Thursday, October 22, 2009

Saudara Seperut

Majlis perkahwinan tersebut berjalan meriah. Perjalanan yang agak lama biarpun jaraknya tidak seberapa telah mengaitkan bahawa betapa payahnya nanti musafir disana. Selesai menjamu selera; letih mata ini perlu direhatkan supaya destinasi seterusnya boleh dilanjutkan dengan lebih selesa dan selamat.

Hampir petang itu melabuhkan hayatnya baru sampai kesebuah tempat persinggahan yang kembali menemukan seorang íbu' dan ánaknya'yang agak lama tidak berjumpa. Biarpun saudara seperut sahaja yang menjadi anggapnya tapi hubungan dua insan ini agak sudah seperti anak-anaknya yang lain.

Ibu ini sebenarnya menjadi satu ukuran bahawa betapa kasih sayangnya kepada anak-anak jangan ditanya, biar sakit dan derita ditanggung merana nasib badan tapi kemahuan untuk menyertakan dirinya demi anak-anak adalah merupakan satu kemestian; selagi hayat dikandung badan.

Seorang orang luar yang sudah seperti anaknya juga terlalu hiba kerana ayat dan tutur kata ibu itu tidak berbeza; nada dan cara; sama sahaja; seperti anak-anak sendiri. Lebih-lebih lagi anak tersebut telah banyak merasakan kehilangan; sayangnya seorang ibu. Kehadiran íbu' tersebut seperti mengisi kekokosang sebuah kerinduan biarpun darah berbeza; nurani tetap sama.

Kesakitan yang ditanggung disulamkan dengan sedikit gelak ketawa. Gusarnya cukup besar; risaukan anak lebih banyak dari diri sendiri. Tatkala ibu itu sakit; bisa dikatanya jangan dirisau anak-anakku. Pening dan demam biasa biarpun kudrat tiada sebetul-betulnya.

Bagi seorang ibu; menerima menantu adalah penting; jangan marah menantu; memukul cucu. Wahai anak kembalikan hak ibu itu ditempatnya.

Baru Sedar

Selepas bola itu bolos
Baru ku sedar jaring itu bocor
Baru ku ingat gol itu terbuka luas
Kerana si penjaga gol asyik bergaduh dengan rakan.

Setelah aku kalah
Lawanku tidak mendapat seri
Lawanku telah menjadi juara
Kerana kami-kami ini lupa
Bahawa padang ini kami tidak menjaganya
Bahawa padang ini terbiar begitu
Dik asyik kita berlari memijaknya
sedang rumput tinggi melutut.

Tumpas juga nanti pasukan ini
Hilang martabat pasukan berdaulat
Mana iman?
Mana imam?
Mana ustaz?
Membimbing ustazah-ustazah jahil itu.
Menarik kembali pendakwah tersebut
Tidak perlu melagukan ayat-ayat Tuhan
Seperti lagu pencinta dusta

Biar diingat agama bukan untuk dijaja.
Memang betul iman itu bukan pusaka.
Di desa, ayah dan ibu; soleh dan solehah
Di kota ini anak-anak itu mencari jalan neraka.

Wahai tuan guru?
Mana dakwah? Mana dakyah?
Kuasa dunia bukan segala
Agama bukan untuk dicuba-cuba.

Sunday, October 11, 2009

3 Piston; 2 yang rosak.

Perjalanan ini sebenarnya baru sahaja bermula. Banyak juga trip yang dapat di bawa sebelum ini tapi untuk sampai ke destinasi-destinasinya memang payah. Ada yang tidak pun sampai tempat dituju; ada yang sampai tapi tidak dibayar tambangnya; Tidak kurang kereta 3 piston ini selalu sahaja rosak ditengah jalan kerana bukan semua pistonnya berjalan.

Sunday, October 4, 2009

4 October

Penat. Letak sahaja badan terus tidur. Satu apapun tak sedar sebab fikiran ini banyak sangat benda nak proses. Kadang-kadang rasa macam jammed. Kena juga defrag kepala ini supaya tak hang. nanti payah sistem hibernated. Bangun pagi sikit pagi ni, Nak sambung kerja yang masih tak siap semalam supaya dapt disiapkan hari ini juga.

Pagi-pagi tengok sms. Dari adikku. Semalam dia hantar. Bang! kau ingat tak esok hari apa. 4 Oktober? Kalau pasal nombor aku memang fail. Sedar-sedar kau terus sms dia. Hari apa? Tak balas-balas. Dengan segeranya aku terus call. Yelah; hari apa 4 otkober ni?

Kau tak ingat empat tahun yang lepas pukul 3.00 pagi kejadian di hospital tu? Kau lupa bahawa saat ini tidak sedikit pun dilambat dan dicepatkan akan janji-janjiNYA bahawa apabila sudah sampai masanya pasti akan datang ajal itu. Masih terdengar sayunya bacaan surah Yasin oleh kita adik beradik saat menunggu penghabisan kisah duka seorang perempuan yang paling tabah. Noktah sebuah kisah seorang ibu yang kasihnya untuk anak-anak melangkaui semua onak biarpun dirinya berlapar dahaga.

4 oktober empat tahun yang lepas; kurang lebih pukul 2 pagi suara ini yang berbisik ditelingamu; Tiada tuhan selain Allah dan Muhammad itu pesuruhnya, Biar pun secara klinikalnya engkau tidak sedar secara fizikal, tapi isyarat matamu jelas mengikut gerak bibir dan gerak hati anakmu; saat itu butir-butir air keluar dari matamu mengagungkan kalimah itu.

Tenang sungguh pagi itu. Ketika ada sedikit insan yang bertahajud malam; kami ketika itu menunggu penuh resah. Inikah masanya terpisah dengan seorang insan yang sangat tabah. Banyak benda yang kau sembunnyikan dari kami demi melihat keriangan dan kelaparan itu berlalu sahaja dimakan hari. Menyorok airmatamu dengan tertawa kecil dalam bual bicara agar hidup ini nampak macam ceria.


Kadang-kadang kita ini memang mudah lupa. Dan ada sahaja yang melupakan sahaja biarpun dalam ingatannya jelas.