Thursday, December 13, 2018

Sahabat

Perumpamaan persaudaraan kaum muslimim adalah cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak dapat tidur.

Thursday, November 29, 2018

Wednesday, November 28, 2018

Mencintai Muhammad

Motivasi Anak & Iman

aku @ UK

Durian dan Kambing

  1. Pertamanya mulai coretan ini dengan mengingati salah satu tanda kecil kiamat apabila orang yang tidak selayaknya dilantik menjadi pemimpin.
  2. Kepimpinan memerlukan kepandaian dan keberanian dalam membuat keputusan. Ada juga pemimpin yang pandai berkata-kata dan ada juga pemimpin yang mengambil jalan untuk senyap; yang penting keputusan kerja tersebut.
  3. Ada orang suka membawa dunia nyata dan mistik mencantumkan alam roh dan manusia, ini bukan saya yang kata ini kata-kata seorang 'ilmuan'.
  4. Bukan semua hal yang memerlukan pemimpin membuat keputusan bersama-sama dengan orang dibawahnya. It is not top down. Ini bermakna payung terbalik, maka apabila hujan pasti orang-orang yang berteduh dibawahnya kebasahan.
  5.  Adakah GI itu steel? Persoalan yang nampak kurang cerdik bagi orang-orang berlatar-belakangkan bidang teknikal.
  6. Antara superman dan hulk mana yang lebih kuat?
  7. Sungguh jelek apabila orang yang suka menganggap dirinya suci dan menuduh orang lain yang mencuri sedangkan sebenarnya dialah pencuri yang sebenarnya. Tak ubah sepeti kelip-kelip terbang malam.
  8. Dalam tempat yang katanya butik itu; berhati-hatilah. Ingat ranting yang akan melenting, dahan yang akan mencucuk dan duri yang akan mengait. Tempat ini kita bisa akan melihat itik-itik suka berebut tembolok.
  9. Kadang-kadang kita pun hairan; ada orang suka merokok, ada rokok tiada lighter; ada lighter tiada rokok dan tiada rokok tiada lighter. Ini adalah pilihan.
  10. Ada orang suka makan kambing dan durian tapi belanjanya mahu percuma sahaja.
  11. Akhirnya ingatlah jangan kita berterusan menjadikan keldai seperti kuda.
  12.  Husnozon; kita biasanya suka sangat berfikir yang mangga amra itu disangka kedondong.

Thursday, November 22, 2018

James Bond; Antara Yang Terbaik Dalam Yang Terbaik

  1. Dengan nama Tuhan Yang Maha Pemurah dan Penyayang.
  2. Ini coretan buat teman-teman James Bond aku. Kerana Allah kita bertemu dan kerana Allah juga kita akan berpisah.
  3. Dalam kitaran dan pusingan hidup ini; pastinya kita akan bertemu kelompok orang-orang yang begitu rapat selain daripada mereka-mereka yang mempunyai ikatan kekeluargaan.
  4. Teman-teman sekerja yang rapat disaat kematangan umur adalah sedikit istimewa berbanding sahabat semasa seusia remaja dan rakan sekolah.
  5. Teman-teman hebat dan istimewa ini hadir dalam jiwa yang tidak keharuan. Krisis pertengahan hidup (Mid Life Crisis). Adat muda menanggung rindu, adat tua menahan ragam.
  6. Ya Allah sesungguhnya aku amat-amat bersyukur kepadaMu kerana menemukan aku dengan teman-teman James Bond ini.
  7. Akal dan budi mereka terkadang melampaui ikatan kekeluargaan kerana kau semaikan perasaan kasihMu ke dalam hati nurani mereka. Ya Allah aku mensyukuri nikmatMu atas kurniaan yang tiada nilai ini. Sesungguhnya benarlah ayat-ayatMu yang menjadi peringatan; Nikmat apakah lagi yang hendak kami dustakan?
  8. Inilah sahabat ketawa dan menangis dimana gelak dan hiba itu dikongsi rasa; telur dua sebandung pecah sebiji pecah keduanya.
  9. Aku sebenarnya sudah buntu untuk menulis seperti beberapa tahun lampau tapi kerana kasih sayang ini aku kembali untuk meneruskan coretan-coretan hidup bersama-sama insan berlima yang hebat ini.
  10. Selagi kasih sayang ini masih mengalir dalam hati-hati kami, selagi itu akan aku coretkan sebagai tanda marhabah antara kami.
  11. Sama lebur sama binasa; seikat bagai sirih serumpun bagai serai; setempuh lalu sebondong surut.
  12. Aku berdoa kepadaMu Ya Allah kau kurniakan kehidupan dunia dan akhirat yang terbaik buat kelima-lima sahabatku ini.
  13. Ya Allah kau selamatlah kami, berilah rahmatMu dan temukan kami kembali Ya Allah untuk kami kembali bermain bersama disyurgaMu nanti Ya Allah.
  14. Buat semua sahabat James Bond aku; kelak suatu masa kamu semua akan memahami apa erti coretan ini. Aku sayangkan kalian semua.


Monday, January 22, 2018

Amalan Pindah Rumah

AMALAN SEMASA PINDAH RUMAH BARU 👇👇👇

Samada rumah sewa yg dh lama di tinggalkan kosong atau rumah baru siap. Moga sharing ini memberi manfaat.

1. Azan
Melaungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Ia juga baik bagi bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/rumah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-'Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.

2. Membaca surah Al-Baqarah
Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yang bermaksud; "Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah." Selalunya bila masuk rumah baru kita hanya membaca Yaasiin sahaja. Sepatutnya Surah Al-Baqarah yang menjadi pilihan untuk dibaca apabila memasuki rumah baru.

3. Banyakkan Solat dan Membaca Al-Quran
Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud: "Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran." (hadis riwayat Al-Baihaqi)

4. Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas
Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya 7 malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi sekali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.

5. Pagar Rumah Secara Islam
Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut-sudut tertentu di rumah atau bangunan yang diduduki dengan kepercayaan bahawa benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan di sisi Islam. Bagaimana pun ada cara yang dibolehkan dan digalakkan mengikut ajaran Islam. Caranya ialah dengan 'memagar rumah' dengan merenjis air Yassin di sekeliling rumah.

Ikut panduan berikut:
Ambil air kemudian baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas). Kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan-lahan hingga habis nafas. Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah dengan mulai dengan penjuru yang terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya, mengikut arah berlawanan jarum jam...

Sumber Tips Hias Rumah

Sunday, January 21, 2018

Punca-punca sakit dari segi spiritual

Seorang Profesor Muslim di Jepun melakukan penyelidikan yang luar biasa, hasil kajiannya mendapati bahawa kebanyakan penyakit jasmani adalah disebabkan penyakit rohani

1. Ternyata masalah appendiks bukan hanya diakibatkan kerana kesalahan pola makan, tetapi lebih didominasi kerana stress/jiwa tertekan.

2. Darah tinggi bukan hanya diakibatkan oleh terlalu banyak mengambil makanan yang masin, tapi kerana kesalahan dalam mengurus emosi.

3. Kolesterol bukan hanya diakibatkan oleh makanan berlemak, tapi rasa malas berlebihan yang menyebabkan menimbun lemak berlapis.

4. Asthma bukan hanya kerana terganggunya bekalan oksigen ke paru-paru, tetapi kerana sering merasa sedih yang membuat kerja paru-paru tidak stabil.

5. Diabetes bukan hanya kerana terlalu banyak mengambil makanan bergula, tetapi sikap ego dan keras kepala yang mengganggu fungsi pankreas.

6. Penyakit liver (hati) bukan hanya kerana kesalahan rutin tidur, tapi sifat suudzon(sangka buruk) kepada orang lain yang justeru merosakkan hati kita.

7. Penyakit jantung bukan hanya diakibatkan oleh sumbatan pada aliran darah ke jantung, tapi sebab jarangnya bersedekah membuatkan jantung kita kurang merasakan ketenangan, sehingga degupannya tidak stabil.

Dan masih banyak lagi.Antara faktor-faktor penyebab penyakit adalah kerana masalah

- Spiritual 50%
- Psikologi 25%
- Sosial 15%
- Fizikal 10%

Maka benarlah firman ALLAH
Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar dari kesalahan-kesalahanmu. Dan kamu tidak dapat melepaskan diri (dari azab Allah) di muka bumi, dan kamu tidak memperoleh seorang pelindung dan tidak pula penolong selain Allah. QS: As-Syuura 42 :30-31

Jadi kalau kita ingin selalu sihat, perbaiki diri kita, fikiran kita, terutama hati kita dari penyakit hati, hasad, hasad, iri, dengki, dendam, fitnah, ghibah, riya, ujub, ego, sedih, marah, takabbur sombong, angkuh dan lain-lain.

Terima kasih penulis asal. Salin dan  gam daripada FB.

Thursday, January 18, 2018

Keluarga Dunia Akhirat

Petikan daripada Blog Kuasa Dua

Isteri Ajak Pergi SALES Kedai Perabot. Sampai Sana Je Dia Buat “SESUATU” Yang Buat Aku Terus HIBA.

Jawapan isteri yang membuatkan suami menangis… Assalamualaikum, kisah ini menceritakan suami yang bekerja secara kontrak dan sudah 3 bulan ditunda gajinya. Isterinya pada suatu hari mengajak beliau ke ekspo perabot dan hiasan dalaman rumah. Semuanya akan diceritakan menerusi perbualan di bawah:

“Abang, kita pergi kedai hiasan dalaman rumah, boleh?”

Isteri memandangku penuh pengharapan. Aku senyum kelat. Mengangguk tidak. Menggeleng tidak.

Tapi, belum sempat aku berikan jawapan dia dah pergi.

Dia tak tahu, dah 3 bulan gajiku tak berbayar. Entah apa masalahnya dengan syarikat tempat kerjaku. Masalah kemelesetan ekonomi agaknya. Aku bukannya kerja tetap pun situ. Ambil upah kontrak saja. Kerja aku, pikul simen, bawa paip besar-besar tu ke rumah-rumah. Kadang-kadang, aku jadi buruh binaan sandaran. Semua kerja berat, aku buat.

Bukan demi perut aku. Tapi, demi keluarga kecil aku ini. Anak baru dua orang. Dekat 10 tahun dah aku nikah. Isteri tak kerja. Suri rumah sepenuh masa.

Rumah ni pun rumah pusaka arwah nenek isteri. Duduk menumpang di tanah famili. Aku harta apa pun tiada. Harapkan kereta Proton Saga first model tu saja. Tu pun dah nak roboh kalau bawa lebih 100 km/j.

“Jom.”

Anak-anak pun dah siap. Isteriku senyum manja.

Kami ke kedai pameran perabot dan hiasan dalaman yang besar dekat area sini. Ada ekspo rupanya.

Aku tengok isteriku dan anak-anak happy sangat. Pergi dari satu pameran ke satu pameran. Dari satu galeri ke satu galeri. Display ke display. Dari pameran ruang tamu ke ruangan dapur.

Aku tengok dan tanya harga.

“Ribu. Belas ribu. Puluh ribu.”

Isteriku pimpin tanganku dan anak-anak. Sepanjang pameran, dia senyum saja. Hairannya, tak pula dia suruh aku beli.

Sampai di ruangan galeri dapur, dia berhenti lama. Aku tahu, dia mengimpikan dapur luas seperti itu. Ada kabinet, lengkap dengan ketuhar, dapur masak dan hood. Barangan dapur serba lengkap. Wanita mana yang tidak suka?

Dia memegang erat sedikit genggaman tanganku. Aku tahu, dia mahu.

“Abang, jom. Kita balik. Dah puas tengok.”

Aku terkebil-kebil. Menuruti saja langkahnya ke kereta uzurku.

Dalam kereta, isteriku tak lepaskan tanganku. Aku sengaja bertanya,

“Awak nak dapur macam tadi, ya?”

Dia jawab,

“Nak sangat. Tapi…”

Aku mencelah.

“Tapi?”

Dia meletakkan kepalanya di bahuku.

“Tapi, biarlah. Syukur dengan dapur rumah kita. Syukur dapat makan dan minum apa adanya. Bukan dapur yang saya ingini, tapi abang dan anak-anak ada di sisi. Masa makan, ceria dan gelak sekali. Gurau senda dengan famili. Meja kecil, senang nak capai dan hulur lauk. Senang nak suap suami dan anak-anak makan. Dapur yang bahagia.”

Aku terdiam. Senyum paksa.

“Abang tahu impian awak..”

Isteriku cepat-cepat genggam erat lagi. Kali ini lenganku jadi mangsa.

“Abang jangan fikir macam-macam. Saya ajak abang datang sini, supaya keinginan mata saya untuk lihat semua tadi, pudar setelah dah lihat. Tak terbayang-bayang dah. Tengok dan lupakan.

Mencintai tidak bermakna perlu memiliki. Suka, tak bermakna nak beli.

Semua barangan mewah tadi, dari ruang tamu sampai ke dapur, dari pagar rumah sampailah rumah mewah, saya impikan abang dan anak-anak ada bersama dalam rumah tu dengan kelengkapan tu semua.

Indah sangat ada segalanya. Bahagia sangat.

Tapi saya bayangkan bukan indah di dunia, bang. Saya bayangkan mahligai di Syurga ada lebih dari semua tadi. Segalanya ada belaka.

Apa guna jika ada semuanya, tapi abang dan anak-anak tidak turut serta? Itu bukan bahagia maknanya pada saya.

Abang, susah kita sekarang, semua yang kita lalui sekarang ini adalah harga yang sedang kita bayar untuk mahligai di akhirat kelak. Makin kita sabar dan tenang lalui pahit-maung, suka duka masih bersama, insya-Allah.

Syurga jadi milik kita jua.

Bang, ‘syurga’ bagi setiap orang tidak sama. Ada orang makan kek yang harga mahal barulah dia terasa bahagia.

Tapi, saya dan anak-anak, makan biskut tawar pun sudah terasa nikmat bahagianya.

Abang, anak-anak. Syurga saya.”

Aku terkesima dengan kata-kata isteriku. Berhenti seketika di bahu jalan. Aku cakap dengan dia nak check tayar. Macam tak sedap saja drive. Padahal, aku tunduk tengok tayar, nangis sendirian.

Masuk balik kereta. Senyum.

“Depan sana ada air jambu asam boi. Semua nak tak?”Sumber : malaysiakubaru

Isteri dan anak-anak serentak jawab, “Nak!”.