Saturday, December 29, 2007

Sehelai Kemeja Linen (Groove Version)

  1. Kusut sehelai kemeja linen ini adalah macam kusut juga kehidupan hari ini.  Dalam kekusutan itu ada juga hikmahnya kerana kedut berut itu lebih nampak menawan dari kemeja cotton yang tersisir rapi tapi kotor ditepi.
  2. Sehelai kemeja linen ini bukan bermakna aku akan memakai baju baru satu minggu lagi tapi ianya memberi nyata agar kita kena sentiasa beringat  supaya apabila membuat baju perlu diukur dibadan sendiri. 
  3. Jangan ambil sukatan orang tapi ambil fesyen dan gayanya sahaja. Ramai berkata hidup ini akan bercerminkan paras yang cantik-cantik sahaja. 
  4. Ramai yang salah anggap buruk itu nista; kusam itu kaca; hitam itu kegelapan; berjaga-jagalah akan kesamaran juga penyamaran.
  5. Tidak semesti orang besar kainnya lebih; ada juga insan-insan sederhana kecil jika bazirnya tidak dijaga kain akan berganda. Tukang sukat kena penuh hemat agar tukang gunting tidak meruncing dan akhirnya tukang jahit tidak menjahit senteng.
  6. Kembali sebagai QS; menjadi amali praktisnya ' do not underestimate'; dan falsafah ini bukan setakat perlu diguna dalam kerjayanya tetapi hakiki hidup perlu mengguna amalan yang sama agar nanti menjadi insan yang lebih munasabah.
  7. Jangan pandang remeh pada yang lain kerana setiap seseorang mempunyai kelebihan tersendiri. 
  8. Jangan ingat pengemis itu miskin tapi sebenarnya dia lebih kaya iman dari yang kaya harta. 
  9. Jangan diingat yang buta mata itu sesat sedang mata hatinya lebih celik mencari jalan keterangan.
  10. Jangan fikirkan yang terlantar sakit itu pendek usia sedang yang sihat berasap itu meluru jalan pintas menuju kematian.
  11. Jangan dikira kaya itu bahagia kerana banyak wang dan harta tetapi pastikan keberkatannya sekali.
  12. Akhirnya jadilah orang yang bersopan santun dan lebih memberi manfaat kepada yang lain.
  13. Jangan jadi orang yang melarat dan memudaratkan orang lain.

Loghatul Arabiah


Membahasakan sebuah bahasa lain yang bukan bahasa lidah bukan sebuah keperitan. Kemahuan ingin tahu dan faham akan bahasa ini adalah amat berharga lebih-lebih lagi seharian membaca dari kecil hingga alam dewasa. Kita ini banyak sangat membuat hafalan; tak pernah nak tanya apa maknanya. Kadang hairan kenapa doa tak makbul? Tapi tak nak faham apa yang diminta termasuklah orang yang menulis dan membaca ini.

Seharusnya saya, kami dan awak berpesan untuk diri sendiri dan semua agar ambil berat pasal perkara ini.. Kita kata kita Islam, baca Al_Quran, dengar khutbah yang salah satu rukunnya kena dalam Bahasa Arab tapi apa yang kita tahu maknanya...

Sedikit sebanyak apa yang kita tahu adalah La Takrabu Zina..... Makna dalam azan solat yang hari-hari boleh dibaca maknanya (itupun kalau tak tukar channel)

Pernah tak saya, kami dan awak semua duduk fikir bahawa ruginya kita tak tahu bahasa solat kita; makna Fatihah kita; makna bacaan solat kita; tapi kita dok sibuk nak belajar bahasa orang putih, ada juga kurang faham nak belajar bahasa orang sepet...katanya nak senang berniaga..

Aku tekad, agar kiranya sebelum aku dapt jejak kaki di Tanah Haram, dapat serba sedikit belajar Logathul Arabiah untuk aku sedar bahawa sememangya Manusia Mudah Lupa.

Ikan Senohong Ikan Duri

Segar ikan-ikan di pasar Kuala Selangor sesegar ingatan kepada masa-masa lampau disamping kedua orang tua tersayang. Buat masa itu tua bukan di angka usianya tapi rupanya tua di nyawa yang ramai tak tahu teka...Itu rahsia Illahi agar kita sentiasa sedia untuk berjumpa denganya sebagai seorang hamba setia bukan hamba yang hina.

Kehinaan boleh nampak nyata bukan hanya dari paras nampak dimata juga dengan kata-kata. Kata yang macam mana; benar atau dusta? Orang selalu curi lidah kerana cakap itu percuma tiada timbang katinya.

Betul pesan atuk nenek; ikan senohong ikan duri; cakap bohong lama-lama jadi pencuri. Tidak hanya curi kata tapi ada yang curi iman, curi setia dan apa-apa yang sewaktu dengannya. Terfikir juga adakah bohong sunat; terutamanya untuk kaum lelaki yang tidak hanya sunat bila nak dewasa.

Ambil Kisah Seorang Taulan

Tatkala hidup ini terang bersuluhkan sedikit cahaya iman baru nampak bahawa musafir ini semakin hampir sampai ke destinasinya. Jarak dan batunya sahaja belum ditahu. Kehidupan ini sebenarnya indah jika garis penamatnya dimenangi dengan juara keimanan.

Kasih seorang insan bererti sayang yang Tuhan kurniakan sebagai sedikit nikmat untuk kita rasa bahawa ikatan perlu terjalin. Antara keluarga, sahabat, masyarakat, alam dan barzah. Kasih sebuah persahabatan adalah sejarah perkongsian satu kehidupan masa lampau. Kasih satu keluarga adalah kasih sebelum, semasa dan selepas sesuatu kehidupan. Kasih sebuah persahabatan sedikit demi sedikit hilang dengan adanya kasih sesuatu keluarga.

Bila detik kasih ini berlalu, persahabatan akan menjadi sebuah kisah dan akan hanya tinggal sedikit rasa ambil kisah dari seorang insan kepada seorang sahabat. Sedikit luka seorang sahabat adalah sedikit parut seorang karib. Sedikit lapar seorang kawan adalah setitis dahaga seorang taulan.

Kehidupan kekeluargaan memang memerlukan sepenuh tumpuan masa dan nafkah tetapi ia juga memerlukan sedikit ruang lega untuk sebuah persahabatan yang terjalin disuatu masa lampau agar hikayat sesebuah kehidupan itu akan menjadi lebih resam umpama satu hidangan tengahari akan lebih lazat dengan sedikit ulam-ulaman.
JANGAN MENGELUH ...........
Kita selalu Bertanya....................dan Al-Quran sudah menjawabnya.................
KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3
KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - Surah Al-Baqarah ayat 216
KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." - Surah Al-Baqarah ayat 286
KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB "Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139
KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB "Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" - Surah Al-Baqarah ayat 45
KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB "Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ? - Surah At-Taubah ayat 111
KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." - Surah At-Taubah ayat 129
KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB "... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." - Surah Yusuf ayat 12
Setiap kesulitan pasti ada kemudahan.

Sunday, December 16, 2007

Bas Serijaya 386

Masa-masa lampau sebelum lahirnya LRT/Putra, Indrakota atau RapidKL; nadi darat yang bergerak atas jalan-jalan ibukota cukup substantial dalam jisim-jisim hidup warganya. Bas Mini dan SJ Kenderaan adalah jalur yang hadir dalam warna pentas hidup insan-insan yang banyaknya terhimpit di bumi keringat sendiri. Secukup rasanya ramai yang lupa bahawa kesibukan mencari saradiri lebihnya menanggung beban lagak lawa diri dan bukannya membina empayar akaun seperti sepet-sepet yang lebih sanggup menjual video berahi daripada memanjangkan tangan mengutip tol-tol lebuhraya.


Tambang 60-70 sen dulu cukup untuk menyampaikan sebuah ujian yang perlu ditempuh oleh beberapa anak muda yang datang dari ceruk kampung untuk menukar cermin mukadiri. Itulah silam dahulu yang kurang nombornya tapi besar nilainya.


Naik-naik, jangan duduk atas tangga..jatuh nanti payah, cashier bas bising-bising diawal pagi sewaktu hanya sebahagian kaki ini memijak tangga besi bas SJ 386 tersebut. Kalau nak kira botol-botol jam yang perlu ada ketika itu adalah cukup banyak sekali untuk nak sampai dari Seksyen 10 ke Wisma Central ini.


Pertama kalinya tinggal asrama sendiri sama rakan-rakan semester adalah satu detik baru dalam kehidupan beberapa pelakon yang terlibat dalam scene tersebut. Itulah nilai hidup dahulu banyak yang boleh disewa tapi kini semua kena beli. Bukan kerana kuasa beli semakin tinggi tapi nilainya semacam ular tiada bisa.


Pegi beli sedikit lauk kat kedai Pak Ngah Seri Rampai untuk dibuat makan isi perut peghuni asrama

Teman Tidur Isteriku

Sesungguhnya memang ikatan yang terjalin ini memaktubkan bahawa kehidupan ini adalah berpasang-pasangan. suami-isteri, ibu-bapa, anak-ayah, anak-emak, bapak-emak, pelanggan-pembeli, pemandu-penumpang dan sebagainya.

Hakikinya apa yang lebih penting adalah hidup ini pasti akan menemui pasangan kekalnya yang lansung tidak dapat dilambat atau dicepatkan. Ada klue tapi tak tahu bila.......talian hayatnya juga macam mana?

Kedatangan tua sesudah muda adalah tabie hidup yang perlu ditembuh dengan dua tingkat samada tua yang berjaya atau berjaya menjadi tua tanpa apa-apa. Ada yang semakin tua hanya bertambahnya angka usia. Ada yang menjadi tua dalam matangnya menempuh hidup yang ada pasang surutnya. Ada juga yang langsung tak perasan usia dah tua tapi perangai macam muda remaja.

Semakin bertambah usia sesuatu keluarga semakin akrabnya persahabatan yang antara dua pihak dalam bermain dengan permainan hidup. Jalinan ikatan ini tidak datang secara tiba-tiba tetapi perlu diadun dengan ramuan-rempah ratus tawa dan tangis.

Aku berharap suatu hari kelak teman tidur isteriku ini akan mendatangi hari tua dengan iman penuh didada bukan wang bertimbun harta.

Practical Training

Gembira kerana rasanya macam real aje. Nak kena buat kerja olok-olok. Dah semester 05 ontime mesti kena buat practical. Kena kerja kat Wisma Central. Antara shopping office complex terawal di KL. Gah dulu kompleks ni. Dulu mana ade KLCC, Mid Valley dan apa-apa yang sewaktu dengannya.

Selamat datang ke Manjung. Itulah pertama kalinya aku menjejakkan kaki ke satu negeri yang menduduki tempat kedua walaupun dia adalah johan. Tak mungkin akan dapat pingat emas...Pelik juga negeri ini kerana orang-orangnya duduk dalam Lumut, Dinding, Parit, Selekoh, Pusing ... Baru aku tahu pengorbanan adalah penting untuk mempertingkatkan maruah diri....

Selamat malam. Saya Kaptain Johan dan anak-anak kapal mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan bersama-sama dengan penerbangan MH0001 ke Heathrow London. Sekarang ini kita berada 50000kaki dari paras laut. Cuaca baik dan terima kasih. Juga terima kasih kepada MARA. Keranamu adanya anak-anak bangsa ini yang ingin memertabatkan satu jenama lama yang semakin layu bernama MELAYU.

Assamalaikum..Saya blah bin blah. Asal dari daerah agak utara di negeri paling selatan. Keturunan macam ABC. Tapi asalnya dari seberang orang bugis covernya. Mintak tolong berikan tunjuk ajar dan kerjasama dalam masa 6 purnama kita bersama. Okey....jangan malu-malu satu persatu staff diperkenalkan termasuk taukeh-taukeh yang bersih dan tak bersih. Paling grand semua trainer ini kena report kat komandan operasi yang boleh tekan kalkulator ikut kata hati.

Tension juga pendaftaran kolej ini. Kena beratur macam kacang panjang. Nak kena medical checklah...asrama...pagi sampai petang. Masa itu keringat ini mengalir seperti peluh ibu ayah di desa yang serba sedikit menyimpan azam dan berdoa agar siswa-siswi yang baru mendaftar ini akan menjadi orang yang berguna apabila tamat belajar. Bagi..lah balik apa yang kita dapat ini kepada adik-adik dan anak-anak yang akan datang.

Memang patut namanya ekonomi kelas. Semuanya ekonomi. Kain stewardessnya juga ekonomi. Tak lebih sukatnya. Sebab tu nampak ketat-ketat belaka. Inilah kerjaya pemandu yang bergaji mahal...kena pandai cakap orang putih bukan perangai macam orang putih. Please fasten your seat belt. Awan tebal dihadapan. Kalau tebal diatas, orang dibawah boleh tadah tempayan.

Friday, December 7, 2007

Percaya Enam Perkara

Sesungguhnya dalam hidup ini banyak benda yang memerlukan kita bergantung dengan yang lain umpama dedaun yang memerlukan tangkai, tangkai memerlukan dahan, dahan memerlukan batang, batang memerlukan akar, akar memerlukan tanah, tanah akhirnya memerlukan juga pokok untuk mendapatkan kekuatan.

Kenapa tanah itu gersang?, kerana kontang dan lapang tanpa ada subur untuk pokok-pokok berkembang. Kenapa pepokok kering tidak menghijau? mungkin petani lupa menyiram baja kerana ingat pokok akan subur sendiri, lupa mencantas daun-daun kering ingat angin akan bertiup sepoi bahasa membawa bersama-sama dengan debu-debu halus.

Aku hanya percaya pada enam perkara dalam rukun iman tidak kurang tidak lebih dari itu.....

Sunday, November 25, 2007

Banglo 18 kaki persegi dan 18000 kaki persegi

Kiri dan kanan gambar itu adalah asalnya kita.Dari tanah kita dijadikan dan dari tanah kita akan kembali. Dalam pencarian, berebut orang nak membina banglo besar kurang-kurang 18000 kaki persegi. Tapi sesungguhnya akhir nanti, bila sampai haulnya, pasti setiap orang akan dapat banglo yang hanya sebesar 18 kaki persegi. Banglo dunia tiangnya dibawah, banglo ini tiangnya diatas. Banglo dunia berbilik-bilik, banglo ini hanya konsepnya moden - open plan. Silap-silap jasadnya saja yang terbalik.

Makna Bacaan Dalam Solat

Selama ini ramai yang hafal. Uztaz dan ustazah dulu cakap kena hafal. Dia orang masa kanak-kanak juga macam tu juga...kena hafal. Maknanya ramai yang tak faham sebab kita hafal Arabnya sahaja. Payah nak khusyuk dalam solat.

Oleh itu daripada maklumat yanf diberikan oleh sahabat diforwardkan makna dalam solat dalam posting ini untuk rujukan bersama.

Allah Maha Besar

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
Ibadatku,
hidupku,
matiku
adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.


Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.


Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.
Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.
Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
kayakan daku,
angkatlah darjatku,
rezekikan daku,
berilah aku hidayah,
sihatkanlah daku dan
maafkanlah akan daku.


Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.


Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.


Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.


"wahai Tuhan ku tak layak ke Syurga-Mu.. namun tak pula aku sanggup ke neraka-Mu.... ampunkan dosaku.. terimalah taubatku... kami lah hamba yang mengharap belas darimu."

"Ya Allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa. ampunkan dosa2 kami .kedua ibubapa kami .. dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"
Powered by Qumana

Sunday, November 18, 2007

Rezeki dari Masjid Besi

Alhamdullillah....rezeki Allah yang ada setakat ini cukup untuk 'membeli' kehidupan ini. Sekarang semua benda nak kena bayar! Mana ada free. Cakap sahaja free...kalau kena bayar orang tak berjanji. Sebab itu ramai orang yang berhutang dengan janji. Akhirnya janji memang tinggal janji.

Bekerja sendiri ini memang nampak senang bagi orang yang makan gaji kerana mereka nampak benda-benda yang cantik sahaja. Buruknya orang yang ambil upah dengan diri sendiri yang tanggung. Kadang-kadang, bagi orang bekerja sendiri, makan gaji bagus juga. Hakikatnya inilah rezeki. Allah itu Maha Kaya dan Maha Adil. Rezeki telah ditentukan tapi hendak dicari baru nama mencari rezeki. Rezeki tiada dijumpai percuma tanpa dicari melainkan ianya sememangnya dah rezeki.

Titian orang bekerja sendiri macam anak sulung yatim piatu. Tiada ayah tiada ibu. Abang dan kakak kena rajin, berat kena dipikul biar adik-adik menjinjing ringan bebannya. Biar patah tulang ini jangan patah usaha dalam mencari rezeki.
Sememangnya bukan senang nak senang bukan susah nak susah

Khalifah Kecil

Ini bukan Perdana Menteri daripada
menantu Perdana Menteri.
Walaupun hyperaktif tapi itu anugerah.

Kerangka Besi

Dengan membuatnya
Aku mencari rezeki Dunia Tuhan ini luas
Tiang, rasuk dan kekuda
Itu antara sendi utama
Rezeki itu sudah tertulis
Sedikit banyak kena ditemu
Biar ada panas dan sejuk

Tanpa lesu tiada jemu
Kongsi rezeki sama dicari
Bahagian diambil ikut sukatan
Jangan iri buang dengki
Baru rezeki suburkan hati

Ini rezeki untuk semua
Bukan makan sama rata
Bukan bererti sama angka
…….

Monday, August 20, 2007

Tanpa Kalis

Bahang atap ini

Kerana kepingan besi ini kosong


Tanpa kalis


ting2..bila hujan jatuh


Irama lagu dengar bumi menangis.


Fikir ini rungsing


Akal acap buntu


Cari damai dalam lesu.




Dalam carik-carik kertas ini


Ada nota kakinya


Biar waspada


Ingat untuk tabah


Perlahan melontar senyuman itu...


Sabar pekik marah pagi.




Tahajud pada yang satu


Biar abadi nanti lena


Dalam doa dan rahmat


Berkat tabahmu ibu.

Bola Dan Padang Bola

Empat sudut padang ini
Diukur tepat aku punya
Digaris jalur tanda sempadan
Ada luar ada dalamnya.
Ketika itu..
Engkau datang merangkak
Minta bermain dipadang aku.
Semasa aku bersama teman-teman leka....
Berlari-lari saja mengejar bayang petang

Lalu apabila satu hari

Seronok kau beri aku bola
Konon untuk bermain bersama
Dulu aku tendang jauh
Agar engkau penat mengejar
Rupanya kau pintar
Engkau lari silih berganti
Pegang tangan himpun hati
Agar satu hari bola ini
Akan aku beri tiada peri
Hari demi hari
Bertukar pula baju
Kau pula tendang bola itu laju.
Tak terdaya aku mengejarnya
Sampai akhirnya
Apa aku amat takut
Padang ini akan engkau yang punya
Kalau aku sepaknya lemah
Hantar silang tahan tiada.