Thursday, May 17, 2012

Kebas Tangan

Jari sakit ,tangan sakit, kebas- kebas (Finger pain,numbness)

[ Assalamualaikum ]
-Salam 1 Malaysia-

[ADALAH DI MAKLUM KAN INI HANYA VERY SUPERFICIAL INFORMATION SAHAJA]

Anda mempunyai masalah seperti yang tertulis di tajuk entry di atas?
Sakit tangan,jari,kebas-kebas?
Ya... itu adalah tanda anda menghadapi :
CARPAL TUNNEL SYNDROME(CTS)

Apakah yang dimaksudkan dengan CTS ni?
Okay..saya akan terangkan dengan menggunakan istilah2 layman
@ pun terma-terma percakapan harian untuk lebih mudah faham

-APA-
First kita cerita pasal anatomi dulu,means struktur2 yang terlibat and yang menyebabkan benda ni terjadi =) Apa2 pun maksud tu paling penting : CTS = Kombinasi sign dan symptom yang berpunca daripada compression of median nerve as it passes through the carpal tunnel from forearm to palm (ala..english lak) hiii..ok2.proceed.harap2 paham.susah mau translate ke bm .. jd hancur nnt translasinya (huuu)

APA-APA PUN TENGOK GAMBAR BAWAH NI YA

Key point : 
1.Median nerve : adalah 1 saraf yang ada di tangan kita.Saraf ni adalah nerve supply tuk otot-otot di tangan aka di jari aka di hand aka di palm kita ok .Ok gambar di atas..anda nampak mana MEDIAN NERVE kan?
2.Carpal tunnel : ok..ini adalah laluan untuk si MEDIAN NERVE.So,dalam gambar atas ni TRANSVERSE CARPAL LIGAMENT tu la carpal tunnel.

So..aku harap yang baca ni paham la ek.. means bila laluan si median nerve tu tertekan n jadi sempit maknanya akan terganggu la fungsi si median nerve tu dan menyebabkan sakit dan kebas di tangan.Oh ya,simptom2 nya biasanya rasa sengal2,sakit dan mungkin kebas2 di pergelangan tangan,di jari2 terutamanya ibu jari,jari telunjuk dan jari tengah.

-SIAPA-
Syndrome ini selalu di hidapi (erk..macam x seswai guna word "di hidapi " tp xpala) oleh  sesiapa yang rutin harian @ skop kerja yang banyak menggunakan tangan dan jari yakni orang-orang yang seharian menghadap laptop/komputer,tukang jahit,tukang masak,kerani & ramai lagi  (tapi yang majoriti adalah kerani,tukang jahit..HARAP MAKLUM ) erk..dan jugak in future may be BLOGGER-BLOGGER TEGAR yang non stop menaip ( :p ) HAAA! dan satu lagi :: ibu2 mengandung (nanti di bawah ada explanation kenapa)

-KENAPA-
-1st tuk ibu mengandung-
Adalah normal bagi pregnant women ada symptom ni sebabnya bila pregnant water retention @ pemgumpulan air dalam badan akan berlaku.Bila itu berlaku,laluan "median nerve" di laluannya yakni yang terletak di pergelangan tangan @ wrist joint akan tertekan disebabkan pressure dari air2 yang berkumpul tu,so akan menyebabkan symptom2 sakit dan kebas tu (biasanya akan hilang selepas pregnant tapi ada jugak yang berkekalan selepas pregnant).
-2nd tuk yang lain-lain-
Mengapa boleh terjadi? Okay kekerapan tangan dan jari kita bekerja menyebabkan berlakunya tekanan yang berulang kali ke atas kawasan tersebut. ( So agak2 korang boleh elakkan tuk dapat CTS ni in future?hehehe) Dan tekanan berulang ni akan menyebabkan injury @ pun keradangan kpd laluan median nerve itewwww.

-BAGAIMANA-
Okay..bagaimana untuk melegakan kesakitan tu???Biasanya bila pergi hospital,doktor memang akan referkan ke FISIOTERAPI.And apa yang akan di buat pulak oleh ahli2 FISIOTERAPI ni?

1. Sesi penilaian dan pemeriksaan akan di buat untuk menilai CTS anda di tahap yang mana and tuk dapatkan baseline value jugak.
2. Sesi penerangan berkenaan masalah anda.
3. Sesi rawatan :
- Terapi panas menggunakan terapi wax @ pun hot pack (kena tengok samada ada contraindication @ x)
- Terapi menggunakan mesin2 elektroterapi (yang paling glamour : TENS,Ultrasound)
- Terapi melalui senaman
        : Median nerve gliding exercise
        : Senaman menggunakan putty,bola kecil,spider web,etc

(banyak lagi boleh buat ..tapi biasanya benda2 gini la di bagi untuk meredakan inflamation @ keradangan and untuk encourage aka menggalakkan si median nerve tu boleh glide dengan nyaman dan aman damai di laluan nya.ok... MEDIAN nerve gliding exercise boleh tengok gambar di bawah macammana mau buat ok ??

p/s : posisi permulaan pastikan tapak tangan anda bukan ke arah muka anda (paham ka?)

-PROGNOSIS-
CTS ni biasanya akan hilang jugak tapi kena buat exercise selalu la.Then,kalau CTS ni berlarutan and sangat sakit doktor akan bagi pilihan untuk inject CORTISONE,tapi hanya akan melegakan kesakitan untuk sementara waktu ja.. Then kalau x berkesan dan masih sakit,doktor akan sarankan untuk jalani surgery tapi jangan risau sekarang ni surgery semua xda problem kosmetik sudah means parut2 tu kecik2 ja..hehehehhehehe =) surgery tuk mereleasekan laluan yang sempit tu...


So aku rasa ni ja la aku mau share.. aku kena tidur awal ni malam besok
mau pi test komputer (baru mau amik lesen kereta ni)

p/s : dah lama aku dak wat entry pasal info2 fisioterapi ni..and aku masih ada hutang wat entry tuk back pain

P/S :: APA YANG ANDA BOLEH BUAT DI RUMAH???
 - Kurangkan aktiviti / hobi yang memerlukan pergerakan tangan / jari secara kerap
 - ubah posture/cara pegang
 - rendam dalam air suam / tuala suam
 - lakukan median nerve gliding exercise

Sunday, April 15, 2012

War Die Burn

Seringkali mendengar nama itu dan juga kadangkala mendengarnya. Apabila satu hari diberitahu akan maksud sebenarnya nama itu baru perasan akan maksudnya yang tersirat. Banyak sungguh yang sebenarnya hanya dilihat dari satu pandangan sahaja sedangkan jika dilihat dari pandangan yang berbeza-beza, maka pelbagai tafsiran yang boleh dibuat ke atas apa yang dilihat itu.


Perang, terkorban dan bakar adalah satu stigma yang sinonim dengan para perajurit dahulu. Sekarang pula apa ceritanya? Berlari, bernyanyi, makan, berbaju melayu lengkap samping dan songkok adalah medan pertempuran perajurit sekarang. Berjuaraian peluh jantan jatu ke bumi kerana dek panas tar padang kawad dalam perbarisan komandan. Belanja bunga lebih mahal dari harga sebuah murah. Berkelip lip lap lampu warna-warni dipasang cuba menceriakan kesempitan hidup yang ramai menanggungnya.


Apakah beracaraan dan berpesta itu juga dikira pengorbanan.


Sudah,  sudahlah ramai yang terkorban kerana ptokol yang hanya sekadar angkuh dan sombong kepada pemilil dunia.


Kekuatan bukan sekadar kerana jumlah yang ramai tetapi cukup sedikit yang


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, April 11, 2012

Sunday, April 8, 2012

Merenyuknya handai lama

Aku hanya antiwirawanmu

Tidak lagi ada memedulikan tolan kita

Mungkin tohmah masa

Sama bersibuk mencari hidup

Selagi ada nyawa itu

Mula bergaduk meninggi hidung

Bermalu kalbu sudah sepertinya terasing

Kalih sudah saudaraan lama terjalin


Semakin bersepi-sepi

Seperti ada rosak tingkah lanjur kata

Lidah sudah tidak ramah

Budi jauh pergi

Berandai-andai sudah habis disini


Rasa robek terlara-lara

Biarlah andai itu pilihannya.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, April 7, 2012

Kegagalan Dan Kejayaan

Melepaskan sesuatu yang juga dipunyai perlukan kerelaan. Mutlaknya apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Biarlah yang berlalu itu menjadi kenangan untuk yang baik dan iktibar bagi yang kurang. Dalam setiap kegagalan itu ada juga kejayaan. Pengalaman terbaik adalah sebuah kegagalan. Ambillah ingatan bahawa kejayaan itu bukanlah pencapaian tapi bibit-bibit ujian yang jika tidak dilayari dengan cermat boleh membawa kepada kelemasan.


Ranjau-ranjau perjalanan juga sentiasa bergelora memudikkan pelayaran itu terdampar.  Bila berada dalam satu tingkat yang lebih tinggi boleh melalaikan jalinan akrab yang pernah terjalin. Ada yang berkata cuba menjaga status. Mungkin juga ada tangan-tangan ketiga yang menarik putus rambut di dalam tepung.


Oh Tuhan kau peliharalah hati hambaMu yang berbalik ini. Tetapkanlah selalu dalam jalanMu yang lurus.


Lihatlah peluang yang datang bersorok dalam kegagalan. Sesungguhnya jangan berputus asa. Bersangka baik dengan sang Pencipta.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, March 4, 2012

Beginilah Keadilan

Dipetik dari Isu Hangat. Terima kasih.

Hakim, Nenek Dan Ubi Kayu

Sangat mengharukan, seorang hakim bernama Marzuki di Mahkamah Indonesia berasa sebak dengan penerangan pesalah seorang nenek tua yang mengaku salah mencuri ubi kayu.
Di ruang mahkamah pengadilan, seorang hakim duduk termenung menyemak pertuduhan kepada seorang nenek yang dituduh mencuri ubi kayu. Nenek itu merayu bahawa hidupnya miskin, anak lelakinya sakit, dan cucunya kelaparan. Namun pengurus ladang tuan punya ladang ubi tersebut tetap dengan tuntutannya supaya menjadi iktibar kepada orang lain.
Hakim menghela nafas dan berkata, “Maafkan saya, bu”, katanya sambil memandang nenek itu.

”Saya tidak dapat membuat pengecualian undang-undang, undang-undang tetap undang-undang, jadi anda harus dihukum. Saya mendenda anda Rp 1 juta (lebih kurang RM350) dan jika anda tidak mampu bayar maka anda harus masuk penjara 2.5 tahun, seperti tuntutan undang-undang”.
Nenek itu tertunduk lesu. Namun tiba-tiba hakim menbuka topi hakimnya, membuka dompetnya kemudian mengambil & memasukkan wang Rp 1 juta ke topinya serta berkata kepada hadirin yang berada di ruang mahkamah.
‘Saya atas nama pengadilan, juga menjatuhkan denda kepada setiap orang yang hadir di ruang mahkamah ini, sebesar Rp 50 ribu (lebih kurang RM17), kerana menetap di bandar ini, dan membiarkan seseorang kelaparan sehingga terpaksa mencuri untuk memberi makan cucunya.
“Saudara pendaftar, tolong kumpulkan denda dalam topi saya ini lalu berikan semua hasilnya kepada yang tertuduh”
sebelum tukul diketuk nenek itu telah mendapatkan sumbangan wang sebanyak Rp 3.5 juta dan sebahagian telah dibayar kepada mahkamah untuk membayar dendanya, setelah itu dia pulang dengan wajah gembira dan terharu dengan membawa baki wang termasuk wang Rp 50 ribu yang dibayar oleh pengurus ladang yang mendakwanya.
Kisah ini sungguh menarik dan boleh di share untuk menjadi contoh kepada penegak undang-undang di Malaysia agar bekerja menggunakan hati nurani dan mencontohi hakim Marzuki yang berhati mulia ini.

Wednesday, February 22, 2012

Cara Memilih Sahabat

Kata Imam Ghazali:
Di dalam memilih sahabat hendaklah engkau perhatikan syarat-syarat bersahabat. Maka jangan engkau bersahabat kecuali dengan orang yang layak untuk dijadikan sahabat. Dalam hal ini Rasulullah s.a.w. bersabda: “Seseorang itu mengikut agama (cara hidup) sahabatnya,oleh kerana itu hendaklah seseorang itu melihat terlebih dahulu siapakah yang patut dijadikan sahabat. Maka apabila engkau mahu mencari sahabat yang engkau jadikan dia sebagai sahabat di dalam menuntut ilmu dan di dalam urusan agamamu dan duniamu,maka hendaklah engkau engkau pastikan ada 5 sifat ada pada orang tersebut:

1. Orang yang berakal
Tidak ada kebaikan bersahabat dengan orang yang bodoh,kerana akibatnya akan membawa kepada permusuhan dan menyakitkan hati dan paling baik yang engkau dapatkan daripadanya ialah engkau terselamat dari mudaratnya ketika dia berusaha untuk memberi manfaat kepadamu. Kerana musuh yang berakal itu lebih baik daripada sahabat yang bodoh. Bersahabat dengan orang yang kurang berakal juga tidak dapat membina atau menambah baik kepada kita tetapi kita tetap wajib berbaik-baik dengan mereka.

2. Orang yang baik akhlaknya.
Maka janganlah engkau bersahabat dengan orang yang jahat perangainya iaitu orang yang tidak dapat mengawal dirinya ketika marah dan ketika dia dirangsang oleh nafsu syahwatnya.

Begitulah juga dengan orang yang suka mengumpat potpet-potpet sana sini seperti mami jarum, orang yang percakapannya tidak baik dan orang yang selalu mengajak kepada keburukan dan perkara yang melalaikan.

3. Orang yang soleh
Jangan engkau bersahabat dengan orang yang fasik yang selalu mengerjakan dosa yang besar, kerana orang yang tidak takut akan Allah itu tidak mengesali dalam membuat dosa yang besar dan orang yang tidak takut kepada Allah tidak dapat dipercayai sepenuhnya. Bahkan pendiriannya tidak tetap selalu berubah-ubah mengikut keadaan dan tekanan. Maka jauhi dari bersahabat dengan orang yang fasik kerana berterusan melihat perkara-perkara yang fasik dan maksiat itu akan menghilangkan kebencianmu terhadap maksiat tersebut lalu akhirnya engkau merasa ringan hal maksiat dan akhirnya terturut melakukan maksiat.

4. Jangan bersahabat dengan orang yang tamak dunia.
Jangan engkau bersahabat dengan orang yang tamak dunia,kerana bersahabat dengannya adalah racun yang dapat membunuh. Tabiat itu cepat sekali mempengaruhi tabiat yang lain dan perangai yang baik cepat sekali berubah menjadi jahat,sekiranya kita tidak menyedarinya. Maka suka bersahabat dengan orang yang tamak pada dunia akan menambahkan tamakmu terhadap dunia. Bersederhanalah. Kesenangan dunia hendaklah dicari tanpa meninggalkan amalan untuk bekalan akhirat.

5. Orang yang benar
Jangan engkau bersahabat dengan orang yang pendusta,barangkali dia akan menipu engkau. Berbohong adalah tabiat buruk yang dicela agama dan tidak disukai oleh siapa juga.

Dengan memilih sahabat yang baik diharapkan kita akan juga menjadi baik.Jika sahabat orang yang sering melakukan dosa, dikhuatiri kita akan turut berdosa kerana membiarkan mereka membuat dosa atau meredai perbuatan mereka atau membiarkan kemungkaran tanpa menegahnya. Jika kita mendengar orang mengumpat, kita tidak menegahnya, apalagi kalau kita tumpang tokok, bermakna kita memperolehi dosa percuma!

 SUMBER:-

Wednesday, February 1, 2012

4 ibu

Alhamdulillah...lega dpt jumpa mummy lepas emak pergi selamanya. Biar tidak sama darah tapi naluri swprang ibu hampir sama.


Published with Blogger-droid v2.0.4