Saturday, December 29, 2007

NSTP (Not So Tall People)

Anugerah Tuhan berbeza-beza. Makbul doa ada yang segera; ada yang makan masa. Pucuk pangkalnya sentiasa dekatkan diri dan ingat Tuhan. Agar dia akan dekat dan ingatkan umatnya. Dalam seharian air laut itu ada pasang-surutnya. Begitu juga dengan drama kehidupan kita seharian. Babak-babak yang tersusun itu memaparkan bahawa skrip dan olahan cerita ini mempunyai pengarah yang amat hebat...Ya Rabbana....

Begitu juga dengan kejadian manusia; ada yang paras rupa indah di mata; ada yang cantik pekerti dan sebagainya. Ada badan besar macam belon; ada belon besar macam badan orang. Ada yang tinggi ada yang rendah...(tak cukup tinggi sangat). Tapi insan-insan ini amat istimewa kerana kurnia Tuhan itu sama rata.

This kind of people; better known as NSTP. (Not so tall people) which meant that a group of people which having a high desiry in achieving their target yang itu... khas buatmu orang-orang NSTP which is self explanatory.

Though have some restriction on height but on the other hand; that is great pleasure ..hopefully.

Sehelai Kemeja Linen (Groove Version)

  1. Kusut sehelai kemeja linen ini adalah macam kusut juga kehidupan hari ini.  Dalam kekusutan itu ada juga hikmahnya kerana kedut berut itu lebih nampak menawan dari kemeja cotton yang tersisir rapi tapi kotor ditepi.
  2. Sehelai kemeja linen ini bukan bermakna aku akan memakai baju baru satu minggu lagi tapi ianya memberi nyata agar kita kena sentiasa beringat  supaya apabila membuat baju perlu diukur dibadan sendiri. 
  3. Jangan ambil sukatan orang tapi ambil fesyen dan gayanya sahaja. Ramai berkata hidup ini akan bercerminkan paras yang cantik-cantik sahaja. 
  4. Ramai yang salah anggap buruk itu nista; kusam itu kaca; hitam itu kegelapan; berjaga-jagalah akan kesamaran juga penyamaran.
  5. Tidak semesti orang besar kainnya lebih; ada juga insan-insan sederhana kecil jika bazirnya tidak dijaga kain akan berganda. Tukang sukat kena penuh hemat agar tukang gunting tidak meruncing dan akhirnya tukang jahit tidak menjahit senteng.
  6. Kembali sebagai QS; menjadi amali praktisnya ' do not underestimate'; dan falsafah ini bukan setakat perlu diguna dalam kerjayanya tetapi hakiki hidup perlu mengguna amalan yang sama agar nanti menjadi insan yang lebih munasabah.
  7. Jangan pandang remeh pada yang lain kerana setiap seseorang mempunyai kelebihan tersendiri. 
  8. Jangan ingat pengemis itu miskin tapi sebenarnya dia lebih kaya iman dari yang kaya harta. 
  9. Jangan diingat yang buta mata itu sesat sedang mata hatinya lebih celik mencari jalan keterangan.
  10. Jangan fikirkan yang terlantar sakit itu pendek usia sedang yang sihat berasap itu meluru jalan pintas menuju kematian.
  11. Jangan dikira kaya itu bahagia kerana banyak wang dan harta tetapi pastikan keberkatannya sekali.
  12. Akhirnya jadilah orang yang bersopan santun dan lebih memberi manfaat kepada yang lain.
  13. Jangan jadi orang yang melarat dan memudaratkan orang lain.

Loghatul Arabiah


Membahasakan sebuah bahasa lain yang bukan bahasa lidah bukan sebuah keperitan. Kemahuan ingin tahu dan faham akan bahasa ini adalah amat berharga lebih-lebih lagi seharian membaca dari kecil hingga alam dewasa. Kita ini banyak sangat membuat hafalan; tak pernah nak tanya apa maknanya. Kadang hairan kenapa doa tak makbul? Tapi tak nak faham apa yang diminta termasuklah orang yang menulis dan membaca ini.

Seharusnya saya, kami dan awak berpesan untuk diri sendiri dan semua agar ambil berat pasal perkara ini.. Kita kata kita Islam, baca Al_Quran, dengar khutbah yang salah satu rukunnya kena dalam Bahasa Arab tapi apa yang kita tahu maknanya...

Sedikit sebanyak apa yang kita tahu adalah La Takrabu Zina..... Makna dalam azan solat yang hari-hari boleh dibaca maknanya (itupun kalau tak tukar channel)

Pernah tak saya, kami dan awak semua duduk fikir bahawa ruginya kita tak tahu bahasa solat kita; makna Fatihah kita; makna bacaan solat kita; tapi kita dok sibuk nak belajar bahasa orang putih, ada juga kurang faham nak belajar bahasa orang sepet...katanya nak senang berniaga..

Aku tekad, agar kiranya sebelum aku dapt jejak kaki di Tanah Haram, dapat serba sedikit belajar Logathul Arabiah untuk aku sedar bahawa sememangya Manusia Mudah Lupa.

Ikan Senohong Ikan Duri

Segar ikan-ikan di pasar Kuala Selangor sesegar ingatan kepada masa-masa lampau disamping kedua orang tua tersayang. Buat masa itu tua bukan di angka usianya tapi rupanya tua di nyawa yang ramai tak tahu teka...Itu rahsia Illahi agar kita sentiasa sedia untuk berjumpa denganya sebagai seorang hamba setia bukan hamba yang hina.

Kehinaan boleh nampak nyata bukan hanya dari paras nampak dimata juga dengan kata-kata. Kata yang macam mana; benar atau dusta? Orang selalu curi lidah kerana cakap itu percuma tiada timbang katinya.

Betul pesan atuk nenek; ikan senohong ikan duri; cakap bohong lama-lama jadi pencuri. Tidak hanya curi kata tapi ada yang curi iman, curi setia dan apa-apa yang sewaktu dengannya. Terfikir juga adakah bohong sunat; terutamanya untuk kaum lelaki yang tidak hanya sunat bila nak dewasa.

Ambil Kisah Seorang Taulan

Tatkala hidup ini terang bersuluhkan sedikit cahaya iman baru nampak bahawa musafir ini semakin hampir sampai ke destinasinya. Jarak dan batunya sahaja belum ditahu. Kehidupan ini sebenarnya indah jika garis penamatnya dimenangi dengan juara keimanan.

Kasih seorang insan bererti sayang yang Tuhan kurniakan sebagai sedikit nikmat untuk kita rasa bahawa ikatan perlu terjalin. Antara keluarga, sahabat, masyarakat, alam dan barzah. Kasih sebuah persahabatan adalah sejarah perkongsian satu kehidupan masa lampau. Kasih satu keluarga adalah kasih sebelum, semasa dan selepas sesuatu kehidupan. Kasih sebuah persahabatan sedikit demi sedikit hilang dengan adanya kasih sesuatu keluarga.

Bila detik kasih ini berlalu, persahabatan akan menjadi sebuah kisah dan akan hanya tinggal sedikit rasa ambil kisah dari seorang insan kepada seorang sahabat. Sedikit luka seorang sahabat adalah sedikit parut seorang karib. Sedikit lapar seorang kawan adalah setitis dahaga seorang taulan.

Kehidupan kekeluargaan memang memerlukan sepenuh tumpuan masa dan nafkah tetapi ia juga memerlukan sedikit ruang lega untuk sebuah persahabatan yang terjalin disuatu masa lampau agar hikayat sesebuah kehidupan itu akan menjadi lebih resam umpama satu hidangan tengahari akan lebih lazat dengan sedikit ulam-ulaman.
JANGAN MENGELUH ...........
Kita selalu Bertanya....................dan Al-Quran sudah menjawabnya.................
KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3
KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - Surah Al-Baqarah ayat 216
KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." - Surah Al-Baqarah ayat 286
KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB "Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139
KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB "Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" - Surah Al-Baqarah ayat 45
KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB "Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ? - Surah At-Taubah ayat 111
KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." - Surah At-Taubah ayat 129
KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB "... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." - Surah Yusuf ayat 12
Setiap kesulitan pasti ada kemudahan.

Sunday, December 16, 2007

Bas Serijaya 386

Masa-masa lampau sebelum lahirnya LRT/Putra, Indrakota atau RapidKL; nadi darat yang bergerak atas jalan-jalan ibukota cukup substantial dalam jisim-jisim hidup warganya. Bas Mini dan SJ Kenderaan adalah jalur yang hadir dalam warna pentas hidup insan-insan yang banyaknya terhimpit di bumi keringat sendiri. Secukup rasanya ramai yang lupa bahawa kesibukan mencari saradiri lebihnya menanggung beban lagak lawa diri dan bukannya membina empayar akaun seperti sepet-sepet yang lebih sanggup menjual video berahi daripada memanjangkan tangan mengutip tol-tol lebuhraya.


Tambang 60-70 sen dulu cukup untuk menyampaikan sebuah ujian yang perlu ditempuh oleh beberapa anak muda yang datang dari ceruk kampung untuk menukar cermin mukadiri. Itulah silam dahulu yang kurang nombornya tapi besar nilainya.


Naik-naik, jangan duduk atas tangga..jatuh nanti payah, cashier bas bising-bising diawal pagi sewaktu hanya sebahagian kaki ini memijak tangga besi bas SJ 386 tersebut. Kalau nak kira botol-botol jam yang perlu ada ketika itu adalah cukup banyak sekali untuk nak sampai dari Seksyen 10 ke Wisma Central ini.


Pertama kalinya tinggal asrama sendiri sama rakan-rakan semester adalah satu detik baru dalam kehidupan beberapa pelakon yang terlibat dalam scene tersebut. Itulah nilai hidup dahulu banyak yang boleh disewa tapi kini semua kena beli. Bukan kerana kuasa beli semakin tinggi tapi nilainya semacam ular tiada bisa.


Pegi beli sedikit lauk kat kedai Pak Ngah Seri Rampai untuk dibuat makan isi perut peghuni asrama

Teman Tidur Isteriku

Sesungguhnya memang ikatan yang terjalin ini memaktubkan bahawa kehidupan ini adalah berpasang-pasangan. suami-isteri, ibu-bapa, anak-ayah, anak-emak, bapak-emak, pelanggan-pembeli, pemandu-penumpang dan sebagainya.

Hakikinya apa yang lebih penting adalah hidup ini pasti akan menemui pasangan kekalnya yang lansung tidak dapat dilambat atau dicepatkan. Ada klue tapi tak tahu bila.......talian hayatnya juga macam mana?

Kedatangan tua sesudah muda adalah tabie hidup yang perlu ditembuh dengan dua tingkat samada tua yang berjaya atau berjaya menjadi tua tanpa apa-apa. Ada yang semakin tua hanya bertambahnya angka usia. Ada yang menjadi tua dalam matangnya menempuh hidup yang ada pasang surutnya. Ada juga yang langsung tak perasan usia dah tua tapi perangai macam muda remaja.

Semakin bertambah usia sesuatu keluarga semakin akrabnya persahabatan yang antara dua pihak dalam bermain dengan permainan hidup. Jalinan ikatan ini tidak datang secara tiba-tiba tetapi perlu diadun dengan ramuan-rempah ratus tawa dan tangis.

Aku berharap suatu hari kelak teman tidur isteriku ini akan mendatangi hari tua dengan iman penuh didada bukan wang bertimbun harta.

Practical Training

Gembira kerana rasanya macam real aje. Nak kena buat kerja olok-olok. Dah semester 05 ontime mesti kena buat practical. Kena kerja kat Wisma Central. Antara shopping office complex terawal di KL. Gah dulu kompleks ni. Dulu mana ade KLCC, Mid Valley dan apa-apa yang sewaktu dengannya.

Selamat datang ke Manjung. Itulah pertama kalinya aku menjejakkan kaki ke satu negeri yang menduduki tempat kedua walaupun dia adalah johan. Tak mungkin akan dapat pingat emas...Pelik juga negeri ini kerana orang-orangnya duduk dalam Lumut, Dinding, Parit, Selekoh, Pusing ... Baru aku tahu pengorbanan adalah penting untuk mempertingkatkan maruah diri....

Selamat malam. Saya Kaptain Johan dan anak-anak kapal mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan bersama-sama dengan penerbangan MH0001 ke Heathrow London. Sekarang ini kita berada 50000kaki dari paras laut. Cuaca baik dan terima kasih. Juga terima kasih kepada MARA. Keranamu adanya anak-anak bangsa ini yang ingin memertabatkan satu jenama lama yang semakin layu bernama MELAYU.

Assamalaikum..Saya blah bin blah. Asal dari daerah agak utara di negeri paling selatan. Keturunan macam ABC. Tapi asalnya dari seberang orang bugis covernya. Mintak tolong berikan tunjuk ajar dan kerjasama dalam masa 6 purnama kita bersama. Okey....jangan malu-malu satu persatu staff diperkenalkan termasuk taukeh-taukeh yang bersih dan tak bersih. Paling grand semua trainer ini kena report kat komandan operasi yang boleh tekan kalkulator ikut kata hati.

Tension juga pendaftaran kolej ini. Kena beratur macam kacang panjang. Nak kena medical checklah...asrama...pagi sampai petang. Masa itu keringat ini mengalir seperti peluh ibu ayah di desa yang serba sedikit menyimpan azam dan berdoa agar siswa-siswi yang baru mendaftar ini akan menjadi orang yang berguna apabila tamat belajar. Bagi..lah balik apa yang kita dapat ini kepada adik-adik dan anak-anak yang akan datang.

Memang patut namanya ekonomi kelas. Semuanya ekonomi. Kain stewardessnya juga ekonomi. Tak lebih sukatnya. Sebab tu nampak ketat-ketat belaka. Inilah kerjaya pemandu yang bergaji mahal...kena pandai cakap orang putih bukan perangai macam orang putih. Please fasten your seat belt. Awan tebal dihadapan. Kalau tebal diatas, orang dibawah boleh tadah tempayan.

Friday, December 7, 2007

Percaya Enam Perkara

Sesungguhnya dalam hidup ini banyak benda yang memerlukan kita bergantung dengan yang lain umpama dedaun yang memerlukan tangkai, tangkai memerlukan dahan, dahan memerlukan batang, batang memerlukan akar, akar memerlukan tanah, tanah akhirnya memerlukan juga pokok untuk mendapatkan kekuatan.

Kenapa tanah itu gersang?, kerana kontang dan lapang tanpa ada subur untuk pokok-pokok berkembang. Kenapa pepokok kering tidak menghijau? mungkin petani lupa menyiram baja kerana ingat pokok akan subur sendiri, lupa mencantas daun-daun kering ingat angin akan bertiup sepoi bahasa membawa bersama-sama dengan debu-debu halus.

Aku hanya percaya pada enam perkara dalam rukun iman tidak kurang tidak lebih dari itu.....

Sunday, November 25, 2007

Banglo 18 kaki persegi dan 18000 kaki persegi

Kiri dan kanan gambar itu adalah asalnya kita.Dari tanah kita dijadikan dan dari tanah kita akan kembali. Dalam pencarian, berebut orang nak membina banglo besar kurang-kurang 18000 kaki persegi. Tapi sesungguhnya akhir nanti, bila sampai haulnya, pasti setiap orang akan dapat banglo yang hanya sebesar 18 kaki persegi. Banglo dunia tiangnya dibawah, banglo ini tiangnya diatas. Banglo dunia berbilik-bilik, banglo ini hanya konsepnya moden - open plan. Silap-silap jasadnya saja yang terbalik.

Makna Bacaan Dalam Solat

Selama ini ramai yang hafal. Uztaz dan ustazah dulu cakap kena hafal. Dia orang masa kanak-kanak juga macam tu juga...kena hafal. Maknanya ramai yang tak faham sebab kita hafal Arabnya sahaja. Payah nak khusyuk dalam solat.

Oleh itu daripada maklumat yanf diberikan oleh sahabat diforwardkan makna dalam solat dalam posting ini untuk rujukan bersama.

Allah Maha Besar

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
Ibadatku,
hidupku,
matiku
adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.


Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.


Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.
Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.
Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
kayakan daku,
angkatlah darjatku,
rezekikan daku,
berilah aku hidayah,
sihatkanlah daku dan
maafkanlah akan daku.


Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.


Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.


Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.


"wahai Tuhan ku tak layak ke Syurga-Mu.. namun tak pula aku sanggup ke neraka-Mu.... ampunkan dosaku.. terimalah taubatku... kami lah hamba yang mengharap belas darimu."

"Ya Allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa. ampunkan dosa2 kami .kedua ibubapa kami .. dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"
Powered by Qumana

Sunday, November 18, 2007

Rezeki dari Masjid Besi

Alhamdullillah....rezeki Allah yang ada setakat ini cukup untuk 'membeli' kehidupan ini. Sekarang semua benda nak kena bayar! Mana ada free. Cakap sahaja free...kalau kena bayar orang tak berjanji. Sebab itu ramai orang yang berhutang dengan janji. Akhirnya janji memang tinggal janji.

Bekerja sendiri ini memang nampak senang bagi orang yang makan gaji kerana mereka nampak benda-benda yang cantik sahaja. Buruknya orang yang ambil upah dengan diri sendiri yang tanggung. Kadang-kadang, bagi orang bekerja sendiri, makan gaji bagus juga. Hakikatnya inilah rezeki. Allah itu Maha Kaya dan Maha Adil. Rezeki telah ditentukan tapi hendak dicari baru nama mencari rezeki. Rezeki tiada dijumpai percuma tanpa dicari melainkan ianya sememangnya dah rezeki.

Titian orang bekerja sendiri macam anak sulung yatim piatu. Tiada ayah tiada ibu. Abang dan kakak kena rajin, berat kena dipikul biar adik-adik menjinjing ringan bebannya. Biar patah tulang ini jangan patah usaha dalam mencari rezeki.
Sememangnya bukan senang nak senang bukan susah nak susah

Khalifah Kecil

Ini bukan Perdana Menteri daripada
menantu Perdana Menteri.
Walaupun hyperaktif tapi itu anugerah.

Kerangka Besi

Dengan membuatnya
Aku mencari rezeki Dunia Tuhan ini luas
Tiang, rasuk dan kekuda
Itu antara sendi utama
Rezeki itu sudah tertulis
Sedikit banyak kena ditemu
Biar ada panas dan sejuk

Tanpa lesu tiada jemu
Kongsi rezeki sama dicari
Bahagian diambil ikut sukatan
Jangan iri buang dengki
Baru rezeki suburkan hati

Ini rezeki untuk semua
Bukan makan sama rata
Bukan bererti sama angka
…….

Monday, August 20, 2007

Tanpa Kalis

Bahang atap ini

Kerana kepingan besi ini kosong


Tanpa kalis


ting2..bila hujan jatuh


Irama lagu dengar bumi menangis.


Fikir ini rungsing


Akal acap buntu


Cari damai dalam lesu.




Dalam carik-carik kertas ini


Ada nota kakinya


Biar waspada


Ingat untuk tabah


Perlahan melontar senyuman itu...


Sabar pekik marah pagi.




Tahajud pada yang satu


Biar abadi nanti lena


Dalam doa dan rahmat


Berkat tabahmu ibu.

Bola Dan Padang Bola

Empat sudut padang ini
Diukur tepat aku punya
Digaris jalur tanda sempadan
Ada luar ada dalamnya.
Ketika itu..
Engkau datang merangkak
Minta bermain dipadang aku.
Semasa aku bersama teman-teman leka....
Berlari-lari saja mengejar bayang petang

Lalu apabila satu hari

Seronok kau beri aku bola
Konon untuk bermain bersama
Dulu aku tendang jauh
Agar engkau penat mengejar
Rupanya kau pintar
Engkau lari silih berganti
Pegang tangan himpun hati
Agar satu hari bola ini
Akan aku beri tiada peri
Hari demi hari
Bertukar pula baju
Kau pula tendang bola itu laju.
Tak terdaya aku mengejarnya
Sampai akhirnya
Apa aku amat takut
Padang ini akan engkau yang punya
Kalau aku sepaknya lemah
Hantar silang tahan tiada.

Friday, July 20, 2007

Antara Kasau-kasau.

Umpama ranjau hidup ini
Seperti atap ini dilebarkan
Antara kasau-kasau; lurus dan bengkok.
Musafir ini baru bermula…….

Ini masanya jauhari itu cantik
kiri- kanannya banyak bunga


Biru, merah, kuning dan macam-macam warna

Ada warna ade baunya ade rasanya
Banyak juga warna tiada bau tiada rasanya.
Ada rasa madu dipangkal
Ada parut luka di dalam
Ada buta celik di mata

Singgah untuk menyiram air
Bunga yang layu kembang semula
Menanam jagung diwaktu pagi.
Tak sedar …Leka berkebun hari dah petang.
Hari ini cukup sampai sini.
Tunggu esok belum tentu ade lagi.


Atap ini terbentang luas.
Tiba-tiba hujan turun
Basah bumi …..
Lantai itu basah juga
Bukan atap bocor
Cuma lupa tempayan lama tak dibuka tudungnya
Tempias tetap kena juga.


Jalan ini tiada noktahnya
Dekat dan jauh tiada sukatnya
Kadang jatuh masa berlari
Luka buat kita kuat
Semoga sampai tiba tempatnya..


Friday, July 6, 2007

Modenas dan Kancil

Sebelum itu….mase tu dah dekat pukul 3.30 pagi. Handset aku berbunyi. Dengar suara adikku menangis..fahamlah aku. Atok dah ade dalam kereta. Nak sampai tanga wad. Longlai aku naik atas. Terbujur kaku. Sabar, kau dah banyak jage dia. Bisik aku kat telinga adik pempuan aku. Sedih sangat dia..yelah selama ni pun masa mak sakit duduk kat rumah dia. Moga Allah membalas budi kalian. Aku faham dari kejauhan aku tanggung derita ini. Al-Fatihah. Ibu saya telah kembali kerahmatullah pukul 3.30 pagi. Itulah sms aku pada sahabat-sahabat. Tarikhnya dua hari sebelum puasa.
WGL 786…..masih jelas dalam ingatan. Modenas itu banyak jasenya. Saya jatuhlah….mase nak ambil korner pi ofis kau. Tak ape ini hari dapat cek. Banyak juga. Kadang-kadang rezeki ni senang dapat senang habis. Next station Maluri…STAR LRT meluncur laju sampai Plaza Rakyat. Kenapa tak panggil Puduraya? Ini tempat rakyat saje. Mane ade menteri naik bas kat puduraya. Berpusu-pusu orang naik bas pink no. 28 tu. Cepat dan laju. Itulah bas mini. Sekarang rapidkl adelah. Perlahan-lahan aku langkahkan kaki ni. Ade yang ade Satria, ade Iswara ade Suzuki Swift aku abok pun tak de. Tak mampu ke aku mase tu?
Marilah main kad. Dahlah tadi aku masak maggi., Tension duduk dalam khemah nie..Kat Mane. Mula-mula Spalding lepas tu Ledbury. Kau tengok budak Rusia tu laju petik buah. Kita ni asyik kena pokok Karen aje. Cantik Wales ni…Kau kena viva ke? Yalah kalau tak buat ape nak balik? Welcome to Richer Sound. Eh..mane mission aku?
Dari tanah kau dijadikan dan pada tanah kau dikembalikan. Ustaz pesan sebenarnya manusia ini b erada dalam pusingan roda yang dilalui oleh kemiskinan dan kekayaan dan kelemahan dan kekuatan. Oleh itu jangan terpesona kerana bernasib baik dan jangan hampa kalau bernasib buruk.
Demam aku. Demam urat. Penat kalau kenduri kahwin kampong ni. Havoc. Mase pi Terengganu tu aku dah tukar Iswara. Boboi aku dah jual kat adik ipar aku. Itu pun sambung member punye. Name blacklist. CTOS punye pasal. Balik banjir tido kat Kuantan. Aku tumpang gembira. Semua ni dah tertulis. Ye.lah kenapa?
Selesai semua urusan masing-masing balik. Selamat tinggal mak. Jaga adik-adik baik2. Itu pesan semua. Insya-Allah tak aku sia-siakan mereka kerana pusaka ini tak ade tolok bandingnya. Cukuplah dik jangan sedih….kita doakan mak bahagia disana.
Jom pi Loke Yew. Warna ape? Hijau. Manual. Oklah tumpang bangga aku. Muat berapa orang? Sepatutnya lima pernah lebih sampai tujuh mase pi Jempol. Tapi tukar kereta Yeop masa pegi. Sedap lagu spider ni macam tepat kena. Pasukan QS bagus ke? Biasalah bos pompuan. Loghat!. Sorrylah hujung minggu ni nak petik rambutan negeri Sembilan. Bincang-bincang lima haribulan lapan. Same macam bini aku punya birthday. Macam mane boleh same? Hidup ni banyak persamaan. Beras kunyit ditabur. Ibu..airmata mu tanda gembira. Bangga anak bawa balik kereta kancil. Siapa bawa dulu? Aku juga. Bila lagi nak balik Pusing? Balik Pusing? Aku kan orang Muar. Orang kampong Ramlah Ram.
Ustaz kabo bila kita pi majlis ilmu kita insan terpilih. Tak dapat doa kat Raudah marilah pi majlis agama. Fadilat sama macam doa kat Raudah.
Mak dah tak de……sedih juga aku. Tapi mak ni adalah nenek. Aku anggap macam nenek aku juga. Aku rase biar aku pindah. Kau yang berkelurga ambil rumah ni. Aku boleh ikut budak-budak bujang. Cuma aku pesan bukan disini noktah persahabatan kita. Enam sampai tujuh keturunan pun kau ni kawan aku sampai bila-bila. Blood brother. Pernah aku janji dengan mummy kat Subang Airport Terminal Satu kita saudara. Dah runtuh dah airport tu? Patut ke? Aku pegang kotak rokok kau. Aku saje yang merokok. Bangga Pusing hantar wakilnya pi Ingeland (England)…terror sangat ke MARA hantar budak-budak ni. Memangpun kami ni terpilih. Terpilih untuk terhutang budi dengan MARA …..tolonglah kamu semua ni bayar yuran 90.00 cover kelas, kolej, makan, api air, dllll. Jangan ponteng kelas pesan pensyarah-pensyarah yang nak tolong anak bangsanya.Tapi macam mane satu nama tinggal dua orang tak dapat lagi. Itu dulu sekarang same aje macam aku.
Lepas kancil jadi wira …..orang selalu lupa. Ingat harimau kuat. Don't judge book by his cover. Kalau jadi QS falsafah paling penting don't underestimate; costing dan orang. Apek yang pakai seluar pendek tu taukeh. Hands-on. Mamat pakai tie yang handsome tu keja kat JJ salesman aje..
Aku pulak …salin boboi dengan rama-rama. Nama hindunya Iswara. Juga don't underestimate………To be continued.

Thursday, July 5, 2007

Ganti gear box

Takziah..sabar ujian nie tanda Allah sayangkan kita. Kami sama-sama rase beban yang kau adik-beradik hadapi. Itulah kalau bagusnya kawan-kawan. Kawan ketawa senang cari kawan menangis boleh kira. Akhirnya begitulah suratan takdir. Ajal dan maut di tangan Tuhan. Kadang=-kadang betul juga caca orang tua-tua satu emak boleh jage sepuluh anak tapi sebaliknya belum tentu begitu. Jangan jadi batu macam tanggang. Aku ni kadang-kadang betah juga cakap orang tua-tua. Ya..lah dulu selalu nenek aku pesan jangan makan pedal ayam ..Mase tu aku dalam darjah rendah..nak Penilaian Darjah Lima. Katanye..kalau makan pedal ayam nanti liat bila nak sunat…..tapi iye ke? Atau depa yang dah aim pedal itu awal-awal lagi.

Ustaz pesan bila makan jangan campur daging dengan ikan, dan macam-macam lagi. Nanti senang dapat sakit. Kita ini kat Persekutuan Tanah Melayu mati bukan tak cukup makan tapi mati lebih makan. Lain macam Afrika depa maut tak makan. Diet terbaik puasa sunat selalu. Senam paling bagus banyakkan sembahyang sunat.


Tumpang lalu…panas! Panas! Tepi sikit takut sup ni tumpah atas kepala. Silakan. Jemput makan. Sebelum tu pada pukul kurang lebih 10.30 pagi; ustazah tanya siapa buat kali terakhir nak celakkan mata mak….Aduh! Mane bisa aku ingat saat itu. Mak…kami rindukan mak. Setelah selesai solat jenazah, perlahan-lahan mak meninggalkan kami sebagai yatim piatu. Harapkan sayang mak dan bapak saudara. Jauh disudut hati kadang-kadang rase 'ghibtah' pada kawan-kawan. Lepas ade siki rezeki keja gaji empat digit ni tak dapat bagi kat mak. Namun, mak aku janji sebaik mungkin nak jadi anak yang soleh. Ya Allah …tolonglah lindungi hambamu jangan pula jadi macam Mat Salleh yang sesat tu. Mat Salleh baik tak ape.


Beb , aku nak tanya best tak mase kau duduk kat negeri Mat Salleh? Aku ingat first time raya ..fuh….beria-ia masak. Kita masak nasi impit. Hempap bawa almari. Kadang-kadang IQ ni macam dah drop .Kan sane sejuk macam peti ais biar ajelah kat luar tak payah empap-empap. Kembali semula ingat mase kat Manjung banyaklah cite budak kena empap mase tido. Ade hantu katenye. Ya ke? Atau perangai kurang lebih macam hantu..sebab tu depa suka tido sekali.


Mase kat Manjung jangan sampai pi sembahyang jemaah Maghrib kat surau siswi. Bukan saje nak tunjuk alim tapi denda kantoi tak pi sembahyang jumaat. Hait..Ante lagi kat Ustaz Supani. Baring….corner Marlboro..baring corner Lucky Strike….kena ragging mase MSR. Apelah senior dan OC nie….pagi-pagi kena bangun jalan itik……kesian itik gembo-gembo. Adik kena tahan wad. Kami tak boleh kasi balik kampong.Nanti naik baik jangkit orang lain. Itulah first time aku kena chicken fox. Bagus juga tak payah buat benda-benda pelik dalam MSR. Kesian tengok aku. Muka dah macam permukaan planet bulan.


Sape dia ni mummy? Oh…ini sedara kami. Tapi tak pula seibu sebapa. Ape-ape kan kita ni sedara seIslam. Cuma ikatan persahabatan ini special macam ABC special kat belakang Wisma Ganda Setiawan. Mase tu aku tahu mulut kecoh seorang ibu bukan marah saje-saje anak-anaknya tapi kerana itu Tuhan kasi kesenangan bila dah tua.. Harap-harap anak aku macam tu juga.


Kau ni asyik perintah aje? Penatlah potong kobis ni kecik-kecik. Give me another want. Very well done. Hairan aku tengok mat salleh ni ayam hangus pun depa cakap sedap. Dua hari dua malam tak tido, Keja kat Oriental Food. Theresa ni orang Filipin kahwin dengan India Singapore. Jual satay goreng kat pesta-pesta musim panas. Sikit-skit!


Kenapa kau cakap dalam duvet? Hello..apa khabar? Brunei macam mane? Malaysia ok. Elaun kecik 290 paun. Mane cukup? Brother wok…hot. Cis berlagak bangla nie ..atau ade juga Paki yang tak sedar diri. Macamana pun syok juga basuh pinggan. Eik,……payah betul nak control binatang nie? Tak sangka aku pernah jadi cleaner supermarket. Why your hair so thick? Jangan main monopoly kat Cleance Pier. Dan kalau aku jumpa Mubarak aku nak pukul dia. Ade ke dia suruh aku duduk rumah lantai dapur org hamper nak hempap aku? Oh,,som siapa menang bolehlah iring keranda dia ni. Tiba-tiba pengsan mase siang ikan masin. Ingat balik free Malaysia. Separate sytem? Hebat sangat ke binatang tu?


Tak apelah aku hantar kau sampai workshop. Terima kasih datang. Susah-susah aje sampai gear box kau rosak? Gear box boleh gant? Hilang mak …sayu


Lagi satu pada satu ceramah ustaz bagi tau kita ni kalau umur dah dekat 40 dan keatas kalau tak dapat dunia baik stoplah takut tak sempat cari akhirat. Kemudian ape???? Bersambung….

From Pusing to Jempol





Trut…bunyi handphone. Bang datang wad sekarang mak tengah tenat. Zuppp……>>Masya-Allah, sejuk badan-badan aku. Terasa dah sampai masenya. Bismilahirrahman nir rahim..Yasin..aku gagah kan juga baca. Mata mak dah diam. Nafas makin laju. Sebak aku pun makin terasa. Kita ni kalau orang dengki kat kita jangan kita dendam. Reda dan tawakal dengan Allah. Pesan mak mase berniaga buah abah kena dengki dengan orang kampong. Mual aku kadang tengok perangai orang kampong nie. Sampai mak aku pun pindah balik Spg. Jeram.


Abah bukan marah kamu tapi kalau perangai kamu macam ni besar nanti tak tahulah..Tapi abah tak tahu aku cilok duit dia pasal dia lokek sangat. Sekarang aku tahu bila kita jadi ayah bukan semua kehendak anak kita kena ikut. Betullah sayang bini tinggal-tinggalkan sayang anak kena bedok. Budak-budak hari ni naik tocang pasal tak boleh kena rotan. Aku rapatkan mulut aku kat cucur telinga mak. Ikut saya mak…mengucap Ashaduallah……mase tu aku tengok matanya kelip-kelip. Kerdipnya ikut sebiji-sebiji sebutan kalimah azimat itu. Ya Allah…..bercucur air mata aku mase tu….apakah ini saatnya ….aku reda dengan ujianMu Ya Allah…….Kehilangan harta benda boleh dibeli tapi hilang ibu …


Kau ni berpeluh aku dibuatnya. Kau ingat senang ke nak ikat bunga-bunga kat samping nie. Lain kali panggillah mak andam. Kenangan itu abadi dan indah. Sekali lagi aku nak beritahu kau perempuan baik untuk lelaki baik. Sebab kau baik pasti bini kau baik. Itulah kata-kata aku pada seorang sahabat dihari perkahwinannya. Mase tu juga baru aku faham kenapa Rasulullah memanggil orang-orang yang rapat di sekelilingnya sahabat.


Kerana sahabat ini juga aku ingat kat apokalis…lagi sekali lagu M. Nasir yang agak senonim dengan dunia remaja angkatan aku. Fu-yoh tangan dia boleh berlipat mase pegang handle moving moto. Kilat beb kasut aku dia gosokkan ..akhirnya kasut dia yang tak kiwi…nah awak turun 20 kali….ni ape ni bulu hidung terkeluar-keluar. Macam anak bai…..Kiri, kiri, kiri kanan kiri .Yang kau ni kawat macam robot apasal? Sape gang beli kan nasi ayam aku gerenti dapat four flat. Bukan semua sanggup sebab beli lunch hour waktu puasa.


Apelah mamat tu dah tua-tua pun mak ayah datang hantar makan? Itulah mak dan ayah….tak lalu makan ingat anak? Bukan anak-anak bila dah keja..anak duit tengah makan mak ayah lalu pun tak ingat. Rupa-rupanya kat situ baru aku Nampak nilai dan erti satu pengorbanan. Bukan pasal benda alah yang nak isi dalam perut itu aje. Tapi kelazatan rohani yang tak bau untuk datang seleranya. Brader boleh mintak nota tak? Aku pun pandai sangat pun. Tulisan bukan macam doctor haiwan kadang-kadang tengok macam haiwan jadi doctor. Aku sendiri pun tak baca.


Mak…..mengucap mak…Ombak dadanya makin besar. Jam mase tu kurang lebih pukul 2.00 pagi. Bergilir-gilir aku baca Yasin. Jangan sampai ada yang berhenti. Aku pesan kat adik-adikku…masing-masing bisik kat telinga mak minta ampun. Masenya makin suntuk. Ape-ape jadi kita terima dan reda. Bang aku rase baik kau ambik atuk…agar dapat mak menghembuskan nafasnya didepan ibunya. Gegas aku dibuatnya agar sentiasa dapat genggam tangan mak …..Atok saya nak bawa atok pi wad..mak tenat. Jelasku pada seorang nenek tua yang hatinya muda….rumah nie kena selalu berhias baru sedap mata. Pesan nenek aku…kalah perhiasan rumahnya dengan orang-orang muda.


Alhamdulillah…selamat dah kamu di ijabkabulkan. Tahniah sahabatku. Tinggal aku masih solo. Ucapku pada seorang sahabat yang sama-sama kongsi makan kentang bakar di satu tempat tu. Terima kasihlah jaket polo tu…..Ikut kamulah…itu pilihan kamu. Akhirnya setuju juga mummy pada malam tu ..Bukan ape bukan pasal negeri ke? Tapi kadang-kadang pasal cerita orang kampong yang berat sebelah taka de hujung pangkalnya……


Ustaz pesan segala yang berlaku ade hikmahnya dan dah tertulis di Loh Mahfuz……sebagai insan kita reda dan pasrah.


Kami pulang dulu. Jangan lupa keluarga sane. Kalau kamu balik kat Jempol Pusing kena juga. Baru adil. Adil ni maksudnya bukan sama rate. Beli anak lelaki songkok. Anak pempuan pun kita beli songkok. Kata Ustaz Ismail Dictionary itu bangang namenya. Adil ni meletakkan sesuatu pada tempatnya. Tapi from Pusing to Jempol tak cukup kat sini aje.


Adilkah kita? ………Bersambung.

Wednesday, July 4, 2007

Pusing 2

Semua dah ade berkumpul. Ade duduk dekat kaki mak. Ade yang picit badan dia. Itulah rezeki Tuhan kalau adik beradik ramai. Kesian aku tengok bini aku dan suaminya…Anak tunggal. Memang ade senangnya..banyak juga tapi sebaliknya bila sampai eposid susah tiada back-up file. Kau tak apelah menantu kesayangan. Menantu tunggal. Bukan tunggul. Dik..aku balik dulu ..Nak balik KL petang ni juga tapi hati ni berat sangat. Macam ade batu..

Macam nilah…aku decide ape-ape jadipun biarlah mak kat hospital. Sana, peralatan ade, orang terlatih..kesian kalau kita bawa balik rumah ape yang kita boleh buat. Sedap air kopi kau buat ni. 434 punya kopi memang sedap. Tak same dgn coffee bean…jauh lagi kalau dengan old town. Angin sepoi-sepoi bahasa bagai membawa satu isyarat inilah malamnya. Makan sekejap lelap bawak keta sorang-sorang nie mengantuk.


Aku dulu ada keta Honda aku panggil boboi…it is my first car…banyak nostlagianya……keta org kg dpt masuk kl. Asyik meragam aje habis belanja kat si boboi ni jgn dikira. Letih! Brooop…alamak ape ni jatuh? Mase tu kat Tg. Karang hantar yeop nikah. Tapi keta boboi ni byk juga jasenya dalam mesaudarakan aku dgn keluarga pusing.


Sememangnya jalinan kekeluargaan itu memerlukan satu pengorbanan…hormat, jujur dan kasih sayang. Itu istimewanya keluarga 88 Pusing. Menuai budi atas benih kasih yang baik ini akan menjadi satu pengalaman yang tak dapat dibeli di tokok ganti dan sebagainya. Aku melihat ada sesuatu kekuatan dalam keluarga ini…kasihnya mewah….itulah kekuatan yang sukar ade. Kalau keluarga itu akrab mesti ade rase kaseh yang amat indah itu. Tak mewah makan,pakai, harta dan rupa tak ape janji kaseh itu melimpah. Itulah resepi keluarga 88 Pusing ini. Itu yang aku cuba nak kongsi rasa.


Mak ni kenapa pi tak kabo kat saya? Saya bukan ape takut jadi ape-ape kat mak. Saya tak mahu kehilangan satu lagi butir permata setelah ayah tiada. Dengan sape saye nak cite kalau ade ape-ape? Adik kau tu mak tak mahu dia masuk besi? Kesian bila tua nanti? Itulah mak dia fikir ape saje itu kebaikan anaknya .Belum tentu ade anak fikir kebaikan utk mak bila sampai mase.


Pulanglah…Lagu raya nyanyian Aishah yang paling aku suka. Wahai anak-anak pulanglah mase ade mak dan ayah. Berilah sedikit mase setelah seumur hidup diberi untuk kita. Baik suami atau isteri, keluarga kita pun bermula dari mak dan ayah …..Sayangilah………..


Ikhlas …Duhai Bonda…dalam lagu M.Nasir…buat ketika ini hanya doa sahaja di pinta agar syurgalah tempatnya……


To be continued….

Pusing

Malam ini tidak seperti biasanya. Pagi-pagi adik telefon. Bang balik bang…mak sakit..nak kena hantar hospital. Tergesa-gesa aku bergegas siapkan kerja. Penat semalam tak hilang lagi. Kadang-kadang kerja ni bukanlah kerana ape pun. Tapi nak kena cari duit. Tak kaya-kaya juga. Cuma nak kena bayar hutang2 yang lubangnya walaupun tak besar sangat tapi banyak tempat. Itulah sebenarnya hakikat hidup eksekutif muda di kotaraya KL. Bunyinya gaji beribu-ribu tapi belanja dan hutang lebih dari pendapatan.

Ataupun kadang-kadang bila pi ceramah ugama, ustaz khabor kurang keberkatan rezeki yang dapat. Mane taknya solat pun dah jadi chipsmore…kadang-kadang cukup 5 kali sehari…ade juga sekali dalam 5 hari….mase jahiliah lagi teruk solat seminggu sekali aje…..Masya-Allah…ampunkan dosa dan terima taubat aku Ya Allah..tapi banyak orang ingat Tuhan bila susah dan nak sesuatu aje…Siapa salah?

Aku delima…nak balik sorang atau nak ajak bini dan anak-anak. "abang balik sorang aje…lagipun kalau semua ikut payah nak jage mak kat wad" akhirnya keputusan aku buat untuk balik sendirian agar mudah untuk aku beri tumpuan. Selamat Datang ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar….ya ke pakarnya?


Mase tu kira-kira pukul 3 ptg. Mak tahu ini noktahnya…Haus-haus tolong kasi mak air! Sedih aku dulu semangatnya lebih dari lima-lima Hang yang kat Melaka tu…(pembetulan tambah satu hang …Hang Li Po) Jangan sedih…ini dah suratan kita …Tuhan lebih saying ayah kamu…lagipun sakitnya terlalu derita. Itulah kata-kata mak apabila aku sampai dari KL pada hari abah pergi selamanya….


Kesian mak tengok kamu…baru-baru kerja dah kena tanggung keluarga. Tapi mak itulah saje yang dapat saya balas jasa mak dan abah…selama ni pun saya buat keputusan pi luar Negara agar dapat kerja lebih baik dan gaji besar sikit nak tolong keluarga. Engkau ni motopun tak de…jalan kakilah jawabnya…kata sorang sahabat mase aku kat Shah Alam. Mane taknya dah jadi student U pun tak dapat beli motopun…duit yayasan aku nak guna buat belanje..Jarang aku nak mintak duit mak dan abah habis cuti semester..cari duit sendiri nak pi semula kolej.


Brader semalam punya dah bayar.? Kapal selam tanya member aku pasal roti canai petang kelmarin jangan makan free. Tapi KI nie konsepnye eat and run……mane student ade duit nak bayar makan. Nak makan kat kolej time lauk ayam aje…kalau hari-hari tak sanggup tengok ikan jaket tu.


Bang..aku ingat kita bawak balik aje mak? Kalau ape-ape jadipun senang. Aku tak setuju sangat. Ya..lah..ajal maut ni di tangan Tuhan…kalau dah mase dia…sesaatpun tak dapat kita tangguhkan….Macam kit abaca satu buku. Ada 10 chapter…baru sampai chapter 6..sedap tu …ade sukanya..ade sedihnya…gelaknya…marahnya tapi bila sampai mase kena pulang…kita tetap kena pulang .Kun Fa Ya Kun. Masenya ustaz cakap kurang dari sedetik saje…Subhanallah……


Mak…haus mak….tolong suapkan air. Mase tu jam kurang lebih baru nak pukul 5.00. Mak aku mintak kat atok pempuan aku supkan dia minum air…kita nie selagi ade mak…dia yg akan kita cari kalau ade ape2. Aku pi dekat telinga mak…bisik kat dia. Mak saya minta ampun dan maaf dgn mak. Halalkan semua makan minum. Lebih-lebih lagi susu ibu yang taka de tolong bandingnye…walau tak puas lagi nak kongsi sebahagian daripada rezeki yang Tuhan beri padaku…dulukan saya dah janji dengan mak..bila saya dah keja. Mak jangan susah. Saya akan buktikan keluarga kita akan takkan susah walaupun abah dah meninggalkan kita.


Aku sungguh terharu dapat seorang kawan yang hidupnya bertabirkan pentas sama macam aku. Kurang di duga dengan benda-benda pelik. Kami mane mampu nak happening macam budak-budak kaya tu. Tapi inilah takdirnya. Aku langsung tak sesal. Syukur Ya Allah..sikit-sikit dapat elakkan aku tak menjadi seorang orang yang bukan orang.


Kamu tahu tak mummy dah anggap kamu ni macam sedara seperut dgn depa-depa ni. Ya Allah mase tu aku sedih..biarpun bukan darah daging ade seorang insan yang mulia kate aku ni tak ubah macam anak dia. Itu satu kuasa Tuhan…tak dapat aku nak huraikannya…. Kadang-kadang dalam hidup ni kita diberi banyak peluang, banyak cara, banyak rase agar kita lebih tegar.


Ustaz juga cakap Tuhan tak paksa kita ikut suruhannya tapi jika kita engkar kita dipaksa terima balasanNya.

ISTIQHARAKU…………..

Belum lagi aku putuskan…
Memilih jalan tetap arah
Lurus bahagia membelok duka..
Akan pasti……

Pilihan adalah harapan yang ditinggal tak perlu disesalkan

Tidak aku tidak yakin
Dalam memilih lautan kering
Bukan khuatir tersalah pilih
Hujan turun ditengahari


Dipilih bukan kerana hati

Tiada suka tiada benci

Apalagi mementing diri…
Isthiqarahku padaNya
Beri tunjuk jalan yg nyata
Lurus berliku sudah pasti
Tetap ada….. Jalan keluar nampak disana
Sekali lagi selamat datang
Dunia lamamu setia menunggu
Cekal hati pasrah Ilahi
Hari menuai tetap tiba
Benih disemai disunting bunga
Bertaut kasih syukur padaNya.