Sunday, June 3, 2012
Thursday, May 17, 2012
Kebas Tangan
Jari sakit ,tangan sakit, kebas- kebas (Finger pain,numbness)
: Median nerve gliding exercise
mau pi test komputer (baru mau amik lesen kereta ni)
- Kurangkan aktiviti / hobi yang memerlukan pergerakan tangan / jari secara kerap
- ubah posture/cara pegang
- rendam dalam air suam / tuala suam
- lakukan median nerve gliding exercise
Sunday, April 15, 2012
War Die Burn
Seringkali mendengar nama itu dan juga kadangkala mendengarnya. Apabila satu hari diberitahu akan maksud sebenarnya nama itu baru perasan akan maksudnya yang tersirat. Banyak sungguh yang sebenarnya hanya dilihat dari satu pandangan sahaja sedangkan jika dilihat dari pandangan yang berbeza-beza, maka pelbagai tafsiran yang boleh dibuat ke atas apa yang dilihat itu.
Perang, terkorban dan bakar adalah satu stigma yang sinonim dengan para perajurit dahulu. Sekarang pula apa ceritanya? Berlari, bernyanyi, makan, berbaju melayu lengkap samping dan songkok adalah medan pertempuran perajurit sekarang. Berjuaraian peluh jantan jatu ke bumi kerana dek panas tar padang kawad dalam perbarisan komandan. Belanja bunga lebih mahal dari harga sebuah murah. Berkelip lip lap lampu warna-warni dipasang cuba menceriakan kesempitan hidup yang ramai menanggungnya.
Apakah beracaraan dan berpesta itu juga dikira pengorbanan.
Sudah, sudahlah ramai yang terkorban kerana ptokol yang hanya sekadar angkuh dan sombong kepada pemilil dunia.
Kekuatan bukan sekadar kerana jumlah yang ramai tetapi cukup sedikit yang
Sunday, April 8, 2012
Merenyuknya handai lama
Aku hanya antiwirawanmu
Tidak lagi ada memedulikan tolan kita
Mungkin tohmah masa
Sama bersibuk mencari hidup
Selagi ada nyawa itu
Mula bergaduk meninggi hidung
Bermalu kalbu sudah sepertinya terasing
Kalih sudah saudaraan lama terjalin
Semakin bersepi-sepi
Seperti ada rosak tingkah lanjur kata
Lidah sudah tidak ramah
Budi jauh pergi
Berandai-andai sudah habis disini
Rasa robek terlara-lara
Biarlah andai itu pilihannya.
Saturday, April 7, 2012
Kegagalan Dan Kejayaan
Melepaskan sesuatu yang juga dipunyai perlukan kerelaan. Mutlaknya apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Biarlah yang berlalu itu menjadi kenangan untuk yang baik dan iktibar bagi yang kurang. Dalam setiap kegagalan itu ada juga kejayaan. Pengalaman terbaik adalah sebuah kegagalan. Ambillah ingatan bahawa kejayaan itu bukanlah pencapaian tapi bibit-bibit ujian yang jika tidak dilayari dengan cermat boleh membawa kepada kelemasan.
Ranjau-ranjau perjalanan juga sentiasa bergelora memudikkan pelayaran itu terdampar. Bila berada dalam satu tingkat yang lebih tinggi boleh melalaikan jalinan akrab yang pernah terjalin. Ada yang berkata cuba menjaga status. Mungkin juga ada tangan-tangan ketiga yang menarik putus rambut di dalam tepung.
Oh Tuhan kau peliharalah hati hambaMu yang berbalik ini. Tetapkanlah selalu dalam jalanMu yang lurus.
Lihatlah peluang yang datang bersorok dalam kegagalan. Sesungguhnya jangan berputus asa. Bersangka baik dengan sang Pencipta.
Sunday, March 4, 2012
Beginilah Keadilan
Hakim, Nenek Dan Ubi Kayu
”Saya tidak dapat membuat pengecualian undang-undang, undang-undang tetap undang-undang, jadi anda harus dihukum. Saya mendenda anda Rp 1 juta (lebih kurang RM350) dan jika anda tidak mampu bayar maka anda harus masuk penjara 2.5 tahun, seperti tuntutan undang-undang”.


