Ramadhan ini adalah tahun keempat tanpa kehadiran emak. Masih teringat masa-masa lalu, bila sahaja Ramadhan tiba pasti hamba akan mengajak emak turun KL untuk berbelanja serba sedikit untuk persiapan raya. Membeli sepasang dua persalinan baju, kasut raya buat mak dan apa yang terlintas mak mahukan dalam kadar kemampuan yang ada pada masa itu. Ini serba sedikit cuba untuk mengembirakannya dikala ketika itu telah dirahsiakan barahnya yang ada.
Diriak wajahnya kelihatan terpancar wajah ceria sedangkan rupanya masa itu derita yang ditanggungnya disembunyikan sahaja. Anakmu masih tidak tahu pada masa itu akan derita emak dan silapnya kita ini; anak zaman sekarang secara puratanya memang kurang sangat nak ambil tahu akan keadaan orang tua kita semasa usianya masih ada. Kita selalu menganggap mereka itu sentiasa sihat. Maksudnya selagi dia boleh bangun sendiri, maka dia tidak sakit.

Mungkin kita juga terlalu lupa dalam kita asyik mengemudi hidup berkeluarga. Emak; tolong maafkan anakmu jika kelalaian memberikan kasih kepadamu sepenuhnya sebagaimana emak menyayangi anakmu ini.
Kenangan emak bertanya pada anakmu ketika memilih kasut itu masih segar kerana rasanya walaupun harga kasut itu tidak seberapa tapi emak nampaknya terlalu gembira; dapat tukar kasut raya.
Emak, berapalah harga kasut raya itu jika nak dibandingkan dengan tapak kehidupan yang emak berikan pada anakmu ini. Sungguh pilu mengingatkan saat-saat akhir emak melepaskan nafas-nafas pendek itu, anakmu sempat berbisik ditelinga mak; katanya begini; "mak tolong ampunkan dosa saya zahir dan batin dari hujung rambut sampai kaki; tolong halalkan makan minum dan susu emak yang saya minum itu"; saat itu kelihatan mak mengerdipkan mata dan ada butir linangan air mengalir dari matamu.
Wahai emak, kini anakmu tidak lagi dapat membelikan emak kasut raya. Al Fatihah.