Tuesday, January 4, 2022

Bodoh Piang

  1. Dalam kehidupan kita akan berjumpa dengan orang-orang bodoh piang dipersekitaran kita tak kiralah di dalam pejabat, kejiranan dan sebagainya.
  2. Orang yang suka cari salah orang lain; salahkan binatang seperti tupai peliharaan, salahkan orang bermain bunga api malam perayaan.
  3. Orang begini boleh dikatakan sebagai orang yang kurang cerdik dan sombong mendabik dada atas kebodohannya itu.
  4. Yang paling baru; orang ini sanggup menungggu di jalan yang tidak boleh bergerak kerana ada halangan lori orang pindah masuk rumah.
  5. Sedangkan kau ada pilihan untuk berundur dan carilah jalan alternatif lain dan bukannya menunggu dengan penuh dungu sehingga orang terpaksa berhuru-hara mengangkat barang.
  6. Senang cakap orang macam ini memang tidak guna otak.
  7. Cilakak. 

Monday, January 3, 2022

Tahun 2022 Perayaan Jubli Emas Usiaku

  1. Alhamdulillah Maha Suci Allah.
  2. Tahun 2022 amat istimewa; ini bermakna jika diberikan umur yang panjang; tahun ini merupakan tahun yang ke 5 dekad hambaMu ini dilahirkan ke dunia ini.
  3. Terima kasih buat arwah mak dan abah yang telah bersusah payah melahirkan dan membesarkan hambaMu ini Ya Allah.
  4. Banyak kenangan dan pengalaman yang dikecapi tetapi perjalanan ini akan diteruskan.
  5. Semoga tahun 2022 ini akan memberikan satu motivasi dan aspirasi baharu dalam menitipkan bait-bait kehidupan untuk dijadikan kenangan.
  6. Insya Allah lebih banyak titipan akan dikongsi pada tahun ini.