- Kekuatan suatu pokok itu adalah kerana kuat akarnya.
- Semakin kukuh akar tersebut semakin kuatlah dedahan dan pepohon pokok tersebut.
- Ada akar yang memang perlu kuat dan ada juga akar yang perlu mudah untuk dicabut.
Thursday, June 23, 2022
Akar Yang Mencengkam
UT70
- Adil itu adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya dan bukannya samarata.
- Berlaku ketidakadilan apabila melebihkan sesuatu pada yang bukan keperluannya.
- Memberikan kelebihan atau menyediakan dengan secara melampaui batas adalah juga suatu ketidakadilan.
- Dalam ertikata lain; melebihkan yang bukan hakiki.
- Ada orang suka kepada acara kerana setiap pengacaraaan ada akan percuma.
- Sebab itu untuk mengalakkan jemaah hadir perlu diubah cogankata; hari ini ada jamuan makan nasi arab dan kuliah akan disediakan; rasanya baru penuh ruang.
- Ada orang yang suka buat acara kerana suka pujian melambung-lambung seperti rasa seolah dihargai.
- Moral of the story tamatnya acara kipas yang dapat nama.
- Dan akhirnya kepala UT70,
Wednesday, January 5, 2022
Tuesday, January 4, 2022
Bodoh Piang
- Dalam kehidupan kita akan berjumpa dengan orang-orang bodoh piang dipersekitaran kita tak kiralah di dalam pejabat, kejiranan dan sebagainya.
- Orang yang suka cari salah orang lain; salahkan binatang seperti tupai peliharaan, salahkan orang bermain bunga api malam perayaan.
- Orang begini boleh dikatakan sebagai orang yang kurang cerdik dan sombong mendabik dada atas kebodohannya itu.
- Yang paling baru; orang ini sanggup menungggu di jalan yang tidak boleh bergerak kerana ada halangan lori orang pindah masuk rumah.
- Sedangkan kau ada pilihan untuk berundur dan carilah jalan alternatif lain dan bukannya menunggu dengan penuh dungu sehingga orang terpaksa berhuru-hara mengangkat barang.
- Senang cakap orang macam ini memang tidak guna otak.
- Cilakak.
Monday, January 3, 2022
Tahun 2022 Perayaan Jubli Emas Usiaku
- Alhamdulillah Maha Suci Allah.
- Tahun 2022 amat istimewa; ini bermakna jika diberikan umur yang panjang; tahun ini merupakan tahun yang ke 5 dekad hambaMu ini dilahirkan ke dunia ini.
- Terima kasih buat arwah mak dan abah yang telah bersusah payah melahirkan dan membesarkan hambaMu ini Ya Allah.
- Banyak kenangan dan pengalaman yang dikecapi tetapi perjalanan ini akan diteruskan.
- Semoga tahun 2022 ini akan memberikan satu motivasi dan aspirasi baharu dalam menitipkan bait-bait kehidupan untuk dijadikan kenangan.
- Insya Allah lebih banyak titipan akan dikongsi pada tahun ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)