Watch "Saujana - Patah Hati" on YouTube
Tuesday, October 30, 2012
Saturday, October 13, 2012
Friday, October 12, 2012
Hakiki dan hakikat
Hakikinya setiap hari perlu solat lima kali sehari. Yang wajib. Hakikatnya belum tentu.
Hakikinya makan tiga kali, sarapan, tengahari dan malam. Hakikatnya ada hari-hari yang makan enam kali sehari atau mungkin kurang tiga kali sehari atau sekali sehari.Amat sedikit mungkinnya sekali sehari. Kerana apa? Makan untuk hidup atau hidup untuk makan.
Hakikinya kerja mengikut deskripsi perjawatan masing-masing. Hakikatnya mungkin menjadi pemandu, buruh kasar dan sebagainya. Itu katanya multi tasking.
Hakiki katanya jenayah rendah tetapi tajuk berita utama mak cik bedah berumur 56 tahun disamun dan dirogol. Itulah hakikatnya.
Yang buruk itu disanjung kerana hakikatnya ramai suka yang busuk dan keji kerana cemarnya hati hilang berbudi.
Published with Blogger-droid v2.0.8
Tuesday, August 28, 2012
KESAN SAKIT MELALUI SARAF TAPAK TANGAN
Kaedah mengesan sakit melalui saraf tapak tangan dapat memberikan gambaran kesihatan dalam tubuh
kita. Berikut adalah beberapa kaedah pengesanan awal :-
1. SUHU TAPAK TANGAN
Apabila tapak
tangan panas dan bahagian kaki terasa sejuk, ini menandakan masalah
pada bahagian perut dan ke bawah.Tapak tangan panas dan bahagian kaki
terasa panas, ini menandakan masalah pada bahagian kepala.
2.KELEMBAPAN
Tapak
tangan berpeluh, dikaitkan dengan 3 organ iaitu otak, jantung dan organ
reproduktif. Tapak tangan kering dan cengkung menandakan imuniti yang
rendah dan mudah diserang penyakit.
3. JARI GEMUK ATAU RUNCING
Jari gemuk di pngkal menandakan kandungan asid urik dalam darah. Jari runcing di hujung menandakan kencing manis.
4.JARI YG BENGKOK
Bengkok
di jari kelingking menandakan masalah pada bahagian tulang belakang.
Bengkok di bhgian jari lain dikaitkan dgn masalah saraf.
5.KUKU BERGELOMBANG
Menandakan logam berat dalam badan
6. URAT-URAT BIRU YG TIMBUL
Menandakan tekanan (stres)
7.TOMPOK PUTIH DI TAPAK TANGAN
Dikaitkan dgn angin dalam badan.
Tapak tangan yg kehijauan seperti bulatan dalam gambar..menandakan paru2 atau pernafasan yg lemah..
Wednesday, August 15, 2012
Dakwah Si Anak Kecil
Selepas solat Jumaat setiap minggu, seorang Imam dan anaknya berumur 7 tahun
akan menyampaikan dakwah dengan berjalan ke selinap jalan di bandar itu untuk menyebarkan risalah
dakwah yang bertajuk “Jalan-jalan Syurga” dan lain-lain tajuk dakwah Islam.
Lalu, pada satu Jumaat yang indah, pada ketika
Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasanya, cuaca kelihatan mendung dan kelihatan hujan sudah mulai
turun. Si anak kecil mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan
panas dan seraya berkata “Ayah! Saya dah bersedia”
Ayahnya terkejut dan berkata “Bersedia untuk apa?”
“Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah.”
“Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat”
“Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun”
Ayahnya menambah “Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini”
Dengan merintih anaknya merayu “Benarkan saya pergi ayah?”
Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun
menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya “Pergilah nak dan
berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!”
“Terima kasih Ayah” Dengan wajah
bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu
hilang dalam kelebatan hujan itu.
Anak kecil itu pun menyerahkan
risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu
juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada
penghuninya. Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah
“Jalan-jalan Syurga” ada pada tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.
Akhirnya dia ternampak satu rumah yang
agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah
itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya
loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi
namun tiada jawapan.
Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi
tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin
rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil
keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.
Berdiri di depan pintu adalah seorang
perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. “Nak, apa yang
makcik boleh bantu?” Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang
turun dari langit.
“Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah”. Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.
“Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu” dalam nada yang lembut
Minggu berikutnya sebelum waktu solat
Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum
selesai dia bertanya ” Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu”
Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. “Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya.
Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan
anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.
Suami saya meninggal beberapa tahun lepas
dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini” Air mata mulai
bergenang di kelopak matanya.
“Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri.
Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga
menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan
hujung satu lagi diketatkan di leher.
Apabila tiba saat saya untuk terjun,
tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada
anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab.
Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng
ditekan sekali lagi”.
“Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah
pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya
melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu”
“Seumur hidup saya belum pernah saya
melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya
seperti malaikat”. “Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya
ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa
memelihara makcik” itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar”.
“Saya melihatnya pergi kembali menyusuri
hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap
muka surat Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa
saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi”.
“Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH.
Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di
sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada
hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam
neraka”
Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!
Imam lantas turun dengan pantas dari
mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan
menangis sesungguh-sungguh hatinya. Jumaat ini dikira Jumaat yang paling
indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.
Wednesday, July 25, 2012
Mari Taubat
Sebelum Pintu Taubat Tertutup
Sebusuk
apa pun maksiat yang telah dilakukan dan sebanyak apa pun dosa yang
telah dibuat, bila manusia kembali kepada jalan Allah, maka Allah SWT
akan menerima taubatnya. Bahkan, terhadap orang yang kafir sekalipun,
bila ia memeluk agama Islam, Allah akan mengampuni segala dosanya.
Pintu
taubat sentiasa terbuka. Dan, Allah SWT sentiasa menanti
kedatangan hamba-Nya yang bertaubat. Namun demikian, tidak
selamanya pintu taubat terbuka. Ada saatnya pintu tersebut tertutup
rapat, terutama pada dua keadaan.
Pertama,
ketika nyawa manusia sudah berada di kerongkong. Rasulullah SAW
bersabda, "Sesungguhnya Allah yang Maha Mulia lagi Maha Agung menerima
taubat seseorang sebelum nyawanya sampai di kerongkong." (HR Tirmidzi).
Kedua,
ketika matahari terbit dari tempat terbenamnya. Rasulullah SAW
bersabda, "Barang siapa bertaubat sebelum matahari terbit dari barat,
nescaya Allah menerima taubatnya." (HR Muslim).
Bila
pintu taubat telah tertutup maka penyesalan, permohonan ampunan,
perbuatan baik, dan keimanan orang kafir tidak akan bermanfaat lagi.
Sebab, Allah SWT tidak akan menerimanya. "Yang mereka nanti-nanti tidak
lain hanyalah kedatangan malaikat kepada mereka (untuk mencabut nyawa
mereka), atau kedatangan Tuhanmu atau kedatangan sebahagian dari
tanda-tanda Tuhanmu. Pada hari datangnya sebahagian dari tanda-tanda
Tuhanmu tidaklah bermanfaat lagi iman seseorang bagi dirinya sendiri
yang belum beriman sebelum itu, atau dia (belum) mengusahakan kebaikan
dalam masa imannya. Katakanlah: "Tunggulah olehmu, sesungguhnya kami pun
menunggu (pula)." (Surah al-An'am [6]: 158).
Hal
ini harus menjadi perhatian kita untuk tidak menunda-nunda dalam
bertaubat. Sebab, bila tidak akan dilakukan maka bukan tidak mungkin hal
itu akan menenggelamkan kita pada kemaksiatan yang pada akhirnya diri
kita akan menganggap baik setiap sesuatu yang buruk.
Selagi kita hidup di dunia, mari kita gunakan kesempatan ini untuk menyikapi bersiap diri sebelum pintu taubat tertutup.
Pertama,
bersegera melakukan taubat. "Sesungguhnya penerimaan taubat di sisi
Allah hanyalah taubat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan
lantaran kejahilan, yang kemudian mereka bertaubat dengan segera, maka
mereka itulah yang diterima Allah taubatnya; dan Allah Maha Mengetahui,
lagi Maha Bijaksana." (QS An-Nisa [4]: 17).
Kedua,
bersegera melakukan pelbagai macam kebaikan sebelum datangnya masa yang
menyebabkan kita sukar untuk melakukan kebaikan. Rasulullah SAW
bersabda, "Bersegeralah kamu untuk mengerjakan amal-amal soleh, kerana
akan terjadi berbagai fitnah yang menyerupai malam yang gelap gelita."
(HR Muslim dan Tirmidzi).
Ketiga,
berusaha meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT. Dengan takwa kita
akan diberi kemampuan untuk membezakan yang benar dan salah. (Surah
al-Anfaal [8]: 29). sumber republika.co.id
Subscribe to:
Posts (Atom)

