Sunday, October 4, 2009

4 October

Penat. Letak sahaja badan terus tidur. Satu apapun tak sedar sebab fikiran ini banyak sangat benda nak proses. Kadang-kadang rasa macam jammed. Kena juga defrag kepala ini supaya tak hang. nanti payah sistem hibernated. Bangun pagi sikit pagi ni, Nak sambung kerja yang masih tak siap semalam supaya dapt disiapkan hari ini juga.

Pagi-pagi tengok sms. Dari adikku. Semalam dia hantar. Bang! kau ingat tak esok hari apa. 4 Oktober? Kalau pasal nombor aku memang fail. Sedar-sedar kau terus sms dia. Hari apa? Tak balas-balas. Dengan segeranya aku terus call. Yelah; hari apa 4 otkober ni?

Kau tak ingat empat tahun yang lepas pukul 3.00 pagi kejadian di hospital tu? Kau lupa bahawa saat ini tidak sedikit pun dilambat dan dicepatkan akan janji-janjiNYA bahawa apabila sudah sampai masanya pasti akan datang ajal itu. Masih terdengar sayunya bacaan surah Yasin oleh kita adik beradik saat menunggu penghabisan kisah duka seorang perempuan yang paling tabah. Noktah sebuah kisah seorang ibu yang kasihnya untuk anak-anak melangkaui semua onak biarpun dirinya berlapar dahaga.

4 oktober empat tahun yang lepas; kurang lebih pukul 2 pagi suara ini yang berbisik ditelingamu; Tiada tuhan selain Allah dan Muhammad itu pesuruhnya, Biar pun secara klinikalnya engkau tidak sedar secara fizikal, tapi isyarat matamu jelas mengikut gerak bibir dan gerak hati anakmu; saat itu butir-butir air keluar dari matamu mengagungkan kalimah itu.

Tenang sungguh pagi itu. Ketika ada sedikit insan yang bertahajud malam; kami ketika itu menunggu penuh resah. Inikah masanya terpisah dengan seorang insan yang sangat tabah. Banyak benda yang kau sembunnyikan dari kami demi melihat keriangan dan kelaparan itu berlalu sahaja dimakan hari. Menyorok airmatamu dengan tertawa kecil dalam bual bicara agar hidup ini nampak macam ceria.


Kadang-kadang kita ini memang mudah lupa. Dan ada sahaja yang melupakan sahaja biarpun dalam ingatannya jelas.

No comments: