Thursday, January 10, 2008

Maal Hijrah1429


Selamat datang 1429H. 1428H telah meninggalkan kita dengan seribu satu kenangan. Ranjau kehidupan dan kitarannya akan dirasa oleh semua. yang membezakannya adalah cuma detik masa. ujian dan dugaan hidup dengan musibah dan susah adalah ujian yang lebih baik dari ujian kaya harta melimpah. reda, tawakal dan syukur kerana dengan ujian tersebut dapat menghampirkan kita dengan Illahi. sebaliknya jika kita diuji berharta, kita lupakanNya, kita leka, kita dok asyik kejar dunia semata-mata; kita tinggalkan akhirat dengan hanya harapan lampau dari doa-doa lama.

Kerana dunia fana ini juga, kita lupa untuk perbaharui ikrar kita sekurang-kurangnya lima kali sehari seperti masa-masa kita susah. Sedikit kesenangan yang Tuhan kurniakan ini bukan nikmat selama-lamanya yang dilimpahi oleh yang Maha Agung dan Maha Kaya.

Buat sahabat aku dunia akhirat, sesungguhnya ujian yang kau rasa ini pernah aku tempoh aku tempoh cuma genrenya berbeza. musibah yang sebesar itu ada hikmahnya. semakin kita diuji boleh membuatkan kita semakin hampir denganNya .

Kadang-kala sesuatu kehilangan itu akan membuat kita berjumpa untuk mencari satu jalan pulang.......

No comments: