtiar dan tawakkal. 4 prinsip mudah hidup.
- Mencari rezeki yang halal itu sebahagian daripada ibadah dan setiap niat yang baik pasti akan diberikan ganjaran yang sewajarnya.
- Memberikan kepercayaan kepada orang yang kurang dipercayai merupakan salah satu dari bentuk ujian yang getir.
- Ya Allah kau permudahkan segala urusan kami; berikan hidayah dan taufikMu , limpahi kami nikmat dan barakahMu.
- Ya Allah, sesungguhnya ujian yang kamu berikan itu dalam sekadar kemampuan yang dapat kami tanggung dan janganlah diperberatkan kami dengan sesuatu yang tidak mampu kami jalani.
- Ya Allah hanya kepadaMu kami berserah. Lindungi, pelihara dan berikan kami sesebaik perlindungan.
Tuesday, January 4, 2011
Kembali Berblog 2011
- Selamat datang 2011 dan 2010 pergi meninggalkan banyak kenangan.
- Tidak pernah sebelum ini masuk wad kecuali kena chicken pox semasa minggu silaturahim ITM Disember 1990.
- Tetapi pada 2011 tiga kali masuk wad. Penuh dengan suspen.
- Lebih 7 kali kena buat ujian darah.
- Setip 2 bulan kena ambil stok ubat.
- 2010 tahun penuh cabaran. Ada betulnya kata orang-orang terdahulu. Jangan berakan kongsi dengan 'orang' dari ini kerana luhurnya kurang.
- Harapan semoga 2011 akan menjadi lebih baik terutamanya mutu kesihatan.
Subscribe to:
Posts (Atom)